Anda di halaman 1dari 14

REMAJA

PENGARUH RAKAN SEBAYA


Rakan Sebaya merujuk kepada remaja yang sama umur atau sama paras kematangan. Berfungsi memberi maklumat berhubung dengan dunia di luar keluarga. Hubungan rakan sebaya yang baik akan memberi kesan perkembangan sosial yang positif, Manakala sebaliknya Ibarat berkawan dengan penjual minyak wangi dapat juga tempias bau wanginya, berkawan dengan membuat besi dapat juga tempias api yang mengoyakkan pakaian.

FENOMENA REMAJA ZAMAN SEKARANG


Sanggup menukar identitinya supaya diterima sebagai ahli kumpulan Cth: dari segi pakaian, lagak, sikap, cara dan gaya bertutur. Suka berhibur shuffle, rock, black metal Dating Melepak Mencuri Merokok Berjudi Minum arak

APAKAH KESANNYA
KESAN UMUM Mengganggu pencapaian masa depan Mengganggu fikiran Tekanan daripada rakan sebaya Pembentuk tingkahlaku yang negatif Masa depan yang gelap Tiada hala tuju Meringkuk di penjara Disisihkan oleh saudara mara.

APAKAH KESANNYA
KESAN KHUSUS
Merokok boleh mengganggu urat saraf, mengacau fikiran dan ingatan serta melemahkan bakat otak berfikir Menonton filem-filem lucah atau drama-drama yang tidak berakhlak menyebabkan gangguan membunuh bakat otak berfikir, menghulang hafalan, menumpulkan otak dan pembawa kelalaian. Minum minuman yang memabukkan boleh membunuh kesihatan mental dan fizikal serta membawa kepada penyakit gila dan tidak waras.

REMAJA UNGGUL

DEFINISI Mempunyai personaliti matang, sifat yang konsisten, kekal, tidak berubah-ubah, bersikap positif, serta emosi yang stabil.

Bagi mendapat personaliti tersebut ; jadilah seperti ikan, walaupun tinggal di lautan masin tetapi isinya tetap tawar Perlu mempunyai pendirian yang kukuh dan jangan goyah walaupun pengaruh luaran begitu kuat.

CIRI-CIRI PERSONALITI REMAJA UNGGUL


Bersifat terbuka dan ingin memahami masalah orang lain. Mempunyai matlamat yang jelas. Mempunyai akal yang rasional. Mengasihani orang lain seperti mengasihani dirinya sendiri. Berhubung mesra dan menghormati orang lain. Mempunyai keyakinan diri. Bersedia menghadapi cabaran dengan tabah. Bersedia mengatasi masalah yang ada pada diri sendiri. Sanggup mengakui kelemahan diri sendiri dengan lapang dada.

TIPS MENJADI REMAJA BERPERSONALITI MATANG


Buat kerja secara sistematik dan teratur. Rancang kerja sebaik mungkin dan cuba laksanakan perancangan sebaik mungkin. Sentiasa bercakap benar, berani menjelaskan kebenaran dan tegas dalam pendirian. Perlu berdikari dan lakukan kerja tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Mestilah mempunyai semangat apabila melakukan apa sahaja aktiviti dan yakin pada diri sendiri bahawa anda BOLEH!

TIPS MENJADI REMAJA BERPERSONALITI MATANG


Berlatih membuat keputusan dan pilihan yang tepat dan munasabah untuk diri anda sendiri. Jangan mengharapkan orang lain menentukan keputusan bagi diri anda. Banyak membaca kerana dengan banyak membaca bahan-bahan yang pelbagai, menambah ilmu ilmu pengetahuan dan mematangkan fikiran. Perlu mempunyai sifat kompetetif iaitu semangat bertanding dan jangan mudah menerima kegagalan. Jangan berlaku sombong apabila menerima kejayaan. Bersyukurlah kerana berjaya.

PENUTUP
Hidup sebagai remaja hanya akan ditempuhi sekali sahaja seumur hidup. Oleh itu, janganlah mensia-siakannya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Menjadi dewasa sebagai remaja bukan bermakna bebas melakukan apa sahaja, tetapi sepatutnya tahu menilai antara yang baik dengan yang buruk. Jika pernah berlaku sesuatu peristiwa baik menyedihkan, menyakitkan atau mendukacitakan di sepanjang perjalanan hidup bersama ibu bapa atau keluarga, bersabarlah. Lupakan peristiwa yang lalu, ingatilah pengajaran yang timbul akibat peristiwa itu dan jangan menoleh ke belakang jika ia memang menyakitkan.

INGATLAH!!!
SEMASA MEREDAH JALAN KEHIDUPAN, ANDA AKAN BERHADAPAN DENGAN SEBUAH JURANG YANG BESAR; LOMPAT. IA TIDAK SELEBAR YANG ANDA SANGKAKAN

Anda mungkin juga menyukai