Anda di halaman 1dari 4

Like

13k

Sumbangan Dana Kebajikan

Borang Sukarelawan HALUAN

Keahlian HALUAN

UTAMA

KENALI KAMI

KHIDMAT KAMI

PROGRAM UTAMA

MEDIA HALUAN

HUBUNGI KAMI

Search...
Bahan Tarbiah 20) Ibadah Yang Berkualiti

Ikuti HALUAN di:

20) Ibadah Yang Berkualiti


Share Tweet 0

Alangkah ruginya segala pengorbanan, curahan tenaga dan perbelanjaan sekiranya tidak mendapat keredhaan Allah Subhanahuwataala. Ini terjadi apabila sesuatu amalan itu dilakukan bermatlamatkan dunia atau berasaskan hawa nafsu semata-mata. Rugi tenaga, masa, hartabenda dan segalagalanya. Oleh itu wajiblah kita meletakkan segala kerja dan amalan kita di atas aqidah yang betul dan hati yang ikhlas. Hati yang ikhlas mencari keredhaan Allah Subhanahuwataala adalah pokok penilaian-Nya. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam pernah bersabda (di dalam hadith riwayat Imam Muslim daripada Abi Hurairah Radhiallahu anhu):

Sesungguhnya Allah tidak melihat (menilai) kepada tubuh badan kamu, juga tidak kepada rupa paras kamu tetapi Allah melihat (menilai) kepada hati kamu.
Amalan yang dimakbulkan (diterima) oleh Allah Subhanahuwataala mestilah dengan niat yang ikhlas ( ) kerana-Nya semata-mata. Niat yang ikhlas mesti disertakan dalam semua jenis amalan. Terdapat dua jenis amalan yang utama: 1) Amalan-amalan taabbud ( ) atau amr taabbudi ( ) atau ibadah ( )khusus yang telah difardhukan seperti zakat, puasa, solah dan haji. Amalan-amalan seperti ini hendaklah mengikut kaifiat ( )atau cara-cara yang telah ditetapkan oleh syara ( )berdasarkan wahyu Allah (al-Quran dan as-Sunnah) tanpa pindaan dan ubahsuai. Kaifiat ibadah khusus tidak berubah walaupun zaman berubah. 2) Amalan-amalan yang berkaitan dengan pelbagai urusan hidup yang pada zahirnya berbentuk duniawi dan menyentuh urusan hidup diri, keluarga, masyarakat dan negara. Amalan-amalan ini meliputi bidang pendidikan, pertanian, perniagaan, perusahaan, kebudayaan, pentadbiran, jihad dan sebagainya. Semua amalan ini akan menjadi ibadah apabila: a) Dilakukan dengan mematuhi syarat-syarat dan dasar-dasar yang digariskan oleh ajaran Islam. b) Dilakukan dengan niat yang ikhlas untuk memperolehi keredhaan Allah Subhanahuwataala. Ibadah yang berkualiti Seorang yang beriman, apabila melakukan sesuatu ibadah, tidaklah wajar baginya melakukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun beliau mementingkan kualiti yang baik di dalam sesuatu ibadah. Hal ini telahpun diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Doktor Yusuf al-Qardawi di dalam kitabnya Ibadah Dalam Islam ( ) yang boleh dirumuskan seperti berikut: 1. Dilaksanakan segala kerja atau urusan dengan niat yang saleh ( .)Yakni dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. 2. Segala kerja dan urusan dilakukan dengan cara-cara yang diluluskan oleh syara (.) Atau dengan kata lain tidak berlawanan dengan ajaran Allah Subhanahuwataala. 3. Dilaksanakan kerja dan urusan dengan itqan ( ,)yakni dengan penuh kesungguhan, dedikasi dan tekun. 4. Iltizam dalam meninggalkan larangan-larangan Allah Subhanahuwataala. Jangan melakukan kezaliman, penganiayaan, penipuan, pencerobohan hak orang lain dan sebagainya. Janganlah terjadi sambil-sambil melakukan ibadah, lakukan pula laranganlarangan Allah Subhanahuwataala. 5. Jangan sampai sewaktu melakukan kerja dan urusan hidup, lalai pula dalam melaksanakan ibadah atau kewajipan yang asasi seperti solah dan zakat. Sekiranya syarat-syarat di atas dipatuhi sepenuhnya, maka InsyaAllah ( ,) semua kerja dan urusan hidup umat Islam akan menjadi ibadah yang berkualiti dan mendapat ganjaran pahala yang sebaik-baiknya daripada Allah Subhanahuwataala. Firman-Nya

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati

Allah, dan (daripada) mendirikan solah, dan (daripada) membayarkan zakat. mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang. (Surah an Nur ayat 37)
Rujukan: Khutbah Ustaz Omar Haji Salleh (22 Rabiulakhir 1425H, 11 Jun 2004) .

BERITA HALUAN KOLUMNIS BAHAN TARBIAH TOPIK PILIHAN PALESTIN KAUNSELOR HALUAN KALENDAR AKTIVITI

Bacaan Popular
Memperkasa Sistem Pendidikan Bagi Menangani Masalah Sosial Kelahiran Pertama Anak Melayu di Jalur Gaza Yahudi, Bani Israel atau Zionisme? Gaza terkini: 660 terbunuh, 2950 cedera Pandangan Qaradawi tentang boikot Israel

HALUANSiswa
Bersahsiah - Dekat - Beerti

KeARAH
Kehadapan - Aktif - Responsif

Kursus Jati Diri


Dan Kesukarelawanan Remaja

MuBIN
Multi-Business International Network

Copyright 2013 HALUAN Malaysia. All Rights Reserved.

Senarai Bahan Tarbiah

Login