1.0 1.1
PENGENALAN Akal yang sihat datang daripada jasmani yang sihat dan rakyat yang sihat pula
menjadi nadi kemajuan negara. Ini adalah petikan ucapan YAB Perdana Menteri dalam ucapan bajet 2010 yang mana kerajaan sentiasa cakna akan tahap kesihatan rakyat. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) sebagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan tahap kesihatan masyarakat sentiasa berada di tahap yang optimum, perlu proaktif dan inovatif dalam merancang dan mengimplementasikan program-program kesihatan yang berkaitan. 1.2 Selaras dengan visi Pelan Kesihatan Kebangsaan iaitu untuk memperkasakan
individu, keluarga dan komuniti serta memberi penekanan terhadap kesejahteraan rakyat dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat, maka kertas cadangan ini diwujudkan berpegang kepada prinsip Mencegah Lebih Baik Dari Merawat. 1.3 Program-program mencegah dan mengawal penyakit kronik telah sedia wujud
tetapi tidak disempurnakan dengan efektif dan komprehensif, selain aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih tertumpu di klinik kesihatan. Tambahan pula program yang sedia ada kebanyakkannya lebih bergantung kepada anggota kesihatan untuk meneruskan kelangsungannya. Oleh kerana bilangan anggota kesihatan yang sangat terhad, komuniti perlu diperkasakan untuk sama-sama memainkan peranan dalam mencegah dan mengawal kejadian penyakit kronik.
2.0
TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon agar pihak atasan menimbang dan bersetuju dalam melaksanakan program intervensi bersepadu penyakit tidak berjangkit di komuniti bagi mengurangkan risiko dan kejadian penyakit tidak berjangkit.
3.0
OBJEKTIF
Objektif Program Intervensi Bersepadu Penyakit Tidak Berjangkit Di Komuniti adalah: 3.1 memperkasakan anggota komuniti supaya mengamalkan gaya hidup sihat bagi tujuan pencegahan penyakit tidak berjangkit; 3.2 meningkatkan tahap kemudahcapaian masyarakat perkhidmatan pencegahan penyakit tidak berjangkit; pendalaman kepada
3.3 mewujudkan satu program bersepadu yang efektif dan mampan di peringkat komuniti bagi pencegahan penyakit tidak berjangkit; 3.4 memperkukuhkan program promosi kesihatan dan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit; 3.5 meningkatkan kesedaran tentang kesihatan diri, kesihatan persekitaran, aspek kebersihan dan keselamatan; 3.6 memperkukuhkan program saringan kesihatan kepada penduduk dan komuniti bagi mengesan penyakit tidak berjangkit terutamanya diabetes dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, obesiti, merokok dan pengambilan alkohol; 3.7 untuk mengenalpasti mereka yang digolongkan dalam kategori boderline dan seterusnya menyediakan pakej intervensi dengan penggunaan modul terpilih; 3.8 3.9 3.10 membuat tindak susul kepada mereka yang telah diintervensi; memperkukuhkan program intervensi penyakit tidak berjangkit; meningkatkan kolaborasi antara pelbagai agensi kerajaan dan swasta;
3.11 memberi input teknikal dan latihan kepada penduduk dan komuniti bagi menjalankan aktiviti dengan berkesan;
4.0
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN
4.1
pembabitan semua pihak dan semua anggota pemberi perkhidmatan perlu digerakkan, mengadakan mesyuarat atau perbincangan dengan pelbagai agensi, memberi ceramah, taklimat dan sebagainya yang bertujuan untuk memaklumkan mengenai perubahan tingkah laku sihat yang dikehendaki untuk diamalkan oleh komuniti. Dalam soal intervensi atau perlaksanan, jawatan kuasa akan menjadi perantara dan peneraju serta berusaha mendapatkan pembabitan semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung. Pembabitan ini juga boleh dibuat bersama oleh pihak pihak tertentu termasuk pihak swasta dan orang perseorangan.
4.2
merancang apa-apa program / aktiviti untuk masyarakat sekeliling. Perlaksanaan ini diharapkan dapat dilakukan dengan berkesan. Dalam mengetahui impak pula merupakan proses terakhir, kita perlu membuat penilaian yang terperinci akan keberkesanan program. Semua ini akan dinilai bagi memastikan segala perancangan dan idea dapat mencapai matlamat dan objektifnya. Dengan ini, kita dapat mengetahui sejauh mana penerimaan dan kehendak masyarakat atau kumpulan sasar.
4.3
Selari dengan konsep 1 Malaysia, memperkasakan masyarakat akan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan
mewujudkan
keutamaan rakyat. Selain daripada itu, memperkasakan masyarakat juga bermakna tindakan pencegahan ini dibawa hampir kepada tempat tinggal mereka. Ini amat bermakna terutama masyarakat yang jauh di pendalaman. Melalui konsep
4.4 i.
Rasional program ini: telah terbukti masyarakat / komuniti mampu melaksanakan tugas kuratif dengan
cara sukarela dan ini bermakna jika tindakan preventif diutarakan, sudah tentu mereka mampu melaksanakan. ii. membawa program ini ke dalam komuniti dapat menjimatkan masa, kewangan
kerana selama ini modul-modul ini hanya dilaksanakan di klinik kesihatan. iii. kejayaan modul preventif ini akan mengurangkan kejadian penyakit yang
memerlukan rawatan dan dengan itu penjimatan kewangan kerajaan dapat dilakukan. iv. melalui konsep memperkasakan masyarakat ini lebih menjamin kesinambungan
5. 5.1
METODOLOGI Konsep: i. Advokasi dan promosi: kesedaran komuniti dan pihak berkaitan
Penubuhan Jawatankuasa Intervensi Bersepadu Peringkat Lokaliti Pemilihan, lantikan dan latihan fasilitator (sukarelawan/champion) Sokongan teknikal dan penyeliaan berkala oleh anggota klinik kesihatan Pelancaran/perasmian
5.2
Modul Saringan: i. ii. iii. iv. v. Pengambilan biodata, sejarah kesihatan dan sejarah keluarga Saringan risiko kardiovaskular Saringan kesihatan mental : DASS 21 Saringan ketagihan tembakau (Fagestrom) Saringan pengambilan alkohol : AUDIT(optional)
5.3
5.4
Pakej Intervensi
Intervensi Kardiovaskular Intervensi Minda Sihat Intervensi Berhenti Merokok Intervensi Sihat tanpa Alkohol
5.5
Pemantauan i. ii. iii. dokumentasi data kesihatan saringan ulangan selepas intervensi (6 bulan) Penyeliaan teknikal oleh anggota KK terdekat secara berkala: -teknik ceramah -demonstrasi masakan -aktiviti fizikal, -teknik relaksasi, urutan dll
5.6 Bil
Analisa Modul Data sosiodemografi Indikator 1.Jantina 2.Bangsa 3.Pekerjaan 4.Tahap pendidikan 5.Faktor risiko Sasaran komuniti Komuniti Kpg Paya
1.
Intervensi Kardiovaskular
1.BMI(turun 0.5kg/week) 2.Glukos darah kekal borderline atau turun 3.BP kekal borderline atau turun 4.Kolestrol kekal atau turun
2.
kemahiran
3.
2.Bilangan klien berhenti merokok 1.Sihat tanpa alkohol 2.Tidak minum hari-hari 3.Tidak mabuk minum sampai
4.
5.6 i.
Cadangan Perlaksanaan Taklimat perlaksanaan program kepada komuniti yang dipilih dan kakitangan yang berkaitan.
ii.
Penubuhan jawatankuasa diperingkat komuniti di daerah berkaitan dengan penglibatan PZM , Pegawai Pendidikan Kesihatan dan Pegawai Perubatan dan
Kesihatan serta ketua unit klinik kesihatan terdekat. iii. Mengenalpasti tempat untuk dijalankan Projek Intervensi Komuniti bagi daerah contohnya di balairaya. iv. Mengadakan soft launching bagi tujuan kesedaran masyarakat dengan melibatkan Ahli Parlimen/ADUN atau Pengarah Kesihatan negeri. v. Mengadakan saringan yang melibatkan saringan kardiovaskular, saringan kesihatan minda sihat, alkohol(di mana relevan) dan merokok. vi. Menjalankan aktiviti intervensi kepada mereka yang mempunyai risiko dengan menggunakan pakej modul bagi setiap faktor yang disaring. vii. Perlaksanaan intervensi boleh dilakukan samada dengan penggunaan kakitangan kesihatan (PZM,HEO dan Pegawai Perubatan dan Kesihatan) pada permulaan program dan kemudian melatih mereka dari komuniti yang telah berjaya dalam program ini sebagai fasilatator. viii. Perlaksanaan intervensi boleh juga dengan menggunakan sukarelawan pada peringkat permulaan tetapi mereka perlu diberi latihan terlebih dahulu. ix. Menyediakan pakej atau prasarana bagi menambah keberkesanan Projek Bersepadu Intervensi Komuniti ini seperti:
Mewujudkan aktiviti-aktiviti senaman seperti senamrobik/tai-chi Menyediakan pamphlet bagi membantu masyarakat dalam
menjalankan aktiviti x. Membuat pemantauan secara berkala bagi tujuan mengetahui perkembangan seterusnya projek ini. xi. Penyediaan serta pembekalan buku khas bagi setiap individu bagi memantau perkembangan. xii. xiii. Penyediaan infrastruktur (jika perlu) Aktiviti susulan bagi menilai impak
6.0 Bil. 1.
yang
royong pembersihan kawasan 2. Jumaat malam : Aktiviti bersama masyarakat (ceramah, dll) 3. Sabtu : - 10,000 langkah - Gotong royong penyediaan makanan
4. Penyampaian hadiah : - COMBI Kg Paya - Wargaemas paling tua menyertai 10,000 langkah - Penyerahan Sijil Lantikan fasilitator Intervensi NCD Penyerahan sumbangan swasta (peralatan sukan), jika ada 2. Saringan Dan Intervensi (Pemantauan Berkala) RM 32,000 1.Saringan RM 5,000 2.Promosi (RM27,000) 2.1 Demostrasi Masakan (setiap minggu) 2.2 Nutrition Labelling (in all community meetings & gatherings) 2.3 Flip Chart 2.4 Poster 2.5 Track 10,000 Langkah & Mesej sepanjang track 2.6 Bunting bermesej 2.7 Senamrobik / Taichi (setiap minggu) 2.8 Khutbah Jumaat 2.9 Billboard Larangan Merokok di Masjid &
4.
Jumlah
RM 50,000