Anda di halaman 1dari 7

SENI VISUAL STPM

OBJEKTIF

1. Membentuk kefahaman tentang pengertian & peranan seni visual dalam pembangunan diri individu dan 2.
masyarakat Memahami bahawa seni visual sebagai alat komunikasi yang berkesan

PENGERTIAN: BERDASARKAN KEPADA BEBERAPA ASPEK: A.penyataan diri(self-expression) B.Pengalaman & sensasi visual & sentuh C.2D & 3D D.Komunikasi visual E.Bahasa seni, Isi/Mesej, fungsi dsb

1. Pengalaman estetik 2. Seni, Ruang & masa


3.Pengertian seni mengikut aliran PENGALAMAN ESTETIK Pengertian SV melalui pengalaman estetik terbahagi kepada dua aspek: Aa.Intelektual b.Pengalaman langsung Intelektual Melalui kajian, penerokaan eksperimen dan dapatan dalam proses penghasilan produk seni. Melaui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber. Pengalaman langsung Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk seni ( proses artistik/proses kreatif) Melalui penglibatan deria SENI, RUANG & MASA Huraian tentang konsep manifestasi & imaginasi dalam seni visual dibuat berdasarkan kajian tentang hasrat, tujuan dan peranan seni visual,mengikut sejarah dan budaya sesuatu masyarakat. Pengertian Seni mengikut aliran Pelajar membezakan ciri-ciri yang terdapat pada aliran tradisi, moden dan pasca modenisme Kefahaman setiap aliran tersebut berdasarkan kepada ciri-ciri seperti nilai,stail,tujuan dan peranan, signifikan dalam sejarah seni,form dan content. PERANAN SENI VISUAL Mengkaji peranan seni visual dari dua aspek serta sebagai alat komunikasi: Peranan Psikologi Peranan Sosiologi PERANAN PSIKOLOGI 1

Dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu berdasarkan kepada perkembangan aspek kreativiti, sensitiviti, emosi dan ekspresi yang berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual. Huraian keempat-empat aspek boleh berasaskan kepada konsep dan hubung kaitnya dengan proses penghasilan seni.

KREATIVITI Ciri-ciri kreatif seperti sensitif kepada masalah, fluency(kelancaran), flexibility(kelonggaran), Originality, mengubah/mentafsir semula, Coherence of organization(Organisasi yang seimbang, Independent dan Inventive Respond. SENSITIVITI Membuat pertimbangan persepsi(senses), sosial (masyarakat) dan estetik (nilai) EMOSI Keupayaan melahirkan idea, rasa hati (feelings and thoughts), pernyataan diri. EKSPRESI Tindakbalas emosi hasil daripada interaksi dengan persekitaran, orang lain/masyarakat, peristiwa dan benda. PERANAN SOSIOLOGI Bahagian ini memberi penekanan kepada pelbagai peranan seni visual dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat (seni dan masyarakat) Antara 7 peranan seni visual: 1.Nasionalisme 2.Persekitaran 3.Propaganda 4.Ritual&Upacara 5. Spiritual 6. Pengeluaran 7. Pemujukan NASIONALISME Falsafah, pemikiran, manifestasi, idea individu/kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui seni visual PROPAGANDA Seni visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyibar idea, hasrat atau kepercayaan. RITUAL & UPACARA lSeni visual dalam melaksanakan ritual SPIRITUAL Seni visual untuk ketenangan. Kepuasan dan keselesaan PENGELUARAN 2

Hasil seni visual berasaskan kepada faktor citarasa, trend, fungsi dan tujuan. SENI VISUAL & PENGLIBATAN Penglibatan institusi atau organisasi seni visual dan bagaimana sumbangan yang diberi dapat mengukuhkan lagi institusi atau organisasi tersebut. PENAUNG Institusi atau organisasi yang menggalak, menyokong dan mengembangkan lagi seni visual melalui penyertaan dan sumbangan seperti penaja, art-organizers, galeri seni.

2. PENGAMAL Individu, kumpulan, institusi atau organisasi yang giat menghasilkan seni visual dan barangan seni (art works/art objects) diperingkat tempatan dan sejagat seperti pusat kraf, tokoh, pelukis, adiguru, pandai tukang, penduduk seni dan lain-lain. 3. PENCINTA & PENGKRITIK Individu atau kumpulan yang mempunyai kecenderungan dan minat terhadap seni visual(art lovers) dan turut terlibat dalam berbagai kegiatan seni. Individu atau institusi yang memperkatakan hasil seni visual melalui penulisan atau lisan dengan membuat analisis, interpretasi dan judgement seperti art critics, art historian, curators dll Perbincangan (kumpulan) 1. Jelaskan pengertian seni visual mengikut aliran yang berikut: a.Tradisi b.Modenisme c.Pascamodenisme 2.(a) Jelaskan tiga komponen penting dalam reka bentuk sebuah poster. (b) Terangkan peranan poster sebagai pemangkin komunikasi yang berkesan dari aspek yang berikut: i. pemujukan ii. propaganda iii. pemberitahuan

Bahagian B (esei) Antara peranan sosiologi yang terdapat dalam seni visual ialah propaganda dan pemujukan. Bandingkan keduadua peranan tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 3

Bincangkan organisasi yang memainkan peranan dalam perkembangan seni visual di Malaysia. 1.Jelaskan peranan sosiologi seni visual dari aspek berikut: (a)Nasionalisme (b)Persekitaran (c)Propaganda 2. Seni Visual mempunyai peranan psikologi. Terangkan secara ringkas pengertian aspek psikologi berikut ; (a)Kreativiti (b)Sensitiviti (c)Emosi (d)Ekspresi IDEA - Definisi Frank Cheatham, Jane Cheatham & Sheryl Haler (1983) Idea dapat dipecah kepada beberapa unsur asasnya yang boleh secara berasingan. Unsur-unsur tersebut awareness, interpretasi, penerokaan dan penggarapan. Peranan idea dalam seni Seni ialah satu bahasa untuk komunikasi, sama ada pengertiannya melibatkan peringkat pribadi mahu pun sosial. Idea menyatakan hasrat, lantas menjadi dasar kepada komunikasi. Kuat idea kuatlah daya komunikasi. Mengenali dan memahami idea Kemampuan manusia berfikir membolehkan ia mencari isi(perkara) kepada pemikiran. Setelah mantap isi tersebut terungkap sebagai konsep. Konsep adalah pengertian umum(generic) atau formal tentang sesuatu perkara atau keperihalan. Manakala idea di dalam seni adalah khusus. America Heritage Dictionary Idea itu adalah: 1.Satu arketaip 2.Reprentasi mental yang membentuk objek pemikiran 3.Rangka,pelan,skim atau kaedah 4.Intisari kepada situasi tertentu; signifikan Idea & Visualisasi Pembentukan idea sebagai satu reprentasi mental membentuk objek pemikiran bermula dengan fikiran. Peranan seniman berorientasikan visual. Proses visualisasi hanya diperolehi melalui himpunan fikiran yang ada(lepas). Visualisasi adalah hasil dari idea. Kaedah penjanaan idea Oleh kerana idea adalah butir pemikiran, ia dihimpun dari daya pemikiran seseorang, kesan dari berbagai tahap penglibatan psikologi persepsi, emosi dan intelek. 4

Sumber idea Dalam proses pengkaryaan, idea boleh dihidupkan melalui berbagai cara, melalui rujukan dari berbagai sumber seperti: 1.Homages dorongan dari semangat menghargai tuan/pendewaan/idola/ikonogi 2.Media masa zaman maklumat, e.g. McLuhan medium is a message. Seni propaganda 3.Pemerhatian persepsi dan ilusi, alam benda. 4.Persekitaran alam semulajadi dan alam buatan,e.g. landskap 5.Peristiwa mitos, sejarah, semasa, exotic 6.Imaginasi alam pribadi, idiosyncracy(cara pemikiran atau kelakuan yang khusus), mistik & eccentricity(keanehan/keganjilan) 7.Pengalaman kesan sensitiviti terhadap apa yang di alaminya sama ada dari persekitaran diri mahu pun alam sekeliling. Dinukil dan dihidupkan dengan berbagai kesedaran baru tentang ciri masyarakat. 8.Imbauan(reflection) mimpi, ingatan lampau: pahit, manis dsb untuk dirakam. TEKNOLOGI & IDEA Penciptaan melibatkan kedua-dua aspek pengolahan isi dan kaedah Dari situ muncullah pengertiannya dari adunan idea & teknik. Teknik merangkumi bahan dan penggubahan bahan melalui pendekatan dan peralatan. Dirujuk sebagai keserasian idiom & medium dalam membentuk dan merealisasikan stail PENGUCAPAN SENI VISUAL Menyarankan penggunaan bahasa Seni adalah satu bahasa (Goodman,1976) Butir kandungannya diungkap bagi memenuhi sesuatu hasrat dan maksud untuk disampaikan(presentasi) Mesej seni boleh dipersembahkan dalam imej untuk maksud dialog dan naratif

Dialog Membawa kesan perhubungan langsung antara penonton dengan imej Contoh: imej ugama yang dipersembahkan secara berdepan (frontal) seperti dalam seni Gereja Zaman Pertengahan, Patung Buddha, Hindu dsb Naratif Maksud penghuraian, penceritaan dsb Contoh: seni lukisan Mesir dan patung Wayang Kulit FORM Form sebagai unsur konkrit kepada pecahan unsur-unsur tampak. Pengolahan bentuk boleh menonjolkan sikap dan worldview Konsep ruang Ruang negatif sebagai menegaskan objek gambaran dalam lukisan Ruang sebagai unsur positif:Fauvisma Ruang sebagai agen aktif; e.g. Daya ruang dalam Reclining figure Henry Moore 5

Konsep ruang Ruang sebagai agen dinamik: Futuristik & Mobile oleh Alexander Calder Ruang ilusi dan fizikal dan masa: Futurist dan Seni installation(pemasangan), 4-Dimensi Media & Teknik Usaha untuk menegaskan makna memerlukan tindakan penggayaan bahan yang boleh memberi kesan tertentu seperti kesuasanaan, dramatis, kehebatan dll Contoh: Konsep cahaya dan pengolahannya. Perlambangan (simbol visual halo enlightenment dan suci) Simbol fizikal stained glass, The Ectasy of St Theresa. SFUMATO 2. Semantik Berlawanan dengan sintaktik, penekanannya adalah kepada pengertian dan makna berdasarkan kandungan. Bentuk hanya sebagai penyampai (vehicle) kepada maksud. Lebih mengutamakan pengertian konteks dari stail. Kontras transisi warna tidak ketara Tenebrisma lBahasa latin bermaksud kegelapan (darkness) Pengolahan Pengucapan SVlOsborne (1979) mengupas seni yang dikatakannya boleh menyampaikan tiga bentuk maklumat: 1.Sintaktik 2.Semantik 3.Ekpresif 1. Sintaktik Penekanan kepada penghuraian tentang ciri struktur dan bentuk serta pernyataan bahan. Ia tidak meletakkan kandungan (content) sebagai unsur penting. Cenderung kepada pendekatan intelektual dalam pengkaryaan. Forms as forms

3. Ekpresif Penekanan kepada penyampaian rasa dan perasaan dari gubahan dan jalinan sintaktik dan semantik. Gaya penampilan Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan. Umumnya, terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah kepada penekanan emosi, atau intelek, iaitu imitasi, idealisasi, stailisasi dan abstraksi.

IMITASI Lebih kepada penggunaan aliran naturalisma, realisma & superrealisma. Idealisasi Terdapat banyak pada imej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula untuk maksud menyampaikan rasa keunggulan, penataan secara hieratik, melibatkan exaggeration sama ada dari aspek idea mahu pun form. Stailisasi Pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan. Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues) E.g, gambar dalam motif Abstraksi Perlambangan untuk aspek mujarad bagi maksud interpretasi tentang perkara yang bukan objek. Sasarannya lebih mengutamakan aspek yang elemental (asas/awal) dan primeval (dahulu kala).