Anda di halaman 1dari 19

NOTA PEDAGOGI PENGAJARAN MATEMATIK

PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN MATEMATIK Kaedah Inkuiri Penemuan Kaedah ini merangkumi aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui. Murid-murid perlu - menguasai kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan dan mencari ciri-ciri yang sama untuk membuat generalisasi - menggunakan akal fikiran untuk mencari konsep, fakta, rumus atau hukum matematik daripada maklumat-maklumat yang dikumpulkan. Proses pembelajaran dengan penggunaan kaedah inkuiri penemuan
merancang strategi Penyelesaian mengumpul maklumat yang berkaitan mengkaji & menganalisa maklumat yang dikumpulkan membuat generalisasi/ rumusan

Mengenalpasti Masalah

Dengan menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam pembelajaran matematik, banyak konsep, hukum, rumus dan teorem matematik boleh dipelajari. Contohnya, murid-murid boleh menemui rumus luas segiempat tepat dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti menyiasat, mengumpul maklumat, menganalisa maklumat dan menemui rumus luas segiempat tepat dengan mengikut langkah-langkah pembelajaran berikut: 1. Murid-murid diberikan beberapa segiempat tepat yang berlainan saiz dan disuruh melukis petak-petak berukuran 1cm x 1 cm di atas segiempat tepat tersebut.

2cm 3 cm A

3cm

3cm

4 cm B

5 cm C

2. Murid-murid disuruh membilang petak-petak dalam setiap segiempat tepat untuk mendapatkan luasnya. 3. Kemudian mereka disuruh mengisikan maklumat-maklumat yang dikumpulkan daripada aktiviti-aktiviti di atas dalam jadual berikut:

Segiempat tepat A B C

Luas segiempat daripada membilang petak

Panjang (p) 3 4 5

Lebar (l) 2 3 3

pxl

6 cm2 12 cm2 15 cm2

6 12 15

4. Murid-murid disuruh mengkaji dan menganalisa maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan dalam jadual 5. Melalui perbincangan dan perbandingan luas segiempat tepat yang didapati daripada membilang petak dengan yang didapati daripada hasil darab panjang dan lebarnya, akhirnya murid-murid menemui rumus luas segiempat tepat iaitu: Luas segiempat tepat = panjang lebar Daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam proses inkuiri dan penemuan, beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran matematik lain juga terlibat. Contohnya: - Kaedah kerja praktik : kerana murid menggunakan alat bantu mengajar seperti pembaris dan pensel untuk melukis petak-petak dalam segiempat tepat untuk mencari luasnya. - Kaedah induksi : kerana murid membuat rumusan daripada beberapa contoh luas segiempat tepat - Kaedah penyoalan : Kerana guru menggunakan kaedah ini untuk membimbing muridmurid menjalankan kajian dan membuat rumusan Kaedah inkuiri penemuan merupakan kaedah yang saintifik kerana:- kaedah ini melatih murid-murid membuat pemerhatian, menjalankan ujikaji, membuat analisis dan kesimpulan secara sendiri - murid-murid terlibat secara aktif dalam semua aktiviti pembelajaran - murid-murid dipupuk dengan semangat ingin tahu Pengetahuan matematik yang diperolehi daripada kaedah inkuiri penemuan lebih bermakna dan lebih kekal dalam ingatan Kaedah inkuiri penemuan menyerupai teori pembelajaran Jerome Brunner yang memberi penekanan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

Kaedah Eksposisi Kaedah ini merupakan cara penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran kepada murid-murid di dalam kelas melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan telitin hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi penting dalam buku rekod mereka. Penerangan Isi pelajaran

murid-murid mendengar penerangan guru

murid-murid mengingat dan merekod isi penting

Guru boleh menggunakan kaedah ini untuk menerangkan konsep, fakta, hukum, prinsip atau teorem matematik. Cara-cara penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi adalah seperti berikut: 1. Menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep matematik daripada buku teks matematik. 2. Menerangkan sambil mendemonstrasikan cara melukis atau pembinaan bentuk-bentuk geometri. 3. Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah matematik berdasarkan kemahirankemahiran yang telah dipelajari 4. Menerangkan konsep matematik dengan alat bantu mengajar.

Kaerdah eksposisi adalah sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran matematik dalam peringkat perkembangan. Dalam peringkat ini, guru boleh menghuraikan konsep matematik secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting supaya murid-murid dapat memahami konsep atau prinsipnya. Kebaikan kaedah eksposisi : guru dapat menjimatkan masa kerana dapat menyampaikan semua maklumat tentang konsep matematik dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja Kaedah eksposisi hanya sesuai dalam peringkat perkembangan sahaja. Jika digunakan dalam keseluruhan waktu mengajar, kaedah ini kurang berkesan untuk aktiviti &P di sekolah rendah. Kaedah eksposisi adalah serupa dengan teori pembelajaran Ausubel yang menggunakan Pengelola awal untuk memperkenalkan suatu pelajaran baru.

Kaedah Induktif Kaedah induktif digunakan untuk mendapatkan rumusan, fakta atau ciri am daripada kajian ke atas beberapa contoh matematik yang khusus. Kaedah ini memerlukan murid-murid mengkaji contoh-contoh matematik, membuat perbandingan dan penganalisaan sehingga mendapat rumusannya. Contoh-contoh matematik khusus yang mengandungi rumusan yang sama Mengkaji, membanding dan menganalisa contoh-contoh untuk membuat generalisasi Membuat rumusan Mendapat fakta matematik Mendapat konsep matematik Mendapat hukum matematik Proses pembelajaran melalui kaedah induktif

Banyak hukum dan rumus matematik dapat dipelajari dengan menggunakan kaedah induktif. Dalam proses pembelajaran, murid-murid dikehendaki mengunakan pengetahuan sedia ada untuk mencungkil ciri-ciri yang sama daripada contoh-contoh matematik yang diberikan. Contohnya, untuk mendapatkan hukum tukar tertib dalam operasi darab: - murid-murid diberikan beberapa pasangan contoh operasi darab yang berkaitan, - Kemudian murid-murid membuat generalisasi daripada contoh-contoh itu sehingga mendapat hukum tukar tertib dalam operasi darab - Rajah berikut menunjukkan suatu proses pembelajaran menggunakan kaedah induktif untuk mendapat hukum a x b = b x a

4x2=8 2x4=8 5 x 3 = 15 3 x 5 = 15 4x2=2x4 5x3=3x5 6x5=5x6

axb=bxa

6 x 5 = 30 5 x 6 = 30

Kaedah Deduktif

Kaedah deduktif boleh ditakrifkan sebagai kaedah yang menggunakan rumus, hukum atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan atau generalisasi matematik yang baru. Kaedah lebih kompleks kerana memerlukan murid-murid yang mempunyai pengalaman luas dan pengetahuan matematik yang cukup untuk mendapatkan rumus, hukum atau teorem matematik baru.

Rumus, hukum atau teorem matematik yang telah diketahui

Kaedah deduktif

Rumus, hukum atau teorem matematik yang baru diperolehi

Proses pembelajaran matematik melalui kaedah deduktif Contohnya: Untuk mendapatkan rumus luas segitiga. - Murid-murid harus mengetahui rumus luas segiempat terlebih dahulu - Kemudian mereka dibimbing untuk membahagikan segiempat tepat kepada dua segitiga bersudut tegak yang sama - Seterusnya murid mendapat rumus luas segitiga dengan membahagi rumus luas segiempat tepat dengan 2

Rumus luas segiempat tepat yang diketahui

Bahagikan luas segiempat tepat kepada dua bahagian yang sama I

Rumus luas segitiga bersudut tegak Luas =

pxl p

pxl 2
p I

pxl 2

p Pengajaran luas segitiga bersudut tegak melalui kaedah deduktif

Teknik Tunjukcara (Demonstrasi)


Tunjukcara atau demonstrasi adalah suatu teknik P&P yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Teknik tunjukcara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi guru bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan murid. Teknik ini digunakan secara meluas untuk hampir semua mata pelajaran di sekolah. Contohnya: -Matematik : mendemonstrasikan cara membina sudut dengan protraktor -Sains : mendemonstrasikan sesuatu eksperimen untuk membuktikan daun mengandungi kanji Prinsip-prinsip tunjukcara Sebelum demonstrasi Topik, objektif dan kandungan tunjukcara ditentukan terlebih dahulu Alatan dan radas disedia dan disusun mengikut langkah demonstrasi yang ditentukan Tempat disediakan- pastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang boleh mengakibatkan kemalangan Beritahu kepada murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohi tanpa melakukan kesilapan

Semasa demonstrasi Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi Jika murid ragu, guru terangkan langkah itu sekali lagi Boleh gunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas Jika masih ada masa, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk mengukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya

Selepas demonstrasi Bincang dengan murid bahagian-bahagian demonstrasi yang penting Bincangkan tujuan demonstrasi supaya murid dapat buat rumusan dengan tepat Adakan aktiviti pengukuhan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

Tujuan Tunjukcara 1. Murid dapat mencontohi dengan lebih tepat serta mudah untuk mereka laksanakan sendiri 2. Demonstrasi yang baik dapat mengukuhkan ingatan murid tentang langkah-langkah melaksanakannya 3. Memudahkan pemahaman murid serta menimbulkan minat untuk belajar 4. Murid dapat latihan amali untuk membina kemahiran yang tepat dan kukuh 5. Guru dapat membetulkan sebarang kesilapan yang berlaku. Mutu persembahan murid dapat dipertingkatkan 6. Dapat membina keyakinan murid supaya dapat melaksanakan demonstrasi secara individu 7. Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan tunjukcara 8. Dapat mengurangkan masa pelajaran jika dibandingkan dengan kaedah cuba jaya 9. Murid tidak akan melaksanakan aktiviti sesuka hati dan dapat mengelakkan sebarang kemalangan. Langkah-langkah pengajaran melalui tunjukcara Perancangan - Penentuan topik dan objektif - Perancangan langkah-langkah demonstrasi - Persediaan alatan dan radas Penerangan tujuan demonstrasi Pelaksanaan demonstrasi dengan guru sebagai model hidup Penggunaan alat/radas mengikut langkah-langkah yang disediakan Penggunaan kaedah menyoal untuk menarik perhatian

Pelaksanaan

Latihan

- Murid mencontohi guru melaksanakan aktiviti kemahiran - Guru membetulkan kesilapan murid

Penutup

- Perbincangan dengan murid tentang aktiviti yang telah dijalankan - Murid-murid membuat rumusan dan mencatat nota-nota yang berkaitan

Kaedah Kerja Praktik Kerja praktik ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Antara kepentingan kaedah kerja praktik ialah: Merupakan suatu kaedah yang dapat melatih murid menggunakan ABM untuk belajar konsep atau fakta matematik. Murid dapat menguasai kemahiran dalam penyelesaian masalah matematik. Konsep matematik Aktiviti dengan penggunaan alatan Fakta-fakta matematik Kemahiran matematik Penyelesaian masalah Proses pembelajaran melalui kaedah kerja praktik Dalam P&P Matematik, kaedah kerja praktik digunakan secara meluas kerana banyak konsep dan kemahiran matematik diajar dan dipelajari secara mudah Antara contoh aktiviti matematik yang boleh dijalankan menggunakan kaedah kerja praktik:
1. 2. 3. 4. 5.

Masalah matematik

Membimbing murid menggunting atau melipat kertas atau kad manila kepada beberapa saiz yang sama untuk mempelajari konsep pecahan Membimbing murid membahagikan suatu segiempat tepat dengan melukis petak-petak kecil sama saiz (konsep luas) Menggunakan alat pengukur spt pembaris, penimbang berat dan silinder bersenggat (konsep panjang, berat dan isipadu cecair) Menggunakan benda-benda maujud seperti biji guli, biji getah atau abakus (kemahiran membilang dan menjalankan operasi tertentu untuk mendapat jawapan) Membuat model-model geometri seperti kuboid, kubus, silinder, kon, piramid dsb (mempelajari ciri-ciri bongkah) -Kaedah kerja praktik sesuai digunakan dalam aktiviti pembelajaran matematik yang dapat memberi erti serta keyakinan kepada murid terhadap pembelajaran mereka. Murid lebih mudah memahami dan mengingati konsep dan kemahiran matematik melalui kerja sendiri Murid-murid bukan sahaja dapat latihan psikomotor tetapi juga keseronokan dalam aktiviti pembelajaran matematik

Kaedah Makmal

Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah kerja praktik, kaedah inkuiri penemuan serta penggunaan sudut matematik dalam kelas Untuk pembelajaran matematik, murid-murid memerlukan aktiviti-aktiviti konkrit untuk memahami simbol dan tatatanda matematik yang abstrak Kajian Piaget, Brunner dan Dienes membuktikan bahawa makmal atau sudut matematik dapat memainkan peranan dalam pembelajaran matematik yang bermakna Antara kepentingan aktiviti makmal atau sudut matematik ialah dapat: - menolong membina konsep yang tepat - melatih murid dalam kemahiran penyelesaian masalah matematik - menggalakkan murid meneroka idea-idea matematik melalui pelbagai aktiviti di bawah pengelolaan guru - membolehkan murid-murid mememui prinsip, hukum, teorem matematik dengan menggunakan sumber arau alatan matematik di makmal - menggalakkan murid membina model-model matematik yang akan memberi gambaran secara konkrit konsep-konsep matematik yang abstrak - membantu murid melakukan aktiviti menyelesaikan masalah seperti mengenalpasti masalah, membentuk strategi penyelesaiannya, melaksanakan program penyelesaian serta menilai keputusan kajian masalah. - menemui sesuatu generalisasi terhadap pembentukan masalah matematik - menggalakkan murid menguasai kemahiran mengukur dan membuat penghampiran dengan unit ukuran dan sukatan Strategi P&P dalam makmal matematik: Aktiviti berorientasikan murid secara individu (tidak bermakna murid bebas tanpa rancangan dan kawalan) Guru memainkan peranan dalam perancangan aktiviti yang sesuai dan boleh dilaksanakan dalam makmal matematik Guru harus merancang strategi pembelajarannya seperti prosedur melaksanakan aktiviti ujikaji, mendapat alatan lengkap, mengatur kumpulan dengan membahagikan tugas kepada setiap orang murid untuk menjalankan aktiviti masing-masing

Contoh aktiviti dalam makmal matematik mengkaji ciri-ciri bongkah seperti kubus dengan mengukur sisinya mengkaji pola, perkaitan atau hukum matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan membina set-set bilangan benda dan menjalankan operasinya mencari rumus luas segiempat melalui aktiviti melukis petak atas kad manila, membilang petak-petaknya danmembandingkan bilangan petak dengan operasi darab panjang dan lebar mengkaji ciri-ciri bongkah supaya dapat membinamodel-model geometri menguasai kemahiran operasi-op[erasi nombor dengan menggubnakan benda-benda maujud dalam makmal matematik mendapat perkaitan di antara unit-unit ukuran dan sukatan dengan menggunakan alat penyukat, penimbang dan pengukur .

Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif ialah suatu strategi pengajaran di mana pelajar saling membantu dalam sebuah kumpulan kecil, dengan mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif juga merupakan kaedah pembelajaran kerjasama yang memerlukan pelajar bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan sepasukan mereka, selain daripada pembelajaran diri sendiri. Kepentingan pembelajaran koperatif: - meningkatkan pencapaian pelajar, pemikiran kreatif dan kritikal, kemahiran sosial dan interaksi kumpulan serta berkeyakinan dan saling menghormati - menggalakkan pelajar yang lemah dan berfikiran negatif terhadap matematik bersamasama pelajar yang lain dalam kumpulan tersebut berkongsi pandangan dan berbincang untuk menyelesaikan masalah matematik - dapat meningkatkan potensi pencapaian harga diri dan kemahiran sosial pelajar (menghasilkan perasaan yang positif antara satu sama lain) Empat contoh pembelajaran koperatif : perbincangan, sumbangsaran, projek dan permainan

PERBINCANGAN

Kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan antara guru dan murid dalam kelas Satu jenis aktiviti pembelajaran yang menggalakkan murid bertukar-tukar fikiran serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan guru. Sebahagian topik dalam mata pelajaran matematik boleh menggunakan kaedah perbincangan contohnya cara penyelesaian masalah matematik yang kompleks Peringkat permulaan : guru kemukakan topik perbincangan dan soalan-soalan berkaitan sesuatu topik Peringkat pertengahan : murid-murid melakukan aktiviti perbincangan dan digalakkan memainkan peranan aktif untuk memberikan pandangan masing-masing. Segala aktiviti perbincangan dijalankan oleh murid dan guru bertindak sebagai fasilitator. Peringkat akhir : guru mrmbimbinr murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan.

Bentuk Perbincangan 1. Perbincangan keseluruhan kelas : Diketuai dan diarahkan oleh guru 2. Perbincangan kumpulan-kumpulan kecil : Diketuai oleh murid Tujuan Perbincangan Menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan pandangan dengan sistematik dan tepat. Melatih murid berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang menarik, mengemukakan pandangan dengan jelas, tepat dan logik

10

Memberi peluang murid menggunakan kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan antara satu sama lain Memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif. Prinsip-prinsip perbincangan 1. Pemilihan topik perbincangan - Guru pilih topik berasaskan pengalaman, kebolehan dan minat murid - Tujuannya untuk membolehkan ramai murid menyertai aktiviti perbincangan - Elakkan topik sensitif. Pilih topik yang mendatangkan faedah kepada semua murid - Skop tajuk yang dipilih harus jelas dan khusus, sesuai dengan peruntukan masa..
2. 3. 4. 5.

6. 7. 8. 9.

Tujuan perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada murid sebelum perbincangan dimulakan. Ini membolehkan murid membuat persediaan. Pilih pengerusi dan pencatat dikalangan murid untuk mengendalikan perbincangan. Beritahu cara dan pertuturan perbincangan terlebih dahulu untuk memastikan perbincangan berjalan lancar dan tidak terpesong dari tujuan asal. Guru harus menggalakkan dan membimbing setiap murid melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan. Guru harus elakkan diri dari mengambil bahagian . Peranan guru terhad sebagai fasilitator sahaja. Galakkan murid mencatat idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa. Buat rumusan idea-idea yang dicatatkan di akhir perbincangan. Rumusan ini akan menjadi pertimbangan sasa bagi pengerusi membuat ulasan. Sedikit peruntukan masa untuk guru atau pengerusi membuat ulasan untuk murid menyedari pencapaian tujuan perbincangan. Sebelum akhir perbincangan, berikan pujian kepada murid yang telah menyertai aktiviti.

Jenis-jenis perbincangan

Antara sesi pebincangan yang biasa dipilih sebagai strategi P&P dalam kelas ialah sumbangsaran, seminar, forum dan sesi buzz

11

Sumbangsaran

Merupakan salah satu jenis kaedah penyelesaian masalah. Tujuan utama sumbangsaran sebagai strategi P&P ialah untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Kadangkala dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming) yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan. Sumbangsaran menggunakan teknik sesi buzz untuk mendapatkan idea yang boleh memberikan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang diharapkan. Dalam situasi bilik darjah, sesi sumbangsaran boleh dikendalikan seperti sesi buzz. Langkah-langkah sumbangsaran: Peringkat Permulaan - ProsesP&P dimulakan dengan guru mengemukakan satu atau beberapa topik perbincangan berbentuk soalan bermasalah. - Guru menerangkan tujuan perbincangan dan memberi garis panduan untuk menjalankan perbincangan. - Murid-murid dibahagi kepada kumpulan kecil (6 10 orang). Lantik seorang pengerusi. - Setiap kumpulan diberikan satu topik perbincangan Peringkat Perbincangan - Ahli kumpulan menyumbangkan idea. - Idea-idea dicatat oleh seorang pelapor dikalangan ahli dalam kumpulan kecil. Peringkat Penilaian dan Rumusan - Kumpulan kecil akan bergabung semula untuk mempertimbangkan dan menilai setiap cadangan atau idea yang dikemukakan. - Guru akan membimbing murid membuat keputusan atau rumusan yang kemudian direkodkan dalam buku nota mereka.

Tujuan Sumbangsaran: 1. Murid dilatih mengemukakan idea dan pendapat mereka dengan cara yang logik dan analitis 2. Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi maklumat antara satu sama lain 3. Meningkatkan mutu penguasaan kemahiran lisan 4. Melatih murid berusaha menyelesaikan masalah penting bersama-sama

12

Prinsip-prinsip Sumbangsaran: 1. Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid 2. Garis panduan yang diberikan ringkas dan jelas 3. Setiap kumpulan mengandungi ahli yang terdiri daripada pelbagai kebolehan. 4. Setiap kumpulan memilih pengerusi yang boleh menggalakkan ahlinya mengemukakan cadangan dan idea berkaitan dengan topik perbincangan. 5. Semua cadangan/idea dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. 6. Cadangan/idea walaupun salah, tidak boleh dikritik. Penilaian dan rumusan hanya dibuat pada peringkat perbincangan yang akhir. 7. Setiap ahli diberi giliran untuk mengemukakan cadangan. 8. Ahli digalakkan menggunakan prinsip 5W (iaitu: What? Why? Who? Where? When?) untuk memperluaskan idea penyelesaian masalah. 9. Ahli digalakkan menyumbangkan seberapa banyak idea yang boleh untuk meningkatkan kemungkinan penyelesaian. 10. Wujudkan suasana tidak formal untuk menggalakkan perbincangan. 11. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi. Contoh soalan-soalan untuk sesi sumbangsaran: Apakah maklumat penting dalam soalan bermasalah ini? Apakah yang hendak diseselaikan? Bagaimana kita gunakan maklumat yang diberi untuk menyelesaikan masalah itu? Apakah kaedah yang sesuai digunakan? Mengapa? Kelebihan sumbangsaran: 1. Setiap ahli dalam kumpulan kecil diberikan peluang untuk mencadangkan pendapatnya 2. Idea-idea penyelesaian didatangkan daripada murid-murid sendiri 3. Strategi pembelajaran berpusatkan murid 4. Sesi sumbangsaran dapat melatih murid-murid berfikir dan mengeluarkan pendapat secara analitis, kritis dan rasional. 5. Memperkukuhkan dan meningkatkan penguasaan kemahiran lisan. 6. Melatih murid menghormati pendapat orang lain 7. Meningkatkan kemahiran interaksi antara murid 8. Memupuk semangat kerjasama dan berkongsi ke arah menyelesaikan masalah Kelemahan sumbangsaran: 1. Murid kurang cerdas mungkin tidak dapat memberi sumbangsaran yang berpetutan 2. Cara menyelesaikan masalah memakan masa yang banyak 3. Murid-murid sekolah rendah tidak mampu mengendalikan sesi perbincangan dengan berkesan kerana kurang pengalaman serta aras kognitif mereka rendah. 4. Banyak masa disia-siakan jika murid menggunakan lebih masa untuk berbual-bual daripada memberi sumbangan. 5. Terlalu banyak pendapat/idea akan menimbulkan kekeliruan semasa memilih dan menilai idea pada peringkat akhir. 6. Pendapat dan idea murid yang tidak dipilih menjadi rumusan akhir akan menimbulkan perasaan kecil hati murid berkenaan. 7. Sukar menggubal soalan perbincangan yang sesuai.

13

PROJEK

Kaedah projek disarankan oleh Profesor William Kilpatrick (1871 1965) dengan pengubahsuaian daripada kaedah penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh Dewey. Ia berlandaskan teori pembelajaran bahawa hasil pempelajaran murid akan menjadi lebih berkesan jika mereka menaruh minat dan bersedia melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancangkan dengan cara yang menarik Kaedah ini menyarankan murid belajar melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan lawatan. Melalui kaedah ini, murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam situasi sebenar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan Aktiviti melalui kaedah projek dijalankan selepas murid menguasai kemahiran tertentu. Contohnya: Selepas murid menguasai kemahiran mengira min, mereka diberi projek menjalankan kaji selidik untuk mendapatkan min umur murid dalam kelas mereka. Kerja projek boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan. Untuk mencapai hasil pembelajaran yang memuaskan, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian: 1. Tentukan objektif dan aktiviti kerja projek berdasarkan kecenderungan dan kemahiran murid. 2. Guru / murid harus menyediakan bahan-bahan atau alat-alat yang diperlukan untuk pelaksanaannya. 3. Adakan rancangan yang baik dan loengkap seperti membahagikan kerja untuk setiap kumpulan untuk menjamin kelicinan pelaksanaannya. 4. Tentukan kerja mana yang memerlukan bimbingan guru dan mana yang perlukan pimpinan murid kumpulan cerdas. 5. Tentukan cara mempamerkan hasil kerja murid, cara menyimpan dan penggunaannya sebagai ABM.

Projek Kaji Selidik Prinsip-prinsip perancangan dan pelaksanaan projek kaji selidik: 1. Guru harus menentukan topik kajian yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan murid 2. Tentukan tujuan dan langkah-langkah untuk menjalankan kaji selidik dan berikan kepada murid. 3. Guru boleh sediakan alat kajian seperti senarai semak, soalan-soalan yang perlu dijawab serta bahan-bahan yang diperlukan. 4. Pastikan kaji selidik yang dijalankan adalah selamat dan setiap murid dalam kumpulannya benar-benar melibatkan diri. 5. Guru bertindak sebagai fasilitator semasa aktiviti dijalankan

14

6. Hasil kaji selidik dibincangkan dan penilaian dibuat selepas aktiviti kajian telah selesai.

Kelebihan Projek Kaji Selidik Memberi peluang kepada murid mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri Murid dapat menggunakan deria mereka secara maksimum untuk memerhati, menganalisis, mentafsir serta membuat rumusan. Murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik darjah untuk mencubanya dalam situasi yang sebenar Mendorong murid belajar dalam situasi yang seronok dan bermakna Memupuk semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif berdasarkan kumpulan pelbagai kebolehan Mengembangkan potensi murid dari segi JERI Memperkukuhkan kemahiran yang mereka baru kuasai Kelemahan Projek Kaji Selidik Murid sekolah rendah kurang matang dan kurang pengalaman adalah tidak sesuai menjalankan aktiviti kajian seperti ini. Perlukan banyak tenaga dan masa dari segi perancangan dan pengurusan Murid yang lembab kurang upaya mentafsir dan membuat rumusan yang tepat Tidak ramai murid yang mendapat faedah daripada kaji selidik ini.

Projek Hasil Tangan Merupakan satu kerja projek atau pengayaan yang dijalankan oleh seseorang atau sekumpulan murid selepas menguasai kemahiran tertentu. Tujuan : untuk mengembangkan kemahiran psikomotor dan daya kreatif murid. Biasanya diadakan selepas murid memperolehi ilmu dan kemahiran tertentu. Prinsip melaksanakan projek hasil tangan : 1. Tentukan objek hasil tangan yang diberi adalah berdasarkan minat dan kebolehan murid 2. Sediakan bahan-bahan yang mencukupi untuk murid membuatnya 3. Berikan penerangan tentang langkah-langkah menghasilkan objek itu 4. Tunjukkan contoh atau beri tunjuk cara bagaimana menghasilkan objek itu 5. Tetapkan tempoh masa untuk menghabiskan projek 6. Adakan perbincangan tentang tugasan yang telah dibuat 7. Pamerkan objek yang dihasilkan dengan baik dan menarik sebagai galakan Kelebihan projek hasil tangan Memupuk minat pembelajaran dan daya kreatif murid

15

Murid dapat menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan sesuatu Memberi peluang murid menggunakan masa lapang dengan berfaedah Membolehkan murid menikmati rasa kejayaan serta bangga apabila sesuatu objek dapat dihasilkannya dengan baik dan dipamerkan. Mendorong murid supaya terus berusaha lebih tekun lagi

Kelemahan projek hasil tangan Memerlukan banyak tenaga dan masa untuk menguruskannya Perbelanjaan untuk menghasilkan projek melibatkan kos yang tinggi Murid yang menghasilkan objek kurang menarik dan tidak mendapat peluang untuk dipamerkan akan merasa kecewa Perasaan negatif mungkin mendatangkan kesan buruk terhadap pembelajaran mereka pada masa depan Contoh Projek Hasil Tangan di Bilik Darjah Mata pelajaran : Matematik Tajuk : membuat binaan daripada objek-objek tiga matra Alatan : Kad manila, kertas tebal, pensel, pembaris, gam, kanji, gunting Langkah-langkah mengajar: Langkah permulaan : - Guru bertanya murid bentuk-bentuk tiga matra - Murid cuba memberikan contoh bentuk-bentuk tersebut - Guru menunjukkan beberapa contoh binaan yang disusun daripada bentuk-bentuk tiga matra - Murid kemudiannya diberi penerangan tentang alat dan bahan yang digunakan untuk membentuk binan itu. Langkah II - Guru mrnunjukkan cara membuat binaan daripada berbagai bentuk - Murid memerhatikan demonstrasi guru Langkah III - Guru mrngarahkan murid memulakan aktiviti membuat binaan - Murid melakukan kerja mengikut masa yang ditetapkan Langkah IV - Guru mrngumpul dan menilai hasil kerja murid: akhirnya berbincang dengan murid tentang kegunaan binaan - Guru mempamerkan hasil kerja murid yang menarik

16

Contoh lain : Melukis logo menggunakan bentuk-bentuk geometri.

PERMAINAN

Konsep: Main merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara berpura-pura merujuk kepada peristiwa, permainan berunsur pendidikan, masalah dan situasi dalam konteks sebenar. Penggunaan aktiviti sebagai strategi P&P di bilik darjah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar Kanak-kanak suka bermain kerana aktiviti ini sejajar dengan naluri semula jadi mereka Tujuan permainan: - merupakan aktiviti yang boleh mengembangkan kemahiran psikomotor, bahasa muzik dan ekspresi kendiri kanak-kanak di peringkat awal - Permainan sebagai teknik mengajar membuktikan permainan adalah penentu penting dalam perkembangan intelek, jasmani, rohani, sosial serta daya cipta kanak-kanak. - Dapat memperkuatkan keupayaan berfikir serta menjadikan pembelajaran lebih bermakna semasa mereka menjalani aktiviti permainan - Dapat memupuk nilai sosial dalam jiwa kanak-kanak - Dapat mempelajari cara berkomunikasi melalui kemahiran bahasa dengan rakan-rakan sebaya mereka - Menimbulkan perasaan gembira serta memperkukuhkan kemahiran yang baru dikuasai - Menambah motivasi, menggalakkan interaksi serta menyatupadukan murid-murid yang mempunyai pengalaman dan potensi yang berlainan. Prinsip-prinsip permainan 1. Aktiviti permainan dijalankan selepas penguasaan kemahiran tertentu. 2. Jenis aktiviti yang dipilih haruslah sesuai dengan objektif, pengalaman, kemahiran, kebolehan dan kecenderungan murid 3. Sebelum aktiviti permainan: - guru merancang serta menyediakan alat permainan - memberi penerangan tentang tujuan, peraturan dan cara bermain kepada murid - tetapkan masa bermain 4. Semasa aktiviti permainan - guru mengawal dan memerhatikan murid serta memastikan setiap murid melibatkan diri secara aktif serta bermain dengan mengikut peraturan yang ditetapkan - pastikan murid boleh mendapat faedah dan bukan untuk menghiburkan diri semata-mata 5. Selepas aktiviti permainan

17

semua alat permainan dikutip dan disimpan adakan perbincangan tentang kesan permainan adakan aktiviti penilaian untuk mengetahui sama ada permainan telah mencapai objektifnya atau tidak

Jenis-jenis cara main Main sendiri (solidarity play): main secara perseorangan Main koperatif (cooperative play) : main secara berkumpulan dengan kerjasama di antara ahli kumpulan Main selari (parallel play) : permainan yang mengandungi aktiviti pasukan Main asisiatif (associative play) : main berkawan yang biasanya mengandungi pasangan murid Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti bermain
Langkah I : Perancangan - Penentuan jenis aktiviti permainan - Penyediaan alat permainan - Penetapan peraturan permainan - Penetapan masa permainan Langkah II : Permulaan - Penerangan tujuan , peraturan dan masa permainan - Penerangan cara permainan Langkah III : Permainan - Murid-murid menjalankan aktiviti permainan - Guru mengawas, memerhati dan membimbing Langkah IV : Penilaian - Guru menilai hasil permainan - Guru mengumumkan keputusan permainan Langkah V : Perbincangan - Guru berbincang dengan murid-murid tentang aktiviti permainan yang dijalankan - Guru membimbing murid-murid membuat rumusan Langkah VI : Penutup - Murid-murid mencatat rumusan dalam buku nota - Pengutipan dan penyimpanan alat permainan

Contoh permainan Matematik Tajuk : Membentuk gambar daripada tangram Alatan : Tangram (10 set) Cara bermain : 1. Murid-murid dibahagikan kepada 10 kumpulan pelbagai kebolehan 2. Setiap kumpulan diberikan satu set tangran untuk membentuk satu gambar yang menarik dalam masa 10 minit 3. Guru menjadi hakim pertandingan. Langkah I (permulaan) : - Guru menerangkan tujuan, peraturan dan masa membentuk tangram - Guru mendemonstrasika satu cara membentuk gambar daripada tangram Langkah II (permainan) - Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan pelbagai kebolehan 18

- Setiap seorang ketua mendapat satu set tangram - Ketua kumpulan membimbing ahlinya membentuk gambar yang menarik Langkah III (penilaian) - Selepas 5 minit. Guru memberhentikan aktiviti permainan - Guru menilai hasil pembentukan setiap kumpulan - Guru mengumumkan keputusan pertandingan Langkah IV (perbincangan) - Guru menyuruh murid menyebutkan luas gambar yang telah dibentuk - Guru membimbing murid membuat rumusan luas gambar dibentuk adalah sama dengan luas tangram itu Langkah V (penutup) - Murid-murid disuruh menyalin gambar yang dibentuk dalam buku latihan dan menulis luas gambar itu di bawahnya - Ketua kumpulan mengutip tangram dan menyerahkannya kepada guru

19

Anda mungkin juga menyukai