Anda di halaman 1dari 2

.

, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2007 peringkat SekolahKebangsaan Kompleks KLIA pada pagi yang berbahagia ini Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata . Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anakanak mereka sendiri , kurniakanlah kepada guru-guru kami kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid ,

Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau mengizinkannya Ya Allah

Anugerahkanlah kami ketakutan kepadaMU, yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepada MU. Ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada SyurgaMu. Keyakinan yang dapat memperkecilkan musibah dunia yang menimpa kami. ya allah perbaikilah hubungan diantara kami dan mesrakanlah di antara hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang selamat dan lepaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan hindarkanlah kami segala kekejian samada lahir daripadanya ataupun yang tersembunyi YaAllah . Ya Rahman Ya Rahim. Jangan engkau tinggalkan dosa-dosa kami selepas majlis ini, melainkan engkau telah mengampuninya. Jangan engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan engkau telah mengembirakannya. Dan jangan engkau tinggalkan suatu keperluan dunia dan akhirat kami melainkan engkau telah menunaikannya. Wahai tuhan yang maha mengasihani.

, , , ,

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai