Anda di halaman 1dari 21

MODEL PERSONAL

PENGENALAN
Bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Model ini cuba menerapkan pendidikan supaya kita dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan kita dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini.

PENEKANAN
Pembentukan kepada pembentukan kendiri seseorang individu. Mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif. Mempunyai kesedaran diri. Bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.

TUJUAN
Membentuk personaliti yang kompetan, bersepadu dan berkeyakinan. Pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.

SECARA RINGKAS
Model personal terdiri daripada pendekatan untuk membentuk dan menyatupadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.

PEMBELAJARAN MELALUI KAUNSELING

Pengenalan
MODEL TIDAK DIREKTIF (non-directive) oleh Carl Rogers menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran MODEL PERSONAL. Model ini ingin membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin diri serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.

Pendapat Roger (1982)


Manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif. Pengajaran dengan berfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran. Terapi sebagai cara pengajaran.

Model Kaunseling
Guru dianggap sebagai kaunselor. Guru memainkan peranan untuk membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajra boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka. (CTH : Guru membantu pelajar mengarah diri masing-masing demi pencapaian matlamat kendiri) Guru mewujudkan pakatan dengan pelajar bertujuan untuk membimbing dan membantu mereka.

Tujuan Model non-directive (Joyce)


1. Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan emosi (keyakinan diri, penghargaan diri dan perasaan empati) 2. Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.

Tujuan Model non-directive (Joyce)


3. Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.

Fasa-Fasa Dalam Model Pembelajaran non-directive

FASA 1

Kenal pasti dan mendefinisikan situasi.


Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar.

FASA 2

Meneroka masalah. Pelajar digalak untuk menerangkan masalah.

Guru menerima dan mempejelas perasaan pelajar.

FASA 3

Membentuk pengertian baru. Pelajar membincang masalah.

Guru memberikan sokongan kepada pelajar.

FASA 4

Perancangan dan membuat keputusan. Pelajar merancang untuk membuat keputusan. Guru memperjelas keputusan-keputusan yang mungkin diambil.

FASA 5

Integrasi/Kesepaduan.

Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan membentuk tindakan yang lebih positif.
Guru memberi sokongan kepada pelajar.

Tindakan Luar Drpd Temu Bual

Pelajar sendiri mengambil tindakan positif

Implikasi Model Personal dlm P&P


Persekitaran pembelajaran perlu diwujudkan supaya individu membentuk kesedaran diri dan identiti sejak awal lagi. Pembentukan dan penggabungan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan suatu personaliti yang seimbang adalah penting.

Implikasi Model Personal dlm P&P


Dalam penggunaan model personal, kandungan dan aktiviti tidak dipreskripsi, tetapi ditentukan oleh pelajar apabila bertemu dan berinteraksi dengan guru. Bergantung kepada faktor semula jadi dan bukan ditentukan oleh kesan pengajaran. Kesan pengajaran amat bergantuntg pada kejayaan pemupukan perkembangan diri pelajar.

Implikasi Model Personal dlm P&P


Oleh itu, Guru perlu menyediakan suatu iklim sosial yang mengizinkan pelajar meluahkan perasaaan dan bebas untuk mengekspresi perasaan. Pelajar perlu diberi peluang untuk meluahkan perasaan dalam perbincangan individu atau kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai