Anda di halaman 1dari 7

Semenjak zaman silam lagi, pantun merupakan satu bentuk sastera yang paling terkenal dan palingunggul di antara

terdisi lisan masyarakat Melayu. Mengikut R. O. Winsted iaitu seorang pengkaji Barat tentang Budaya Melayu, "Pantun bukanlah sekadar gubahan kata-kata yang mempunyai rima dan irama, tetapi merupakan rangkai kata yang indah untuk menggambarkan kehangatan seperti cinta, kasih sayang dan rindu dendam penuturnya." Pada tahun 1838, seorang penyair Perancis, Teophile Gautier telah menulis buku pantun (pantoum) yang berjudul "Rama-Rama" (The Butterfly of Les Popipilons). Namun begitu, William Marsden, seorang Orientalis Barat ialah orang yang mula-mula sekali mengetahui tentang keindahan pantun dan memperkenalkannya ke dunia luar. Beliau telah menulis dan menerbitkan sebuah buku "Grammer of The Malay Language" pada tahun 1812 di mana terdapat seluruh teks patun 4 kerat dalam tulisan jawi dengan terjemahannya. Maksud dan mesej pantun didapati dalam baris tiga dan empat, yang merupakan luahan pelbagai idea dan perasaan yang mengungkapkan kerencaman emosi dan sistem nilai masyarakat Melayu. Oleh itu terdapat pelbagai jenis pantun seperti pantun nasihat, pantun percintaan, pantun teka-teki, pantun jenaka, pantun kanak-kanak, pantun agama dan lain-lain. ( Ruj. Kumpulan Pantun Melayu 1983.)
Koleksi Pantun - Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Kesusasteraan Melayu Dalam Pendidikan Bahasa Melayu Pn. Hajah Maimunah Md. Aji- Institut Bahasa Kuala Lumpur.

PANTUN Pantun merupakan cerminan masyarakat dahulu. Mereka berinteraksi antara satu sama lain melalui pantun. Pantun adalah idea yang kreatif dan kritis serta padat kandungan maksudnya. Pada masa dahulu tidak ada alat untuk menyalin ilmu yang dipelajari. Mereka hafal dan dipertuturkan kepada generasinya untuk meswarisiilmu ini. Lebih dikenali sebagai sastera lisan. Pantun juga menjadi hak bersama dan kita tidak tahu siapakah yang mula-mula mencipta pantun. Mereka berkomunikasi melalui pantun. Kebijaksanaan masyarakat dahulu, mereka gunakan alam sekeliling menjadi pembayang bagi mencapai maksud. Penutur tidak terus menyampaikan isi hatinya. Sebaliknya melafazkan melalui pantun. Sipenerima akan menjawab melalui pantun. Oleh itu pantun mempunyai ciri-ciri tertentu dan tidak boleh diubahsuai kerana formatnya sudah termaktub. Jika diubah pincanglah pantun itu. Dengan kata lain ia tidak menjadi pantun mungkin berbentuk seloka gurindam dikir dan sebagainya.

Definisi Pantun

Menurut Kamus Dewan, (1986:813)


"... sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud ..."

Kamus Umum Bahasa Indonesia (hlm. 710)


"... sajak pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk tumpuan sahaja ... Menurut Zaaba (1965:218) "... perkataan pantun itu pada mulanya dahulu dipakai orang dengan makna seperti, umpama, laksana ... " Contoh: Hujanlah hari rintik-rintik, Tumbuh cendawan gelang kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam maka menjadi. Hanyut peria bertali rumin, Penuh berisi gala-gala; Tuan sepantun kilat cermin, Di balik gunung tampak juga.

Bentuk Pantun
A. METER i. Mempunyai 4 atau 5 perkataan dalam sebaris ayat Contoh: Buah langsat kuning mencelah, ( 4 perkataan )

Kenduduk tidak berbunga lagi; ( 4 perkataan ) Sudah dapat gading bertuah, (4 perkataan ) Tanduk tidak berguna lagi. ( 4 perkataan ) ii. Jeda apabila melafazkan Contoh: Pulau Pandan / jauh ke tengah, Gunung Daik / bercabang tiga; Hancur badan / di kandung tanah, Budi baik / dikenang juga. iii. Rangkap-rangkap pantun Terdapat beberapa rangkap pantun seperti dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat, dan sebagainya. iv. Suku kata 7 hingga 12 dalam satu baris ayat Contoh: Dang / Ni/la / me/mang/ku / pu/an, ( 8 suku kata ) Bu/ah / be/rem/bang / bu/ah / pi/da/da; (10 suku kata) A/da/kah / gi/la / ba/gi/mu / tu/an, (10 suku kata) Bu/rung / ter/bang / pi/pis/kan / la/da? (9 suku kata) B. Pembayang maksud dua baris di atas Layang-layang bertali benang, Putus benang tali belati; C. Maksud pantun dua baris di bawah Siang dan malam duduk mengenang, Orang dikenang tak ambil peduli.

D. Rima akhir tiap baris 1dan 3, baris 2 dan 4 (abab) Puas sudah kutanam ubi, Nanas juga ditanam orang, Puas sudah kutabur budi, Emas juga dipandang orang. E. Perulangan bunyi vokal Dari bukit turun ke kampung, F. Perulangan bunyi konsonan Telan tak lepas mati tersangkut

KERAT-KERAT PANTUN
Pantun tradisional Melayu sepertiuga karangan biasa atau surat rami yang mempunyai format-format tertentu. Kita telah belajar bentuk-bentuk atau ciri-ciri pantun. Kini kita beralih kepada kerat-kerat pantun. Di laman ini ada disertakan beberapa kerat pantun untuk panduan anda. Ini untuk menyakinkan diri anda untuk mencipta pantun atau mencari hasil kreatif lain untuk anda kaji yang manakah yang menyerupai pantun tradisional. Pantun Dua Kerat Nget-nget tali gasing, Budak lengit kena pusing. Pantun Empat Kerat Kalau berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki; Kalau berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi. Pantun Enam Kerat Apa diharap padi seberang, Entah berderai entahkan tidak, Entah dimakan pipit melayang; Apa diharap kekasih orang, Entah bercerai entah tidak, Entah makin bertambah sayang. Pantun Sepuluh Kerat Turun hujan hari dah petang, Bunga mawar tumbuhnya subur, Ditiup angin habis tunduk, Dipetik jangan dicabutkan, Tanaman puteri dari Jawa; Sudah habis rokok sebatang, Telah punah sirih sekapur, Pasar sudah tempat duduk, Penatlah sahaya menantikan, Buah hati tidak muncul juga. Pantun Dua Belas Kerat Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa sultan dari Kedah,

Padi jangan digempakan, Bila gugur masuk perigi, Di situ ditanamkan pula; Tuan di Mekah dan Madinah, Naik akhirat batu haji, Tegak berdiri Tasulullah, Kami jangan dilupakan, Kalau lupa antara tidur, Jika terbangun diingat pula.

NILAI-NILAI MASYARAKAT
Berikut diturunkan beberapa contoh pantun Melayu yang memperlihatkan nilai masyarakat dan budaya Melayu melontarkannya .. Pantun Tentang Tradisi Pilih-pilih tempat mandi, Pertama teluk kedua pantai; Pilih-pilih tempat menjadi, Pertama elok kedua pandai. Apa guna kepuk di ladang, Kalau tidak dimakan ragi; Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati.
Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Menunjukkan perasaan nakal dan bersenda gurau Tanam padi di Bukit Jeram, Tanam kandis di atas batu; Macam mana hati tidak geram, Melihat gadis senyum di pintu. Pantun teka-teki Beras ladang sulung tahun, Malam-malam masak nasi; Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi.
(Jawapan - Lemang )

Pantun Orang Bercinta Mawar merah tiga tangkai, Lidi diraut di tengah; Biar parah jiwa berkecai, Badai di laut jangan dijengah

http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/2903/nilai.html