Anda di halaman 1dari 7

Like

13k

Sumbangan Dana Kebajikan

Borang Sukarelawan HALUAN

Keahlian HALUAN

UTAMA

KENALI KAMI

KHIDMAT KAMI

PROGRAM UTAMA

MEDIA HALUAN

HUBUNGI KAMI

Search...
Bahan Tarbiah 23) Cinta

Ikuti HALUAN di:

23) Cinta
Share Like Tweet Send 0 Be the first of your friends to like this.

Pengertian Cinta Cinta adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu. Cinta merupakan perasaan semula jadi (fitrah) yang menjadi satu sifat daripada sifat-sifat manusia. Sifat Cinta Sebagaimana sifat hati yang sering berubah-ubah, maka begitu jugalah sifat cinta yang menjadikan hati sebagai tahktanya. Cinta boleh berubah sejajar dengan perubahan hati. Tanda Hadirnya Perasaan Cinta Antara tanda hadirnya perasaan cinta ialah:

1. Apabila suka mendengar nama sesuatu yang dicintai itu disebut-sebut. 2. Apabila suka melihat sesuatu yang dincintai. 3. Apabila suka duduk berdekatan atau bersama-sama dengan sesuatu yang dicintai. 4. Apabila suka dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan perkara yang dicintai. Hikmah Percintaan Hikmah percintaan adalah sebagai ujian dan dugaan bagi manusia. Manusia akan melakukan pelbagai cara dan taktik untuk mendapatkan apa yang dicintai. Namun di sana, ada cinta yang mulia dan ada cinta yang keji. Untuk mendapatkan sesuatu yang dicintai, ada cara-cara yang mulia dan ada pula cara-cara yang keji. Cinta adalah faktor pemakmuran alam ciptaan Allah Subhanahuwataala. Cinta juga adalah faktor penyambungan zuriat dan penerusan kehidupan manusia. Cinta adalah ikatan yang kukuh yang menyatukan umat manusia. Hakikat percintaan dan kasih sayang yang sebenar adalah percintaan dan kasih sayang yang berdasarkan keimanan kepada Allah Subhanahuwataala. Darjat-Darjat Percintaan Allah Subhanahuwataala menjadikan manusia dan mengetahui selok belok hati manusia. Islam yang diturunkan-Nya mengiktiraf perasaan cinta sebagai sebahagian daripada fitrah kejadian manusia. Islam telah menggariskan beberapa tingkat atau darjat percintaan, iaitu: 1. Cinta yang agung Bagi mumin yang bertaqwa tidak ada suatu pun yang mungkin menyamai kelebihan, kedudukan dan ketinggian cintanya kepada Allah Subhanahuwataala, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, sebagaimana firman Allah Subhanahuwataala:

Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di jalan- Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah : 24)
Seorang mumin meyakini bahawa Allah-lah Pencipta dan Pemilik alam semesta. Maka dirinya juga adalah milik Allah Subhanahuwataala dan wajarlah seluruh kecintaannya hanya untuk Allah Rabbulalamin. Inilah cinta teragung. Sepatutnya manusia meletakkan kecintaan yang tertinggi kepada Allah Subhanahuwataala kerana Dia telah memilih manusia sebagai makhluk pilihan-Nya. Firman Allah Subhanahuwataala:

Dan Rabmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga yang memilih (daripada makhluk-Nya untuk sutau tugas, keutamaan atau kemuliaan), tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah

keadaaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. (Al-Qasas : 68)


Natijah asas daripada kecintaan yang agung ini ialah redha dengan Allah Subhanahuwataala. Firman-Nya:

Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mumin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mumin, apabila Allah dan rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka, dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Al Ahzab : 36)
Seorang mumin meyakini bahawa apa sahaja yang diputus dan disusun oleh Allah Subhanahuwataala adalah yang sebaik-baiknya. Segala penentuan Allah Subhanahuwataala benar-benar akan mendatangkan hikmah dan kenimatan kepadanya dan menjauhkannya daripada kerosakan dan kebinasaan. Firman-Nya lagi:

Maka barangsiapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. (Taha : 123-124)
Tidak syak lagi bahawa seseorang yang telah mengecapi kelazatan iman di dalam dadanya akan tertarik dengan sepenuh hati untuk mencintai Allah Subhanahuwataala dan Rasul-Nya yang telah menyampaikan Risalah-Nya kepada umat manusia. Lantaran keimanan dan keyakinannya kepada Allah Subhanahuwataala dan keyakinannya kepada janji-janji-Nya, maka seorang mumin akan mencintai jihad untuk menegakkan din-Nya dan meninggikan kalimah tauhid-Nya di muka bumi ini agar seluruh manusia turut merasai nimat Islam dan keindahan hidup di bawah naungannya. Cinta kepada Rasulullah Sallallahualaihiwasallam adalah natijah daripada cintakan Allah Subhanahuwataala. Inilah tabiat cintakan Allah yang bertahta di hati para muminin. Marilah kita sama-sama merenung beberapa kisah yang menggambarkan cinta para sahabat Radhiallahuanhum terhadap Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Kisah 1: Imam Baghawi meriwayatkan daripada Thauban maula Rasulullah Sallallahualaihiwasallam di mana beliau amat kasihkan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dan tidak sabar-sabar lagi untuk menatap wajah baginda. Pada suatu hari Rasulullah Sallallahualaihiwasallam datang kepadanya. Ketika itu air mukanya berubah, lalu baginda bersabda: Kenapakah air muka mu berubah wahai Thauban? Lalu jawabnya: Wahai Rasulullah, aku tidak sakit tetapi sesungguhnya apabila aku tidak dapat melihat wajahmu maka aku akan keluh kesah sehinggalah aku dapat bertemu denganmu. Kemudian aku teingatkan Hari Qiyamat dan aku bimbang tidak akan dapat melihat kamu kerana kamu akan diangkat bersama-sama para nabi. Sekalipun aku dapat masuk syurga maka aku langsung tidak akan dapat melihat kamu.

Maka turunlah ayat Al-Quran berikut (sebagai menjawab persoalan Thauban):

Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nimat oleh Allah, iaitu: Nabi-nabi, para siddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh, dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (An-Nisa: 69)
Kisah 2: Diriwayatkan daripada Al-Baihaqi bahawa terdapat seorang wanita dari kaum Ansar di mana bapa, suami dan saudaranya terbunuh di dalam medan perang Uhud. Sebaik saja disampaikan berita itu lalu ia berkata: Bagaimanakah Rasulullah?. Maka jawab para sahabat: Baginda dalam keadaan baik seperti yang kamu sukakan. Kata wanita lagi: Tunjukkanlah kepadaku agar aku dapat melihatnya. Setelah beliau melihat baginda lalu beliau berkata: Setiap bencana selepas kamu (selepas kamu terselamat), akan datang kegembiraan. 2. Cinta Pertengahan Maksud cinta pertengahan ialah tarikan hati, ikatan perasaan dan emosi yang lahir dari aqidah atau iman seseorang insan terhadap keturunan, keluarga, kaum kerabat, harta benda dan sebagainya. Maka hasilnya ia akan berhubung erat dengan apa yang dicintainya itu dengan cara yang diredhai Allah Subhanahuwataala. Allah Subhanahuwataala mengiktiraf kesemua perasaan hati ini tetapi ia menduduki tempat yang kedua, iaitu selepas kecintaan kepada Allah, Rasul dan jihad di jalan-Nya. Contoh-contoh cinta dalam ketegori ini: Contoh 1: Cinta antara suami isteri Jika kecintaan suami dan isteri tidak berasaskan ikatan aqidah, maka tentunya zuriat yang lahir tidak akan mendapat pendidikan dan penjagaan iman yang sempurna. Contoh 2: Cinta antara anak dan ibu bapa Hubungan anak dan ibu bapa hanya akan menjadi hubungan kerana kepentingan dunia sahaja jika tidak berpaksikan aqidah kepada Allah Subhanahuwataala. Contoh 3: Cinta dalam ummah Islamiyah Tanpa ikatan aqidah, tidak akan terbangun cinta atau ukhuwah Islamiyah yang akan menghiasi kehidupan dan pembangunan ummah. Perkara yang perlu dipelihara ialah cinta pertengahan ini tidak boleh mendahului cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad di jalan-Nya. Cinta kepada Allah, Rasul dan berjihad di jalan-Nya hendaklah dijadikan keutamaan. Firman Allah Subhanahuwataala:

Katakanlah: Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad di

jalan- Nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (At-Taubah : 24)
Seandainya cinta kepada manusia, harta dan dunia berasaskan hawa nafsu semata-mata (tidak berasaskan aqidah yang benar), maka ia akan menjatuhkan seseorang kepada cinta yang hina. 3. Cinta yang Hina Cinta yang hina akan menjatuhkan darjat dan nilai kemanusiaan. Antaranya: 1. Cinta atau kasihkan taghut serta bertuhankan manusia atau makhluk. Contohnya: a. Cinta atau menyembah patung dan berhala. b. Cinta serta memuja artis-artis, ahli-ahli sukan dan sebagainya. 2. Cinta atau kasih terhadap musuh-musuh Allah Subhanahuwataala. 3. Cinta dan menurut kemahuan hawa nafsu atau syahwat yang keji dan berdosa. Ghairah melakukan perbuatan masiat. 4. Mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, harta kekayaan dan perniagaan melebihi kasihkan Allah Subhanahuwataala, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya. - , , - . : -- , : .

Kata Omar bin Al-Khattab Radhiallahuanhu: Demi Allah, ya Rasulullah sesungguhnya kamu yang paling aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku. Maka Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda: Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dicintai daripada dirinya sendiri. Maka berkata Omar: Maka engkau sekarang, demi Allah, adalah orang yang paling aku kasihi lebih daripada diriku sendiri. Sabda Rasulullah: Sekarang barulah engkau beriman ya Omar.
5. Cinta kepada bisikan syaitan seperti bisikan untuk berhasad dengki, mengumpat dan sebagainya. Penutup Oleh itu cinta merupakan perasaan jiwa yang diiktiraf oleh Allah Subhanahuwataala. Persoalannya ialah sejauh manakah manusia mengambil neraca Allah Subhanahuwataala dalam urusan ini. Sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang berikut boleh dijadikan panduan:

Tiga perkara siapa yang ada pada dirinya, dia akan merasai kemanisan iman bahawa ia menjadikan Allah dan Rasul-Nya paling dicintai daripada segala yang lain (melainkan Allah dan rasul). Dan bahawa ia mencintai seseorang, tidak menyintainya melainkan kerana Allah. Dan bahawa ia membenci untuk kembali kepada kekufuran, selepas Allah mengeluarkannya daripada

kekufuran, sepertimana ia benci dimasukkan ke dalam api neraka.

BERITA HALUAN KOLUMNIS BAHAN TARBIAH TOPIK PILIHAN PALESTIN KAUNSELOR HALUAN KALENDAR AKTIVITI

Bacaan Popular
Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial Kelahiran Pertama Anak Melayu di Jalur Gaza Yahudi, Bani Israel atau Zionisme? Gaza terkini: 660 terbunuh, 2950 cedera Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel

HALUANSiswa
Bersahsiah - Dekat - Beerti

KeARAH
Kehadapan - Aktif - Responsif

Kursus Jati Diri


Dan Kesukarelawanan Remaja

MuBIN
Multi-Business International Network

Copyright 2013 HALUAN Malaysia. All Rights Reserved.

Senarai Bahan Tarbiah

Login