Anda di halaman 1dari 17

KARGO, PENYIMPANAN DAN MUATAN

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA PANDUAN MENGISI SOAL SELIDIK PENYIASATAN PERTUBUHAN PERKHIDMATAN 2009 (BAGI TAHUN RUJUKAN 2008)

A. PANDUAN AM 1. Semua maklumat yang diberikan di dalam soal selidik hendaklah meliputi tahun takwim 2008. Walau bagaimanapun, bagi pertubuhan yang tahun kewangan tidak sama dengan tahun takwim, laporan yang tahun kewangannya berbeza tidak lebih daripada enam bulan dari tahun takwim boleh diterima. 2. Tanggungjawab melengkapkan soal selidik adalah terletak kepada pemilik pertubuhan ini dan bukan pada wakil, setiausaha atau akauntan, meskipun mereka ini boleh bertindak bagi pihak pemilik. 3. Semua nilai hendaklah dilaporkan dalam Ringgit Malaysia (RM) yang terhampir. B. SKOP DAN LIPUTAN 1. Banci ini meliputi tujuh industri berikut: (i) Pengangkutan muatan melalui jalan raya Industri ini meliputi semua pengoperasian pengangkutan muatan melalui jalan raya, sama ada berjadual atau tidak. Ia termasuk pengangkutan trak bagi pelbagai jenis barangan seperti balak, pengangkutan stok, pengangkutan barangan sejuk, pengangkutan berat, pengangkutan pukal, pengangkutan pemindahan perabut dan penyewaan trak dengan pemandu atau operator. Walau bagaimanapun ia tidak termasuk operasi kemudahan terminal untuk mengendali muatan dan mengepak dan mengepek untuk tujuan pengangkutan. (ii) Perkhidmatan pemunggahan Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai memuat dan memunggah barangan atau bagasi penumpang tanpa mengambil kira jenis pengangkutan (laut) yang digunakan untuk pengangkutan dan pemunggahan. (iii) Perkhidmatan pengendalian kargo lain Lain-lain perkhidmatan pengendalian kargo yang berkaitan. (iv) Perkhidmatan penyimpanan & gudang Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai operasi kemudahan penyimpanan bagi semua jenis barangan dalam gudang bijian, gudang barangan am, gudang penyejukan dan lain-lain. Termasuk juga gudang penyimpanan perabot, kereta, kayu kayan, gas dan minyak, kimia, kain, makanan dan produk pertanian dan lain-lain, juga penyimpanan barangan di zon perdagangan asing (Kawasan Perdagangan Bebas). Ia tidak termasuk kemudahan tempat letak kenderaan bermotor. (v) Perkhidmatan pengoperasian pelabuhan Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai operasi kunci jalan air, aktiviti mengawal lalu-lintas, pemaliman, pandu arah, aktiviti berlabuh dan pengangkutan laiter. (vi) Aktiviti agensi perkapalan Aktiviti ini meliputi perkhidmatan pengurusan atau pengelolaan pengangkutan bagi pihak perkapalan.

(vii)

Aktiviti Penghantaran Barangan/Agensi Penghantaran Perkhidmatan ini ditakrifkan sebagai perkhidmatan penghantaran barangan bagi pihak konsigne dan akuan terima barangan (termasuk pengambilan dan penghantaran tempatan), penyediaan dokumen pengangkutan, pengumpulan dan pengagihan barangan, pembrokeran barangan, urusan pembrokeran gudang kastam, pengauditan bil dan maklumat kadar tambang muatan, pembrokeran ruangan kapal dan pesawat udara, mengepak dan mengepek, membuka pak dan pek, memeriksa, menimbang dan mensampel muatan. Walau bagaimanapun ia tidak termasuk, aktiviti penghantaran menggunakan pengangkutan awam dan aktiviti yang berkaitan dengan urusan insurans muatan.

2. Tuan hendaklah melaporkan semua aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh pertubuhan tuan. Jika pertubuhan tuan terlibat lebih dari satu aktiviti yang signifikan, sila laporkan aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan udara sahaja. 3. Banci ini meliputi seluruh Malaysia. 4. Unit melapor bagi Banci ini ialah pertubuhan. Sebuah Pertubuhan ditakrifkan, secara ideal sebagai satu unit ekonomi yang bergiat di bawah satu hak milik atau penguasaan tunggal, iaitu di bawah satu entiti yang sah. Ia menjalankan satu jenis aktiviti ekonomi utama di satu tempat/lokasi fizikal. C. PANDUAN KHUSUS MENGISI SOAL SELIDIK SOALAN 1: Perkara 1.1 Perkara 1.2 Perkara 1.3 MAKLUMAT PENGENALAN Sila berikan nombor Pendaftaran jika berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sila berikan tarikh pertubuhan tuan memulakan operasi perniagaan aktiviti sekarang. Ia merujuk kepada tarikh bila pertubuhan tuan memulakan beroperasi. Berikan tempoh operasi (hari, bulan dan tahun) dalam kotak yang disediakan bagi tahun kewangan. Contoh:(a) 1 Januari 2008 hingga 31 Disember 2008

Hari

Bulan 1

Tahun 0

Hari 8 hingga 3 1

Bulan

Tahun

Dari

/ 0

/ 1

/ 2

(b) 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009

Hari

Bulan 7

Tahun 0 0 8

Hari hingga 3 0

Bulan 0 6 2

Tahun 0 0 9

Dari

/
Perkara 1.4

Sila tanda (X) di kotak yang sesuai. Pelaburan bermaksud sebarang jenis kegiatan di mana wang digunakan oleh seorang pemastautin (individu, pertubuhan atau organisasi lain) untuk menghasilkan pendapatan di luar Malaysia seperti melabur dalam ekuiti, sekuriti hutang, bon dan tabung amanah.

Perkara 1.5 Perkara 1.6

Sila tanda (X) di kotak yang sesuai mengikut aktiviti utama pertubuhan tuan berdasarkan kepada perkhidmatan yang memberi sumbangan terbesar dari segi nilai. Sila laporkan alamat tempat perniagaan tuan jika berlainan dengan alamat yang diberikan di muka depan. Alamat tempat perniagaan merujuk kepada alamat lokasi fizikal di mana tempat perniagaan sebenar terletak. Jika lokasi tempat perniagaan sebenar terletak di luar kawasan bandar, sila berikan lokasinya dengan lengkap seperti kampung atau bandar yang berhampiran sekali dengannya. Sila tandakan (X) di kotak yang sesuai.

Perkara 1.7

SOALAN 2:

TARAF SAH

Tanda ( X ) dalam kotak yang sesuai mengikut taraf sah pertubuhan tuan. Perkara 2.1 Hak Milik Perseorangan Ia merujuk kepada perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan ianya dijalankan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan sendiri. Pemilik mempunyai hak mutlak untuk mengendalikan urusan pertubuhannya. Perkara 2.2 Perkongsian Ia merujuk kepada sekumpulan individu yang telah bersetuju untuk mengkontrak dan menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mendapat keuntungan. Perniagaan tersebut diuruskan oleh mereka atau salah seorang daripada mereka yang bertindak mewakili semua pihak. Perkongsian perniagaan ini hendaklah mengandungi ahli sekurang-kurangnya dua orang dan tidak melebihi had maksimum dua puluh orang. Perkara 2.3 Syarikat Sendirian Berhad Ia merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan dengan matlamat untuk mencari keuntungan. Saham dipegang secara tertutup oleh pemegangpemegang saham yang mempunyai kawalan terhadap operasi syarikat. Ia didaftarkan dengan tanggungan berhad. Sesebuah syarikat sendirian berhad mempunyai Memorandum dan Artikel Persatuan sendiri, yang antara lain: (a) menghadkan hak untuk memindahkan sahamnya; (b) menghadkan bilangan pemegang sahamnya di antara dua hingga lima puluh orang (tidak termasuk pekerja syarikat itu dan bekas pekerja yang masih menjadi ahli); (c) melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai untuk membeli apa-apa saham atau debentur syarikat itu; dan (d) melarang sebarang pelawaan kepada orang ramai supaya menyimpan wang di syarikat itu bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan ataupun untuk dibayar bila dituntut, sama ada dengan faedah atau tidak. Syarikat Awam Berhad Syarikat awam berhad juga merupakan sebuah perbadanan swasta yang ditubuhkan, dengan tanggungan berhad, oleh sekurang-kurangnya dua orang untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mencari keuntungan. Saham syarikat awam berhad ini dipegang secara terbuka dan bagi sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham, sahamnya boleh bertukar milik secara bebas. Syarikat tersebut dianggap sebagai sebuah entiti yang sah dan ditubuhkan mengikut Memorandum dan Artikel Persatuan. Perkara 2.5 Syarikat Koperasi Ia merujuk kepada sesebuah persatuan sukarela yang bilangan ahlinya tidak terhad dan didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993. Kumpulan wang yang ada adalah milik bersama untuk memenuhi keperluan ahli-ahlinya. Perkara 2.6 Perbadanan Awam: Ia merujuk kepada sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Dewan Perundangan Negeri. Perkara 2.7 Pertubuhan Persendirian Tidak Mencari Keuntungan Ia merujuk kepada syarikat tanpa saham yang ditubuhkan dengan tanggungan berhad. Kebanyakan syarikat ini terdiri daripada pertubuhan kebajikan, keagamaan, pendidikan, kesihatan, kebudayaan, rekreasi dan pertubuhan lain yang membekalkan perkhidmatan sosial dan komuniti kepada isi rumah. Ia memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma atau pada harga yang tidak meliputi sepenuhnya kos perkhidmatan. Sebarang keuntungan yang diperolehi semula ke dalam pertubuhan berkenaan. Perkara 2.8 Lain-lain Ia merujuk kepada semua pertubuhan lain yang tidak termasuk di mana-mana kategori yang tersebut di atas, misalnya syarikat sendirian bukan berhad.

Perkara 2.4

SOALAN 3: Perkara 3.1

DANA PEMEGANG SAHAM DAN STRUKTUR HAK MILIK Dana pemegang saham: Modal berbayar

Perkara 3.1.1

Masukkan nilai Modal Berbayar di dalam kotak yang disediakan. (a) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan/perkongsian, ia merujuk kepada modal yang disumbangkan oleh pemilik perseorangan/rakan kongsi. (b) Bagi syarikat sendirian berhad/syarikat awam berhad, ia merujuk kepada modal saham yang dibayar oleh syarikat. (c) Bagi perbadanan awam, ia merujuk kepada modal yang dibayar oleh kerajaan Malaysia. (d) Bagi koperasi, ia merujuk kepada saham yang dilanggani dan dibayar oleh anggota-anggota, dan/atau modal yuran. Perkara 3.1.2 Rizab

Masukkan nilai Rizab dalam kotak yang di sediakan. (a) Bagi syarikat berhad, ia merujuk kepada keuntungan/kerugian yang terkumpul, rizab modal, akaun premium saham, rizab am dan rizab lain. (b) Bagi pertubuhan hak milik perseorangan/perkongsian, ia merujuk kepada baki dalam akaun keuntungan dan kerugian. (c) Bagi koperasi, ia merujuk kepada keuntungan/kerugian yang terkumpul dan Dana Rizab. Perkara 3.2 Struktur hak milik

Sila masukkan peratus (%) hak milik dalam kotak yang disediakan. Hak milik sesebuah pertubuhan dikelaskan mengikut taraf pemastautin pemilik modal berbayar terbesar (lebih daripada 50%) dan bukannya mengikut taraf kewarganegaraan mereka. Perkara 3.2.1 Dipegang oleh Residen Malaysia

Residen Malaysia ditakrifkan sebagai orang, syarikat atau institusi yang tinggal atau terletak di dalam Malaysia. Perkara 3.2.1.1 Individu Jelas maksudnya Perkara 3.2.1.2 Institusi/Syarikat

(a) Institusi/Syarikat Bumiputera Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh bumiputera seperti contoh di bawah: Lembaga Tabung Haji Lembaga Tabung Angkatan Tentera Koperasi Polis Jabatan Koperasi ASM Mara Amanah Saham PNB b) Lain-lain Merujuk kepada badan atau organisasi yang dimiliki oleh bukan bumiputera. Perkara 3.2.2 Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan

Merujuk kepada badan atau organisasi di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan seperti di bawah : Khazanah Nasional Berhad Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Kumpulan Wang Amanah Pencen Menteri Kewangan Malaysia Keretapi Tanah Melayu Bank Pertanian Malaysia Lembaga Air Perak Yayasan Kemiskinan Kelantan

Lembaga Pelabuhan Johor Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Utara Malaysia (UUM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Industri Selangor (UNISEL) Kementerian Kewangan Negeri Sabah Penerbangan Malaysia Berhad Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Menteri Besar Incorporation Selangor State Incorporation Sarawak Goverment Employee Co-operative Society Ltd Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Bhd (BPIMB) Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Perbadanan Nasional Berhad (PNS) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pulau Pinang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Negeri Sembilan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Melaka Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Pahang Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganu Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sabah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Sarawak Perkara 3.2.3 Dipegang secara langsung oleh Bukan Residen Malaysia

Bukan residen Malaysia ialah orang, syarikat atau institusi yang tinggal atau terletak di luar Malaysia. SOALAN 4: PERBELANJAAN MODAL DAN NILAI HARTA

Maklumat yang dikehendaki dalam Soalan 4 adalah dua jenis iaitu nilai inventori harta seperti pada hari pertama dan hari terakhir bagi tahun itu dan nilai urus niaga harta pada tahun itu. Takrif-takrif yang digunapakai adalah seperti di bawah:(i) Harta tetap meliputi semua barang (tanah, bangunan, jentera, kenderaan, komputer, dll.) sama ada baru atau terpakai yang mempunyai hayat produktif lebih daripada setahun dan ianya adalah dimaksudkan bagi kegunaan pertubuhan ini. Aset lain meliputi muhibah, paten, dll.; lukisan; barang kemas; kerja modal sedang dijalankan. Nilai tambahan pada tahun itu termasuk semua pemilikan harta oleh pertubuhan ini sama ada diperoleh daripada pertubuhan lain atau dikeluarkan oleh pekerja-pekerja sendiri. Pengubahsuaian dan pembaikan besar kepada harta yang masih ada yang memanjangkan lagi usia ekonomi biasa atau meninggikan lagi daya pengeluaran mereka, hendaklah dilaporkan. Pembaikan dan penyelenggaraan semasa adalah tidak termasuk. Harta yang diperoleh dengan percuma daripada pertubuhan lain di bawah hak milik yang sama, hendaklah dinilaikan seperti dibeli dari luar pertubuhan.

(iii) (iv)

(v)

(vi)

Bagi harta tetap yang dikeluarkan oleh pertubuhan ini untuk kegunaan sendiri (membuat/membina sendiri), kos bagi semua kerja yang dijalankan pada tahun itu hendaklah direkodkan. Sebarang kos overhead yang diuntukkan bagi kerja ini hendaklah dimasukkan. Nilai harta tetap yang dijual atau ditamatkan penggunaannya dalam tahun itu, dengan tidak mengira keadaannya, hendaklah dilaporkan mengikut hasil yang diperoleh darinya, iaitu jumlah yang sebenarnya didapati hendaklah dilaporkan dalam ruangan 05.

(vii)

(viii) Keuntungan/kerugian daripada jualan/penilaian semula harta. Apabila sesuatu harta dijual melebihi/kurang daripada nilai bersih buku, maka keuntungan/kerugian daripada jualan harta diperoleh dan dilaporkan dalam ruangan 06. Dalam keadaan yang serupa, sesuatu harta boleh dinilai semula untuk mencerminkan harga pasaran semasa dan keuntungan/kerugian daripada penilaian semula harta diperoleh juga dilaporkan dalam ruangan 06. Jika berlaku kerugian, angka hendaklah ditulis bermula dengan simbol (-). (ix) Istilah susut nilai merupakan kerugian atau kejatuhan nilai bagi sesuatu harta disebabkan oleh haus dan lusuh, atau kejatuhan kekal dalam nilai pasaran. (Susut nilai yang dibenarkan untuk maksud cukai boleh diterima). Ianya hendaklah dilaporkan dalam ruangan 07 seperti yang diberikan dalam penyata akaun pertubuhan secara berasingan bagi tiap-tiap kelas harta tetap. Susut nilai di sini termasuk juga pelunasan (pengurangan nilai) tanah pajak. Jumlah susut nilai di ruangan 07 hendaklah sama dengan perkara 9.29 Soalan 9. Nilai buku bersih penutup (ruangan 08) diperoleh dengan mencampurkan nilai harta yang diperoleh dalam tahun itu (ruangan 02 hingga 04) dengan nilai bersih pembukaan (ruangan 01) ditolak harta yang dijual atau dilupus (ruangan 05) dicampur keuntungan atau ditolak kerugian daripada jualan/penilaian semula harta (ruangan 06) dan ditolak susut nilai (ruangan 07) pada tahun itu. Pembayaran yang dilakukan bagi kegunaan mana-mana harta yang diambil atas dasar pajakan atau sewaan hendaklah dilaporkan dalam ruangan 09. Harta Tetap Tanah Termasuk nilai tapak tanah dengan tidak mengambil kira pembangunan dan struktur. Ia juga termasuk tanah tebus guna. Perkara 4.1.2 Bangunan-bangunan dan pembinaan lain (a) Tempat kediaman Nilai kerja yang dilakukan dalam kerja-kerja pembinaan bangunan-bangunan yang mana pada keseluruhannya atau sebahagian besarnya terdiri dari tempat-tempat kediaman. (b) Bukan tempat kediaman Kerja yang dilakukan bagi pembinaan pada bangunan-bangunan dan struktur yang mana pada keseluruhannya atau terutamanya untuk kegunaan perusahaan atau perdagangan misalnya kilang, gudang, bangunan pejabat, stor, restoran, tempat simpan kereta, kedai, dll. (c) Pembinaan Lain Merujuk kepada kerja-kerja pembinaan yang dilakukan termasuk yang dinyatakan bagi tempat kediaman atau bukan tempat kediaman seperti ubahsuai bangunan, medan letak kereta, parit, jalan dan lain-lain. Perkara 4.1.3 Alat-alat pengangkutan Merujuk kepada alat-alat yang digunakan untuk pemindahan barang-barang dan/atau manusia. Sila laporkan seperti yang disenaraikan. Perkara 4.1.4 Komputer (a) Perkakasan komputer Merujuk kepada semua perkakasan prosesan, penyimpanan, penghantaran data dan maklumat yang berkaitan dengan sistem komputer.

(x)

(xi) Perkara 4.1

Perkara 4.1.1

(b) Sofwer komputer Merujuk kepada isi kandungan (sofwer) untuk pengoperasian sistem komputer samada dibangunkan sendiri, ditempah khas atau dibeli. Perkara 4.1.5 Jentera dan kelengkapan Ini termasuklah alat-alat penjanaan kuasa, jentera, pejabat, peralatan jentera pertukangan logam, jentera pembinaan dan perusahaan-perusahaan lain, kren forklif dan sebagainya; peralatan dan perkakas yang digunakan oleh orang-orang profesional dan jentera-jentera serta alat-alat lain dan pengubahsuaian dan pindaan terhadap jentera dan peralatan jenis ini. Perkara 4.1.6 Perabot dan pemasangan Perabot dan pemasangan meliputi semua perkara yang diperlukan bagi menghiasi dan melengkapi sebuah bangunan misalnya kerusi, meja tulis, langsir dan hamparan, dll. Perkara 4.2 Harta-harta lain Ini merupakan harta tak ketara. Perkara 4.2.1 Paten Paten memberikan hak eksklusif kepada pemiliknya untuk membuat ciptaan-ciptaan mekanikal yang berkuasa untuk beberapa tahun. Paten direkodkan pada kos. Perkara 4.2.2 Muhibah dan lain-lain Muhibah timbul daripada nama baik sesebuah syarikat dan kesetiaan pelanggan yang diperoleh. Apabila sesuatu perniagaan dibeli dengan harga melebihi nilai bersih harta, maka kelebihan ini dianggap sebagai muhibah. Perkara 4.2.3 Kerja dalam perlaksanaan Ia merujuk kepada harta yang separuh siap dan masih belum dimodalkan. Perkara 4.3 Lain-lain Sila nyatakan. Perkara ini meliputi harta lain/perbelanjaan modal, sekiranya ada, yang mungkin tidak dapat dikelaskan di atas seperti barang kemas, barang antik dan lukisan. Semua harta kewangan seperti wang tunai, penghutang, stok (saham) dikecualikan. Perkara 4.4 Jumlah Sila jumlahkan perkara 4.1, 4.2 dan 4.3. SOALAN 5: PEKERJAAN DAN GAJI & UPAH

Soalan ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Soalan 5(A) dan Soalan 5(B). Sila ambil perhatian bahawa untuk Soalan 5(A) tuan hendaklah melengkapkan butir-butir yang berkaitan dengan pekerja-pekerja LELAKI sementara Soalan 5(B), adalah untuk pekerja-pekerja PEREMPUAN di pertubuhan tuan. Takrif-takrif yang berikut adalah digunapakai bagi soalansoalan 5(A) dan 5(B). (i) Jumlah pekerja Laporkan semua pekerja yang bekerja dalam pertubuhan ini mengikut kategori pekerja, kewarganegaraan dan bangsa dari ruangan 01 hingga ruangan 13 pada bulan Disember atau pada tempoh pembayaran gaji terakhir dalam tahun takwim. (Sila tentukan bahawa semua jumlah mendatar dan menegak adalah betul). Bilangan yang dilaporkan hendaklah termasuk pekerja-pekerja yang sedang bercuti dalam jangka pendek seperti cuti sakit, cuti tahunan atau cuti rehat dan juga pekerja-pekerja yang mogok. Pekerja-pekerja yang diberi cuti yang tempohnya tidak ditentukan, bercuti kerana perkhidmatan tentera atau telah pencen hendaklah diasingkan. Juga tidak termasuk adalah pengarah perusahaan-perusahaan yang dikorporatkan yang diberi bayaran hanya semata-mata kerana kehadiran mereka dalam mesyuarat-mesyuarat Lembaga Pengarah. (iii) Gaji dan upah Di bawah gaji dan upah dalam ruangan 18, laporkan pembayaran-pembayaran yang dibuat pada tahun takwim kepada semua pekerja bergaji dalam tiap-tiap kategori bukan hanya pembayaran kepada pekerjapekerja yang bekerja dalam tempoh bulan Disember atau tempoh pembayaran gaji terakhir sahaja. Bagi semua pekerja yang diambil secara langsung, laporkan jumlah bayaran yang dibuat (gaji, upah, gaji cuti, bonus, komisen, bayaran lebih masa, elaun tunai untuk bersalin, belanja sara hidup, perumahan, kereta,

makanan, dll.) secara tunai atau cek, sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman pekerja-pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan lain atau kumpulan wang persaraan. Caruman majikan kepada kumpulan wang seperti itu janganlah dimasukkan. (iv) Pekerja-pekerja sepenuh masa Pekerja-pekerja sepenuh masa adalah merujuk kepada semua mereka yang biasanya bekerja di pertubuhan tuan sekurang-kurangnya 6 jam sehari dan 20 hari sebulan. Perkara 5.1 Pemilik-pemilik yang bekerja dan rakan-rakan niaga yang aktif Termasuk semua pemilik perseorangan dan rakan niaga (sambilan atau sepenuh masa) yang bekerja dengan aktifnya di dalam pertubuhan itu. Rakan-rakan niaga dan ahli-ahli keluarga pemilik yang tidak aktif, melainkan mereka yang mengambil bahagian dalam mengawal dan menguruskan perniagaan itu, adalah dikecualikan. (Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat-syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hak miliknya adalah ditentukan mengikut pemegang ekuiti). Perkara 5.2 Pekerja-pekerja keluarga tidak bergaji Termasuk semua ahli (sepenuh masa atau sambilan) bagi isirumah atau pemilik pertubuhan yang bekerja sekurang-kurangnya satu pertiga dari waktu kerja biasa tetapi tidak menerima bayaran, sama ada dengan wang tunai atau benda untuk kerja-kerja yang dilakukan. Pekerja-pekerja ini sememangnya mendapat makanan, tempat tinggal dan bantuan-bantuan lain sebagai sebahagian daripada isirumah pemilik ini sama ada mereka bekerja atau tidak di pertubuhan tersebut. Walau bagaimanapun, jika gaji tetap atau elaun diterima oleh pekerja-pekerja keluarga dan mereka mencarum kepada KWSP atau kumpulan wang persaraan lain, mereka hendaklah di anggap sebagai pekerja-pekerja bergaji, iaitu hendaklah dilaporkan di dalam Soalan 5(A) dan 5(B), perkara 5.3 dan 5.4, selaras dengan takrif pekerja sepenuh masa atau sambilan. (Kategori ini tidak berkaitan dengan syarikat-syarikat berhad atau perbadanan awam, yang mana hak miliknya adalah ditentukan mengikut pemegang ekuiti). Perkara 5.3 Pekerja-pekerja bergaji (sepenuh masa) Termasuk semua pekerja [sepenuh masa dalam Soalan 5(A) dan 5(B), perkara 5.3] yang bekerja pada tahun itu dalam pertubuhan tersebut dan menerima gaji. (Lihat juga catatan dalam perkara 5.2 di atas. Orang yang bekerja jauh dari pertubuhan itu tetapi dibayar gajinya oleh dan di bawah kawalan pertubuhan itu, seperti wakil-wakil kejuruteraan dan kakitangankakitangan penyelenggaraan dan pembaikan bergerak hendaklah dimasukkan, jika ada. Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pengurus dan pengarah pertubuhan-pertubuhan korporat yang bergaji kecuali jika mereka ini hanya menerima pembayaran sematamata kerana hadir dalam mesyuarat Lembaga Pengarah. Semua pekerja sedemikian itu hendaklah dilaporkan mengikut taraf kerja mereka seperti ditakrifkan di bawah ini:Perkara 5.3.1 Pengurusan, Profesional dan Eksekutif (i) Pengurus adalah ditakrifkan sebagai mereka yang membuat keputusan dan mengambil bahagian dalam penentuan dasar organisasi dan merancang, menyusun dan mengarah penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar. Tugas-tugas mereka melibatkan tanggungjawab penyusunan keseluruhan organisasi atau untuk satu atau lebih jabatan di dalam sesebuah organisasi. (ii) Profesional dan Eksekutif adalah ditakrifkan sebagai mereka yang menjalankan penyelidikan dan menggunakan secara profesional pengetahuan dan kaedah saintifik terhadap pelbagai masalah teknologi, ekonomi, sosial, perusahaan dan kerajaan. Istilah di atas pada umumnya digunakan kepada mereka yang mempunyai kelayakan profesional untuk menjalankan tugastugas mereka misalnya peguam, akauntan, doktor, ahli kimia, jurutera. Mereka biasanya merupakan eksekutif sesebuah syarikat. Perkara 5.3.2 Teknikal dan Penyeliaan Mereka yang di bawah kumpulan teknik antara lain menjalankan kerja teknik, penyelidikan dan kawalan kualiti. Mereka biasanya bekerja di bawah arahan dan penyeliaan kakitangan yang mempunyai kelayakan profesional. Contoh pekerja di bawah kategori ini ialah ketua mekanik, juruteknik makmal, juruteknik kawalan kualiti, jururawat, pelukis pelan dan chef. Pekerja penyeliaan adalah mereka yang menyelia berbagai atau sesuatu jenis kegiatan misalnya kegiatan pengeluaran di dalam sesebuah pertubuhan. Mereka mengawal dan menyelaraskan kegiatan pekerja-pekerja di bawah jagaan mereka. Perkara 5.3.3 Perkeranian dan pekerjaan yang berkaitan Pekerja-pekerja dalam kumpulan ini menyusun dan menyelenggarakan rekod-rekod kewangan dan kegiatan-kegiatan perniagaan lain termasuk perancangan bahan-bahan dan pengeluaran,

pengendalian wang bagi pihak pertubuhan itu dan pelanggan-pelanggannya, mencatat perkaraperkara lisan atau bertulis dengan trengkas, menaip dan cara-cara lain misalnya kerani, jurutaip, jurutrengkas, setiausaha sulit, penyimpan akaun, penjaga stor dll. Perkara 5.3.4 Pemandu Termasuk pemandu semua jenis kenderaan. Perkara 5.3.5 Pekerja Am Lain-lain pekerja bergaji meliputi mereka yang menjalankan kerja-kerja am dan berbagai tugas, misalnya pelayan pejabat, operator telefon, pengawal keselamatan dan lain-lain. Perkara 5.3.6 Jumlah Sila jumlahkan perkara 5.3.1 hingga 5.3.5. Perkara 5.4 Pekerja-pekerja bergaji (sambilan) Merujuk kepada mereka yang bekerja kurang daripada 6 jam sehari dan kurang daripada 20 hari sebulan. Perkara 5.5 Jumlah

Sila jumlahkan perkara 5.1, 5.2, 5.3.6 dan 5.4. SOALAN 6: BILANGAN ORANG YANG BEKERJA MENGIKUT KELAYAKAN

Kelayakan yang dimaksudkan dikelaskan seperti berikut: Perkara 6.1 Ijazah Lanjutan Merujuk kepada semua peringkat sarjana dan doktor falsafah yang diperolehi daripada institusi pengajian tinggi (dalam/luar negeri). Perkara 6.2 Ijazah universiti atau setaraf Merujuk kepada semua peringkat ijazah pertama dan ijazah-ijazah lanjutan yang diperoleh daripada institusi pengajian tinggi (dalam/luar negeri). Kelayakan-kelayakan diploma lanjutan atau profesional yang diiktiraf setaraf atau lebih tinggi daripada ijazah juga diambil kira, seperti dalam bidang perakaunan dan undang-undang. Perkara 6.3 Diploma atau setaraf Merujuk kepada diploma yang dikeluarkan oleh Maktab, Institusi atau Politeknik dalam dan luar negeri yang tidak diiktiraf sebagai ijazah. Demikian juga kelayakan profesional yang tidak lulus sepenuhnya (lulus dalam bahagian-bahagian tertentu) juga dimasukkan dalam kategori ini. Perkara 6.4 STPM atau setaraf Merujuk kepada kelayakan STPM/STP/HSC, GCE A level atau lulus peperiksaan Matrikulasi yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (tidak melanjutkan pelajaran ke universiti). Perkara 6.5 SPM/SPVM atau setaraf Merujuk kepada kelayakan SPM/SPVM/MCE/MCVE atau peperiksaanpeperiksaan setaraf dengannya seperti FMC/SC atau GCE O level. Perkara 6.6 Di bawah SPM/SPVM Merujuk kepada kelayakan-kelayakan seperti PMR/SRP/LCE atau lulus sekolah rendah sahaja. Ia termasuk mereka yang tidak pernah bersekolah. Perkara 6.7 Jumlah Sila jumlahkan perkara 6.1 hingga 6.6. Jumlah ini mesti sepadan dengan angka yang dilaporkan di Soalan 5A (Lelaki) dan 5B (Perempuan).

SOALAN 7:

JAM MANUSIA BEKERJA LEBIH MASA PADA TAHUN RUJUKAN

Sila lengkapkan soalan 7.1, 7.2 dan 7.3 jika berkenaan. Perkara 7.1 Jumlah hari bekerja pada tahun rujukan Merujuk kepada jumlah hari bekerja sebenar pertubuhan ini beroperasi di tahun rujukan. Perkara 7.2 Jumlah jam-manusia bekerja lebih masa pada tahun rujukan Merujuk kepada jumlah jam bekerja di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini. Perkara 7.3 Upah yang dibayar untuk pekerjaan lebih masa dalam tahun rujukan (RM) Ini adalah jumlah gaji dan upah yang dibayar bagi pekerjaan yang dilakukan di luar waktu bekerja biasa pertubuhan ini. SOALAN 8: PEROLEHAN/PENDAPATAN

Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Kira-kira Perdagangan dan Untung & Rugi tahun rujukan 2008. Sila berikan anggaran yang munasabah jika akaun belum muktamad atau tiada. Perkara 8.1 Tambang pengangkutan barang Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh oleh pertubuhan tuan bagi perkhidmatan pengangkutan barang yang diberikan. Perkara 8.2 Pendapatan daripada perkhidmatan pengendalian kargo (termasuk pengendalian kontena) Bayaran yang diterima daripada kerja punggah memunggah barangan (kargo atau kontena) dari atau ke kapal. Perkara 8.3 Pendapatan daripada perkhidmatan penyimpanan dan gudang Jelas maksudnya. Perkara 8.4 Pendapatan daripada perkhidmatan pemunggahan (stevedoring) yang diberikan Perkara ini meliputi pendapatan yang diterima daripada perkhidmatan pemunggahan yang diberikan. Perkara 8.5 Pendapatan daripada pengoperasian pelabuhan Jelas maksudnya. Perkara 8.6 Komisen dan brokeraj daripada perkhidmatan agen perkapalan dan penghantaran Komisen dan brokeraj yang diperoleh oleh pertubuhan tuan sebagai upah atas perkhidmatan sebagai agen perkapalan/penghantaran bagi pihak pertubuhan lain. Perkara 8.7 Pendapatan daripada perkhidmatan pengurusan Ia merujuk kepada pendapatan yang diterima oleh pertubuhan tuan untuk mengurus sesuatu aktiviti/projek pertubuhan lain. Perkara 8.8 Pendapatan daripada kerja membaiki dan menyelenggarakan jentera dan kelengkapan pertubuhan lain. Perkara ini meliputi semua pendapatan yang diperoleh daripada kerja-kerja membaiki, menyelenggara jentera dan kelengkapan pertubuhan lain. Harga invois hendaklah termasuk, selain daripada kos pekerja dan overhed, bayaran untuk bahan yang dibekalkan oleh pertubuhan ini semasa menjalankan kerjakerjanya. Perkara 8.9 Cukai perkhidmatan yang diterima Cukai perkhidmatan yang dipungut oleh pertubuhan tuan bagi pihak kerajaan. Perkara 8.10 Nilai jualan barangan terpakai Pendapatan dari jualan barangan terpakai sahaja tidak termasuk harta tetap atau skrap seperti tayar.

10

Perkara 8.11

Pendapatan dari sewa Merujuk kepada perkara-perkara di bawah:(a) Tanah Pendapatan yang diterima dari sewa tanah. (b) Bangunan kediaman Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan kediaman. (c) Bangunan bukan kediaman Pendapatan yang diterima dari sewa bangunan bukan kediaman. (d) Penyewaan alat-alat pengangkutan Pendapatan dari penyewaan alat-alat pengangkutan tanpa pengendalinya. (e) Bayaran sewa khas yang diterima Pendapatan dari penyewaan pengangkutan dengan pengendali seperti penyewaan kapal dan lain-lain. (f) Lain-lain Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas.

Perkara 8.12

Pendapatan daripada faedah Ia merujuk kepada faedah yang diterima hasil daripada simpanan wang di institusi kewangan.

Perkara 8.13

Pendapatan daripada dividen Ia merujuk kepada pendapatan yang diperoleh daripada pemilikan saham/pelaburan.

Perkara 8.14

Keuntungan daripada jualan/penilaian semula harta Sila berikan nilai bersih sahaja.

Perkara 8.15

Keuntungan daripada pertukaran wang asing/aset kewangan Sila berikan nilai bersih keuntungan dari transaksi berkaitan.

Perkara 8.16

Pemulihan hutang lapuk Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dilupuskan pada tahun-tahun yang lepas tetapi telah dipulihkan (kutip balik) pada tahun rujukan.

Perkara 8.17

Kiriman wang, hadiah atau bantuan yang diterima Sila berikan bayaran pindahan semasa yang diterima.

Perkara 8.18

Tuntutan dan pampasan yang diterima Ia merujuk kepada tuntutan daripada syarikat insurans dan/atau pertubuhan lain/perseorangan kerana kemalangan, kerosakan harta tetap, barangan atau harta lain.

Perkara 8.19 Perkara 8.20

Lain-lain Sila nyatakan maklumat lengkap di bawah. Jumlah pendapatan Sila jumlahkan perkara 8.1 hingga 8.19.

Perkara 8.21

Pemindahan modal yang diterima Pemindahan modal ditakrifkan sebagai suatu urus niaga di mana sebuah institusi memindahkan satu harta kepada institusi lain tanpa menerima balik sebarang barangan, perkhidmatan atau harta daripada pihak penerima.

Perkara 8.22

Jumlah Besar Sila jumlahkan perkara 8.20 hingga 8.21.

11

SOALAN 9:

PERBELANJAAN

Data yang dilaporkan dalam soalan ini mestilah berasaskan kepada Penyata Kira-kira Perdagangan dan Untung & Rugi bagi tahun rujukan 2008. Sila berikan anggaran yang munasabah jika akaun belum muktamad atau tiada. Perkara 9.1 Nilai bekalan-bekalan yang digunakan:Tayar & tiub Sila laporkan nilai tayar & tiub yang telah digunakan. Perkara 9.1.2 Bateri Sila laporkan nilai bateri yang telah digunakan. Perkara 9.1.3 Alat ganti dan aksesori Sila laporkan nilai alat ganti dan aksesori yang telah digunakan. Perkara 9.1.4 Bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan Sila laporkan nilai semua bahan untuk pembaikan dan penyelenggaraan yang telah digunakan. Perkara 9.1.5 Alat tulis dan bekalan pejabat Sila laporkan nilai semua alat tulis dan bekalan pejabat yang digunakan. Perkara 9.1.6 Lain-lain Sila berikan nilai bekalan lain jika ada. Perkara 9.2 Kos percetakan Pembayaran untuk perkhidmatan percetakan yang diberikan oleh pertubuhan lain seperti untuk poster, kepala surat, label dan sebagainya. Perkara 9.3 Air yang digunakan Ia merujuk kepada bayaran untuk air yang digunakan. Jika bayaran ini telah dicampurkan dengan tenaga elektrik, sila berikan anggaran berasingan untul bil air yang digunakan. Perkara 9.4 Elektrik yang dibeli Ia merujuk kepada bayaran untuk tenaga elektrik yang dibeli. Jika bayaran ini telah dicampurkan dengan air, sila berikan berasingan untuk bil tenaga elektrik yang digunakan. Perkara 9.5 Bahan pembakar, pelincir dan gas Ia merujuk kepada bayaran untuk membeli bahan api (seperti minyak diesel, petrol, minyak relau, minyak pembakar), pelincir (seperti minyak pelincir, gris) dan gas (seperti gas petroleum cecair, gas asli, gas asli untuk kenderaan). Perkara 9.6 Bayaran pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh pihak lain bagi harta tetap Jumlah kos kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan yang dibuat oleh orang lain ke atas harta tetap pertubuhan tuan seperti bangunan, jentera & alat, dan lain-lain hendaklah dilaporkan di sini. [Walau bagaimanapun, pembaikan besar yang bersifat modal misalnya perbelanjaan untuk memperbaiki harta tetap seperti bangunan, jentera & alat, dll., tidak perlu dimasukkan di sini tetapi hendaklah dimasukkan ke dalam ruangan (02) dan (04) yang bersesuaian bagi Soalan 4 sebagai pemilikan modal harta tetap]. Perkara 9.7 Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan Ia adalah perbelanjaan pada Penyelidikan dan Pembangunan (P&P). P&P ialah kajian sistematik pada proses, teknik, penggunaan dan produk baru, dan penyelidikan pada kebolehlaksanaan secara komersial penemuan-penemuan baru ini. Jumlah perbelanjaan untuk latihan staf jangan dimasukkan di sini. Perkara 9.8 Pembelian perkhidmatan pengangkutan Bayaran mendapatkan perkhidmatan pengangkutan dengan pemandu.

Perkara 9.1.1

12

Perkara 9.9

Perbelanjaan perjalanan (termasuk perjalanan dalam dan luar negeri) Ia merujuk kepada perbelanjaan yang dibiayai oleh pekerja pertubuhan tuan untuk menjalankan tugas rasmi di luar pejabat seperti perbelanjaan perjalanan, penginapan, makan dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

Perkara 9.10

Perbelanjaan hiburan Ia merujuk kepada perbelanjaan untuk meraikan klien perniagaan dan pelanggan oleh pertubuhan tuan.

Perkara 9.11

Bayaran perakaunan, kesetiausahaan dan audit Ia merujuk kepada bayaran perkhidmatan perakaunan, pengauditan, simpan kira-kira, perkhidmatan berkaitan cukai dan tugas kesetiausahaan yang dibuat kepada pertubuhan perakaunan, kesetiausaha dan audit.

Perkara 9.12

Bayaran guaman Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan nasihat guaman, perwakilan dan dokumentasi.

Perkara 9.13

Bayaran perkhidmatan profesional lain Bayaran untuk perkhidmatan dari syarikat-syarikat perunding jurubina, kejuruteraan, juruukur dan sebagainya.

Perkara 9.14

Bayaran pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat (termasuk pembaikan dan penyelenggaraan) Ia merujuk kepada bayaran menggunakan perkhidmatan pemprosesan dan tabulasi; tangkapan data, pemindahan data dari pelbagai medium, pengesanan ciri optikal, pangkalan data; dan pembaikan dan penyelenggaraan komputer.

Perkara 9.15

Bayaran pengurusan Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pengurusan yang disediakan oleh pertubuhan lain/individu untuk pengurusan perancangan, organisasi, kos projek dan tenaga manusia.

Perkara 9.16

Komisen dan bayaran agensi Ia merujuk kepada komisen dan bayaran yang dibayar kepada pertubuhan lain/individu/agen sebagai upah menjual barangan atau menyediakan perkhidmatan bagi pihak pertubuhan tuan.

Perkara 9.17

Bayaran telekomunikasi Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan telekomunikasi (telefon, telefaks, internet, dll). Perkhidmatan telekomunikasi meliputi transmisi bunyi, imej atau maklumat lain melalui telefon, teleks, telegram, kabel penyiaran, satelit, mel elektronik dan faksimili.

Perkara 9.18

Bayaran pos (termasuk perkhidmatan kurier) Ia merujuk kepada bayaran untuk perkhidmatan pos. Perkhidmatan pos meliputi pengambilan, pengangkutan dan penyerahan surat, surat khabar, majalah berkala dan bahan bercetak lain, bungkusan oleh Pos Malaysia Berhad dan operator lain. Termasuk juga ialah perkhidmatan kaunter pejabat pos dan sewaan peti surat.

Perkara 9.19

Pengiklanan dan promosi Ia merujuk kepada bayaran untuk iklan/promosi barangan, perkhidmatan dan nama syarikat/perniagaan tuan melalui media seperti surat khabar, televisyen, radio, internet atau media lain, sama ada tempatan atau luar negeri.

Perkara 9.20

Bayaran bank Ia merujuk kepada bayaran bank untuk perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh institusi kewangan. Contoh-contoh untuk bayaran bank ialah bayaran untuk buku cek, bayaran perkhidmatan untuk draf bank, cek pengembara, surat kredit, bankers acceptances, dan komisen dan yuran berkaitan dengan transaksi sekuriti.

13

Perkara 9.21

Bayaran faedah Ia merujuk kepada bayaran faedah tahunan yang dibayar ke atas pinjaman yang diambil oleh pertubuhan tuan daripada institusi kewangan seperti bank.

Perkata 9.22

Premium insurans kecuali insurans pampasan pekerja Bayaran premium insurans kebakaran, nyawa, kemalangan perkapalan/penerbangan untuk ganti rugi.

Perkara 9.23

Bayaran bagi perkhidmatan keselamatan Ia merujuk kepada bayaran bagi perkhidmatan keselamatan seperti polis pengiring untuk pemindahan bahan peletupan dan perkhidmatan pengawal keselamatan untuk mengeluar wang dari bank.

Perkara 9.24

Bayaran pemanduan, penundaan dan pelabuhan Bayaran dibuat kepada pihak berkuasa pelabuhan dan perkhidmatan pemanduan, penundaan dan berlabuh.

Perkara 9.25

Pembelian perkhidmatan pemunggahan kapal Bayaran yang dibuat kepada syarikat pemunggah kapal kerana perkhidmatan pemunggahan.

Perkara 9.26

Bayaran feri & tol Ia merujuk kepada tambang feri dan tol yang dibayar.

Perkara 9.27

Sewa tanah Ia merujuk kepada bayaran untuk kegunaan tanah berdasarkan penyewaan atau pajakan ke atas tanah individu/pertubuhan lain oleh pertubuhan tuan.

Perkara 9.28

Bayaran sewa (tidak termasuk sewa untuk penggunaan tanah) Ia merujuk kepada bayaran sewa untuk menyewa bangunan/premis, jentera dan kelengkapan, alat pengangkutan dan harta lain selain daripada sewa tanah.

Perkara 9.29

Susut nilai semasa ke atas harta Ia merujuk kepada susut nilai semasa tahunan ke atas harta tetap akibat haus dan lusuh, kemerosotan dan usang. Ia termasuk pelunasan tahunan ke atas tanah pajakan.

Perkara 9.30

Bayaran royalti Royalti termasuk bayaran lesen terdiri daripada bayaran untuk pengguna sah bagi paten, hakcipta, tanda niaga, pemprosesan perindustrian, francais, dll; berkaitan dan penggunaannya berdasarkan perjanjian perlesenan. (a) Kerajaan Sila nyatakan jenis royalti. (b) Swasta Sila nyatakan jenis royalti.

Perkara 9.31

Taksiran (ke atas tanah dan bangunan) dan cukai tanah Ia merujuk kepada cukai pintu ke atas tanah dan bangunan dikutip oleh pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan bayaran cukai tanah ke atas tanah dikutip oleh Pejabatn Tanah dan Galian Daerah.

Perkara 9.32

Cukai tidak langsung:(a) Cukai perkhidmatan Cukai perkidmatan yang dipungut dan di bayar kepada kerajaan. (b) Cukai jalan Ia merujuk kepada cukai jalan yang dikutip oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk kenderaan bermotor.

14

(c) Bayaran pendaftaran perniagaan, lesen memandu, duti setem, dll. Ia merujuk kepada bayaran pendaftaran, perniagaan untuk pertubuhan hak milik perseorangan, perkongsian dan syarikat yang dikutip oleh Pendaftar Perniagaan. Termasuk juga bayaran pendaftaran untuk koperasi. Duti setem untuk dokumen perjanjian/kontrak dan duti hiburan untuk aktiviti perniagaan hiburan juga termasuk di dalam perkara ini. Perkara 9.33 Kerugian pertukaran wang asing/aset kewangan Ia merujuk kepada kerugian kerana turun/naik mata wang asing. Perkara 9.34 Kerugian daripada jualan/penilaian semula harta Ia merujuk kepada kerugian yang dialami daripada penjualan atau penilaian semula harta. Perkara 9.35 Hutang lapuk dihapuskan Ia merujuk kepada nilai hutang lapuk yang dihapuskan pada tahun rujukan. Perkara 9.36 Kiriman wang, hadiah, bantuan atau derma, yuran dan pindahan semasa lain Bayaran pindahan semasa yang dibayar. Perkara 9.37 Perkara 9.38 Lain-lain Sila nyatakan maklumat lengkap di bawah. Kos pekerjaan:(a) Gaji dan upah dibayar Ianya termasuk semua gaji dan upah (termasuk bayaran lebih masa), elaun, bonus dan komisen yang dibayar kepada semua pekerja bergaji (termasuk pekerja yang diambil melalui kontraktor buruh dan pekerja bergaji sambilan) yang bukan pengarah bekerja di sepanjang tahun rujukan. Laporkan pembayaran-pembayaran yang dibuat di sepanjang tahun rujukan dan bukannya pembayaran yang dibuat hanya pada tempoh gaji terakhir pada tahun rujukan. (b) Bayaran berbentuk manfaat kepada pekerja * Rawatan perubatan percuma Laporkan nilai yang dibayar oleh pertubuhan tuan untuk rawatan perubatan kepada pekerja/kakitangan. Nilai ini termasuk nilai subsidi. * Lain-lain (misalnya makanan percuma, tempat tinggal percuma, dll.) Laporkan nilai dibayar ke atas makanan dan tempat tinggal dll. yang disediakan oleh pertubuhan tuan kepada kakitangan/pekerja. Nilai ini juga termasuk nilai subsidi. (c) Bayaran pampasan, persaraan/pemberhentian kepada pekerja Ia adalah bayaran sekaligus yang dibayar oleh majikan secara langsung kepada pekerja apabila mereka bersara atau berhenti kerja. (d) Caruman majikan kepada kumpulan wang simpanan, skim keselamatan sosial, pencen dan kebajikan * Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada kumpulan wang simpanan yang ditubuh dan diuruskan oleh kerajaan seperti KWSP. * Kumpulan wang simpanan lain Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada kumpulan wang simpanan selain daripada yang ditubuh dan diuruskan oleh kerajaan. * Skim keselamatan sosial kerajaan Ia merujuk kepada caruman majikan yang dibuat oleh pertubuhan tuan kepada skim keselamatan sosial yang dikelolakan oleh pihak kerajaan seperti PERKESO.

15

* Skim keselamatan sosial persendirian Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada skim keselamatan sosial selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan seperti insuran pampasan pekerja. * Skim bayaran pampasan, persaraan/pemberhentian Ia merujuk kepada caruman yang dibuat oleh majikan kepada skim bayaran pampasan, persaraan/pemberhentian selain daripada yang dikelolakan oleh kerajaan. (e) Bayaran kepada pengarah tidak bekerja kerana kehadiran mereka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah Sila laporkan pembayaran kepada pengarah-pengarah yang tidak bekerja pada tahun rujukan. (f) Nilai pakaian percuma yang disediakan Ia merujuk kepada nilai pakaian percuma yang diberikan kepada pekerja seperti pakaian seragam, pakaian luar dan pakaian kerja. (g) Kos latihan kepada pekerja Ia merujuk kepada kos berkaitan dengan latihan, bengkel dan persidangan pekerja yang dihantar oleh majikan, sama ada dalam negeri atau luar negeri. (h) Bayaran levi pekerja Bayaran levi pekerja adalah bayaran yang dibayar oleh majikan pekerja asing kepada kerajaan. Bayaran levi pekerja semasa ialah RM360 setahun bagi pembantu rumah, pekerja ladang dan RM1500 bagi mereka di sektor pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. (i) Lain-lain Sila berikan lain-lain kos pekerja yang tidak terkelas di tempat lain di atas. Perkara 9.39 Jumlah perbelanjaan Sila jumlahkan perkara 9.1 hingga 9.38. Perkara 9.40 Bayaran bagi pajakan kewangan Ia merujuk kepada jumlah bayaran ke atas penyewaan atau pemajakan harta tetap yang akan dimiliki akhirnya. Perkara 9.41 Pemindahan modal yang dibuat Ia merujuk kepada harta modal yang mana hak untuk mengguna telah dipindahkan ke pihak lain. Perkara 9.42 Dividen kena bayar Untung yang dibahagikan kepada ahli-ahli atau pemegang saham. Perkara 9.43 Cukai langsung kena bayar Sila berikan jumlah cukai langsung yang kena bayar pada tahun rujukan seperti cukai syarikat dan cukai kemajuan. Perkara 9.44 Jumlah Besar Sila jumlahkan perkara 9.39 hingga 9.43. SOALAN 10: KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN

Sila berikan nilai sama ada keuntungan atau kerugian(-) sebelum cukai tahun lepas (2007) dan tahun semasa (2008) sama seperti di Akaun Untung & Rugi pertubuhan tuan. SOALAN 11: NILAI STOK

Sila laporkan nilai buku bagi Stok Pembukaan dan Stok Penutupan mengikut jenis Stok tanpa mengambil kira di mana ia disimpan yang dimiliki atau dikawal oleh pertubuhan. Jika tidak mempunyai Penyata Kira-Kira perkara ini tidak perlu dilaporkan.

16

SOALAN 12: BILANGAN KENDERAAN YANG DIDAFTARKAN DAN DIJALANKAN OLEH PERTUBUHAN INI PADA 31 DISEMBER, 2008. Sila berikan jumlah kenderaan yang didaftarkan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan dan digunakan untuk operasi pertubuhan tuan, mengikut jenis kenderaan seperti lori, trak, lori tangki, van dan lain-lain. Lori merujuk kepada lori biasa dan/atau kepala lori (prime movers) bagi lori treler. SOALAN 13A: SOALAN 13 HANYA PERLU DIISI OLEH PERTUBUHAN YANG MEMBERI PERKHIDMATAN AGEN PERKAPALAN DAN PENGHANTARAN Soalan ini hanya perlu diisi oleh pertubuhan yang memberi perkhidmatan agen perkapalan dan penghantaran. Sila berikan nilai komisen yang diterima dari kerja yang dibuat atas akaun pihak prinsipal yang merupakan Syarikat perkapalan asing dan Syarikat perkapalan tempatan. SOALAN 13B: JUMLAH NILAI KASAR DITERIMA ATAU DIBAYAR OLEH AGEN DI MALAYSIA KE ATAS PERKARA YANG DISENARAIKAN DI MANA KOMISEN DITERIMA TELAH DILAPORKAN DI SOALAN 13A. Soalan ini adalah lanjutan dari Soalan 13A. Semua soalan diperkara 13.4 hingga 13.9.3 terjelas dengan sendirinya dan sila jawab di mana yang berkenaan dan lihat arahan yang ada di soal selidik. SOALAN 13C: Perkara 13.10 BAYARAN PENDAHULUAN (RM) Jumlah bayaran pendahuluan untuk anak-anak kapal.

Terjelas dengan sendirinya, Sila jawab dan ia bagi syarikat perkapalan sahaja.
SOALAN 14: Perkara 14.1 MAKLUMAT TAMBAHAN KE ATAS IBU PEJABAT / CAWANGAN Sila laporkan nilai pendapatan diterima daripada perkhidmatan yang diberikan dan nilai ini mestilah sama dengan jumlah nilai yang dilaporkan di perkara 8.1 hingga 8.6, di bawah Soalan 8, di muka surat 11. Jelas maksudnya. Jika jawapan tuan adalah Ya, sila berikan butiran selanjutnya.

Perkara 14.2

MODUL ICT: Modul ini bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi mengeluarkan petunjuk penting mengenai penggunaan ICT oleh perniagaan. Sila laporkan maklumat umum berkaitan penggunaan ICT dalam perniagaan tuan bagi perkara A1 hingga A11. (h) Sila tandakan (X) bagi jawapan yang berkenaan atau peratus, mana yang sesuai. (ii) (iii) (iv) Jika jawapan bagi A1 adalah TIDAK sila tamat di sini. Jika jawapan bagi A3 adalah TIDAK sila tamat di sini. Jika jawapan bagi A8 adalah TIDAK sila tamat di sini.

17