Anda di halaman 1dari 4

KUIH SIPUT sumber: syahmi@myResepi Bahan-bahan ( 1 balang sederhana ) 5 cawan tepung gandum 1 biji telur 50gm margerine 1 s.

kecil serbuk jintan manis 1 s.kecil serbuk jintan putih 2 sudu kecil serbuk udang kering 1 sudu kecil garam (ikut rasa) Sedikit serbuk perasa (optional) 3 sudu besar cili boh/serbuk cili* saya kurangkan Daung bawang /daun sup (dihiris )* saya tukar daun kari Santan secukupnya untuk menguli Cara-cara Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya. Uli dengan santan hingga menjadi doh. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

Biskut Ulat Bulu

Ulat bulu
300gm t. gandum 150gm t.jagung 50gm susu tepung( Biasa saya guna nespray) 180gm minyak sapi 100gm mentega 100gm gula icing Perisa pandan hijau Buah kurma yg dipotong memanjang, lebih kurang 6 hirisan drpd 1 biji buah kurma (Boleh jg guna jem kurma, tp, agak leceh utk dibentuk) Castor sugar (Hiasan..tabur diatas biskut) cara2nya: Putar gula icing & mentega hingga sebati. Kemudian masukkan minyak sapi, perisa pandan & susu tepung. Putar hingga sebati. Masukkan t.jagung & tepung gandum, uli dgn tangan hingga sebati..Selalunya tepung gandum diletak kemudian dan bergantung pada adunan. Klu sudah dpt dibentuk tdk perlu habiskan 300gm. Slps itu, bentuk doh sekecil ibu jari, dan letakkan satu hiris buah kurma, kemudian bentuk memanjang. Tekan atasnya dgn garfu utk bentuk ulat. Masukkan kedlm luyang & bakar pd suhu 160-180. Agak sukar utk menentukan biskut ini msk atau tdk sbb walaupun sudah msk biskutnya masih lembut, tp..klu sdh letak diluar, ia akan mengeras sendiri. Utk menentukan dah masak tgk dibawah biskut agak kekuningan. Sesudah diangkat dr oven taburkan castor sugar diatasnya sebagai hiasan.

Kueh Lapis Nyonya

Bahan-bahan ( 7 inci x 7 inci x 3 inci )


100 g tepung beras* 100 g tepung sagu*(*disatukan dan diayak) 200 g gula pasir 250 ml air 360 ml santan pekat 3 helai daun pandan Sedikit pewarna merah dan hijau

Cara-cara
1. Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan

2. Dengan menggunakan wisk, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan.

3. Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Warnakan satu dgn warna hijau, satu lagi dgn warna merah dan biarkan satu lagi dgn warna asal (putih). 4. Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan. Sapu tin kek dgn sedikit marjerin pada dasar dan tepi. Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit).

5.

Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yg sama banyak. Tuang adunan putih ke dalam tin yg telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dgn api besar. Kemudian buat kaedah sama ukt warna hijau, kukus 5 minit lagi dan kemudian sama juga utk warna merah. Resepi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, hijau, merah, putih, hijau dan merah (akhir). Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan utk menerbitkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan betul2 sejuk baru dipotong. Selamat mencuba....

Anda mungkin juga menyukai