Anda di halaman 1dari 17

KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI BIL.1/2012 Bil. Tarikh Masa Tempat Pengerusi : : : : : 01/2012 19 Januari 2012 (Khamis) 10.

00 pagi Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Johor En. Kamarudin bin Abu (Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

KEHADIRAN :

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 BIL

NAMA En. Kamarudin bin Abu (Timb. Ketua Sektor Pengurusan Sekolah) Tn. Hj. Abd. Jalil bin Satari (KPP Bahasa Malaysia Sektor Pengurusan Akademik) En. Shanmuganathan a/l Suppiah (KPP Bahasa Inggeris Sektor Pengurusan Akademik) En. Idris bin Abu Bakar (KPP Matematik Sektor Pengurusan Akademik) En. Sujak bin Maskan (KPP Sains Sektor Pengurusan Akademik) Tn. Hj. Shahilon bin Ab. Halim (Penolong Pengarah Sains, SPA) En. Mohd.Rosli bin Mohd.Othman (Ketua Unit Sekolah Menengah, SPS) En. Mohd. Hanafi bin Samad (Ketua Unit Sekolah Rendah, SPS) Cik Mahfuzah binti Omar (Penolong Pengarah Pengurusan Teknik dan Vokasional, SPS) En. Alui bin Hj. Shamsudin (Penyelia Kanan Pengurusan Murid Sekolah Rendah, SPS) En. Abd. Razak bin Abd. Samad (PPPDM Pasir Gudang) En. Zayadi bin Hassan (PPPDM Kota Tinggi) En. Hassan bin Abd. Rashid (PPPDM Mersing) En. Mohd. Said bin Daimon (PPPDM Kluang) En. Mohd. Yusof bin Katmi (PPPDM Kulai) En. Mohd. Fauzi bin Abu Sarin (wakil PPPDM Segamat) Tn. Hj. Mohd. Sahabudin bin Jazuli (PPPDM Muar) En. Saliman bin Selamat (PPPDM Johor Bahru) Cik Jamilah binti Jabar (wakil PPPDM Pontian) En. Hassan bin Mohamed Eusoff (wakil PPPDR Pontian) Tn. Hj. Wahid bin bin Hj. Rosman (PPPDR Kulai) En. Jamaluddin bin A. Rahman (PPPDR Johor Bahru) En. Mohammad Samudin bin Juhri (PPPDR Pasir Gudang) En. Aslar bin Yusof (PPPDR Kota Tinggi) En. Abdul Halim bin Talib (PPPDR Rendah) En. Azmi bin Ab. Rahman (PPPDR Muar) En. Mesran bin Lamoon (PPPDR Segamat) Tn. Hj. Hussin bin Mustaffa (PPPDR Kluang) En. Noor Azlan bin Zakaria (wakil PPPDR Batu Pahat) En. Zulkefli bin Sulong (PPPD Kulai) En. Helmy Azizul bin bin Abdul Hamid (PPPD Segamat) En. Sazali bin Ahmad (PPD Segamat) En. Mohd. Amin bin A. Hamid (PPPD SM(R) Mersing) Pn. Saharazad binti Mustaffar (PPPD BI(R) Mersing) NAMA

CATATAN Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir CATATAN
1

35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47

En. Mohd. Azid bin Samad (PPPD SM Pontian) En. Salleh Salim bin A. Majid (PPD Pontian) En. Kamahabzanizam bin Abd. Kadir (PPPD BI Pontian) En. Mohd. Najib bin Haron (PPPD Sc/Mt Johor Bahru) En. Hassan bin Hj. Yunus ( PPPD BM(R) Segamat) En. Shaharudin bin Badron (PPPD Sc/Mt(R) Batu Pahat) En. Ahmad bin Ali (PPPD Sc/Mt Pasir Gudang) En. Dawad bin Sukimi (PPPD Batu Pahat) Pn. Noraini binti Mohd. Nor (PPPD BM(M), Kulai) En. Saraji bin Manap (PPPD Kluang) En. Mahyuddin bin Salim (PPPD BI(M) Kluang) Pn. Raziah binti Abdul Rahim (PPPD BM(M) Johor Bahru) En. Noor Azam bin Mahat (PPPD BM(M) Kota Tinggi)

Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir Hadir

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MBMMBI BIL.1/2012 2

Bil. Tarikh Masa Tempat 1.0

: : : :

01/2012 19 Januari 2012 (Khamis) 10.00 pagi Bilik Gerakan, Jabatan Pelajaran Johor

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI 1.1 1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah. Pengerusi menyatakan rasa bersyukur kerana Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI kali pertama ini dapat dilaksanakan dan memaklumkan bahawa Mesyuarat Induk MBMMBI telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah dan ahli mesyuarat terdiri daripada semua Ketua Sektor dan Pegawai Pelajaran Daerah secara ad-hoc sekembalinya beliau daripada Mesyuarat MBMMBI. Tuan Pengarah juga telah memutuskan Sektor Pengurusan Sekolah menjadi Urus Setia MBMMBI. Pengerusi juga menyampaikan salam takzim Ketua Sektor Pengurusan Sekolah yang tidak dapat mempengerusikan mesyuarat pada pagi ini kerana mewakili Pengarah dalam Majlis Perasmian Bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Pontian. Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan sebenar mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaras tugas berkaitan dengan program MBMMBI yang sepatutnya berlangsung pada awal tahun ini. Makluman Pengerusi juga memaklumkan bahawa dalam Mesyuarat KPPM yang dihadiri oleh Tuan Pengarah baru-baru ini di kementerian, data yang dibentangkan oleh Pengarah (data yang dikutip melalui PPPDM dan PPPDR dan disatukan oleh jabatan) didapati diragui kesahihannya. Harapan Pengerusi dengan adanya mesyuarat pada hari ini, ada ketelusan dalam membekalkan data dari daerah pada masa-masa yang akan datang dan nama baik Jabatan Pelajaran Johor tidak tercalar kerana data yang tidak tepat. Makluman

1.3

1.4

1.5

2.0

MAKLUMAT PELAKSANAAN DASAR MBMMBI 2.1 Pengerusi membentangkan maklumat pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Sila rujuk edaran yang dilampirkan. Makluman Pengerusi memaklumkan bahawa pilihan bahasa PdP Sains dan Matematik di sekolah sama ada dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, Bahasa Malaysia sepenuhnya atau dwibahasa adalah berdasarkan kesediaan guru di sekolah, kesediaan murid di sekolah dan telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pihak sekolah perlu memastikan keputusan pemilihan bahasa untuk PdP Sains dan Matematik perlu diminitkan dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat aduan tentang penggunaan buku teks di sekolah. Ibu bapa dan guru-guru terkejut kerana buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah adalah dalam Bahasa Malaysia. Tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Sektor Pembangunan Kemanusiaan untuk menghapus kira buku teks dalam Bahasa Inggeris, atau kenyataan bahawa buku teks dalam Bahasa Inggeris dikekalkan di sekolah-sekolah yang melaksanakan PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan 3

2.1

2.2

Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2012 buku teks dalam Bahasa Malaysia akan dibekalkan ke sekolah-sekolah yang melaksanakan PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia. Makluman 2.3 Pengerusi juga memaklumkan bahawa dalam laporan ePerlu terdapat aduan berkaitan sekolah-sekolah yang tidak mendapat bekalan buku teks pada awal tahun 2012. Tindakan : Sektor Pembangunan Kemanusiaan Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru yang mengajar Matematik dan Sains akan menerima bayaran BISP. Makluman Pengerusi menyentuh tentang perkara 5 dan 6 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2011 yang meminta Pengetua sekolah mengenal pasti bahasa yang akan digunakan untuk PdP Sains dan Matematik sebagai makluman awal sebelum sesi persekolahan bermula, dan pada 2 Januari 2012 sewaktu pendaftaran murid Tingkatan 1 dilaksanakan, ibu bapa telah maklum tentang pemilihan bahasa untuk PdP Sains dan Matematik anak-anak mereka. Sekolah yang peka tentang perkara ini telah membuat tindakan tetapi ada sekolah-sekolah yang kurang peka, maka maklumat ini tidak sampai kepada ibu bapa dan apabila diminta maklumat MBMMBI daripada PPD dan jabatan mereka memberikan maklumat yang tidak tepat. Pegawaipegawai di Pejabat Pelajaran Daerah diminta membuat pemantauan pelaksanaan PdP Sains dan Matematik di sekolah-sekolah (bagi tujuan pengumpulan data pada masamasa akan datang). Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Pengerusi memaklumkan bahawa Pegawai Meja untuk MBMMBI pada peringkat kementerian ialah Bahagian Sekolah Harian, maka petugas khas di PPD diletakkan di bawah Unit Pengurusan Sekolah dengan Urus setianya ialah Penolong PPD Menengah. Mesyuarat perlu diadakan pada setiap hari Isnin dan dipengerusikan oleh Tuan PPD. Tindakan : Penolong PPD Menengah Pasukan Petugas PPD perlu mengumpulkan data pelaksanaan MBMMBI dan menyalurkan data berkenaan kepada Urus setia di JPN pada setiap hari Isnin kerana data berkenaan perlu dilaporkan dalam mesyuarat pada peringkat JPN pada setiap hari Selasa dan dilaporkan dalam Mesyuarat Pagi pada hari Jumaat. Mesyuarat tidak perlu melibatkan semua ahli jawatankuasa pada setiap kali mesyuarat diadakan; mencukupi sekiranya dijalankan secara ringkas untuk tujuan pengumpulan data dan membincangkan isu (jika ada). Tindakan : Penolong PPD Menengah Pengerusi memaklumkan bahawa peranan pasukan petugas khas ialah sebagai rujukan, pemantau, melapor, menyelesaikan isu dan mengumpul data. Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Pengerusi membentangkan KPI pelaksanaan dasar MBMMBI, pemantauan dasar MBMMBI dan aspek pemantauan. Sila rujuk lampiran m/s 15-16. Makluman

2.4

2.5

2.6

2.7

2.8

2.9

Ahli mesyuarat bersetuju pemantauan dijalankan oleh Penolong PPD Bahasa dan maklumat pemantauan disalurkan kepada Pegawai Meja, iaitu Penolong PPD Menengah; tetapi jika Penolong PPD Menengah dan Penolong PPD Rendah ingin membuat pemantauan bersama Penolong PPD Bahasa, hal ini dibenarkan. Tindakan : Penolong PPD Bahasa 2.10 Buku Teks dan penggunaan bahan tambahan juga perlu dipantau. Sebagai contoh; Adakah bahan dalam bentuk digital dan Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam PdP. Tindakan : Penolong PPD Bahasa dan Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan 4

2.11 Pengerusi juga meminta Penolong PPD Bahasa memaklumkan kepada Penolong PPDM dan Penolong PPDR untuk menyelesaikan masalah jika berlaku kekurangan guru opsyen di sekolah yang dipantau. Tindakan : Penolong PPD Bahasa 2.12 Pengerusi memaklumkan bahawa latihan guru akan diuruskan oleh Unit Latihan. Tindakan : Unit Latihan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan 2.13 Pengerusi memaklumkan bahawa antara skop pemantauan ialah Pengurusan Fail dan Dokumentasi pelaksanaan dasar MBMMBI, tahap kesedaran dan kefahaman guru tentang dasar MBMMBI dan persekitaran sekolah. Sila rujuk lampiran m.s 17-20. Tindakan : Penolong PPD Bahasa 2.14 Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat agar mengadakan mesyuarat pada peringkat PPD, dan bermesyuarat dengan pihak sekolah serta Penolong Kanan sekolah-sekolah untuk memaklumkan kepada mereka tentang pelaksanaan dasar MBMMBI ini supaya mereka bersedia untuk tujuan mendapatkan maklumat pelaksanaan dasar MBMMBI. Tindakan : Penolong PPD Menengah 2.15 Pengerusi membentangkan Jawatankuasa MBMMBI daerah. Sila rujuk lampiran m.s 21-24. Tindakan : Penolong PPD Menengah 2.16 En. Abdul Razak bin Abdul Samad, Penolong PPD Menengah Pasir Gudang memberikan respon tentang mesyuarat yang perlu dijalankan setiap hari Isnin di peringkat PPD. Beliau memaklumkan bahawa beliau dan rakan-rakan telah berbincang tentang perkara ini dan mencadangkan agar mesyuarat pada peringkat PPD dijalankan pada hari Jumaat untuk mengumpul data. Maklumat berkaitan data dan lain-lain akan dilaporkan ke JPN pada hari Isnin. Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan En. Abdul Razak bin Abdul Samad. Tindakan : Penolong PPD Menengah 3 PERBINCANGAN ISU-ISU BERKAITAN PELAKSANAAN MBMMBI 3.1 En. Sazali bin Ahmad, Penolong PPD Sains dan Matematik daerah Segamat bertanya tentang : 3.1.1 Pembayaran BISP - Setakat ini belum ada surat pekeliling yang memberikan kelulusan untuk pembayaran BISP. KSSR tahun 1 dan tahun 2 mata pelajaran Matematik dan Sains telah diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Apakah status BISP untk guru-guru yang mengajar dua mata pelajaran ini? Adakah kemungkinan bayaran BISP ini ditarik balik? Pengerusi meminta Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim agar mendapatkan maklumat atau kepastian bagi permasalahan ini. Pengerusi juga memaklumkan bahawa selagi surat siaran tidak dikeluarkan bagi menyatakan bayaran BISP ditarik balik, maka selagi itu pembayaran akan dibuat seperti biasa. Pemberhentian pembayaran hanya boleh dibuat apabila Surat Pekeliling Kewangan dikeluarkan menyatakan pemberhentian perlu dilakukan. Tindakan : Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim 3.1.2 Pelaksanaan MBMMBI melibatkan pertambahan waktu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk Tahap 2 tetapi sehingga kini pihak sekolah tidak menerima sebarang surat arahan tentang perkara ini. 5

En. Shanmuganathan a/l Suppiah, KPP Bahasa Inggeris, Sektor Pengurusan Akademik memberikan respon tiada surat bagi pertambahan waktu mengajar Bahasa Inggeris untuk Tahap 2 kerana tiada sebarang perubahan waktu bagi tahap ini. Pelaksanaan KSSR hanya melibatkan pertambahan waktu mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk Tahun 1 dan Tahun 2 sahaja. Makluman 3.2 En, Hassan bin Abd. Rashid, Penolong PPD Menengah daerah Mersing menyatakan bahawa kecelaruan surat pekeliling yang mengatakan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mansuh bermaksud telah ditamatkan. Tetapi, sewaktu pengenalan PPSMI, pelaksanaan PdP mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris untuk Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan Enam Bawah. Sepatutnya Tingkatan Enam juga terlibat dengan pelaksanaan MBMMBI iaitu PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia bukan dalam Bahasa Inggeris. Hal ini menunjukkan bahawa PPSMI tidak dimansuhkan. Apakah rasional PdP Sains dan Matematik Tingkatan Enam masih dalam Bahasa Inggeris? Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa sewaktu PPSMI dilancarkan, ada jawatankuasa induk yang menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan PPSMI. Apabila PPSMI dimansuhkan, dengan sekelip mata jawatankuasa berkenaan hilang. Tiada siapa yang boleh dirujuk. Sekarang ini apabila MBMMBI dilaksanakan, baru wujud urus setia pada semua peringkat (seperti dalam surat siaran Bil.5/2011 dan Bil.6/2011 yang menjelaskan fungsi urus setia). Apabila ada mesyuarat berperingkat pada setiap peringkat urus setia, perkara-perkara yang dibangkitkan seperti ini akan dibawa oleh urus setia ke peringkat PPD, PPD ke Jabatan dan Jabatan ke peringkat kementerian untuk dijelaskan. Tn. Hj. Shahilon juga memaklumkan bahawa pegawai Sains dan Matematik tidak pernah dilibatkan dalam mana-mana taklimat atau mesyuarat pelaksanaan MBMMBI dan soft-landing PPSMI. Jadi pegawai-pegawai ini tiada maklumat berkaitan dengan MBMMBI atau soft-landing PPSMI. Oleh yang demikian, Tn. Hj. Shahilon mencadangkan agar jawatankuasa yang dibentuk pada hari ini membawa apa sahaja isu ke peringkat atasan agar dapat diputuskan untuk kita bertindak di landasan yang betul. Tindakan : Urus Setia En. Hassan meminta ahli mesyuarat merujuk pada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2011, para 6 yang menyebut Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam Bahasa Inggeris. Jika PPSMI dimansuhkan, maka PdP Sains dan Matematik Tingkatan Enam juga perlu dimansuhkan. Pengerusi memaklumkan isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat pada hari ini akan dibentangkan kepada Pengarah untuk dilaporkan dalam mesyuarat pada peringkat kementerian. Tindakan : Urus Setia 3.3 En. Sazali juga mencadangkan agar perkara-perkara berkaitan peralatan ICT dilihat. Sebagai contoh; notebook, printer dan LCD yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Diharapkan peralatan-peralatan ini dapat dibekalkan dengan bekalan yang baharu atau diselenggarakan. Tindakan : Urus Setia

3.4

En. Saliman bin Selamat, Penolong PPDM Johor Bahru menyentuh tentang isu kekurangan buku teks Sains dan Matematik di sekolah-sekolah. Sebahagian daripada kelas-kelas Tingkatan Empat, pelaksanaan PdP dilaksanakan dalam dwibahasa berdasarkan kesediaan murid dan guru. Buku-buku teks di sekolah, sebahagiannya dalam Bahasa Malaysia dan sebahagian dalam Bahasa Inggeris. Isu yang dihadapi di sekolah-sekolah ialah PdP dilaksanakan dalam dwibahasa tetapi latihan yang diberikan berdasarkan buku teks dalam Bahasa Malaysia. Pengerusi memaklumkan perkara ini perlu di bawa ke Unit Hal Ehwal Murid, SPK. Isu kekurangan buku teks sepatutnya tidak berlaku kerana buku dalam Bahasa Inggeris sepatutnya mencukupi. Buku dalam Bahasa Malaysia hanyalah tambahan sahaja. Tindakan : Urus Setia

3.5

En. Abd. Razak bin Abdul Samad, Penolong PPDM Pasir Gudang meminta agar maklumat yang perlu dibincangkan pada peringkat daerah untuk dibawa ke Jabatan diselaraskan dan diberikan dengan segera kepada Penolong PPDM untuk digerakkan ke sekolah-sekolah. Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa format yang digunakan untuk memungut data daripada sekolah tempoh hari merupakan format yang dibekalkan oleh kementerian untuk sekolah rendah. Format itu sebenarnya tidak sesuai untuk SJKC dan SJKT kerana maklumat sebenar yang berlaku di SJKC dan SJKT tidak dapat diperolehi. Pengerusi memaklumkan bahawa dalam laporan yang diperlukan daripada peringkat PPD ialah data kelas, data murid dan data guru yang mengajar MBMMBI. Isu-isu yang berkaitan pelaksanaan MBMMBI juga perlu dilaporkan dan disalurkan kepada Urus setia di JPN. Format data dan format laporan yang perlu dihantar ke jabatan akan diperbaiki. Tindakan : Urus Setia

LAPORAN DATA PELAKSANAAN MBMMBI NEGERI JOHOR TAHUN 2012 4.1 Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim, Penolong Pengarah Sains, Sektor Pengurusan Sekolah memaklumkan bahawa format yang diguna pakai bagi mendapatkan maklumat daripada sekolah ialah format yang telah dibekalkan oleh pihak kementerian. Walau bagaimanapun, format ini didapati tidak menepati keperluan dengan apa yang berlaku di sekolah. Secara keseluruhan, 4.1.1 4.1.2 kebanyakan sekolah memilih dwibahasa (70% - 80%) format data yang dibekalkan oleh kementerian bersesuaian untuk SK tetapi tidak sesuai untuk SJKC dan SJKT kerana tiada ruang untuk bahasa ibunda. 4.1.3 format ini apabila digunakan untuk sekolah menengah tidak mengambil kira mata pelajaran elektif yang ditawarkan di sekolah menengah. Sebagai contoh; untuk mata pelajaran Fizik, Biologi, Kimia, Sains Tambahan dan Matematik Tambahan tidak tersenarai. Makluman 4.2 Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa data yang akan dibentangkan merupakan data rumusan pada peringkat negeri. 4.2.1 Untuk sekolah rendah dari Tahun 3 hingga Tahun 6, apa yang boleh diperhatikan ialah jumlah murid dan jumlah kelas tidak sama untuk mata pelajaran Sains dan mata pelajaran Matematik. Sebagai contoh; untuk Tahun 3 di sekolah yang sama bagi mata pelajaran Sains, jumlah kelas ialah 1,764 buah, tetapi untuk mata pelajaran Matematik ada pertambahan kelas sebanyak 109 buah menjadi 1,873 buah kelas. Data ini merupakan data yang dikumpul dari daerah dan digabungkan. Berkemungkinan terdapat kesilapan data. 7

Begitu juga dengan bilangan murid di sekolah berkenaan. Terdapat 54,866 murid Tahun 3 yang belajar Sains dan 55,261 orang yang belajar Matematik. Data yang tidak akur ini berlaku di semua tahun, iaitu dari Tahun 3 hingga Tahun 6. Makluman 4.2.2 Begitu juga dengan ketidakakuran data berlaku di sekolah menengah. Makluman 4.2.3 Hanya 93 buah kelas atau 5.27% Tahun 3 yang melaksanakan PdP dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Terdapat penurunan peratusan pelaksanaan PdP dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk Tahun 4 tetapi meningkat untuk Tahun 5 dan turun semula untuk Tahun 6. Makluman 4.2.4 Untuk pelaksanaan PdP Sains dwibahasa pula, untuk Tahun 3 ialah 82%, 74% untuk Tahun 4 dan naik semula 82% untuk Tahun 5 dan 82% untuk Tahun 6. Untuk pelaksanaan PdP Matematik, perbezaan peratus juga dapat dilihat. Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa Pengarah pernah bertanya mengapa jumlah bilangan kelas dan murid yang mengambil mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sesebuah sekolah itu tidak sama. Jika ikut mudah pelaksanaan kurikulum, sewajarnya mata pelajaran Sains jika diajar dalam Bahasa Inggeris maka mata pelajaran Matematik juga diajar dalam Bahasa Inggeris. Murid akan menjadi lebih mantap. Makluman 4.2.5 Bagi sekolah menengah, situasi yang sama juga berlaku. Terdapat 51,000 jumlah murid Tingkatan 1 yang belajar Sains sementara 40,000 orang belajar Matematik. Satu perbezaan yang sangat besar berlaku, iaitu 10,000 orang murid hilang. Makluman 4.2.6 Berkaitan dengan soft-landing PPSMI, pihak sekolah boleh melayari laman web KPM untuk mendapatkan Huraian Sukatan Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia. Tn. Hj. Shahilon juga memaklumkan bahawa setakat ini tiada surat arahan daripada kementerian yang mengatakan PdP Sains dan Matematik, dan penulisan Buku Rekod Mengajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah menengah. Perkara ini juga telah disemak dengan pihak kementerian. Kita masih lagi melaksanakan PdP berdasarkan pada 2 surat pekeliling yang dibekalkan, iaitu Bil.3/2010 yang telah dibatalkan dengan SPI Bil.12/2011 dan diikuti dengan dua surat siaran, iaitu Bil.5/2011 dan Bil.6/2011 yang cukup jelas menerangkan apa yang patut dilaksanakan berkaitan dengan PPSMI. Makluman 4.2.7 Timbalan Pengarah Pelajaran Johor banyak bertanya, bagaimanakah data pelaksanaan dasar MBMMBI ini dikumpulkan. Rumusan yang dapat dibuat hasil daripada perbincangan dengan beliau ialah kita perlu serius tentang pengumpulan data ini. 5 HAL-HAL LAIN 5.1 Pengerusi menyeru kepada semua yang berada di Unit Akademik dan Unit Pengurusan Sekolah untuk sama-sama menggembeleng tenaga untuk menjayakan MBMMBI ini. Tindakan : Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Sekolah 8

dan

Pejabat Pelajaran Daerah 5.2 En. Zayadi bin Hassan, Penolong PPD Menengah Kota Tinggi bertanyakan tafsiran dwibahasa. Sebagai contoh, seorang guru mengajar istilah dalam Bahasa Inggeris tetapi mengajar selebihnya dalam Bahasa Malaysia. Adakah ini diistilahkan sebagai dwibahasa? Atau menggunakan kedua-dua bahasa tersebut. Sebagai contoh; Ada ayat dalam Bahasa Inggeris dan ada juga ayat dalam Bahasa Malaysia dan berapakah peratusannya? Tn. Hj. Abdul Jalil bin Satari, Ketua Penolong Pengarah Bahasa Malaysia, Sektor Pengurusan Akademik memberikan respon bahawa Surat Pekeliling Bil.12/2011 dan surat siaran Bil.5 dan Bil.6 perlu dibaca dan difahamkan secara terperinci. Dalam surat pekeliling tiada menyatakan peratusan untuk dwibahasa tetapi difahamkan sebelum ini PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan akan dilaksanakan sedikit demi sedikit dalam Bahasa Malaysia. Bagi memudahkan murid-murid terdahulu yang belajar dalam Bahasa Inggeris, maka sekarang ini penerangan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia atau sebaliknya. Guru sendiri yang tahu tahap dan keperluan murid mereka. Makluman 5.3 Tn. Hj. Shahilon menarik perhatian ahli mesyuarat untuk merujuk pada edaran yang baru diedarkan berkaitan MBMMBI. Edaran ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi menjawab persoalan-persoalan yang banyak diajukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Tn. Hj. Shahilon mengingatkan sekali lagi tentang apa yang telah dinyatakan oleh Pengerusi bahawa semua keputusan berkaitan pelaksanaan MBMMBI hendaklah merujuk kepada SPI dan surat siaran, dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Hasil daripada pemantauan ke beberapa buah sekolah didapati Jawatankuasa Kurikulum Sekolah tidak ditubuhkan dan tiada mesyuarat khusus atau mesyuarat kurikulum tidak membincangkan berkaitan MBMMBI. Pada bahagian belakang edaran terdapat sedikit soal jawab untuk dijadikan panduan. Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Pengerusi meminta supaya penubuhan jawatankuasa pada peringkat daerah dilaksanakan seperti mana arahan yang telah dibuat. Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Pengerusi juga mengingatkan pemantauan dan kutipan data yang perlu dilaksanakan bermula pada minggu ini atau seterusnya, dan juga pelaporan maklumat MBMMBI ke JPN pada hari Isnin. Tindakan : Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai dari Sektor Pengurusan Akademik yang telah sama-sama membantu bagi menjayakan mesyuarat pada hari ini. Makluman

5.4

5.5

5.6

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. Disediakan oleh, Disemak oleh,

. (MAHFUZAH BINTI OMAR) Pencatat Minit

(KAMARUDIN BIN ABU) Timbalan Ketua Sektor Sektor Pengurusan Sekolah 9

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
Bil 2 Para 2.1 Perkara Pengerusi memaklumkan bahawa pilihan bahasa PdP Sains dan Matematik di sekolah sama ada dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya, Bahasa Malaysia sepenuhnya atau dwibahasa adalah berdasarkan kesediaan guru di sekolah, kesediaan murid di sekolah dan telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pihak sekolah perlu memastikan keputusan pemilihan bahasa untuk PdP Sains dan Matematik perlu diminitkan dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat aduan tentang penggunaan buku teks di sekolah. Ibu bapa dan guru-guru terkejut kerana buku teks Sains dan Matematik yang dibekalkan ke sekolah adalah dalam Bahasa Malaysia. Tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Sektor Pembangunan Kemanusiaan untuk menghapus kira buku teks dalam Bahasa Inggeris, atau kenyataan bahawa buku teks dalam Bahasa Inggeris dikekalkan di sekolah-sekolah yang melaksanakan PdP Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pengerusi juga memaklumkan bahawa dalam laporan ePerlu terdapat aduan berkaitan sekolah-sekolah yang tidak mendapat bekalan buku teks pada awal tahun 2012. Tindakan Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Maklum Balas Taklimat berkaitan perkara ini telah diberikan kepada 1. Pengetua dan Guru Besar pada 12/12/2011 di SMK Indahpura 1 semasa perhimpunan bulanan peringkat daerah. 2. Penolong Kanan Pentadbiran menengah dan Sekolah Rendah 20/12/2011 di SMK Kelapa Sawit. Sekolah pada

2.2

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Semua sekolah di daerah ini telah diarahkan untuk mengedarkan juga buku teks lama dalam versi bahasa Inggeris kepada murid.Perkara ini telah dimaklumkan kepada Pengetua dan Guru Besar pada 12/12/2011

2.3

Sektor Pembangunan Kemanusiaan

Daerah Kulai telah menerima bekalan sepenuhnya pada Disember 2011. Pemantauan telah dilaksanakan pada 2 dan 3 Januari 2012.

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
10

Bil 2

Para
2.5

Perkara
Pengerusi menyentuh tentang perkara 5 dan 6 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/2011 yang meminta Pengetua sekolah mengenal pasti bahasa yang akan digunakan untuk PdP Sains dan Matematik sebagai makluman awal sebelum sesi persekolahan bermula, dan pada 2 Januari 2012 sewaktu pendaftaran murid Tingkatan 1 dilaksanakan, ibu bapa telah maklum tentang pemilihan bahasa untuk PdP Sains dan Matematik anak-anak mereka. Sekolah yang peka tentang perkara ini telah membuat tindakan tetapi ada sekolah-sekolah yang kurang peka, maka maklumat ini tidak sampai kepada ibu bapa dan apabila diminta maklumat MBMMBI daripada PPD dan jabatan mereka memberikan maklumat yang tidak tepat. Pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah diminta membuat pemantauan pelaksanaan PdP Sains dan Matematik di sekolahsekolah (bagi tujuan pengumpulan data pada masa-masa akan datang).

Tindakan Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

Maklum Balas Kutipan data berkaitan pengunaan bahasa dan bilangan kelas telah dikutip daripada semua sekolah pada 11 hingga 13 Januari 2012 dan telah dibentangkan diperingkat negeri pada 19/12/2011. Kutipan data akan dikemaskini sepanjang pemantuan PdP sekolah menengah dan rendah .

2.6

Pengerusi memaklumkan bahawa Pegawai Meja untuk MBMMBI pada peringkat kementerian ialah Bahagian Sekolah Harian, maka petugas khas di PPD diletakkan di bawah Unit Pengurusan Sekolah dengan Urus setianya ialah Penolong PPD Menengah. Mesyuarat perlu diadakan pada setiap hari Isnin dan dipengerusikan oleh Tuan PPD.
Pasukan Petugas PPD perlu mengumpulkan data pelaksanaan MBMMBI dan menyalurkan data berkenaan kepada Urus setia di JPN pada setiap hari Isnin kerana data berkenaan perlu dilaporkan dalam mesyuarat pada peringkat JPN pada setiap hari Selasa dan dilaporkan dalam Mesyuarat Pagi pada hari Jumaat. Mesyuarat tidak perlu melibatkan semua ahli jawatankuasa pada setiap kali mesyuarat diadakan; mencukupi sekiranya dijalankan secara ringkas untuk tujuan pengumpulan data dan membincangkan isu (jika ada).

Penolong PPD Menengah

PPD Kulaijaya mengadakan mesyuarat setiap hari Jumaat bersama dengan mesyuarat pagi dan dipengerusikan oleh Tuan PPD.

2.7

Penolong PPD Menengah

Telah dilaksanakan diperingkat PPD dan dimaklumkan pada mesyuarat pagi Juimaat jika ada isu berkaitan dengan MBMMBI.

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
11

Bil 2

Para
2.8

Perkara Pengerusi memaklumkan bahawa peranan pasukan petugas khas ialah sebagai rujukan, pemantau, melapor, menyelesaikan isu dan mengumpul data. Ahli mesyuarat bersetuju pemantauan dijalankan oleh Penolong PPD Bahasa dan maklumat pemantauan disalurkan kepada Pegawai Meja, iaitu Penolong PPD Menengah; tetapi jika Penolong PPD Menengah dan Penolong PPD Rendah ingin membuat pemantauan bersama Penolong PPD Bahasa, hal ini dibenarkan. Buku Teks dan penggunaan bahan tambahan juga perlu dipantau. Sebagai contoh; Adakah bahan dalam bentuk digital dan Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam PdP.

Tindakan Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Penolong PPD Bahasa

Maklum Balas Dalam makluman pegawai berkaitan.

2.9

Dalam makluman

2.10

Penolong PPD Bahasa dan Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan Penolong PPD Bahasa

Unit SPK hanya memastikan bekalan buku teks mencukupi. Pemantauan PdP dan pengunaan bahan dilakukan oleh unit akademik.

2.11

Pengerusi juga meminta Penolong PPD Bahasa memaklumkan kepada Penolong PPDM dan Penolong PPDR untuk menyelesaikan masalah jika berlaku kekurangan guru opsyen di sekolah yang dipantau. Pengerusi memaklumkan bahawa latihan guru akan diuruskan oleh Unit Latihan.

Akan dimaklumkan dari masa ke semasa jika ada keperluan.

2.12

Unit Latihan, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Telah dimasukkan dalam takwim PPD .

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
12

Bil 2

Para
2.13

Perkara Pengerusi memaklumkan bahawa antara skop pemantauan ialah Pengurusan Fail dan Dokumentasi pelaksanaan dasar MBMMBI, tahap kesedaran dan kefahaman guru tentang dasar MBMMBI dan persekitaran sekolah. Sila rujuk lampiran m.s 17-20. Pengerusi mengingatkan ahli mesyuarat agar mengadakan mesyuarat pada peringkat PPD, dan bermesyuarat dengan pihak sekolah serta Penolong Kanan sekolah-sekolah untuk memaklumkan kepada mereka tentang pelaksanaan dasar MBMMBI ini supaya mereka bersedia untuk tujuan mendapatkan maklumat pelaksanaan dasar MBMMBI. Pengerusi membentangkan Jawatankuasa daerah. Sila rujuk lampiran m.s 21-24. MBMMBI

Tindakan Penolong PPD Bahasa

Maklum Balas Pemantauan akan dilaksanakan mengikut kesesuaian.

2.14

Penolong PPD Menengah

Mesyuarat peringkat pertama bersama pengetua dan guru besar telah dilaksanakan pada 11 Januari 2012 di Bilik Seminar PPD.

2.15

Penolong PPD Menengah Penolong PPD Menengah

Telah dibentuk di peringkat daerah.

2.16

En. Abdul Razak bin Abdul Samad, Penolong PPD Menengah Pasir Gudang memberikan respon tentang mesyuarat yang perlu dijalankan setiap hari Isnin di peringkat PPD. Beliau memaklumkan bahawa beliau dan rakan-rakan telah berbincang tentang perkara ini dan mencadangkan agar mesyuarat pada peringkat PPD dijalankan pada hari Jumaat untuk mengumpul data. Maklumat berkaitan data dan lain-lain akan dilaporkan ke JPN pada hari Isnin. Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan cadangan En. Abdul Razak bin Abdul Samad.

Telah dilaksanakan di PPD Kulaijaya, isu berkaitan dengan MBMMBI akan dibincangkan dalam mesy.pagi Jumaat.

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas 13

3.1

En. Sazali bin Ahmad, Penolong PPD Sains dan Matematik daerah Segamat bertanya tentang : 3.1.1 Pembayaran BISP - Setakat ini belum ada surat pekeliling yang memberikan kelulusan untuk pembayaran BISP. KSSR tahun 1 dan tahun 2 mata pelajaran Matematik dan Sains telah diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Apakah status BISP untk guru-guru yang mengajar dua mata pelajaran ini? Adakah kemungkinan bayaran BISP ini ditarik balik?

Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim

Pengerusi meminta Tn. Hj. Shahilon bin Abd. Halim agar mendapatkan maklumat atau kepastian bagi permasalahan ini. Pengerusi juga memaklumkan bahawa selagi surat siaran tidak dikeluarkan bagi menyatakan bayaran BISP ditarik balik, maka selagi itu pembayaran akan dibuat seperti biasa. Pemberhentian pembayaran hanya boleh dibuat apabila Surat Pekeliling Kewangan dikeluarkan menyatakan pemberhentian perlu dilakukan.

3.2

Tn. Hj. Shahilon juga memaklumkan bahawa pegawai Sains dan Matematik tidak pernah dilibatkan dalam mana-mana taklimat atau mesyuarat pelaksanaan MBMMBI dan softlanding PPSMI. Jadi pegawai-pegawai ini tiada maklumat berkaitan dengan MBMMBI atau soft-landing PPSMI. Oleh yang demikian, Tn. Hj. Shahilon mencadangkan agar jawatankuasa yang dibentuk pada hari ini membawa apa sahaja isu ke peringkat atasan agar dapat diputuskan untuk kita bertindak di landasan yang betul. Pengerusi memaklumkan isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat pada hari ini akan dibentangkan kepada Pengarah untuk dilaporkan dalam mesyuarat pada peringkat kementerian.

Urus Setia

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
14

Bil 3

Para
3.3

Perkara En. Sazali juga mencadangkan agar perkara-perkara berkaitan peralatan ICT dilihat. Sebagai contoh; notebook, printer dan LCD yang dibekalkan ke sekolahsekolah. Diharapkan peralatan-peralatan ini dapat dibekalkan dengan bekalan yang baharu atau diselenggarakan. En. Saliman bin Selamat, Penolong PPDM Johor Bahru menyentuh tentang isu kekurangan buku teks Sains dan Matematik di sekolah-sekolah. Sebahagian daripada kelas-kelas Tingkatan Empat, pelaksanaan PdP dilaksanakan dalam dwibahasa berdasarkan kesediaan murid dan guru. Buku-buku teks di sekolah, sebahagiannya dalam Bahasa Malaysia dan sebahagian dalam Bahasa Inggeris. Isu yang dihadapi di sekolahsekolah ialah PdP dilaksanakan dalam dwibahasa tetapi latihan yang diberikan berdasarkan buku teks dalam Bahasa Malaysia. Pengerusi memaklumkan perkara ini perlu di bawa ke Unit Hal Ehwal Murid, SPK. Isu kekurangan buku teks sepatutnya tidak berlaku kerana buku dalam Bahasa Inggeris sepatutnya mencukupi. Buku dalam Bahasa Malaysia hanyalah tambahan sahaja.

Tindakan Urus Setia

Maklum Balas

3.4

Urus Setia

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas 15

3.5

En. Abd. Razak bin Abdul Samad, Penolong PPDM Pasir Gudang meminta agar maklumat yang perlu dibincangkan pada peringkat daerah untuk dibawa ke Jabatan diselaraskan dan diberikan dengan segera kepada Penolong PPDM untuk digerakkan ke sekolah-sekolah. Tn. Hj. Shahilon memaklumkan bahawa format yang digunakan untuk memungut data daripada sekolah tempoh hari merupakan format yang dibekalkan oleh kementerian untuk sekolah rendah. Format itu sebenarnya tidak sesuai untuk SJKC dan SJKT kerana maklumat sebenar yang berlaku di SJKC dan SJKT tidak dapat diperolehi. Pengerusi memaklumkan bahawa dalam laporan yang diperlukan daripada peringkat PPD ialah data kelas, data murid dan data guru yang mengajar MBMMBI. Isu-isu yang berkaitan pelaksanaan MBMMBI juga perlu dilaporkan dan disalurkan kepada Urus setia di JPN. Format data dan format laporan yang perlu dihantar ke jabatan akan diperbaiki.

Urus Setia

5.1

Pengerusi menyeru kepada semua yang berada di Unit Akademik dan Unit Pengurusan Sekolah untuk samasama menggembeleng tenaga untuk menjayakan MBMMBI ini.

Sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pengurusan Sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah

Dalam makluman

Maklum balas daripada Minit Mesyuarat Jawatankuasa MBMMBI Bil. 1/2012 bertarikh 19 Januari 2012
Bil Para Perkara Tindakan Maklum Balas 16

5.3

Tn. Hj. Shahilon menarik perhatian ahli mesyuarat untuk merujuk pada edaran yang baru diedarkan berkaitan MBMMBI. Edaran ini boleh digunakan sebagai rujukan bagi menjawab persoalan-persoalan yang banyak diajukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa. Tn. Hj. Shahilon mengingatkan sekali lagi tentang apa yang telah dinyatakan oleh Pengerusi bahawa semua keputusan berkaitan pelaksanaan MBMMBI hendaklah merujuk kepada SPI dan surat siaran, dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Hasil daripada pemantauan ke beberapa buah sekolah didapati Jawatankuasa Kurikulum Sekolah tidak ditubuhkan dan tiada mesyuarat khusus atau mesyuarat kurikulum tidak membincangkan berkaitan MBMMBI. Pada bahagian belakang edaran terdapat sedikit soal jawab untuk dijadikan panduan. Pengerusi meminta supaya penubuhan jawatankuasa pada peringkat daerah dilaksanakan seperti mana arahan yang telah dibuat. Pengerusi juga mengingatkan pemantauan dan kutipan data yang perlu dilaksanakan bermula pada minggu ini atau seterusnya, dan juga pelaporan maklumat MBMMBI ke JPN pada hari Isnin.

Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

Semua sekolah di daerah Kulai telah diarahkan untuk menubuhkan Jawatankuasa MBMMBI sekolah melalui surat JPA 8010.SPA(05)/600-10/2/8(7) bertarikh 27 Januari 2011.

5.4

Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor

Telah dilaksanakan di peringkat daerah.

5.5

Telah dimaklumkan kepada pegawai yang berkaitan

17

Anda mungkin juga menyukai