Anda di halaman 1dari 37

PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Oleh Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Sabah Kementerian Pelajaran Malaysia

PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:
Perkara 7: Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta-merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya.

PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:
Perkara 8: Buku Rekod Guru Seseorang guru dalam suatu sekolah kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran dan buku rekod hendaklah dengan serta-merta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.

PERATURAN BERKAITAN DENGAN REKOD MENGAJAR


Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:
Perkara 11: Penalti (1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau keduaduanya. (2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit .
4

SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI), SURAT SIARAN KPM


CONTOH : SPI Bil. 3/1999 : Penyediaan Rekod P&P SPI Bil 3-1999.doc SPI Bil. 3/1987 : Penyeliaan P&P Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar SPI Bil 3-1987.doc SPI Bil. 4/1986 : Panitia Mata Pelajaran SPI Bil 4-1986.doc

Salah satu kandungan penting dalam SKPM 2010 adalah Standard 4 ( Pembelajaran dan Pengajaran)

KANDUNGAN SKPM 2010 (5 STANDARD)


1-KEPIMPINAN DAN HALA TUJU

2-PENGURUSAN ORGANISASI
3-PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN HAL EHWAL MURID

4-PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

5-KEMENJADIAN MURID
7

STANDARD 4: ASPEK 4.1 ASPEK 4.2

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENGLIBATAN MURID PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID

ASPEK 4.3

HASIL KERJA MURID

ASPEK 4.4
ASPEK 4.5
ASPEK 4.6 ASPEK 4.7 ASPEK 4.8 ASPEK 4.9 ASPEK 4.10 ASPEK 4.11 ASPEK 4.12

PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU


KAEDAH PENYAMPAIAN
KEMAHIRAN KOMUNIKASI PENGGUNAAN SUMBER PENDIDIKAN PENILAIAN TEKNIK PENYOALAN PENGUASAAN ISI KANDUNGAN PENGURUSAN KELAS (BILIK DARJAH/ MAKMAL/ BENGKEL / PADANG) AMALAN PROFESIONALISME KEGURUAN

STANDARD 4.4 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU


Kriteria kritikal

PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN YANG RAPI MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN.

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (standard kurikulum) terkini dan sesuai dengan takwim persekolahan. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur Skor 5 dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang terarah untuk mencapai objektif pelajaran. Refleksi dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran. Refleksi P&P digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang 9 seterusnya.

Apakah Rancangan Pelajaran Harian (RPH) ? Rancangan Pelajaran Harian (RPH) merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran dalam satu atau dua waktu pengajaran.

DRAF CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


1. 2. 3. 4. 5. 6. Mata Pelajaran, Kelas dan Masa Tema/Tajuk Standard Pembelajaran (Kod Sahaja) Objektif Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK merupakan EMK yang diberi penekanan dalam KSSR. EMK sedia ada seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme masih diterapkan dalam P&P Bahan Bantu Belajar Penilaian P&P Refleksi :
11

7. 8. 9.

Penyediaan RPH
Dokumen Standard

Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

Penyediaan RPH yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999

Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999

Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999

Kandungan Penting Dalam SPI Bil 3/1999

Objektif Pengajaran/Pembelajaran
Objektif pendidikan (pengajaran/ pembelajaran) merupakan pernyataan mengenai perubahan yang diharapkan dalam pemikiran, tindakan atau perasaan pelajar-pelajar akibat daripada sesuatu kursus atau program pendidikan. (B.S.BLOOM(Ed.)(1956). TaxonomyOf Educational Objectives. Hanbook 1: Cognitive Domain)

Objektif Pengajaran/Pembelajaran
Menurut R.J.Kibler, et.al(1981). Objectives for Instruction and Evaluation.
Objektif pengajaran merupakan pernyataan yang menerangkan apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan sesuatu unit pelajaran.

Objektif Pengajaran/Pembelajaran Bermaksud : suatu pernyataan yang menjelaskan hasil/produk pembelajaran yang diharapkan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir unit suatu pelajaran. hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku pada pelajar-pelajar

Objektif Pengajaran/Pembelajaran Objektif implisit melibatkan perubahan tingkah laku yang tidak ketara seperti : memahami atau mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar

Objektif Pengajaran/Pembelajaran Objektif eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti :
menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh atau menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.

Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran

Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu perlu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk aktiviti pembelajaran.

Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid Guru perlu prihatin terhadap pelbagai kecerdasan di kalangan pelajar. Kaedah dan aktiviti yang yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan.

Perkaitan antara: Objektif , Isi Pelajaran dan Aktiviti


Objektif diibaratkan sebagai suatu soalan (misalnya, apakah yang perlu dipelajari murid?) jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya, murid perlu mempelajari aktiviti (guru-murid) mencadangkan bagaimana atau apakah langkah / tindakan (kaedah)yang perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab persoalan yang dikemukakan.

Penulisan Refleksi
Refleksi yang sering ditulis oleh guru 1. Pelajaran berjalan lancar seperti yang dirancangkan 2. Tiada masalah 3. Objektif tercapai

Apakah Refleksi
Merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru

Mengapa Perlu Refleksi ?


Membantu guru untuk : Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran

Bila Perlu Refleksi?

Sebaik sahaja selesai pembelajaran dan pengajaran (P&P)

Proses refleksi
1. Menggambarkan semula keseluruhan pengajaran yang telah dilakukan 2. Memikirkan sama ada P&P telah berlaku 3. Memastikan sama ada objektif P&P telah tercapai

Proses refleksi
4. meneliti maklum balas mengenai pengajaran dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawat dan pencerap P&P 5. Menganalisis maklumat dan menilai kualiti P&P 6. Merancang untuk memperbaiki/ mempertingkatkan mutu P&P

Contoh Refleksi 1
Saya telah mengajar tajuk Bentuk Muka Bumi Tahun 5 Kuning. Hari ini saya telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respons yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas hati.

Contoh Refleksi 2
Saya telah menggunakan peta yang menunjukkan kedudukan Bosnia dan Malaysia. Saya minta pelajar-pelajar nyatakan bagaimana kita boleh sampai di sana, dan memberi pendapat jika Malaysia seperti Bosnia. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan menggunakan teknik ini untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.

Contoh RPH yang kurang baik

Contoh RPH yang kurang baik

Contoh RPH yang kurang baik

Contoh Penyediaan RPH


Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Dunia Sains Dan Teknologi