Anda di halaman 1dari 4

Sumbangan Dana Kebajikan

Borang Sukarelawan HALUAN

Keahlian HALUAN

UTAMA

KENALI KAMI

KHIDMAT KAMI

PROGRAM UTAMA

MEDIA HALUAN

HUBUNGI KAMI

Search...
Bahan Tarbiah 21) Bersyukur Kepada Allah Di Atas Nimatnya Yang Amat Banyak

Ikuti HALUAN di:

21) Bersyukur Kepada Allah Di Atas Nimatnya Yang Amat Banyak


Tweet Nimat Allah yang banyak Marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana kita terpilih menjadi orang-orang yang beriman di tengah-tengah majoriti masyaraat dunia yang tidak beriman kepada Allah Subhanahuwataala. Puji-pujian dirafakan kepada Allah Subhanahuwataala yang telah memberi hidayah kepada kita ke jalan ini (jalan iman atau jalan Islam). Sebenarnya kita tidak akan mendapat hidayah itu sekiranya tidak dikurniakan oleh Allah Subhanahuwataala.

Hakikatnya, nimat Allah Subhanahuwataala ke atas kita tidak terhitung banyaknya. Allah Subhanahuwataala telah tegaskan di dalam al-Quran ayat 34 Surah Ibrahim:

Jika kamu menghitung nimat Allah, nescaya kamu tidak dapat (tidak mampu) menghitungnya.
Oleh itu wajarlah kita sentiasa bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala. Ustaz Muhammad Syadid di dalam kitabnya: menjelaskan bahawa kepekaan yang berterusan terhadap nimat-nimat Allah dan kurniaan-Nya, akan menyuburkan lagi rasa cinta kepada Allah Subhanahuwataala dan mengangkat jiwa kepada maqam (martabat) syukur. Bersyukur kepada Allah atas segala nimatNya tidak hanya sekadar dengan ucapan lisan Alhamdulillah ( ,)bahkan bersyukur dalam bentuk amali dan praktikallah yang membuktikan seseorang itu bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala. Nimat Allah Subhanahuwataala sangat banyak: 1. Pancaindera dan anggota tubuh badan adalah nimat Allah Subhanahuwataala. Apabila digunakan dan dimanafaatkan pancaindera dan anggota-anggota badan itu pada perkaraperkara, kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti yang diredhai oleh Allah Subhanahuwataala maka seseorang itu dikira telah bersyukur kepada Allah Subhanahuwataala. 2. Aqal yang baik lagi waras adalah nimat Allah Subhanahuwataala. Apabila aqal itu digunakan dan dimanafaatkan untuk memahami kitab Allah dan din Allah ( ,) juga berfikir terhadap nimat dan kejadian-kejadian ciptaan Allah Subhanahuwataala, maka ia termasuk di dalam ertikata bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala. 3. Hartabenda dan wang ringgit adalah nimat Allah Subhanahuwataala. Apabila hartabenda itu diinfaqkan dan dibelanjakan pada Jalan Allah ( ) atau di dalam batas-batas syara atau pada perkara-perkara yang dihalalkan oleh syara maka ia juga dinamakan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala. 4. Ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran adalah nimat Allah Subhanahuwataala. Apabila dimanafaatkan untuk kebaikan diri dan disebarkan, dikembangkan dan disampaikan untuk kebaikan ummah, maka ia juga dikira bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala. Nimat yang paling besar Sesungguhnya nimat Allah itu amat banyak dan tidak termampu kita menghitungnya satu persatu. Namun, sewajarnya kita menyedari bahawa nimat Allah yang paling besar ialah nimat iman, nimat Islam ( .) Atau dengan kata lain: nimat kita mendapat Hidayah Allah Subhanahuwataala. Maka tanda kesyukuran kita kepada Allah Subhanahuwataala yang telah mengurniakan nimat agung itu, hendaklah kita benar-benar beriman dan menerima din Islam seluruhnya tanpa sebarang penolakan. Firman Allah Subhanahuwataala dalam ayat 208 Surah al Baqarah :

Wahai orang-orang yang beriman masuklah (anutlah) Islam seluruhnya dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata

(musuh ketat terhadap manusia).


Islam: din yang sempurna dan selamat Islam adalah din Allah Subhanahuwataala yang sempurna meliputi peraturan-peraturan, aqidah, ibadah, akhlaq dan apa jua yang menyentuh kehidupan manusia dan alam seluruhnya. Ini kerana Islam diturunkan oleh Allah Subhanahuwataala untuk manusia dan alam seluruhnya. Allah Maha Mengetahui apakah jalan hidup yang baik dan selamat untuk makhluk-Nya di dunia dan akhirat nanti. Oleh itu kita sewajibnya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana kita terpilih untuk beriman dan menerima din Allah, yakni din Islam yang dibawa oleh para rasul dan rasul yang terakhir ialah Rasulullah Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam, dimana Islam itu disempurnakan pada zaman kerasulan Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam berdasarkan kepada ayat 3 Surah al Maaidah :

Pada hari ini (hari diturunkan ayat ini, di arafah pada masa Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam mengerjakan hajjatul wida ( ) tahun 10 Hijrah ). Aku telah sempurnakan bagi kamu din kamu dan Aku telah sempurnakan atas kamu nimat-Ku dan Aku redhalah Islam itu sebagai din kamu
Penentu kebenaran Walaupun Islam itu din Allah dan diberi jaminan selamat dunia dan akhirat oleh Allah Subhanahuwataala kepada sesiapa yang benar-benar menganutnya, tetapi majoriti manusia dan umat di dunia ini tidak menerimanya, bahkan menentangnya. Dan telah ternyata buktinya di dalam sejarah bahawa kebanyakan manusia menentang dan menolak ajaran Allah Subhanahuwataala yang telah dibawa oleh para Rasul sehingga ada sebilangan nabi dan rasul yang dibunuh seperti Nabi Zakaria Alaihissalam dan Nabi Yahya Alaihissalam. Mereka dibunuh oleh orang-orang Yahudi, bahkan, Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam sendiri sudah dikepung di rumah baginda oleh masyaraat Arab Quraisy untuk membunuh baginda. Namun ia tidak diizinkan oleh Allah Subhanahuwataala, yang mana akhirnya berlakulah peristiwa Hijrah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dari Makkah ke Kota Madinah (Yathrib) seperti yang terakam di dalam sirah Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Satu persoalan, apakah penentu kebenaran itu berdasarkan bilangan sokongan? (ramai orang menyokong atau tidak ada orang menyokong?). Sebenarnya penentuan kebenaran ( )bukanlah ditentukan oleh manusia tetapi ditentukan oleh Allah Subhanahuwataala berdasarkan ayat 147 Surah al Baqarah:

Kebenaran itu datangnya daripada Allah (Pencipta, Pemilik, Penjaga kamu ), maka janganlah sekali-kali kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang ragu.
Juga didasarkan kepada Qaedah Syara :

Perkara yang baik ialah apa yang dihukum baik oleh syara (oleh Allah) dan perkara yang buruk ialah apa yang dihukum buruk oleh syara (oleh Allah). Oleh itu apabila terdapat percanggahan antara apa-apa yang ditetapkan oleh syara (oleh Allah) dengan penilaian manusia yang mengikut hawanafsu, maka mestilah diambil pakai apa-apa yang ditentukan/dihukumkan oleh syara. Barulah tepat dengan pengakuan-pengakuan kita: kita hamba Allah, kita penganut Islam, kita orang yang beriman, Kita ahlussunnah wal jamaah (,) kita generasi rabani dan lain-lain pengakuan yang bersifat Islam. Marilah sama-sama kita bina keyakinan diri kita yang tidak berbelah bahagi kepada din Allah (din Islam) dan marilah sama-sama kita berusaha dengan penuh rasa taqwa dan bertanggungjawab kepada Allah Subhanahuwataala bagi meletakkan kembali Islam dalam kehidupan masyaraat, setelah ia terabai atau diabaikan oleh majoriti manusia. Semoga kita dengan izin Allah Subhanahuwataala dapat berkongsi pahala dan ganjaran baik di sisi Allah Subhanahuwataala dalam ayat 22 Surah Luqman.

Sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah (dengan penuh keikhlasan), sedang ia berusaha melaksanakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan tali (din Islam) yang kukuh. Dan (ingatlah) kepada Allah tempat kembali (kesudahan) segala urusan.
Rujukan: Khutbah Ustaz Omar Haji Salleh (4 Rejab 1425H, 20 Ogos 2004).

BERITA HALUAN KOLUMNIS