Anda di halaman 1dari 2

senario hidup remaja. mulanya aku sangat bahagia bersama dia.

aku terlupa lantas menaruh harapan yang tinggi atas hubungan kami. kawan aku pernah cakap supaya jangan menaruh harapan sangat pada perhubungan jarak jauh ni. aku di ipoh dia di selangor. tak jauh pun. aku belajar di ipoh. dia belajar di serdang. itu yang membuatkan jauh. hanya sekali kami sempat bertemu. sejak dari itu masing-masing tak free dan cuti pun berasingan. hubungan kami diteruskan dengan sms dan call. aku bahagia bersama dia. walaupun berjauhan dan bersms sahaja.tapi aku tak tahu bagaimana dia. aku ada kawan yang macam expert pasal cinta ni. dia kata kita perlukan kejujuran dan kepercayaan dalam hubungan jarak jauh ni. itu adalah kunci dalam kebahagiaan hubungan macam ni. aku terapkan nasihat tu. aku berlaku jujur sepenuhnya dan menaruh sepenuh kepercayaan kepada dia. aku tak tahu samada dia juga. tapi takpe aku percaya dia jujur :) macam tu lah kami. aku seronok sangat. aku menganggap hubungan kami ni serius boleh bawak kawin. tinggi harapan aku. tapi aku still tak tahu samada dia seperti aku. sms kami berlanjutan sehingga satu hari, dia nak putus. kenapa? dia kata dia tak nak ada relationship. aku menangis. pecah jiwa aku. mungkin kat luar orang nampak aku hati kering. tapi kat dalam rapuh macam kaca. sekali hentak pecah. tapi bila dia sms aku macam tu aku rasa macam kena hentak seribu kali. berkecai jadi debu. aku tak tahu nak kata apa atau buat apa. dia kata nak jadi kawan pulak. lagi lah aku tak tahu nak buat apa. nak kata apa pun tak tahu. boleh ke aku tempuhi keadaan macam ni? nak jadi kawan dengan dia? aku tak pernah berkawan dengan dia. aku tak tahu macam mana nak berkawan dengan dia. kalau macam ni sapa aku nak sms lepas ni? sapa aku nak call lepas ni? sapa aku nak panggil sayang? kat sapa aku nak cakap i love you? aku tak keruanlah dia buat macam ni. kalau aku ni kuat aku dah pecah dinding depan aku ni. mengadap je nasi aku rasa nak muntah. mengadap je katil rasa nak mandi. mengadap bilik mandi rasa nak berlari. aku nak berlari sampai berdarah kaki sampai kaki ni takda tapak kaki dah. aku nak cerita kat sapa pun aku tak tahu. kalau cerita pun tak jadi apa aku rasa. aku cuba buat muka selamba depan orang. tengok maharaja lawak pon aku tak dapat nak gelak. nasib baik aku still boleh fokus dalam solat. aku sayang sangat dia. tak sangka lah dia boleh buat macam ni. aku selalu harap dia tak buat macam ni. tapi eventually it happen! well breakup, it happen. tu lah orang selalu cakap. orang kawin pun bercerai kan. tapi tu tak boleh la nak dibanding kan dengan kisah aku. aku tak kawin lagi and tak pernah gaduh dengan dia. mungkin dia bosan? pernah aku tanya dia bosan

dengan aku ke tak dia jawab tak. aku tak tahu la betul ke tak. tapi aku percaya kat dia. aku tak tahu apa agenda sebenar dia nak putus dengan aku. tapi aku percaya kata-kata dia yang dia tak nak ada relationship dengan sebab yang wajar. aku cuba jadi optimistik. mungkin dia nak fokus pada pelajaran. dia tak nak distraction kot. ye lah dia rajin belajar. aku tahu dia rajin. tu satu faktor aku cinta dia. aku cuba kosongkan fikiran, hati dan jiwa aku tentang dia. tapi aku tak mampu. aku tak kuat. hari-hari aku fikir pasal dia. aku kenangkan hubungan kami. nak menangis pun ada. tak sangka aku akan dapat sms macam tu. tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba tumbang. awak, kalau awak tak nak ada relationship kenapa awak terima lamaran saya dulu? kenapa awak? sepatutnya awak tolak lamaran saya dulu. sakit sangat hati ni. mungkin ini adalah wakeup call untuk aku. supaya jangan pernah menaruh harapan yang tinggi atas benda macam ni. mungkin lepas ni aku perlu lebih bijak memilih dan mencari. insyaallah. tapi tak mungkin aku akan lupakan dia. cinta pertama aku. saya sayang awak.

Anda mungkin juga menyukai