Anda di halaman 1dari 3

PERMAINAN KECIL DALAM BOLA SEPAK Di sini dicadangkan beberapa permainan kecil bagi beberapa kemahiran dalam permainan

bola sepak

1.

Goal ( Untuk latihan mengawal bola ) Setiap pemain bersama sebiji bola .Pastikan mereka mengawal dengan menggunakan kedua bahagian dalam kaki ( kaki kiri /kanan ) dan hendaklah tidak jauh dari kaki mereka. Elakkan berlaku pelanggaran antara pemain semasa mengawal bola. Pastikan mereka untuk mengangkat kepala dan melihat kehadapan semasa mengawal bola. Bila jurulatih jerit "Goal!" semua pemain akan berlari membawa bola secepat mungkin ke arah kon. Pemain yang sampai dahulu dikira menang.

2.

Ikut tok ketua ( Laithan mengawal bola ) Pilih seorang pemain menjadi ketua. Ketua akan mengawal bola ke mana sahaja dalam kawasan padang. Pastikan ketua menukar ke pelbagai arah semasa membawa bola. Ketua juga boleh mengubah kepantasan semasa membawa bola. Pemain lain bersama bola mengikuit apa sahaja aktiviti yang ketua lakukan. Dalam tempoh 1 hingga 2 minit tukar pemain lain menjadi ketua.

3.

Monyet di Tengah ( Latihan hantaran dekat) Para pemain membuat bulatan dengan satu pemain (monyet) berada di tengah. Para pemain menghantar bola kepada pemain lain dan dan monyet mencuba untuk mendapatkan bola tersebut. Jika monyet mendapat merebut bola dari pemain yang gagal menghantar bola kepada rakannya maka pemain itu pula akan menjadi monyet. Permainan ini dapat diubah suai dengan menambah jumlah monyet dan / atau bola yang digunakan.

4.

Padang Tempur ( latihan hantaran dekat) 10 orang pemain boleh digunakan. Semua 10 pemain berada dalam satu garisan antara dua kon pada jarak 10 meter. Pemain boleh bergerak antara dua kon tersebut untuk mengelak bola yang ditendang oleh pemain lain dari saru jarak 10 meter 15 meter. Mereka yang terkena sepakan bola akan bergabung dengan kumpulan pemain yang menyepak bola. Permainan berakhir ketika semua orang telah terkena sepakan. Permainan ini boleh diubah suai dengan menambah bilangan bola dan disepak dari dua arah.

5.

Tanduk atau tangkap bola 10 pemain membuat satu bulatan. Jurulatih akan berada ditengah bulatan. Jurulatih melambung bola kepada pemain yang membentuk bulatan dan memberi arahan samada TANDUK atau TANGKAP bola yang dilambung Jika

jurulatih memberi arahan TANDUK pemain akan menanduk bola yang dilambung oleh jurulatih kepada rakan pemain. Jika jurulatih memberi arahan TANGKAP pemain akan menangkap bola dan memberinya semula kepada jurulatih. Pemain mesti memberi reaksi yang cepat terhadap arahan jurulatih. Jika mana-mana pemain melakukan kesilapan atau tidak mematuhi arahan maka pemain tersebut akan duduk dan tidak terlibat dalam permainan. Pemain yang terakhir dikira sebagai pemenang. Permainan boleh diubah suai dengan pemain bertindak balas berlawanan dari arahan yang diberi. 6. 4v4 Pemain akan bermain 4 lawan 4 tanpa penjaga gol dalam kawasan 40 m x 20m. Tempoh permainan adalah 3 minit setiap separuh masa, Tiang gol samada menggunakan kun atau tiang gol futsal ( bergantung kepada kreativiti jurulatih ). Permainan boleh diubah suai dengan menetapkan cara menjaringkan gol ( contoh: menanduk ) Ini adalah sebahgian contoh permaianan kecil. Guru boleh mencipta pelbagai bentuk permainan kecil bagi satu-satu sesi. Bagi memastikan kejayaan sesi permainan kecil ciri-ciri berikut perlu ada: i. ii. iii. menyeronokkan penglibatan semua aktiviti yang terancang dan berfokus kepelbagaian aktiviti mencabar pelajar menitikberatkan semangat kesukanan spontan, kreatif dan sedia bereksperimen arahan jelas dan mudah tempoh masa yang pendek ( 5 10 minit ) dalam kumpulan kecil untuk mengelak masa menunggu yang terlalu lama. Alatan yang boleh diubah suai Mendapat reaksi positif dari pelajar yang terlibat.

iv.
v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

xii.

Di sini dicadangkan beberapa permainan kecil bagi beberapa kemahiran dalam permainan bola sepak 7. Goal ( Untuk latihan mengawal bola ) Setiap pemain bersama sebiji bola .Pastikan mereka mengawal dengan menggunakan kedua bahagian dalam kaki ( kaki kiri /kanan ) dan hendaklah tidak jauh dari kaki mereka. Elakkan berlaku pelanggaran antara pemain semasa mengawal bola. Pastikan mereka untuk mengangkat kepala dan melihat kehadapan semasa mengawal bola. Bila jurulatih jerit "Goal!" semua pemain akan berlari membawa bola secepat mungkin ke arah kon. Pemain yang sampai dahulu dikira menang. 8. Ikut tok ketua ( Laithan mengawal bola )

Pilih seorang pemain menjadi ketua. Ketua akan mengawal bola ke mana sahaja dalam kawasan padang. Pastikan ketua menukar ke pelbagai arah semasa membawa bola. Ketua juga boleh mengubah kepantasan semasa membawa bola. Pemain lain bersama bola mengikuit apa sahaja aktiviti yang ketua lakukan. Dalam tempoh 1 hingga 2 minit tukar pemain lain menjadi ketua.

9.

Monyet di Tengah ( Latihan hantaran dekat) Para pemain membuat bulatan dengan satu pemain (monyet) berada di tengah. Para pemain menghantar bola kepada pemain lain dan dan monyet mencuba untuk mendapatkan bola tersebut. Jika monyet mendapat merebut bola dari pemain yang gagal menghantar bola kepada rakannya maka pemain itu pula akan menjadi monyet. Permainan ini dapat diubah suai dengan menambah jumlah monyet dan / atau bola yang digunakan.

10.

Padang Tempur ( latihan hantaran dekat) 10 orang pemain boleh digunakan. Semua 10 pemain berada dalam satu garisan antara dua kon pada jarak 10 meter. Pemain boleh bergerak antara dua kon tersebut untuk mengelak bola yang ditendang oleh pemain lain dari saru jarak 10 meter 15 meter. Mereka yang terkena sepakan bola akan bergabung dengan kumpulan pemain yang menyepak bola. Permainan berakhir ketika semua orang telah terkena sepakan. Permainan ini boleh diubah suai dengan menambah bilangan bola dan disepak dari dua arah.

11.

Tanduk atau tangkap bola 10 pemain membuat satu bulatan. Jurulatih akan berada ditengah bulatan. Jurulatih melambung bola kepada pemain yang membentuk bulatan dan memberi arahan samada TANDUK atau TANGKAP bola yang dilambung Jika jurulatih memberi arahan TANDUK pemain akan menanduk bola yang dilambung oleh jurulatih kepada rakan pemain. Jika jurulatih memberi arahan TANGKAP pemain akan menangkap bola dan memberinya semula kepada jurulatih. Pemain mesti memberi reaksi yang cepat terhadap arahan jurulatih. Jika mana-mana pemain melakukan kesilapan atau tidak mematuhi arahan maka pemain tersebut akan duduk dan tidak terlibat dalam permainan. Pemain yang terakhir dikira sebagai pemenang. Permainan boleh diubah suai dengan pemain bertindak balas berlawanan dari arahan yang diberi.

12.

4v4 Pemain akan bermain 4 lawan 4 tanpa penjaga gol dalam kawasan 40 m x 20m. Tempoh permainan adalah 3 minit setiap separuh masa, Tiang gol samada menggunakan kun atau tiang gol futsal ( bergantung kepada kreativiti jurulatih ). Permainan boleh diubah suai dengan menetapkan cara menjaringkan gol ( contoh: menanduk )