Anda di halaman 1dari 27

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

PROPOSAL

RINGKASAN KAJIAN TINDAKAN SINUS (SIFAR LINUS) PADA TAHUN 2012 SK.SIMPANG EMPAT, PERLIS

DISEDIAKAN OLEH:

PN ADIBAH BINTI MD NOOR GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS SK. SIMPANG EMPAT, PERLIS

TARIKH SERAHAN: 04 JULAI 2012

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

PENGHARGAAN Kajian Tindakan ini dihasilkan daripada pemerhatian dan pengalaman serta merupakan kesinambungan daripada kajian yang lepas. Maka, hasil pengalaman dan pengamatan, saya dedikasikan Kajian Tindakan ini kepada Sekolah tercinta, Sk. Simpang Empat, Perlis. Memandangkan terdapat banyak faktor yang mencetus kepada rendahnya mobaliti ketersampaian pendidikan secara efektif dan ekfisyen dalam kalangan murid tahap satu di sekolah ini. Walaupun sekolah telah berjaya menyediakan sumber tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkualiti, prasarana yang baik dan kelas yang konduksif namun beberapa faktor sampingan yang tegar dalam kalangan murid tetap tegar dan susah direncanakan mengikut perancangan serta pembangunan modal insan yang baik. Ironinya, unit pemulihan khas sekolah cuba merangka dan melaksanakan beberapa program dan tindakan susulan ekoran hal demikian bagi memantapkan proses pembangunan kognitif dan sosial murid-murid yang terlibat supaya berupaya mencapai objektif falsafah pendidikan negara.

Pihak sekolah dan pentadbir banyak menyokong dan membantu saya supaya memajukan kajian tindakan ini. Terutama daripada pihak pentadbir yang memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan beberapa kajian di sekolah ini.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar Puan Hajah Haridah Abd. Razak dan Encik Zairi Bakar (Penolong Kanan Pentadbiran), kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk dedikasikan Kajian Tindakan Sifar Buta Huruf 2012 Sk. Simpang Empat, Perlis.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini difokus kepada alternatif penyelesaian masalah mengurangi proses ketirusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan murid lembam atau lemah dalam matapelajaran teras. Ketirusan yang berlaku semasa proses P&P ini dilaksanakan menyebabkan murid lemah atau lembam terus menjadi tegar dan lemah. Oleh yang demikian, kajian ini disasar kepada murid lemah dan lembam bagi tahap dua yang melibatkan murid tahun empat dan lima. Ketirusan yang dimaksudkan ialah aktiviti pengukuhan dan pemulihan tidak dapat dilaksanakan dalam sesi P&P berlangsung dan menyebabkan keberkesanan P&P secara totalnya menjadi kurang efektif dan ekfisyen. Maka, pendedahan kepada aktiviti pengukuhan dan pemulihan amat penting dalam P&P terutamanya kepada murid yang lemah. Disebabkan faktor kekangan masa dan sumber aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten. Oleh yang demikian, kajian ini memperkenalkan kaedah pembahagian sumber masa dan bahan p&p yang berkesan kepada guru.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

PENGENALAN

1.0

Sorotan Refleksi Kajian

Pengalaman menjadi seorang Guru Pemulihan Khas telah membuka ruang untuk saya muhasabah diri daripada kegagalan murid menguasai kemahiran asas iaitu (Membaca, Menulis, Memahami dan Mengira (4M), dengan baik.

Masalah murid lemah dalam menguasai literasi dan numerasi dalam program LINUS menyebabkan murid ketirusan pelajaran dalam matapelajaran yang lain juga. Kajian juga menekankan punca dan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.

Memandangkan dapatan data LINUS 2011dan 2012 menunjukkan murid tahun 1 masih ramai yang gagal menguasai literasi dan numerasi kurang memberangsangkan disebabkan beberapa faktor dan salah satu faktor yang dikenalpasti ialah kurang pelaksanaan Program Printis Jangka Masa Panjang disamping faktor yang lain. Oleh itu, kajian ini juga akan diluaskan skopnya sehingga lebih kompleks dan efektif serta optimum.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Analisis data linus 2012 adalah seperti berikut: Data 2011 Tahun 2 Kohort 1 Linus Literasi Numerasi Jumlah Murid 101 101 Perdana Linus 88 3 91 0 Tegar 0 0

Sasaran 2012 tahun 3 Kohort 1 Linus Literasi Numerasi Jumlah Murid 101 101 Perdana Linus 91 0 91 0 Tegar 0 0

Analisis data linus 2012 Tahun 2 kohort 2 Data 2012 Saringan 4 / Tahun 2 Kohort 2 Linus Literasi Numerasi Jumlah Murid 96 96 Perdana Linus 88 4 93 2 Tegar 4 1

Sasaran 2012 Saringan 5 / Tahun 2 Kohort 2 Linus Literasi Numerasi Jumlah Murid 96 96 Perdana Linus 92 3 96 0 Tegar 1 0

Sasaran 2012 Saringan 6 / Tahun 2 Kohort 2 Linus Literasi Numerasi Jumlah Murid 96 96 Perdana Linus 96 0 96 0 Tegar 0 0

Analisis data linus 2012 Tahun 1 kohort 3 Data 2012 Saringan 1 / Tahun 1 Kohort 3 Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Literasi Numerasi

91 91

38 43

43 46

10 2

Sasaran 2012 Saringan 2 / Tahun 1 Kohort 3 Linus Literasi Numerasi Jumlah Murid 91 91 Perdana Linus 66 20 72 18 Tegar 5 1

Sasaran 2012 Saringan 3 / Tahun 1Kohort 3 Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar Literasi 91 86 5 0 Numerasi 91 89 2 0 Sumber: Adibah Md Noor (2012), Guru Pemulihan Khas, Sk. Simpang Empat.

Carta Bar Jumlah Murid Linus Literasi Tahun 1, 2 dan 3 bagi Mei 2012

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Sumber: Unit Panitia Pemulihan Khas Sk. Simpang Empat, Perlis (2012).

Berdasarkan carta bar tersebut, menunjukkan murid amat lemah dari tahun 1. Namun murid dapat menguasai kemahiran asas literasi dalam tempoh satu tahun. Berdasarkan bar menunjukkan peningkatan penguasaan murid tahun 1, 2, 3 dalam literasi meningkat. Semakin lama mengalami proses pembelajaran semakin meningkat darjah ketersampian pendidikan murid untuk menguasai literasi..

GRAF GARIS PERATUSAN NUMERASI TAHUN 1,2,3 BAGI MEI 2012

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Sumber; Adibah Md Noor (2012).

Graf ini menunjukan peningkatan peratus pada murid tahun dua dan tiga sehingga mencapai 100% celik nombor dalam kalangan murid tahun 3. Keberangkalian murid tahun 2 mencapai 100% adalah tinggi ini kerana murid tahun dua pada bulan Mei 2012 telah mencapai 97% lulus sepenuhnya. Saringan 5 Julai 2012 murid tahun 2 kemungkinan besar akan mencapai 100%.

Rasionalnya saya mengkaji permasalahan yang telah timbul dan mengambil faktor kekangan masa dan sumber maka saya rencanakan tinjauan ini kepada Kajian Tindakan supaya masalah ini dapat dikurangkan. Ini kerana, masalah ini tidak dapat diatasi tetapi dapat dikurangkan

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

kepada tahap yang lebih optimum supaya peranan guru sebagai mentor dapat diaplikasikan dalam P&P serta peranan sekolah sebagai agen pembangunan insan dapat diimplimentasikan dalam adaptasi penambahbaikan sistem pengurusan dan perancangan dari semasa. semasa ke

Maka,

kajian

ini

menekankan kepada

mengukuhkan

keberkesanan pengajaran

dan

pembelajaran (P&P) dalam kelas bagi murid tahap 1 sekolah ini. Penekanan terhadap aktiviti pengukuhan dan pemulihan dalam kelas supaya murid lemah dan lembam dapat mengekses maklumat P&P dengan baik dan sempurna mengikut aras kemampuan murid dari segi kogitif dan kemahiran murid. Disamping melonjak prestasi sekolah dalam pencapaian NKRA sekolah.

2.0

Fokus Kajian

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Fokus kajian kepada memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid tahap 1 secara komperhensif dan berterusan. Tinjauan menunjukkan permasalahan yang timbul disebabkan oleh kurang aktiviti pengayaan, pengulangan, pengukuhan dan pemulihan semasa dan selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang telah dijalankan.

Begitu juga murid yang keciciran pendidikan menyebabkan murid tahap satu lemah dalam kemahiran asas. Selain itu, faktor sampingan yang lain seperti masalah istitusi kekeluargaan, ekonomi dan motivasi diri kepada permasalahan ini. juga menyumbang

Pernyataan Masalah:

1) Murid tahap satu masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas iaitu 4M (membaca, menulis, memahami dan mengira) 2) Murid kurang pendedahan aktiviti pengukuhan dan pengulangan semasa dan selepas P&P dilaksanakan. 3) Murid keciciran pendidikan disebabkan masalah kehadiran ke sekolah yang buruk 4) Ibu bapa dan penjaga kurang kesedaran kepentingan pendidikan yang efektif kepada anak-anak 5) Faktor sampingan iaitu seperti masalah kekeluargaan, ekonomi dan motivasi diri yang rendah memberi impak negatif kepada murid.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

3.0

Objektif Kajian

Objektif Umum

Meningkatkan prestasi sekolah melalui pencapian dalam Ujian Linus serta mengukuhkan tahap penguasaan (Membaca, Menulis, Memahami dan Mengira) 4M dikalangan murid dan memantapakan program pemulihan khas serta memperkasakan sekolah dengan melahirkan murid Celik Huruf dan Bijak Angka pada tahun 2012.

Objektif Khusus

1) Melonjakkan prestasi sekolah dalam pencapaian Ujian Linus 2012 2) Murid lemah dan lembam dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi (LINUS). 3) Meningkatkan peranan ibubapa dalam memantau murid serta motivasi kesedaran kepentingan ilmu kepada ibubapa. 4) Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas 4M(membaca, menulis, memahami dan mengira) dalam kalangan murid. 5) Menyediakan kemahiran 4M 6) Memantapkan program pemulihan khas, dan Linus di sekolah. elemen pengukuhan dan pemulihan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) kepada murid tercicir supaya dapat meningkatkan

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

7) Memperkasakan sekolah dengan melahirkan murid yang celik huruf dan bijak angka pada tahun 2012.

4.0

Kumpulan Sasaran a) Murid Tahun 1 b) Murid Tahun 2 c) Murid Tahun 3

5.0

Skop Kajian Murid Tahap Satu, Sekolah Sk. Simpang Empat, Perlis. Ibu bapa dan penjaga murid tahap satu yang terlibat

Tempoh Pra Kajian Jangka Masa Pendek: 07 Bulan Bermula pada: Mac 2012 Berakhir pada: Oktober 2012 Tempoh Pasca Kajian Jangka Masa Panjang: 20 Bulan Bermula pada : Mac 2012 Berakhir pada: Ogos 2013

Kaedah Kajian :

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

a) Pengalaman dan Tinjauan b) Instrument Ujian (Ujian Linus) c) Pembacaan dan Pengetahuan d) Dapatan Data

6.0 6.1

Pelaksanaan Tindakan Pengenalan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan SINUS (Sifar Linus)2012 direncana bagi memenuhi sasaran National Key Result Area (NKRA) dalam profesion pendidikan. Salah satu daripadanya ialah memperkasakan sekolah kebangsaan dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan murid.

Kajian tindakan ini adalah alternatif menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam sistem pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Kelas Perdana, Kelas Pemulihan Khas dan Kelas Linus. Kesukaran melaksanakan P&P yang berkesan, lancar dan terancang disebabkan masalah murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis, memahami dan mengira (4M) dalam kalangan murid yang lemah dan tercicir. Kenapa keciciran pelajaran ini berlaku? Punca dan cara menyelesaikan permasalahan ini secara optimum.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

6.2

Konsep Sifar Kosong, tiada nilai bagi angka tersebut. Sifar iaitu mengurangkan jumlah bilangan murid yang tidak menguasai LINUS literasi dan Numerasi kepada angka sifar pada tahun 2012.

Konsep Linus Gabungan literasi dan numerasi . Literasi tatacara penggunaan Bahasa Malaysia yang melibatkan 4 elemen iaitu membaca, menulis, memahami dan menaakul. Numerasi ialah nombor dan angka yang perlu dikuasai secara menyeluruh termasuk aspek asas nombor.

Konsep Sinus Konsep ini boleh diimplimentasikan sebagai satu momentum yang

menggerakkan sesuatu mekanisme dari bilangan yang banyak kepada sifar. Sifar dalam buta huruf tetapi 100 peratus dalam celik huruf dan angka. Kesimpulannya, ia merupakan satu konsep cara mengurangkan masalah lemah literasi dan numerasi.

6.3

Kerangka Pelan Tindakan

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun1

Model 1: Pelan Tumpu (Tahun 1) 3 Bulan (Bulan Transformasi)

Latih Tubi

Matapelajaran Tumpuan: Bahasa Melayu Matematik Bahasa Inggeris Agama (Jawi/ Arab)

Dibantu Guru Matapelajaran Lain Murid dapat menguasai kemahiran asas dan dapat mendedahkan murid kepada Ujian Linus serta mewujudkan murid yang bestari.

Kaedah Perlaksanaan Guru matapelajaran selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Metematik akan memperuntukkan 30 minit untuk setiap minggu mengajar kemahiran asas semasa P&P dilaksanakan. Ini bertujuan aktiviti pengulangan dan pengukuhan dapat dilaksanakan sepanjang masa. Aktiviti pengulangan dan pengukuhan ini penting dilaksanakan dalam kelas yang mempunyai murid yang lemah. Mengukuhkan kemahiran asas ini sangat penting supaya murid dapat menguasai elemen pembelajaran yang lain lebih optimum.

Sebagai contoh, seorang guru agama boleh memperkenalkan gambar buku kemudian menyebut perkataan tersebut dengan jelas serta menulis perkataan tersebut kemudian baru ditulis dalam tulisan jawi. Secara tidak langsung murid akan mendapat dua faedah pembelajaran dalam satu sesi P&P. Ini penting bagi murid boleh mahir dan cepat menguasai Bahasa Melayu. Begitu juga guru muzik juga boleh meminta murid bertutur

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

dalam bahasa inggeris semasa P&P disamping menyanyikan Lagu versi Bahasa Inggeris sebagai set induksi dan sebagainya.

Pelan Tumpu ini telah berjaya dilaksanakan melalui Kajian Tindakan Lonjakan Perdana 2011 yang telah memperkenalkan konsep tumpu ini. Respon guru-guru menunjukkan perkembangan yang positif dari semasa ke semasa. 90% Pelan ini berjaya dilaksanakan oleh guru-guru yang terlibat .

6.4

Pelan Tindakan : Program Impak Maksima

Model 2 (Tahun 2 ) 2 Minggu (Literasi)

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Murid Linus dan tegar akan mengikuti program Impak Maksima selama 2 minggu iaitu dilaksanakan pada masa 7.40 sehingga 10.00pagi pada setiap hari selama 2 minggu. P&P dikendalikan oleh guru pemulihan khas.

Motivasi Murid akan mengikuti satu slot motivasi diri selama 2 jam yang dikendalikan oleh Guru kaunseling sekolah

Learning is P&P Didik Hibur Token ekonomi Fun Bermain sambil belajar

Murid dapat menguasai kemahiran (Membaca, menulis dan memahami)

Projek Latih Tubi Gempur

Kaedah Pelaksanaan

Murid tahun 2 yang terlibat dengan masalah literasi perlu mengikuti program impak Maksima selama 2 minggu. Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan mekanisme mobaliti murid untuk mengekses pembelajaran dengan lebih optimum. Program ini juga

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

penting untuk membantu murid menguasai asas membaca dengan cepat, pantas dan betul.

Program ini akan dilaksanakan pada 9 Julai 2012 sehingga 20 Julai 2012. Seramai 8 orang murid tahun dua yang terlibat akan mengikuti program ini. Keberkesanan program ini ditentukan oleh Keputusan saringan 5 2012

6.5

Kajian Tindakan Pemantapan Program Pendidikan Pemulihan Khas Secara Menyeluruh Dalam kalangan Murid

Model 3: Konsep 4M

(Konsep 4M)

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Konsep 4M

Program Pemulihan Khas hanya menekankan Konsep 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Penambahbaikan 3M kepada Konsep 4M Iaitu (Membaca, Menulis, Memahami dan Menaakul)

Modul Kembara Ilmu Konsep 4M (Membaca, Menulis, Memahami dan Menaakul)

Murid dapat membaca dan menulis serta memahami dengan baik disamping melengkapkan kemahiran membaca, menulis dan pemahaman dengan lebih efektif

Kaedah Pelaksanaan

Modul Kembara Ilmu akan diaplikasi dalam P&P kelas Pendidikan Pemulihan Khas (Kelas Puncak Gemilang). Kebanyakan buku serta modul yang diguna pakai tidak

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

menerap kemahiran memahami. Oleh itu, penggunaan Modul kembara Ilmu yang menerapkan kemahiran memahami. Murid diberi pendedahan kepada menulis, membaca serta memahami. Aktiviti ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah bacaan mekanisme. Modul ini juga disusun mengikut aras murid kelas pemulihan khas yang bermula dari aras rendah kepada susah. Penggunaan Modul ini secara berterusan selama tempoh 4bulan akan menghasilkan peningkatan yang sangat memberangsangkan kepada murid yang lemah tetapi buku ini akan didedahkan kepada murid yang sudah menguasai Suku Kata kv.

6.6 Motivasi Ibu bapa atau penjaga

Model 4: Program Pelita Hati

Program Motivasi Kesedaran Kepentingan Ilmu kepada anak-anak

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Kenapa peratusan LINUS dan UPSR merosot? Sekolah-guru berpengalaman, latih tubi,kelas tambahan dan lain-lain tetapi Kenapa?

Hampir 90 peratus murid yang lemah disebabkan gagal menghadiri ke sekolah. Faktor Utama ialah Masalah Kehadiran ke Sekolah kurang memuaskan Kenapa? Masalah institusi kekeluargaan Tindakan Sekolah- Melawat, pantau dan nasihat tetapi tiada perkembangan positif Kenapa?

Ibu bapa kurang kesedaran kepentingan pendidikan kepada anak-anak dan Kurang muhasabah peranan ibubapa di samping faktor ekonomi dan faktor latar belakang pendidikan yang rendah di sosio geografi sekitar simpang empat

Motivasi kepada ibubapa/penjaga oleh Guru Kaunseling

Kaedah Pelaksanaan

Program Motivasi oleh pihak Hal Ehwal Murid dan Unit Kaunseling. Masalah utama keciciran pendidikan di sekolah ini ialah masalah ponteng sekolah. Masalah ini telah dipantau dan diberi perhatian oleh pihak sekolah namun kurang respon yang positif

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

daripada ibubapa. Sekiranya ada pun hanyalah 20 peratus sahaja selebihnya sebanyak 80peratus masih lagi dengan takuk lama hanyut bersama masalah kepincangan sosialiasi. Oleh itu, langkah terakhir pihak sekolah adalah dengan mengadakan Program motivasi keibubapaan kepada keluarga yang mempunyai anak yang tercicir pendidikan.

7.0

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN SINUS 2012 SK SIMPANG EMPAT, PERLIS

PENGERUSI

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Guru Besar (Pn. Hjh. Haridah Abd. Razak )

NAIB PENGERUSI 1 Penolong Kanan 1 (En. Zairi Bakar)

NAIB PENGERUSI 2 Penolong HEM (Pn. Che Su Ibrahim)

SETIAUSAHA Guru Pemulihan Khas (Pn. Adibah Md Noor)

PENYELARAS Penyelaras Linus (Pn. Sham Mahmud)

AJK GURU SK SIMPANG EMPAT

8.0

PENUTUP

Saya berharap kajian ini dapat disokong penuh oleh pihak pentadbir dan pengurusan sekolah. Kajian ini merupakan kajian yang ketiga saya pertama yang telah saya laksanakan kemungkinan ia bukanlah satu kajian yang sangat terbaik namun, ia adalah pengubahsuaian hasil kajian

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

laksanakan serta menunjukkan hasil yang positif. Maka, saya dedikasikan sebahagian kajian pertama saya dalam kajian ini dengan mengubahsuai serta melakukan penambahabaikan disamping mengambil kira faktor yang lain supaya kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar serta menghasilkan produktiviti yang efektif serta optimum pada akhir pengukuhan kajian ini. Kajian ini juga telah menunjukkan ketirusan pendidikan disebabkan keciciran menghadiri ke sekolah dengan memuaskan. Puncanya juga disebabkan masalah institusi kekeluargaan dan kurang keinginan berdaya maju untuk menyiapkan dan melengkapkan lembaran kerja, latih tubi yang disediakan oleh guru. Maka, beberapa tindakan susulan telah dikenal pasti sebagai alternative menyelesaikan masalah Linus ini. Oleh itu, kajian ini sangat penting supaya membantu dan menambah nilai kemajuan murid, meningkatkan prestasi guru dan memperkasakan institusi sekolah sebagai agen pembangunan modal insan.

LAMPIRAN: Ulasan Naib Pengerusi _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

_____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Tanda Tangan, Tarikh:___________

(En. Zairi Bakar) PENOLONG KANAN 1 SK. SIMPANG EMPAT, PERLIS.

Ulasan Pengerusi _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________

Tanda Tangan, Tarikh:___________

(Pn. Hjh. Haridah Abd Razak) GURU BESAR, SK. SIMPANG EMPAT, PERLIS.

ISI KANDUNGAN

Abstrak

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

Penghargaan 1.0 Sorotan Refleksi Kajian

2.0

Fokus Kajian

3.0

Objektif Kajian Objektif Umum Objektif Khusus

4.0

Kumpulan Sasaran

5.0

Skop Kajian Tempoh Kajian Kaedah Kajian Permasalahan

6.0

Perlaksanaan Tindakan 6.1 Pengenalan Kajian Tindakan 6.2 Konsep SINUS

6.3 Kerangka Pelan Tindakan Model 1: Pelan Tumpu

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012]

ADIBAH MD NOOR, 2012

6.4 Model 2: Impak Maksima 6.5 Model 3: Konsep 4M 6.6 Model 4: Motivasi Ibu bapa

7.0

Jawatankuasa Ahli Kajian Tindakan

8.0

Penutup

Rujukan

Anda mungkin juga menyukai