Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN

Psikolinguistik ialah bidang ilmu antara disiplin iaitu antara ilmu psikologi dan
ilmu linguistik. Sebelum istilah “psikolinguistik” ditakrifkan, eloklah sekiranya
iatilah “psikologi” dan “linguistik” ditakrifkan terlebih dahulu.

Psikolinguistik

Psikologi Linguistik

Kajian tentang otak, Kajian tentang


perasaan, pemikiran bahasa secara
pengamatan dan sistematik
penaakulan

Mengkaji bagaimana otak manusia


dapat memproses bahasa dan mampu
menerbitkan perkataan serta ayat-ayat
yang tidak terhingga banyaknya.
1.1 Pengertian Psikologi

Psikologi ialah satu bidang ilmu yang menumpukan pengkajiannya kepada dua
perkara utama iaitu yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa manusia dan
perilaku atau tingkah laku manusia. Menurut Gleitman (1986:1), psikologi ialah
bidang kajian di mana kadangkala ditakrifkan sebagai ilmu tentang akal
budi, kadangkala pula sebagai ilmu tentang tingkah laku. Bidang kajian ini
mencuba menjawab persoalan tentang bagaimana organisma-organisma
melakukan sesuatu dan mengapa hal tersebut dilakukan.
Manakala menurut Mangantar Simanjuntak (1986:12) pula, psikologi
ialah satu sains manusia yang mencuba mengkaji proses akal manusia dan
segala manifestasinya yang mengatur perilaku manusia itu.
Menurut Atan Long (1976:1) yang berkata semasa menerangkan asal
usul perkataan psikologi ialah perkataan “psikologi” yang berasal daripda
gabungan dua perkataan Yunani “psyche” yang bermakna jiwa atau
semangat dan perkataan “logy” yang berasal dari logos yang membawa
makna pengkajian mengenai sesuatu. Kalau diterjemahkan secara terus
perkataan “psychology” itu membawa erti pengkajian berkenaan jiwa atau
semangat.
Oleh hal yang demikian, berdasarkan pandangan-pandangan yang telah
dikemukakan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa psikologi merupakan
satu disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budi
atau jiwa dan juga tingkah laku manusia.

1.2 Takrif Linguistik

Linguistik ialah ilmu yang bersifat saintifik. Linguistik mengkaji aspek-aspek


bahasa secara empirikal iaitu kajian yang dilakukan secara sistematik. Menurut
Aitchison (1987:19), linguistik dapat didefinisikan sebagai penyelidikan
yang sistematik tentang bahasa iaitu ilmu yang menghuraikan kesemua
aspek bahasa dan merumuskan teori-teori tentang bagaimana bahasa
berfungsi.
Bahan kajian linguistik ialah bahasa. Oleh hal yang demikian, ilmu
linguistic ialh ilmu tentang bahasa. Kesemua bidang dalam ilmu linguistic tulen,
linguistic antara disiplin dan linguistik terapan mengkaji tentang bahasa dan
penggunaannya. Oleh sebab kajian dalam bidang linguistic hanya tertumpu
kepada bahasa maka definisi ringkas bagilingistik ialah ilmu bahasa. Perkataan
ilmu dalam definisi ini membayangkan bahawa dapatan-dapatan yang boleh
dipertanggungjawabkan. Sesuatu dapatan itu tidak dapat dianggap ilmiah jika
disampaikan secara sembarangan tanpa berpegang kepada apa-apa kerangka
teori penghuraian.
Oleh hal yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa linguistik adalah
ilmu tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia
mencapai pebagai matlamat dan hasrat dalam kehidupan hariannya.

1.3 Takrif Psikolinguistik

Psikolinguistik adalah disiplin ilmu yang mengkaji apa yang dikaji oleh disiplin
linguistic dan psikologi. Psikolinguistik mengkaji aspek-aspek yang berkaitan
dengan bahasa, tingkah laku bahasa dan akal budi manusia. Psikolinguistik
menganalisis apa yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu
berbahasa. Psikolinguistik ini merupakan bidang antara disiplin iaitu antara
psikologi dan linguistic. Menurut Mangantar Simanjuntak (1986:1),
psikolinguistik adalah gabungan dua patah kata iaitu psikologi dan
linguistic yang merupakan dua disiplin yang berlainan dan berdiri sendiri.
Aspek-aspek yang berkaitan dengan lakuan manusia yamg melibatkan
bahasa menjadi tumpuan kajian bidang psikolinguistik. Menurut Aitchison
(1987:119), psikolinguistik sering kali ditakrifkan sebagai kajian tentang
bahasa dan akal budi. Bidang kajian ini menyelidiki apa yang berlaku dalam
akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami,
menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan.
Selain itu juga, menurut Garnham (1985:1), psikolinguistik adalah
kajian tentang mekanisme-mekanisme mental yang membolehkan manusia
menggunakan bahasa. disisplin ini merupakan disiplin saintifik yang
matlamatnya adalah suatu teori yang sepadu tentang car bahasa dihasilkan
dan difahami.
Oleh hal yang demikian , psikolinguistik dapatlah ditakrifkan sebagai
satu bidang yang mengkaji mekanisme mental semasa manusia berbahasa
sama ada penghasilan output atau pemahaman input bahasa.
2.0 Pemerolehan Bahasa Pertama

Teori Pemerolehan Bahasa


Pertama

Behaviouris, mekanis Mentalis


tingkah laku Biologis

J. B. Watson, ER Guthrie, N. Chomsky


B. H Skinner, Thondike Lennergerg

- Rangsangan – Gerak - Kebolehan Sedia Ada


Balas ( S-R ) (LAD)
- Perlakuan Operan / - Naluri
Perlakuan Berulang-ulang - Artikulator
- Gerak Fizikal - Hipotesis Tempoh Kritikal
2.1 TAKRIF PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Menurut Mangantar Simanjuntak (1987), pemerolehan bahasa ialah proses yang


berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi) sewaktu memperoleh
bahasa ibunda (pertamanya).

Pemerolehan bahasa bermula pada peringkat bayi melalui perlakuan dan


kecekapan pancaindera pendengaran dan pertuturan. Proses perlakuan ini
melibatkan aktiviti pemahaman dan penerbitan manakala proses kecekapan pula
melibatkan pengetahuan bahasa dan penguasaan tatabahasa secara tidak
sedar.

Terdapat tiga bahagian pemerolehan bahasa yang diperoleh kanak-kanak


secara serentak iaitu pemerolehan sintaksis, semantik dan fonologi.
Pemerolehan sintaksis melibatkan gabungan kata, penafian, pertanyaan dan
ayat pelbagai ragam. Sementara itu, pemerolehan semantik pula melibatkan
morfem bebas (kata-kata), kata konkrit, kata abstrak, dan morfem terikat.
Manakala pemerolehan fonologi pula melibatkan bunyi-bunyi rambang
(membebel), fonem-fonem kata (filter ketara) dan fonem-fonem halus (filter tak
ketara).

2.2 TEORI BEHAVIOURIS / MEKANIS / TINGKAH LAKU

Antara ahli bahasa yang mendominasi teori ini ialah Bloomfield, Sapir, Boas,
Fries dan Brooks. Mereka berpegang kepada beberapa prinsip pokok terhadap
penguasaan dan pembelajaran bahasa. Antaranya ialah :

1. Mengikut teori behaviuris, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan


iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga
menjadi satu kebiasaan. Teori ini berasaskan kepada cara pemerolehan
bahasa pertama oleh seseorang kanak-kanak. Sseorang kanak-kanak itu
memperolehi bahasa daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain
melalui proses peniruan yang berulang-ulangsejak dia mula belajar
menyebut bunyi-bunyi, perkataan-perkataan dan seterusnya membentuk
ayat-ayat. Mengikut teori ini, pengajaran bahasa haruslah menekankan
latihan atau pengulangan yang banyak kerana penguasaan bahasa
adalah satu proses mekanis yang tidak memerlukan daya mental.
Kemahiran berbahasa diperoleh melalui pembentukan biasaan
sebagaimana juga kita menguasai kemahiran-kemahiran psikomotor
seperti berlari, berenang, memandu dan sebagainya. Tentang bagaimana
pentingnya bentukan biasan dalam penguasaan bahasa ini nyata
daripada pendapat Brooks (1960) yang mengatakan bahawa satu fakta
yang dominan mengenai bahasa ialah berhubung dengan bentukan dan
prestasi biasan, tidak berkaitan dengan penyelesaian masalah.

2. Bagi golongan behaviuris, bahasa adalah sesuatu tingkah laku manusia


yang sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dkuasai melalui
latihan dan pengulangan. Sekiranya tingkah laku manusia berpunca
daripada wujudnya rangsangan dan gerak balas maka bahasa juga lahir
sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Tegasnya, tingkah
laku bahasa wujud ketika ucapan terkahir daripada mulut seseorang dan
ucapan itu diterima dan difahami leh pendengar dan sebaliknya.

3. Yang lebih dipentingkan oleh golongan ini ialah bahasa sebagai alat
komunikasi dan sebab itu mereka menekankan aspek lisan. Bagi
Bloomfield , misalnya bahasa adalah sejumlah isyarat atau tanda yang
berupa unsur-unsur bunyi yang dinamakan bentuk linguistik.

4. Satu perkara yang dipentingka oleh golongan ini juga dalam


pembelajaran ialah pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran
yang harus diberikan sekiranya seseorang pelajar dapat memberikan
gerak balas yang betul
5. Daripada aspek huraian bahasa, golongan ini berpegang kepada huraian
bahasa secara deskriptif atau structural. Huraian bahasa secara deskriptif
ini muncul seiringan dengan munculnya golongab behaviouris iaitu pada
tahun 1930-an. Bagi golongan strukturalis, bahasa itu adalah lisan. Fries
(1940) menegaskan bahawa :
“pertuturan adalah bahas, tulisan juga bahasa tetapi sebagai
secondary”.

2.3 TEORI MENTALIS / KOGNITIF

Pelopor teori ini adalah Noam Chomsky (1960-an), Miller, Katz dan Lakoff.
Tanggapan yang menjadi pegangan asas golongan ini ialah :
1. Mereka berpendapat bahawa manusia sejak lahir lagi sudah mempunyai
kebolehan untuk menguasai bahasa. Menurut mereka juga, kanak-kanak
mempunyai keupayaan semulajadi untuk merumus dan membentuk ayat-
ayat mengikut sistem bahasa yang mereka perolehi dengan syarat
mereka itu terdedah kepada penggunaan bahasa tersebut. golongan ini
juga berpendapat bahawa ada suatu jangkaan masa tertentu yang
merupakan satu masa subur untuk bahasa berkembang dan kalau masa
itu terlangkau, penguasaan kanak-kanak itu akan terhalang.

2. J. Piaget berpendapat bahawa manusia memiliki peringkt otak (mental)


dan saraf yang tinggi dan dengan otaknya manusia mempunyai
kebolehan untuk mempelajari pelbagai perkara. Tegasnya, proses
pembelajaran ialah proses mental bukannya proses mekanis.

3. N. Chomsky berpendapat bahawa seorang kanak-kanak telah dilahirkan


dengan kecekapan semula jadi unutk menguasai bahasa apabial sampai
peringkat kematangannya yang tertentu. Pada tiap-tiap peringkat
kemtangan kanak-kanak tersebut akan membentuk hipotesis-hipotesis
terhadap peraturan-peraturan ahli masyarakatnya. Segala pembetulan
kesalahan yang dibuat oleh ahli masyarakatnya akan memperkukuhkan
lagi rumus-rumus bahasa yang tersimpan di dalam otaknya.

4. Salah satu daripada teori E.H Lenneberg (1967) tentang pemerolehan


bahasa ialah bahawa semua kanak-kanak yang sihat dan normal mulai
bercakap dan bertutur pada peringkat umur yang agak sama. Hal ini
bermakna bahawa perkembangan dan kebolehan untuk berbahasa itu
terjadual secara biologis. Oleh itu, apabila sudah sampai masanya, maka
seseorang kanak-kanak itu akan dengan serta merta menjadi tertarik
terhadap segala bunyi yang didengarnya dan dia dapat menajamkan
pancainderanya. Dengan itu, dia berupaya memahami dan memilih bunyi
yang penting dan mengenepikan segala yang lain seperti yang
dperhatikan oleh Lenneberg.
3.0 Peringkat-peringkat Pemerolehan Bahasa Pertama

Peringkat-peringkat pemerolehan bahasa kanak-kanak.

BAYI BERUSIA 3 BULAN Mulai membebel


Hanya mampu mengangkat kepala

6 BULAN Intonasi bebelan seperti bahasa


Boleh duduk dengan bantuan

1 TAHUN Holofrasa muncul


Mulai berjalan apabila tangannya dipegang dan dapat berdiri

dan penyempitan kata


1 TAHUN 3 BULAN
Berjalan huyung-hayang dan merangkak ketika menaiki Mampu menyampaikan pemanjangan
tangga

berturutan dengan cepat


1 TAHUN 6 BULAN
Berlari dengan baik dan naik turun tangga dan merangkak Pengucapan dua holofrasa yang
ketika turun tangga denganberundur

1 TAHUN 9 BULAN Mulai mengucapkan ayat dua kata


Berjalan cepat dan cuba berlari

2 TAHUN Mulai mengucapkan ayat tiga kata


Berlari dengan baik dan turun naik tangga dengan satu kaki
ke depan

mempunyai sistem vokal lengkap


2 TAHUN 6 BULAN
Mulai mengucapkan ayat 4 kata dan
Mulai menaiki basikal roda tiga dengan dua kaki menolak

dan kata nama


3 TAHUN
Dapat menaiki basikal beroda tiga dan menaiki tangga Tahu menggunakan kata ganti diri
berselang kaki

konsonan
3 TAHUN 6 BULAN
Konsonannya dikuasai kecuali gugus
Mulai belajar melompat

4 TAHUN Sintaksisnya baik tetapi terhad


Menuruni tangga berselang kaki

5 TAHUN Gugus konsonannya tepat


Menaiki dan menuruni tangga dengan berlari dan melompat
dengan baik
PERINGKAT VOKALIS (BEBELAN)
Berusia sejak lahir hingga 10 bulan.
Pada peringkat ini, bayi melahirkan bunyi-bunyi bukan bahasa
sebagai latihan dan kawalan alat artikulasi dan bagi menyelaraskan
pernafasannya.
Bayi hanya dapat mengenal pasti bunyi-bunyi suku kata vokal,
konsonan dan pola intonasi bahasa terutamanya pola ayat penyata,
ayat tanya dan ayat seruan.
Contoh bunyi bukan bahasa yang dibunyikan ialah :
ee……eee……, uu……uu……, aa……aaa……, oo……
oo…..

HOLOFRASA (PERTUTURAN SATU KATA)


Berusia dari 10 bulan sehingga 18 bulan.
kanak-kanak mula menuturkan kata pertama tanpa sintaksis
untuk menamakan objek, meminta sesuatu, menegaskan
tindakan dan juga untuk melahirkan sesuatu yang rumit.
Pertuturan ini bermula dengan kata yang bersuku kata mudah
atau berulang.
Kemudiannya beransur-ansur maju kepada suku kata tunggal
berlainan pola atau berupaya mencantumkan beberapa suku
kata.
Contoh pertuturan satu suku kata ialah:
ma-ma, ba-ba, ma-man, ne-nek, sa-kit

TELEGRAFIK (PERTUTURAN 2 & 3 SUKU KATA)


Berusia 18 bulan hingga 4 tahun.
Kanak-kanak pada peringkat ini sudah berupaya menyebut dengan
jelas dua atau tiga perkataan.
Kombinasi kata inti yang pendek sama ada kata nama, kata kerja
dan kata sifat.
Beransur maju kepada ayat pendek dua atau tiga kata.
Bertujuan meminta, bertanya, menjawab, memberitahu dan
sebagainya.
Contoh pertuturan holofrasa ialah :
nak makan, ibu mana, adik nak ikut.

PERKEMBANGAN AYAT-AYAT KOMPLEKS


Berusia 5 hingga 12 tahun.
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan nafian,
soalan, dan struktur ayat yang lebih kompleks dan berguna dalam
bahasanya.
Pada umur 9 atau 10 tahun ke atas, kanak-kanak
memperoleh semua struktur bahasa pertamanya pada tahap
praolahan (rendah-sederhana)
Namun meningkat ke tahap olahan konkrit pada umur 11
hingga 12 tahun.
Selepas umur 12 tahun, kanak-kanak mencapai olahan
formal atau memperoleh struktur bahasa orang dewasa.
Contoh ayat kompleks yang digunakan ialah :
saya dan adik bermain bola bersama kawan-kawan.
4.0 Penutup

Kesimpulannya, pemerolehan bahasa pertama ialah proses yang berlaku di


dalam otak kanak-kanak yang sering berlaku dan menjadikannya satu kebiasaan
bagi kanak-kanak tersebut. Proses ini merupakan satu proses mental dan
melalui perbuatan yang dilihat oleh kanak-kanak, maka mereka
memperolehbahasa pertama mereka. Proses yang dilalui oleh kanak-kanak ini
akan menjadi lebih mudah sekiranya mereka sudah terdedah kepada bahasa
tersebut dan mereka akan lebih senang untuk memperoleh bahasa pertama
mereka.