Anda di halaman 1dari 6

Like

13k

Sumbangan Dana Kebajikan

Borang Sukarelawan HALUAN

Keahlian HALUAN

UTAMA

KENALI KAMI

KHIDMAT KAMI

PROGRAM UTAMA

MEDIA HALUAN

HUBUNGI KAMI

Search...
Bahan Tarbiah 22) Berzikirlah Kepada Allah Sentiasa

Ikuti HALUAN di:

22) Berzikirlah Kepada Allah Sentiasa


Share Like Tweet Send 0 One person likes this. Be the first of your friends.

Zikrullah adalah siraman bagi pokok iman Kita berdoa kepada Allah Subhanahuwataala semoga kita terus diberikan hidayah oleh-Nya dan istiqamah di atas jalan-Nya agar kita dapat terus mentauhidkan-Nya, beriman dan berubudiyah hanyasanya kepada-Nya. Hendaklah kita menyedari bahawa aqidah tauhid yang betul akan menghasilkan buah-buah (natijah-natijah) yang baik,. Ia ibarat pokok-pokok yang baik ( ,) maka sudah tentu akan mengeluarkan buah-buah yang baik. Perhatikanlah Firman Allah Subhanahuwataala di dalam Surah Ibrahim ayat 24 25:

Tidakkah engkau lihat bagaimana Allah membuat perumpamaan perkataan (kalimah) yang baik ( )adalah seperti pohon yang baik, akarnya teguh (di bumi) dan cabang-cabangnya menjulang tinggi ke langit. Mendatangkan hasilnya (buah-buahnya) sepanjang masa dengan izin Rabnya dan

Allah membuat perumpamaan ini untuk manusia semoga mereka mengerti (mengambil peringatan)
Menurut penjelasan al Ustaz Said Hawwa di dalam kitabnya bahawa pokok yang baik setelah disirami selalu, mengeluarkan hasil (buah-buah) yang baik dan berkualiti tinggi. Dan, siraman utama kepada pokok iman itu ialah dengan zikrullah [ .]) ) Kerana zikrullah itu memberi kehidupan dalam ertikata sebenarnya kepada orang-orang yang beriman sepertimana ungkapan al-Ustaz Said Hawwa: . Beliau membawa suatu hadith yang dikeluarkan oleh al-Imam al-Bukhari bahawa Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda:

Bandingan orang yang sentiasa zikrullah dengan orang yang tidak ada zikrullah adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.
Pelbagai bentuk zikrullah Zikrullah itu terdiri daripada berbagai bentuk dan cara. Semuanya diibaratkan air siraman bagi pohon (pokok) iman. Sesiapa yang banyak zikrullah maka bererti ia mendapat habuan yang baik daripada kehidupan ini dan sebaliknya sesiapa yang tidak zikrullah maka bererti ia kehilangan banyak habuan daripada kehidupan. Solah adalah bentuk zikir yang utama. Firman Allah Subhanahuwataala:

Dan dirikanlah solah untuk zikir (ingat) kepada-Ku (Allah Subhanahuwataala) (Surah Taha ayat 14)
Solah itu juga merupakan bentuk zikrullah yang tertinggi yang memperlihatkan darjat ketundukan dan kepatuhan yang tinggi kepada Allah Subhanahuwataala dan membawa implikasi yang amat baik. Solah membentuk kehidupan yang baik lagi suci. Berdasarkan firman Allah dalam ayat 45 Surah al Ankabuut:

Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solah. Sesungguhnya solah itu mencegah daripada (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solah) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat-ibadat yang lain), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Seterusnya tilawah al-Quran adalah zikrullah, doa-doa yang dipohon kepada Allah Subhanahuwataala adalah zikrullah dan wirid-wirid ( )yang dibaca setiap masa pagi dan petang adalah zikrullah. Melaksanakan segala perintah Allah Subhanahuwataala dan meninggalkan segala larangan-Nya adalah termasuk dalam zikrullah jua ( .) Semua zikir ini dikira makanan atau siraman yang menyuburkan tauhid atau iman kepada Allah Subhanahuwataala (.) Telitilah apabila kalimah tauhid yang diulang-ulangkan, maka akan menjadi wasilah bagi memperbaharui tauhid dan Iman seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam di dalam hadithnya:

: : : Hendaklah kamu memperbaharui keimanan kamu. Rasulullah ditanya: Bagaimana kami hendak memperbaharui iman kami Ya Rasulullah?. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam bersabda: Hendaklah kamu banyak menyebut ( . Maksudnya tiada ilah ( ) yang berhak diperhambakan diri melainkan kepada Allah Subhanahuwataala). Apabila kita bertasbih bererti kita mengenali Allah Subhanahuwataala, mentauhidkan-Nya dan mensucikannya daripada segala sifat yang tidak layak dengan keagungan-Nya. Apabila kita menyebut maka itu adalah suatu pengiktirafan kita terhadap segala nimat yang kita perolehi, semuanya daripada Allah Subhanahuwataala dan kita bersyukur ke hadhrat-Nya. Seterusnya apabila kita menyebut maka ini adalah tazim kita hanya sanya kepada Allah Subhanahuwataala. Kita mengagungkan Allah Subhanahuwataala dalam semua perkara. Tidak ada yang lebih agung daripada-Nya. Bagi orang mukmin tiada yang lebih tinggi melainkan Allah Subhanahuwataala dan apa yang ditentukan-Nya (hukum-hakam-Nya). Zikrullah adalah wasilah ketenangan hati Pendek kata semua ibadah dalam Islam yang dilaksanakan semata-mata kerana Allah adalah dikira zikrullah. Dan zikrullah dalam segala bentuk yang disyarakan ( lisan, hati dan perbuatan) adalah satu-satunya wasilah untuk mencapai ketenangan hati dan jiwa ( .) Firman Allah Subhanahuwataala dalam surah ar-Rad ayat 28:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Seterusnya ketenangan jiwa ( ) yang berpaksikan keimanan itulah tanda kejayaan di sisi Allah Subhanahuwataala dan jalan bagi mencapai keredhaan Allah Subhanahuwataala seperti seruan Allah di dalam ayat 27 30 Surah al Fajr :

Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Rab kamu (yani Allah Subhanahuwataala) dengan redha dan diredhai. Maka oleh itu masuklah dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan silalah masuk ke dalam syurga-Ku (Syurga Allah Subhanahuwataala).
- jiwa yang tenang dan teguh beriman itulah yang seharusnya dicapai oleh orang yang beriman. Wasilah atau jalannya ialah melalui zikrullah. Zikrullah adalah bahtera penyelamat Firman Allah dalam Surah al Baqarah ayat 152:

Oleh itu ingatlah kepada-Ku (zikrullah) nescaya Aku ingat kepada kamu (Allah tidak akan biarkan mereka) dan hendaklah kamu bersyukur kepada-Ku (kepada Allah) dan jangan sekali-kali kamu kufur
Sehubungan dengan ini al-Ustaz Fathi Yakan di dalam sebuah kitabnya ( ) berkata :

Bahtera zikrullah itu adalah bahtera penyelamat daripada tenggelam lemas di dalam lautan hidup ragu-ragu, was-was, gelisah, terumbang ambing dan selamat daripada lain-lain penyakit (berbagai penyakit lain).
Maksudnya orang mukmin yang sentiasa berada di dalam bahtera zikrullah itu hidup dengan matlamat yang jelas dan melalui jalan yang jelas kebenarannya, yani melalui jalan Islam dengan berubudiyah/beribadah kepada Allah Subhanahuwataala semata-mata. Zikrullah adalah tenaga pendorong Seterusnya zikrullah itu mempunyai tenaga pendorong dengan izin Allah Subhanahuwataala melahirkan sifat-sifat berani dan bersedia untuk berjihad pada jalan-Nya dengan penuh keimanan dan kesabaran. Juga sanggup menghadapi berbagai cabaran, rintangan dan kesulitan dengan penuh yakin kepada pertolongan Allah Subhanahuwataala. Ini bermakna bahawa amalan zikrullah itu tidak sekadar melahirkan insan soleh ( )seorang diri sahaja (untuk diri sendiri semata-mata), bahkan melahirkan insan mukmin soleh ( ,)musleh ( )dan mujahid yang teguh pendirian, berpegang teguh kepada din Allah Subhanahuwataala (yang berpandukan kepada sumber yang terjamin iaitu al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam). Ingatlah amaran Allah Subhanahuwataala di dalam al-Quran ayat 124 126 Surah Taha :

Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku (zikrullah), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Rabku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?. Allah berfirman: Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.
Rujukan: Khutbah Ustaz Omar Haji Salleh (9 Syaaban 1425H, 24 September 2004) .

BERITA HALUAN KOLUMNIS BAHAN TARBIAH TOPIK PILIHAN PALESTIN KAUNSELOR HALUAN KALENDAR AKTIVITI

Bacaan Popular
Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial Kelahiran Pertama Anak Melayu di Jalur Gaza Yahudi, Bani Israel atau Zionisme? Gaza terkini: 660 terbunuh, 2950 cedera Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel

HALUANSiswa
Bersahsiah - Dekat - Beerti

KeARAH
Kehadapan - Aktif - Responsif

Kursus Jati Diri


Dan Kesukarelawanan Remaja

MuBIN
Multi-Business International Network

Copyright 2013 HALUAN Malaysia. All Rights Reserved.

Senarai Bahan Tarbiah

Login