Anda di halaman 1dari 3

2.

1 Peryataan Sebelum PBS Satu taklimat tentang PBS telah disampaikan kepada semua pelatih unit J yang akan menjalankan PBS pada 12/13 Ogos 2012 hingga 16/17 Ogos 2012. PBS ini ialah salah satu komponen Amalan Profesional bagi program PISMP, iaitu kefahaman awal tentang alam persekolahan mengikut perspektif guru dan juga memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seseorang guru. Objektifnya ialah untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah, menghayati kerjaya seorang guru, memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah dan mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid. Program ini akan dijalankan pada keempat-empat semester PISMP yang akan bertempat di sekolah rendah yang tidak sama. Sehubungan itu, terdapat enam isu yang harus diberikan perhatian: 1. Kehadiran Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor / pegawai perubatan. Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah / Timbalan Pengarah IPG. Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan. Pelajar perlu melengkapkan borang kehadiran PBS.

2. Aktiviti & Tugasan Pelajar dikehendaki memperoleh maklumat umum tentang sekolah. Pelaksanaan aktiviti PBS mestilah berdasarkan semua aspek yang ditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan.

Jabatan Ilmu Pendidikan merancang tugasan berdasarkan format dan tema aktiviti yang dicadangkan. Tiada tugasan lain diberikan selain aktiviti yang ditetapkan.

3. Pakaian Guru Pelatih hendaklah berpakaian kemas dan sesuai untuk berbagai aktiviti di sekolah. Sila lihat petikan dari Surat Pekeliling Iktisas Bil. 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.

i.

Pakaina Pelatih Lelaki Seluar panjang, berbaju kemeja dan bertali leher. Jika memakai baju berlengan panjang, lengan baju tersebut hendaklah tidak dilipatkan. Selipar dan sandal tidak dibenarkan. Pakaian baju Melayu dengan kain sarung, jeans, track suit, seluar pendek, kemeja T sukan, jersi,kasut sukan, baju Hawaii, baju batek, kasut getah dan lain-lain pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan.

Sentiasa memakai tanda nama sewaktu menjalani PBS.

ii. Pakaina Pelatih Perempuan Pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. Selipar dan sandal tidak dibenarkan. Kasut sukan, jeans, slack, track suit, kemeja T/sukan, jersi, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-lain pakaian jenis kain jarang dan menjolok mata tidak dibenarkan

4. Relief Class Anda tidak dibenarkan untuk menggantikan kelas guru Namun, kebijaksanaan anda dan kehemahan anda berkomunikasi perlu digunakan apabila diminta guru untuk menggantikan kelas.

Seandainya anda diarahkan dan tidak berkeupayaan untuk menolak arahan tersebut, anda hendaklah bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk permainan pembelajaran untuk digunakan.

5. Tugasan PBS Setiap pemeringkatan PBS telah diperuntukkan tugasan berdasarkan ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak BPG. Untuk tugasan PBS I , anda dikehendaki merujuk kepada proforma yang dibekalkan. Hanya tugasan ini yang menjadi KEUTAMAAN anda untuk menyiapkannya. Sila serahkan dan siapkan tugasan tersebut mengikut tempoh yang ditetapkan. Kegagalan anda berbuat demikian akan mempengaruhi status lulus anda.

6. Etika Guru Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ikhlas Penyayang

Anda mungkin juga menyukai