Anda di halaman 1dari 6

KemBEST 2008

KERTAS KERJA
KEM BESTARI SOLAT 2008
Fasa 1
SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAWANG, LANGKAWI

PENDAHULUAN
Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Tanpa
solat seorang muslim itu tidak dapat menjadi muslim yang sejati yang sentiasa mendapat rahmat
daripada Allah S.W.T. Dengan kesedaran tentang betapa pentingnya solat maka pihak j-QAF
S.K.Kedawang merancang menganjurkan KEM BESTARI SOLAT 2008 (KemBEST (KemBEST 08’)
08’)
Program ini adalah program rangkaian yang terdapat dalam program j-QAF yang dilaksanakan di
seluruh negara. Secara umumnya program ini memberi perhatian khusus bagi memastikan murid
berjaya menguasai kaifiyat wuduk dan solat dengan sempurna dengan penumpuan khusus dari
segi bacaan dan perbuatan yang akan dilaksanakan secara intensif di sekolah. Oleh itu, kertas
kerja ini akan menjadi asas rujukan utama kepada pelaksanaan program ini. Semoga usaha
murni ini akan diberkati Allah S.W.T. Aamin..

OBJEKTIF

 Dapat menguasai bacaan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam tempoh 4
fasa kem ini.
 Dapat menguasai bentuk perbuatan wuduk dan solat dengan betul dan sempurna dalam
tempoh 4 fasa kem ini.
 Merapatkan ukhuwwah Islamiyyah antara murid, guru dan ibubapa.
 Mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang beriman dan dinamik.

TEMA
“Solat Pembentuk Insan Dinamik”

TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Kedawang, Langkawi.

1
KemBEST 2008

TARIKH DAN MASA


28 MAC 2008 ( JUMAAT ) SESI 1 : 7.30 pg – 12.30 tgh (TAHUN 1)
SESI 2 : 3.30 ptg – 6.30 ptg (TAHUN 3)
29 MAC 2008 ( SABTU ) SESI 1 : 7.30 pg – 12.30 tgh (TAHUN 2)
SESI 2 : 3.30 ptg – 6.30 ptg (TAHUN 4)

ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1

TENTATIF
Rujuk Lampiran 2

BELANJAWAN
Rujuk Lampiran 3

KUMPULAN SASAR
Kesemua Murid Tahun 1, 2 , 3 dan 4 yang beragama Islam di S.K.Kedawang.

PENUTUP
Program peningkatan kemahiran solat yang akan dijalankan ini amat memerlukan
komitmen dari semua pihak kerana misi yang dibawa adalah amat besar iaitu membentuk
generasi seimbang dan harmonis dalam segenap aspek. Generasi inilah yang akan meneruskan
kesinambungan kepimpinan negara di masa hadapan. Semoga dengan kerjasama dari semua
pihak akan menjayakan program ini seterusnya melahirkan golongan pelajar yang berdisiplin dan
mempunyai sahsiah diri yang jitu serta berakhlak mulia, insyaAllah. Akhirnya, semoga segala
gerak kerja yang dilaksanakan mendapat bantuan, keredhaan dan keberkatan dari Allah S.W.T.

Disediakan oleh :

...................................................
( MOHD ROKHAIMI BIN ZAKARIA )
Penyelaras,
Kem Bestari Solat 2008 Fasa 1,
Unit j-QAF, Panitia Pendidikan Islam,
Sekolah Kebangsaan Kedawang, Langkawi.

2
KemBEST 2008

LAMPIRAN 1

STRUKTUR ORGANISASI
JAWATAN KUASA KemBEST 2008 fasa 1
S.K. KEDAWANG, LANGKAWI.

PENAUNG
Tn Hj Din Bin Ibrahim (Guru Besar S.K.Kedawang)

PENASIHAT
YM Tunku Azita Binti Tunku Shuib ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
En Nan bin Ahmad (Penolong Kanan 1)
Pn Maznah Binti Ahmad ( Penolong Kanan HEM )
Ust Radzi bin Abu Hassan (Ketua Panitia P.Islam)

PENYELARAS
Mohd Rokhaimi Bin Zakaria

AHLI JAWATANKUASA

UNIT PERANGKAAN DAN REKOD


Mohd Rokhaimi Bin Zakaria

UNIT DISIPLIN DAN KAWALAN MURID


Mohd Rokhaimi Bin Zakaria
Rakan j-QAF SK Kedawang

UNIT DOKUMENTASI
En Idris Bin Hamzah
En Samsuddin Bin Saidon

UNIT KESELAMATAN
En. Othman b Harun
En. Ramli b Md Zain
En. Halim b Ahmad

UNIT FASILITATOR
En Ahmad Nasir Awang (K)
En Nazmi Natzeri
En Zamferi Ibrahim
En Mohd Izwan Idris
Pn Che Salmah Abdullah
Pn Saudah Ahmad
Pn Haslina Hashim
Pn Siti Rashidah Mat Noor
Pn Azaliza Musa

3
KemBEST 2008

MODUS OPERANDI

LATIH TUBI BACAAN DAN


PERMAINAN
- Dikendali 2 orang fasilitator
- Latih tubi bacaan
- Permainan / Pertandingan antara kumpulan
- Hadiah untuk pemenang
- Tayangan Slide
- Lokasi : Kafeteria SKKD
MURID
MURID
- Murid bergerak ke Stesyen 2 secara
- Selesai bimbingan dan penilaian berkumpulan
murid kembali ke Stesyen 1 semula. - Saiz kumpulan bergantung jumlah
fasilitator

BIMBINGAN DAN PENILAIAN

- Fasilitator membimbing murid lemah secara


individu
- Penilaian kemahiran murid-isi borang
pencapaian
- Lokasi : Surau dan Bilik j-QAF

4
KemBEST 2008

LAMPIRAN 2

TENTATIF
28 MAC 2008 (JUMAAT)
SESI 1 : TAHUN SATU
8.00 Pg : Pendaftaran (Kafeteria).
8.30 Pg : SLOT 1 : Tayangan Slide – Asas Solat dan Wudhuk
9.30 Pg : SLOT 2 : Latih Tubi – Bacaan dalam wudhuk dan Solat
10.00 Pg :REHAT
10.30 Pg : SLOT 3 : Kuiz Bestari Solat – Oleh : Ust Mohd Rokhaimi
12.30 Tgh : Bersurai

SESI 2 : TAHUN TIGA


3.30 Ptg : Pendaftaran (Kafeteria).
4.00 Ptg : SLOT 1 : Tayangan Slide – Kesalahan yang selalu dilakukan dalam Solat
dan Wudhuk.
4.30 Ptg : SLOT 2 : Latih Tubi – Bacaan dalam Solat(Tahiyyat Akhir dan Doa Qunut)
5.00 Ptg :REHAT
6.00 Ptg : SLOT 3 : Kuiz Bestari Solat – Oleh : Ust Mohd Rokhaimi
6.30 Ptg : Bersurai

29 MAC 2007 (SABTU)


SESI 1 : TAHUN DUA
8.00 Pg : Pendaftaran (Kafeteria).
8.30 Pg : SLOT 1 : Tayangan Slide – Asas Solat dan Wudhuk
9.30 Pg : SLOT 2 : Latih Tubi – Bacaan dalam wudhuk dan Solat
10.00 Pg :REHAT
10.30 Pg : SLOT 3 : Kuiz Bestari Solat – Oleh : Ust Mohd Rokhaimi
12.30 Tgh : Bersurai

SESI 2 : TAHUN EMPAT


3.30 Ptg : Pendaftaran (Kafeteria).
4.00 Ptg : SLOT 1 : Tayangan Slide – Kaifiyat Masbuk dan Muwafiq.
4.30 Ptg : SLOT 2 : Latih Tubi – Bacaan dalam Solat
5.00 Ptg :REHAT
6.00 Ptg : SLOT 3 : Kuiz Bestari Solat – Oleh : Ust Mohd Rokhaimi
6.30 Ptg : Bersurai

5
KemBEST 2008

LAMPIRAN 3

SUMBER KEWANGAN

• Peruntukan Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.

PERBELANJAAN
a) Minuman Pagi /Petang 450 orang X RM 1.00 = RM 450.00
b) Hadiah Kuiz Bestari Solat = RM 100.00
c) Dokumentasi = RM 50.00

JUMLAH = RM 600.00