Anda di halaman 1dari 3

Peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi 1911 Pengenalan Sun Yat Sen yang dikenali sebagai bapa

Revolusi China dilahirkan pada tahun 1866 di Hsiang Shan 40 batu dari Canton dalam wilayah Kwangtung di Selatan China. Beliau memperolehi pendidikan tradisional sehingga berumur 12 tahun. Pada tahun 1879, beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di Hawali beliau memasuki sekolah mubaligh Protestan iaitu Bishop College School. Sejak itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi percaya kepada unsur-unsur tradisi dan konservatif China. Hal ini terbukti bila beliau memotong tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas mendapat diploma perubatan dan pembedahan beliau mempraktikkannya di Macau. Peranan Sun Yat Sen Segala sikap dan tindakan serta fahaman Sun Yat Sen telah mempengaruhi perkembangan Revolusi China yang meletus pada 10 Oktober 1911 akibat ketidakpuasan orang-orang Cina terhadap pemerintahan Manchu. Pada tahun 1894, Sun Yat Sen telah menghantar satu memorandum kepada Li Hung Chang mendesak perlantikan pegawai-pegawai China yang terlatih secara Barat ke dalam perkhidmatan kerajaan. Pada peringkat awalnya, Sun Yat Sen hanya bertujuan untuk memoden, menguat dan memulihkan negeri China. Apabila memorandumnya ditolak, Sun Yat Sen berazam untuk melancarkan Revolusi China bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Kegagalan rancangan pembaharuan seperti Gerakan Memperkuatkan Diri 1861-1894 dan Islah 1898 menyedarkan beliau bahawa Dinasti Manchu perlu digulingkan supaya perubahan dan pembaharuan dapat dilaksanakan di China. 1. Pertubuhan revolusiner ke arah gerakan anti Manchu Dalam usaha untuk menguatkan gerakan menentang Manchu, Sun Yat Sen telah menubuhkan Perkumpulan Menghidupkan Semula China yang dikenali sebagai Hsing Chung Hui di Hawaii pada tahun 1894. Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah ditubuhkan di Canton, Macau dan Hong Kong. Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900 di wilayah Kwangtung. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti Manchu. Kegagalan pemberontakan tersebut telah menyebabkan Sun Yat Sen melarikan diri ke Filipina dan kemudiannya ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah pergi ke London dan ditahan oleh agen-agen Manchu. Walau bagaimanapun, campur tangan gurunya Sir James Cantlie dan dengan kerjasama Kerajaan British, beliau telah dibebaskan. Beliau kemudiannya melawat negara-negara Eropah dan juga Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang-orang Cina seberang laut ke arah melancarkan Revolusi China. Pada peringkat awal kegiatannya, Sun Yat Sen mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem monarki di negeri China iaitu Emperor Protection Society di bawah pimpinan Kang Yu Wei dan Liang Chih Chao. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik. Sungguhpun mendapat saingan dari Emperor Protection Society, ia tidak menghalang cita-cita Sun Yat Sen untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Dinasti Manchu. Pada tahun 1905, Sun Yat Sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan penuntut-penuntut China di sana. Beliau telah mengadakan pertemuan dan menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo, Brussels, Paris, Berlim, London dan lain-lain. Beliau telah berjaya mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagi menggulingkan Dinasti Manchu. Semasa di Tokyo pada September 1905, Sun Yat Sen bersamasama Huang Hsing dan Sung Chiao Jen telah menubuhkan Liga Bersatu yang dikenali sebagai Tung Meng Hui yang merupakan gabungan pertubuhan anti Manchu iaitu Hsing Chung Hui, Hua Hsing Hui dan Kung Fu Hui. Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan untuk menggulingkan Dinasti Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Selain itu, Tung Meng Hui juga akan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China. Pimpinan Tung Meng Hui dikuasai oleh Sun Yat Sen dan Tung Meng Hui merupakan pertubuhan revolusiner yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. Anggota-anggota Tung Meng

2.

3.

4.

Hui berjumlah 10,000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. Cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco dan Honolulu. Manakala di China, cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Hankow, Wuchang dan Hanyang. Sun Yat Sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orang-orang Cina seberang laut dengan tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah menjayakan Revolusi China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng Hui, Sun Yat Sen mendapat bantuan kewangan dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan revolusi. Mengembangkan perasaan anti Manchu Matlamat utama Sun Yat Sen ialah menyatupadukan orang-orang Cina dalam usaha untuk menentang Dinasti Manchu. Beliau telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti Manchu di kalangan orang-orang Cina terutamanya kongsi gelap-kongsi gelap. Beliau telah berkhutbah mengenai pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana akhbar, Sun Yat Sen telah menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Min Pao di Tokyo bagi menjalankan propaganda anti Manchu dan menyebarkan idea-idea revolusi. Beliau telah berjaya mengeksploitasikan perasaan anti Manchu di kalangan anggota-anggota kongsi gelap. Gerakan revolusiner di bawah pimpinan Sun Yat Sen telah mendapat sokongan pelajar-pelajar, rakyat China yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera Cina yang dilatih secara Barat. Sejak tahun 1909, beliau sering melakukan lawatan-lawatan ke luar negeri seperti Amerika, Hawaii, Eropah, Jepun dan kemudian ke Selatan seperti Hong Kong serta Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu dalam usaha-usaha untuk mendapat sokongan orangorang Cina serta mendapat bantuan kewangan dari orang-orang Cina seberang laut bagi menjayakan perjuangannya. Prinsip-prinsip perjuangan Sun Yat Sen telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan perjuangannya. Langkah awal yang dijalankan oleh Sun Yat Sen ialah untuk menyedarkan Fahaman Republik di kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat sokongan ramai. Prinsip perjuangan Sun Yat Sen dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat. Prinsip nasionalisme dikhaskan kepada orang-orang Cina dalam perjuangan membebaskan negeri China dari Kerajaan Manchu. Walau bagaimanapun, perjuangan Sun Yat Sen menyentuh imperialisme Barat kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. Prinsip kedua iaitu demokrasi bertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau pemerintahan monarki kepada corak republik atau demokrasi. Prinsip ketiga bermaksud pemerintahan yang akan mengutamakan kebajikan rakyat. Ideologi San Min Chu I telah menyumbangkan kepada perkembangan gerakan revolusiner di negeri China kerana ramai orang Cina telah dipengaruhi olehnya. Revolusi Antara tahun 1895-1911, Sun Yat Sen danpengikutnya telah merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di negeri China. Walaupun pemberontakanpemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkan kemerosotan pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan Revolusi China dimulakan oleh tenteratentera China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. Wilayah-wilayah lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut meberontak dan mengisytiharkan bebas dari Kerajaan Peking. Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan sebuah republik di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12 Februari 1912.

Kesimpulan Revolusi China bermula dengan rasminya pda 10 Oktober 1911 dan Sun Yat Sen tidak berada di China semasa meletusnya revolusi tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. Beliau kembali ke China pada 25 Disember 1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Sun Yat Sen memegang jawatan tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari saingan Yuan Shih Kai, Sun Yat Sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada Yuan Shih Kai pada 15 Februari 1912.

SUN YAT SEN (1866 1925)


Dia adalah seorang revolusioner dan pemimpin politik. Sebagai pelopor Nasionalis Cina, Dia sering disebut sebagai Bapak Pendiri Republik Cina. Sun memainkan peran penting dalam memberikan inspirasi penggulingan Dinasti Qing , Dinasti terakhir kekaisaran Cina. Dia adalah Presiden sementara pertama saat Republik Cina (ROC) didirikan pada tahun 1912 dan kemudian mendirikan Partai Kuomintang (KMT), di mana ia menjabat sebagai pemimpin pertama. Warisan Sun berupa karyanya dalam mengembangkan filsafat politik yang dikenal sebagai 3 Prinsip Rakyat (Three Principles of The People): Nasionalisme, Demokrasi, dan kemakmuran masyarakat. Riwayat Hidup Sun Yat Sen Memorial Hall Sun Yat-sen, lahir 12 November 1866, Xiangshan, Guangdong, Cina daratan, dalam masa kekuasaan Dinasti Qing, Dia meninggal 12 Maret 1925 (58 tahun), di Beijing. Sebagai seorang anak, Sun mendengarkan banyak cerita tentang Pemberontakan Taiping dari seorang tentara Taiping bernama Lai han-ying. Setelah menimba sekolah ditempat lahirnya, pada usia 13 tahun, Sun pindah ke Honolulu, hawai. Dan tinggal bersama saudaranya Sun Mei (15 tahun), Sun Mei telah lebih dulu bermigrasi ke Kepulauan Hawaii sebagai buruh dan telah menjadi pedagang. Meskipun Sun Mei tidak selalu mendukung kegiatan Sun Yat Sen sebagai seorang Revolusioner, tapi Sun Mei mendukung saudaranya secara financial. Sun Yat-sen belajar di Sekolah Iolani dimana ia belajar bahasa Inggris, matematika dan ilmu pengetahuan. Awalnya Dia tidak bisa berbicara bahasa Inggris, namun Sun Yat-sen belajar sangat cepat sehingga ia menerima hadiah untuk prestasi yang luar biasa dari Raja Daud Kalkaua (Raja Honoluu). Sementara di Iolani, ia berteman dengan Tong Phong, yang kemudian mendirikan China-American Bank. Setelah Sun Yat Sen lulus pada 1882, Ia segera pulang ke China, tapi ia sempat kembali ke Hawaii setidaknya 2 kali (tahun 1900 dan 1901). Pada bulan Maret 1904, ia memperoleh Sertifikat Kelahiran dari Hawaii , yang menyatakan ia lahir pada 24 November 1870, di Kula, Maui. Pengalamannya berada di Hawaii dan Amerika memiliki pengaruh yang kuat, Sun khusus menekankan pentingnya gagasan Alexander Hamilton dan Abraham Lincoln. Sun sering berkata bahwa perumusan Lincoln's Gettysburg Address , "pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat", telah menjadi inspirasi bagi 3 Prinsip Rakyat. Ideologinya tetap fleksibel, bagaimanapun mencerminkan keyakinan pribadinya. Dia memperkenalkan dirinya sebagai nasionalis ke nasionalis, sebagai sosialis ke sosialis, dan anarkis kepada kaum anarkis, dan menyatakan bahwa "Tujuan dari Tiga Prinsip Rakyat adalah untuk menciptakan sosialisme dan anarkisme. "Ini adalah suatu hal yang menjadi perdebatan apakah eklektisisme ini mencerminkan usaha yang tulus untuk menggabungkan ide-ide dari beberapa pemikiran atau hanyalah sikap oportunistik. Dalam hal apapun, fleksibilitas ideologinya membuatnya menjadi tokoh kunci dalam gerakan Nasionalis karena ia adalah salah 1 dari sangat sedikit orang yang memiliki hubungan baik dengan semua faksi gerakan. Ketika ia kembali ke rumah pada tahun 1883, ia menjadi sangat terganggu oleh apa yang ia lihat sebagai terbelakang Cina yang menuntut pajak dan retribusi yang terlalu tinggi dari rakyatnya. Sekolah-sekolah mempertahankan metode kuno mereka, sehingga tidak ada kesempatan bagi ekspresi pemikiran atau pendapat. Suatu hari, Sun dan temannya masa kecilnya Lu Hao tung melewati sebuah kuil di desa Cuiheng, di mana mereka melihat banyak penduduk desa menyembah patung, Dia lalu memutuskan tangan patung itu, yang akhirnya menimbulkan kemarahan warga desa, dan Sun kabur ke Hong Kong . Pada bulan April 1884, Sun dipindahkan ke Sekolah Pusat Hong Kong (kemudian berganti nama menjadi Queen's College). Sun kemudian dibaptis di Hong Kong oleh misionaris Gereaj Kongregasional Amerika Serikat, dengan nama baptis Rixin yang berarti "pembaharuan setiap hari". Sun membayangkan revolusi sebagai misi keselamatan dari gereja Kristen. konversi Nya untuk Kristen adalah terkait dengan cita-cita revolusioner dan mendorong kemajuan. Sun belajar kedokteran disebuah Rumah Sakit di bawah misionaris Kristen John Kerr. Akhirnya ia mendapatkan izin praktek Kristen sebagai dokter medis dari Hong Kong College of Medicine untuk Cina (pendahulu dari The University of Hong Kong ) pada tahun 1892, dia adalah salah 1 dari 2 lulusan pertama. Di usia 20 tahun, Sun menikahi seorang gadis bernama Lu Muzhen, dan melahirkan seorang putra, dan 2 putri (Sun Yan dan Sun Wan). Selama dan setelah pemberontakan Dinasti Qing, Sun adalah pemimpin dalam kelompok Tiandihui , sebuah masyarakat rahasia yang terkait dengan munculnya kelompok triad, anak didiknya Chiang Kai Shek juga anggota Tiandihui. Karya Dua buku Sun yang sangat berpengaruh: 1. Masalah Vital di Cina (1917), menganalisis beberapa masalah kolonialisme : Sun memperingatkan bahwa "Inggris Negara yang memperlakukan petani bagai ulat memperlakukan cacing, selama cacing menghasilkan sutra, Ia akan memelihara mereka dengan baik, ketika mereka berhenti, mereka akan menjadi makanan ikan". 2. Pembangunan Internasional China (1921), secara rinci disajikan proposal untuk pengembangan infrastruktur di Cina, dan menyerang ideologi laissez-faire, serta bahwa Marxisme lebih mengikuti ide-ide dari Henry George, khususnya nilai perpajakan tanah. Transformasi menjadi seorang Revolusioner Sun Yat Sen Park Sun yang semakin frustrasi oleh pemerintah Qing (yang konservatif dan menolak untuk mengadopsi pengetahuan dan teknologi dari negara-negara Barat) berhenti dari praktek medisnya untuk mencurahkan waktu untuk mengubah Cina. Pada awalnya Sun selaras dengan reformis Kang You wei dan Liang Qi chao yang berusaha untuk mengubah system pemerintahan China menjadi monarki konstitusional. Pada tahun 1894, Sun menulis surat panjang untuk Li Hong zhang (Gubernur umum Zhi li dan reformis), tentang cara dan saran untuk memperkuat Cina, tetapi ia ditolak. Sejak saat itu, Sun mulai menyerukan penghapusan Monarki dan pembentukan Republik. Sun pergi ke Hawaii pada bulan Oktober 1894 dan mendirikan Kebangkitan Masyarakat China (Resurrection People of China) untuk mengungkap tujuan China yang makmur dan sebagai platform untuk kegiatan revolusioner masa depan. Anggota ditarik terutama dari ekspatriat Kanton dan dari kelas sosial yang lebih rendah. Sun Yat sen memuji Boxers dalam Pemberontakan Boxer untuk melawan Imperialisme Barat. Dia mengatakan Boxers yang berani dan tak kenal takut, berjuang sampai mati melawan tentara Barat, Sun khusus mengutip Pertempuran Yangcun. Dari pengasingan untuk Pemberontakan Wuchang Sun Yat Sen Museum Pada tahun 1895 sebuah kudeta Sun gagal, dan beberapa pendukungnya dihukum mati. Selama 16 tahun berikutnya Sun berada di pengasingan di Eropa, Amerika, Kanada, dan Jepang. Sambil mencari donatur untuk melakukan pemberontakan di Cina, pada tahun 1896 Sun ditahan di Legation Cina di London, dimana diplomat berencana membunuhnya. Sun dibebaskan setelah 12 hari melalui upaya James Cantlie, The Times, dan Kementerian Luar Negeri Inggris. Di Jepang, (dikenal sebagai Nakayama Sho), Sun bergabung kelompok pemberontak Cina (yang kemudian menjadi Tong meng hui ) dan segera menjadi pemimpin mereka. Dia menghabiskan 10 tahun di Jepang, berteman dengan Miyazaki Toten (1871-1922) yang seorang Revolusioner demokratis di Jepang, dan membantu Sun secara financial. Sebuah Museum Sejarah Cina Modern di Nanjing, berdiri patung perunggu dari Sun dan Miyazaki. Miyazaki menulis serangkaian artikel untuk surat kabar nasional (Asahi) tentang Sun dan upaya revolusioner Sun yang berjudul "mimpi 33 tahun". Namanya terakhir Nakayama berasal dari keluarga kekaisaran di Tokyo. Sun juga berteman dengan Mariano Ponce (diplomat Filipina) yang mendukungnya. Sun akhirnya meninggalkan Jepang karena khawatir akan tingkat dukungan yang terlalu besar dan pergi ke Amerika. 21 Januari 1912, Sun menyurati James Cantlie dan mengatakan bahwa ia telah mengambil Kepresidenan Republik Pemerintah China. Pada tanggal 10 oktober 1911, militer pemberontakan di Wuchang (Sun masih dalam pengasingan dan Huang Xing bertugas revolusi), memulai proses dan mengakhiri 2000 tahun pemerintahan Dinasti Qing di Cina. Ketika Sun mengetahui kebehasilan pemberontakan melawan Qing kaisar dari laporan pers, Sun segera kembali ke China dari Amerika. Pada 29 Desember 1911, pertemuan wakil-wakil dari provinsi di Nanking memilih Sun sebagai Presiden Republik Cina dan menetapkan 1 Januari 1912 sebagai hari pertama dan Tahun Pertama Republik China. Sistem kalender ini masih digunakan di Taiwan saat ini. Sejarah resmi Kuomintang (dan juga Partai Komunis Cina ) menetapkan Sun sebagai Presiden semetara pertama, namun tidak sedikit sejarahwan yang mempertanyakan peran Sun dalam revolusi 1911, dan menunjukkan bahwa ia tidak memiliki peran langsung dalam pemberontakan Wuchang, dan kenyataannya Sun berada di luar negeri pada saat itu. Dalam interpretasi ini, penetapan sebagai Presiden pertama adalah justru karena Sun adalah tokoh penting dibalik negosiasi antara kaum revolusioner dan konservatif bangsawan. Namun Sun dikreditkan untuk membiayai revolusi dan untuk menjaga semangat revolusi, bahkan setelah serangkaian pemberontakan gagal. Sun juga berhasil menggabungkan kelompok-kelompok revolusioner kecil menjadi kelompok yang besar, menyediakan dasar yang lebih baik bagi semua orang, dan berbagi cita-cita yang sama. filsafat politik Nya yang dikenal sebagai 3 Prinsip Rakyat diproklamasikan pada Agustus 1905. Dalam Metode dan Strategi Membangun Negara yang selesai pada 1919, Sun menyarankan menggunakan prinsipnya untuk menciptakan perdamaian, kebebasan, dan kesetaraan di China. Sun mencurahkan semua upaya sepanjang hidupnya sampai kematiannya untuk sebuah Cina yang kuat, makmur, dan sejahtera. Republik China Sun Yat Sen University Setelah mengambil sumpah jabatan, Sun mengirim telegram kepada para pemimpin dari semua provinsi, meminta mereka untuk memilih senator baru dan membentuk Majelis Nasional Republik Cina. Majelis kemudian menyatakan pedoman pemerintah dan Republik sebagai dasar hukum. Pemerintah sementara berada di posisi yang sangat lemah, provinsi-provinsi selatan di Cina telah menyatakan kemerdekaan dari dinasti Qing, tetapi sebagian besar provinsi-provinsi utara tidak. Selain itu pemerintah sementara tidak memiliki kekuatan militer, dan kendali atas unsur-unsur Angkatan Darat yang telah memberontak terbatas, dan masih ada kekuatan signifikan Dinasti Qing. Masalah utama pemerintah sementara adalah belum memperoleh dukungan dari Yuan Shi kai (pemimpin Angkatan Darat Beiyang, militer Cina utara). Setelah Sun berjanji Yuan akan presiden Republik baru, Yuan baru memihak revolusi dan memaksa kaisar untuk turun tahta. Tanpa diduga sebelumnya, Yuan memproklamirkan diri sebagai kaisar dan metode dictator kembali dimulai. Tahun 1913 Sun memimpin pemberontakan melawan Yuan dan gagal, dan Sun terpaksa kabur dan mencari suaka ke Jepang, di mana ia melakukan reorganisasi Kuomintang. Sun juga mendukung pemimpin bandit Bai Lang selama pemberontakan Bai Lang. Di jepang, pada tanggal 25 oktober 1915 Sun menikahi Soong Ching-ling, tanpa menceraikan istri pertamanya Lu Muzhen. Pemerintah militer Guangzhou Sun Yat Sen Mausoleum Pada tahun 1910-an, Cina dibagi oleh para pemimpin militer yang berbeda tanpa pemerintah pusat yang tepat. Sun melihat bahaya ini dan kembali ke China pada tahun 1917 untuk melakukan advokasi unifikasi. Dia mulai mencanangkan pemerintah militer di Guangzhou (Kanton), Provinsi Guangdong, Cina selatan, pada tahun 1921, dan terpilih sebagai presiden dan Grand Marshal. Revolusioner dan pemimpin sosialis Vladimir Lenin memuji Sun dan Kuomintang untuk ideologi dan prinsip-prinsip mereka. Lenin juga memuji Sun dalam upaya reformasi sosial dan keberhasilan memerangi Imperialisme. Sun juga kembali memuji, dengan menyebut Lenin sebagai Orang Besar, dan mengucapkan selamat atas revolusi di Rusia. Dalam pidato Februari 1923 kepada Mahasiswa Union di Hong Kong University, Sun menyatakan bahwa ketertiban dan pemerintahan yang baik dari Hong Kong yang merubah dia menjadi seorang revolusioner. Di tahun yang sama, Sun menyampaikan 3 Prinsip Rakyat sebagai dasar negara dan Konstitusi sebagai pedoman bagi sistem politik dan birokrasi. Bagian dari pidato itu dibuat ke dalam Lagu Kebangsaan Nasional Republik Cina. Untuk mengembangkan kekuatan militer diperlukan Ekspedisi ke Utara guna melawan militeri di Beijing, Sun mendirikan Akademi Militer Whampoa dekat Guangzhou, dengan Chiang Kai-shek sebagai nya komandan dan dengan para pemimpin partai seperti Wang Ching-wei dan Hu Han-min sebagai instruktur politik. Akademi militer itu adalah yang terkemuka di Republik Cina dan lulusan terlatih yang berjuang dalam Perang Sino-Jepang dan Perang Sipil Cina . Namun, setelah ia mendirikan pemerintahannya di Guangzhou, timbul konflik lokal. Pemerintah militer Sun tidak berdasarkan Konstitusi Sementara tahun 1912, Selain itu Sun terpilih sebagai presiden oleh parlemen yang tidak memenuhi korum dari Beijing. Dengan demikian, banyak politisi dan panglima perang menantang legitimasi pemerintah militer Sun. Sun memberlakukan pajak yang berat untuk mendanai Ekspedisi Utara untuk menyatukan militer Cina, yang membuat para reformis (Chen Jiong ming) bertentangan dengannya, Sun membangun Guangdong sebagai "model provinsi" sebelum meluncurkan kampanye militer yang sangat mahal. Singkatnya, pemerintah militer Sun ditentang dan tidak diakui secara internasional oleh pemerintah Beiyang di utara, pemerintah Chen di provinsi Guangdong di selatan, dan kekuatan provinsi lain yang bergeser aliansi. Ekspedisi Utara Sun menjadi pemimpin Kuomintang dari 10 Oktober 1919 - 12 March 1925. Pada tahun 1924, guna mempercepat penaklukan Cina, ia mulai kebijakan kerjasama aktif dengan Partai Komunis Cina. Pada saat itu, Sun yakin bahwa satu-satunya harapan untuk mempersatukan Cina terletak pada penaklukan militer di utara, diikuti dengan periode bimbingan politik yang akan berujung pada transisi menuju demokrasi. 10 Nopember 1924, Sun melakukan perjalanan ke utara dan mengirimkan pernyataan yang menyarankan sebuah konferensi untuk menghapus semua perjanjian Barat. 2 hari kemudian, Sun pergi ke Beijing untuk membahas masa depan negara ini, meskipun kesehatannya memburuk dan perang sipil yang sedang berlangsung. Meskipun sakit, pada saat itu Sun masih kepala pemerintahan selatan. Pada 28 November 1924 Sun pergi ke Jepang untuk mengadakan pembicaraan damai dengan para pemimpin utara untuk menyatukan Cina. Sun meninggal karena kanker hati pada tanggal 12 Maret 1925, pada usia 58 di Rumah Sakit Rockefeller di Beijing. Jenazahnya ditempatkan di Biara Awan Hijau, sebuah kuil Buddha di Barat Hills beberapa mil di luar Beijing. Warisan Taiwan Yuan Salah 1 warisan utama Sun adalah filsafat politik, 3 Prinsip Rakyat: Demokrasi, Nasionalisme, dan Kesejahteraan. Prinsip-prinsip yang mempertahankan retorika baik dari Kuomintang dan Partai Komunis China dengan interpretasi yang sama sekali berbeda. Perbedaan penafsiran ini disebabkan oleh sebagian fakta bahwa Sun terus bersikap ambigu untuk kedua metode pembangunan kapitalis dan komunis. Setelah kematian Sun, perebutan kekuasaan terjadi antara Chiang Kai-shek dan Wang Jing wei. Dalam perjuangan ini pertaruhannya adalah hak untuk mengklaim warisan ambigu Sun. Pada tahun 1927 Chiang Kai-shek menikah Soong Mei-ling (saudara perempuan dari janda Sun Soong Ching-ling), dan kemudian dia bisa mengklaim sebagai saudara Sun. Tahun 1927 perpecahan terjadi antara Komunis dan kuomintang, menandai dimulainya Perang Sipil Cina, masing-masing kelompok mengaku sebagai ahli waris sebenarnya, konflik yang terus berlanjut sampai Perang Dunia II . Forerunner Revolusi

Di china daratan, Sun juga dipandang sebagai seorang Cina nasionalis dan proto-sosialis, dan dianggap sebagai Forerunner Revolusi. Namanya disebutkan dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar Republik Rakyat Cina . Pada sebagian besar kota di China salah satu jalan utama diberi nama Zhong shan lu untuk mengenang dia, Namanya bahkan lebih sering ditemukan daripada nama jalan lain populer seperti Ren min lu dan Jie fang lu. Ada juga banyak taman, sekolah, dan fitur geografis yang menggunakan namanya. Ada juga ruang yang didedikasikan untuk memori nya di Kuil Azure Clouds di Beijing . Sun dan luar negeri Cina Sun orang yang terkemuka dan popularitasnya semakin meluas di China daerah, khususnya ke Nanyang (Asia Tenggara) dimana konsentrasi besar Cina diluar negeri berada di Singapura dan Malaysia. Sun mengakui kontribusi jumlah Tionghoa perantauan melampaui pengiriman remitansi ke tanah air leluhur mereka. Karena itu ia melakukan kunjungan untuk menyebarkan pesan revolusioner kepada komunitas-komunitas di seluruh dunia. Sun membuat total 8 kunjungan ke Singapura antara tahun 1900 dan 1911. Yang pertama pada tanggal 7 September 1900, adalah untuk menyelamatkan Miyazaki Toten, suatu tindakan yang mengakibatkan penangkapan akan dirinya dan larangan mengunjungi pulau tersebut selama 5 tahun. Setelah kunjungan berikutnya Juni 1905, Sun bertemu pedagang Cina lokal Teo Eng Hock, Tan Chor Nam dan Lim Nee Soon dalam pertemuan yang menandai dimulainya dukungan langsung dari Cina Nanyang. Setelah mendengar laporan tentang revolusioner, Tionghoa perantauan mengorganisir diri mereka di Eropa dan Jepang. Pada tahun 1908, Sun ke Singapura untuk melarikan diri dari kejaran pemerintah Qing setelah gagal dalam Pemberontakan Zhennanguan. Sun dan para pengikutnya melakukan perjalanan dari Singapura ke Malaya dan Indonesia untuk menyebarkan pesan revolusioner mereka. Sun juga meluangkan waktu untuk membangun Perpustakaan China Amerika di Singapura, untuk menyebarkan filsafat politik dan ide dari 3 Prinsip Rakyat. Hal ini juga kemudian disebarluaskan dan menghasilkan dukungan untuk Revolusi Cina 1911 terhadap penguasa Manchu. Pada puncak eksistensinya, Perpustakaannya menjabat sebagai markas de facto untuk pengikut setia dari Sun di Malaya dan Singapura. Situs asli dari Perpustakaannya sekarang ditetapkan sebagai Situs Warisan di Singapura. Perpustakaan China Amerika sekarang terletak di Cantonment Road, seberang Kepolisian Cantonment Complex. Sun jeli dalam menggali sumber daya bantuan dari penduduk Tionghoa perantauan, yang menghasilkan buah dari upayanya sebagai revolusioner. Dalam 1 contoh khusus, permohonan pribadi untuk bantuan keuangan pada Konferensi Penang yang diadakan pada tanggal 13 Nopember 1910 di Malaya, sebuah upaya untuk membiayai Pemberontakan di Guangzhou tahun 1911. Peran luar negeri Cina di Asia Tenggara dimainkan selama Revolusi 1911 sangat signifikan. Sun Yat Sen Nanyang Memorial Hall, ditetapkan sebagai monumen nasional Singapura pada tanggal 28 Oktober 1994. Perpustakaan China Amerika menerima dana reguler dari Kuomintang Taiwan. Di Penang, Malaysia , Penang Philomatic Uni yang didirikan oleh Sun, premis tersebut pada 65 Macalister Jalan telah ditetapkan sebagai Dr Sun Yat-sen Museum. Old Chinatown di Calcutta, India memiliki jalan utama dengan nama Sun Yat Sen Street. http://id.wikipedia.org/wiki/Sun_Yat-sen

Anda mungkin juga menyukai