Anda di halaman 1dari 64

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

KESALAHAN TATABAHASA KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA 1. Kesalahan ejaan 2. Kesalahan tanda baca 3. Kesalahan imbuhan 4. Kesalahan hukum tatabahasa 5. Kesalahan struktur ayat 6. Kesalahan kata majmuk 7. Kesalahan kata sendi nama 8. Kesalahan ayat pasif

Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan dengan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu, tambahan pula pada masa itu hujan renyai-renyai dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi burung hantu dan ketukan dari kawasan perkuburan itu.
Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datangnya bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan dengan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu, orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan.

Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami, ingatkan Pak cik ni hantu tadi, Pak cik, pak cik, buat kami terkejut aje".
Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya : "Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??" Tiba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah...

"Bodoh betul dia orang ni ! Dia orang salah eja nama aku !"

1. Kata nama dan frasa nama - Ramai pelajar-pelajar - Kebanyakan negara-negara. - Pelajar-pelajar USM. - Para-para atlet. - Rakyat-rakyat Malaysia. 2. Ganti nama tanya apa dalam ayat penyata. - Apa yang anda saksikan sebentar tadi . - Apa yang mengganggu fikirannya. . - Apa yang menjadi masalah .. . 3. Kata ganti nama ia dan nya sebagai kata ganti nama diri yang ketiga. -terdiri daripada beberapa unsur .

4. Kata Pemeri - ialah FN + FN ( Subjek dan Predikat ) Contoh: Thailand adalah jiran Malaysia. Sepatutnya: Thailand ialah jiran Malaysia.
- adalah FN + FA dan FN + FS Contoh: a. Bangunan KOMTAR adalah tinggi. b. Surat ini adalah daripada Kementerian Kesihatan. - Kata pemeri tidak boleh dimasukkan dalam FN + FK Contoh: a. Adalah dimaklumkan bahawa pemohonan tuan telah ditolak. b. Tuan-tuan adalah dijemput untuk menikmati jamuan.

Kata Sendi nama dan Frasa Sendi nama. a. Kata sendi nama di ( pengertian geografi dan arah sahaja tidak boleh masa) - Ahmad berada di kedai runcit itu. - Rumah Aminah terletak di kiri jalan itu. - Di zaman Jepun, ramai orang yang menderita. b. Kata sendi nama pada ( keterangan waktu dan tempat bukan geografi/ruang ) -Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. -Notis itu ditampal pada papan kenyataan. c. Kata sendi nama dari ( menyebut tempat, arah, masa dan waktu ) - Ayah dan ibu bari sampai dari Kota Bharu. - Bola itu ditendang dari penjuru padang. - Dia tidak berhenti menulis dari pukul 12.00 tengah malam tadi. d. Kata sendi nama daripada (menyebut asal kejadian, abstrak dan perbandingan) - Tali pinggang itu diperbuat daripada kulit buaya. - Kejayaan itu diperoleh daripada usaha yang gigih. - Kain sutera itu lebih mahal daripada kain kapas. e. Kata sendi nama ke (menyebut tempat, arah dan waktu) - Mereka akan bertolak ke Pulau Pinang esok. - Burung-burung itu terbang ke selatan. (Kata sendi nama ke juga digunakan untuk mengimbangi kata sendi nama dari - dari hati ke hati, dari semasa ke semasa, dari penjuru kiri ke penjuru kanan.

f.

Kata sendi nama sebagai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hubungan antara frasa nama dengan kata kerja sebelumnya dengan menggunakan perkataan seperti kesan, akibat, hasil, bukti, tindak balas dan seumpamanya. a. Ahmad dipilih sebagai ketua rombongan itu. b. Rakyat Palestin menderita sebagai akibat kekejaman Zionis. b. Penduduk dunia bertambah sebagai hasil kemajuan dalam bidang perubatan.

g. Kata sendi nama dalam ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak) a. Dalam kalangan pelajar itu, dialah yang paling baik. b Dalam hal ini, kita semua telah bersepakat. ( Kata dalam juga digunakan sebgai kata adjektif ) Contoh: Sungai itu sangat dalam.

h. Kata sendi nama di dalam ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang konkrit) a. Mereka belajar di dalam Makmal Bahasa 2. b. Dia kehilangan kad pengenalan semasa di dalam bas.
i. Kata sendi nama untuk ( digunakan untuk menyatakan tujuan) a. Derma untuk anak yatim itu sedang dipungut. b. Dia menelefon kepada polis untuk melaporkan kemalangan itu.

j. Kata sendi nama bagi ( menyatakan maksud bukan untuk tujuan ) a. Bagi kami, kalah menang memang adat pertandingan.

j. Kata sendi nama akan ( digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang menyatakan perasaan kasih, benci, sayang, takut dan seumpamanya) Kata sendi nama akan tidak boleh disingkatkan menjadi kan atau digabungkan dengan kata adjektif sebelumnya. a. Saya sayang akan keluarga saya. b. Orang Malaysia gemar akan buah durian. k. Kata sendi nama di antara ( kedudukan kata arah yang ada jarak ruang fizikal ) a. Jambatan itu terletak di antara Georgetown dengan Butterworth. b. Dia duduk di antara Ahmad dan Aminah.

l. Kata sendi nama antara i. membuat perbandingan diikuti dengan kata dengan bukannya dan . a. Antara Johor dengan Singapura ada banyak persamaan.

ii. diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. a. Antara lagu persembahannya ialah Dondang Sayang dan Joget Lambak.
iii. mengikuti kata nama yang mengalami penggandaan separa. a. Mereka berbincang antara adik beradik. iv. diikuti oleh kata bilangan tentu dan tak tentu. a. Perhubungan antara kedua-dua negara itu bertambah baik. b. Mereka adalah antara beberapa pelajar yang cemerlang. v. diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita, -nya. a. Antara kita semua ada banyak persamaan. b. Ramai antara mereka telah keluar daripada parti.

Kata sendi nama oleh , kerana, dan oleh sebab ( tidak boleh digunakan sebagai oleh kerana ) ( oleh sebab boleh dipendekkan menjadi oleh tetapi tidak boleh dipendekkan menjadi kata sebab kerana sebab ialah kata nama ). a. Dia dihukum oleh guru kerana kenakalannya. b. Oleh sebab kelaparan, dia sanggup mencuri. Contoh ayat : 1. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti sebab kematian pesakit itu.

2. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti kerana kematian pesakit itu.

KESALAHAN UMUM STRUKTUR

A.

Besar kemungkinan projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan. Kemungkinan besar projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan.

B. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala RM 3000 untuk penerima hadiah khas. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala penerima hadiah khas bernilai RM 3000 . C. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja. Soal ini juga urusan rakyat. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja. Soal ini urusan rakyat juga. D. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 18 Ogos hingga 27 Nov.2006 Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 18 Ogos hingga 27 Nov.2006

E. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. (Engkau, kamu)Bersembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.

KESALAHAN UMUM TANDA BACA 1. Tanda sempang ( - )


a. Awalan se diikuti oleh Kata nama Khas ( huruf awalnya huruf besar) Contohnya: se Malaysia, se - Nusantara b. untuk menulis kata ulang ( kata Ganda ) Contohnya: anak-anak, gunung-ganang c. untuk memperjelaskan ungkapan Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi. d. untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama ( bentuk terikat diikuti dengan kata nama khas) Contohnya: anti-Amerika, hamba-Mu, pro-Iran, rahmat-Nya e. untuk merangkaikan imbuhan ke dengan angka Contohnya: ke 20 ( kedua belas), ke- 2000 (kedua ribu) f. untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun akhiran an Contohnya: tahun 90-an ( tahun sembilan puluhan) g. untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkaikata setara tertentu/rangkai kata istilah/kata majmuk. Contohnya: alat pandang-dengar

1. Bila / Apabila

2. Antara / di antara
3. Bermula / Mulai 4. Dalam / di dalam 5. Apa / apa-apa 6. Boleh / dapat 7. Berasa / merasa 8. Rindu akan / rindukan

9. Di mana / ianya 10. Di zaman / pada zaman 11. Oleh kerana / oleh sebab
12. Di kalangan / dalam kalangan

13. Selain daripada itu / selain itu

14. Mengenai / tentang / terhadap 15. Ialah / adalah / merupakan


16. Suatu / sesuatu / satu

17. Menghadiahkan / menghadiahi


18. Bagi / untuk / demi

19. Berbagai / pelbagai / berbagai-bagai


20. Yang mereka hasilkan / Yang dihasilkan oleh mereka 21. Yang saya baca / Yang dibaca oleh saya 23. Kami tidak akan lupakan / Tidak akan kami lupakan

24. Adakah / apakah


25. Bukan / tidak

26. pedalaman / pendalaman


27. banyak / ramai 28. Dia senyum kepada saya ../ Dia tersenyum kepada saya.. 29. Dia memberikan saya sebatang pen./ Dia memberi saya sebatang pen. 30. Saya bertemu Ali / saya bertemu dengan Ali 31. Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. 32. Soalan inilah paling sukar sekali. 33. Berdasarkan pada keterangan itu.

34. Jawaban / jawapan 35. semakin kecil / semakin mengecil.


36. berbanding dengan. / jika dibandingkan dengan..

37. Saling membantu / saling bantu -membantui


38. Merbahaya / berbahaya 39. Kamu ingin bertemu dekan esok

40. Surat itu saya akan balas


41. Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu 42. Kami membincangkan tentang masalah itu 43. Para hadirin sekalian diminta berdiri.

44. Buku cerita itu ada dengan Haryati.


45. Penghawa dingin / pendingin hawa 46. Temu janji / janji temu

47. Beliau ditahan lokap untuk membantu siasatan 48. Tokoh Korporat itu mempunyai banyak kereta mewah.
49. Bintang-bintang berkerdipan di langit.

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya'Allah pun pak cik tak sebut?". Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

KESALAHAN UMUM TATABAHASA 26 contoh kesalahan penggunaan kata 1. bila / apabila bila Merupakan sejenis kata tanya yang merujuk kepada masa Hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sahaja Contoh ayat: Sampai bila kamu akan terus begini? apabila Merupakan kata hubung yang menghubungkan ayat besar dengan ayat kecil dan digunakan dalam ayat penyata sahaja. Contoh ayat: Mereka sungguh gembira apabila menerima berita itu 2. antara / di antara Antara (i) menunjukkan perbandingan, kata nama Contoh ayat: Banyak perbezaan antara Ali dengan Abu. (ii) mengikuti kata nama yang tidak perlu diulang Contoh ayat: Antara lagu yang dipersembahkan ialah dikir barat di antara - menunjukkan ruang / jarak yang konkrit Contohnya ayat: Bangunan itu terletak di antara bank dengan pasar.

3. bermula / mulai bermula bentuk kata kerja tak transitif Contoh : Ekspo kampus akan diadakan bermula pada hari Ahad ini. mulai (i). bentuk kata kerja pasif yang pelakunya terdiri daripada ganti nama diri pertama dan kedua Contoh : Dia mulai majlis ini dengan bacaan doa. (ii). Menunjukkan ayat perintah Contoh : Anda boleh mulai menjawab kertas peperiksaan sekarang. 4. dalam / di dalam dalam (i). kata sendi nama yang digunakan sebagai kata adjektif Contoh ayat: Lombong itu sangat dalam. (ii). Digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak Contoh: Dalam hal ini kita tidak boleh bertindak membabi buta. di dalam - digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang konkrit Contoh: Di dalam rumah itu terdapat perabot yang mahal-mahal.

5. apa / apa-apa

apa merupakan kata ganti nama tanya dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata Contoh : Apa gunanya anda datang ke sini?
Apa-apa merupakan kata nama am- sesuatu, segala apa Contoh: Mintalah apa-apa sahaja yang anda suka.

6. boleh / dapat
boleh menyatakan keizinan atau kebenaran Contoh: Negara itu tidak boleh dilawati kerana berlaku peperangan. Dapat menyatakan keupayaan atau kesanggupan Contoh : Dia tidak dapat datang kerana banjir.

7. berasa / merasa

berasa mempunyai atau memperoleh rasa ( terutama yang dialami oleh badan) Contoh: Kedua-dua kakinya berasa lenguh dan kebas.
Merasa mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah. Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu. 8. Oleh kerana Penggunaannya adalah salah. Kata oleh dan kata kerana ialah kata sendi dan tidak boleh digabungkan bersama-sama. Oleh sebab Penggunaannya adalah betul. Kerana kata oleh ialah kata sendi nama Manakala kata sebab ialah kata nama.

9. di kalangan / dalam kalangan di kalangan penggunaanya adalah salah. Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan Jadi adalah salah kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan atau di golongan. dalam kalangan penggunaannya adalah betul. Iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan

10. selain daripada itu / selain itu


selain daripada itu Kata sendi nama ini salah kerana perkataan selain dan daripada kedua-duanya merupakan kata sendi nama. Begitu jugalah perkataan selain dan dari atau selain dari itu adalah salah. Jadi perkataan Selain itu adalah tepat dan gramatis

11. di zaman / pada zaman Perkataan di zaman adalah salah dari segi tatabahasa Perkataan ini hanya digunakan dalam sastera/penulisan kreatif sahaja. Penggunaan perkataan pada zaman adalah tepat dan gramatis Kata sendi nama pada merujuk kepada masa/waktu dan tempat. 12. menghadiahkan / menghadiahi Perkataan menghadiahkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah. Contoh: Bapa menghadiahkan basikal kepada adik. Perkataan menghadiahi bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang. Contoh: Bapa menghadiahi adik sebuah basikal.

13. rindukan / rindu akan Perkataan rindukan adalah salah sepatutnya rindu akan kerana sebarang perkataan yang membawa maksud perasaan/emotif seperti marah, sayang, benci, rindu perlu diikuti dengan kata sendi nama akan. Contohnya: perkataan rindu akan bermaksud rindu buat, rindu pada, rindu untuk (perkataan rindukan hanyalah bentuk bahasa lisan )

14. dari sudut / daripada sudut Perkataan dari digunakan untuk menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contohnya: dari kanan, dari Pasir Mas, dari subuh. Perkataan daripada digunakan untuk menyatakan punca, sumber, dan perbandingan. Contohnya: daripada beruang, daripada logam, daripada harga barangan. Jadi perkataan dari sudut adalah tepat dan gramatis.

15. perlaksanaan / pelaksanaan


Kata perlaksanaan bermaksud hasil melaksanakan. Contoh: _ _ _ _ _ meninjau perlaksanaan projek Kata pelaksanaan bermaksud perbuatan melaksanakan. Contoh: Pelaksanaan KBSR sedang dijalankan_ _ _ _ 16. ialah / adalah / merupakan Kata ialah hadir di hadapan frasa nama secara persamaan/ekuatif. Contoh: Dia ialah seorang pensyarah/ Dia pensyarah Kata adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh: Dia adalah sangat peramah/ Dia peramah

Kata merupakan bermaksud menggambarkan sesuatu perkara dan bukannya kata pemeri tetapi kata kerja transitif.

17. mengenai / tentang/ terhadap


Perkataan mengenai bermaksud kena pada Contoh: Bola itu mengenai tiang gol. Perkataan tentang bermaksud berkenaan dengan Contoh: Kuliah ini berkisar tentang tatabahasa bahasa Melayu Perkataan terhadap bermaksud rujukan/berkenaan Contoh: Kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat 18. bagi / untuk / demi

BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI Antara demi, untuk dan bagi yang mengelirukan
Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ MSIA.( MUNSYI DEWAN DBP)

1. Rakyat Malaysia mestilah bersatu padu demi untuk menjaga kestabilan negara. 2. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan demi untuk mengelakkan daripada kemalangan jalan raya. Kata sendi nama demi membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: 1. Demi kestabilan dan keamanan negara, marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang musuh negara. 2. Rakyat Malaysia mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain demi perpaduan dan kesejahteraan negara. Selain itu, demi digunakan juga sebagai unsur penegas dalam ungkapan atau ayat. Contohnya: Demi Allah, aku tidak akan berlumba haram lagi. Demi cinta suciku, akan kuserahkan jiwa dan ragaku.

Demi juga digunakan dalam ungkapan atau ayat untuk menghasilkan makna urutan satu atau kumpulan. Contohnya: 1. Dia menterjemah perkataan itu satu demi satu. 2. Mereka menang setelah menewaskan pasukan demi pasukan yang sememangnya kuat-kuat belaka.

Kata sendi nama untuk dan bagi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu iaitu menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Contohnya: 1. Rumah untuk/bagi orang tua itu sudah uzur. 2. Kenderaan pacuan empat roda itu untuk/bagi kegunaan rasmi kerajaan negeri sahaja. Selain berfungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu kata sendi nama untuk juga berfungsi menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam konteks ini kata sendi nama untuk tidak boleh ditukar ganti dengan kata sendi nama bagi. Contohnya: 1. Cenderahati itu kubeli khas untukmu. 2. Pakaian itu untuk pelarian Bosnia. Jelaslah, kata sendi nama untuk dan bagi mempunyai makna yang sama tetapi perbezaannya hanya terletak pada penggunaannya dalam ayat. Bagi penutur jati bahasa Melayu ,secara umumnya mereka tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kata sendi nama untuk atau bagi. Hal ini disebabkan oleh rasa bahasa atau intuisi seseorang penutur itu yang dapat membezakan fungsi dan penggunaannya berdasarkan kelaziman dalam pertuturan atau ujaran

19. Yang mereka hasilkan / yang dihasilkan oleh mereka Yang mereka hasilkan salah Sepatutnya mereka menghasilkan_ _ _ _ Yang dihasilkan oleh mereka betul Kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan

20. Yang saya baca / yang dibaca oleh saya


Yang saya baca betul ( ayat pasif kata ganti nama diri pertama) Yang dibaca oleh saya salah Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh dipasifkan Hanya kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan

21. kami tidak akan lupakan / tidak akan kami lupakan


kami tidak akan lupakan salah sepatutnya- kami tidak akan melupakan budi baik(Ayat aktif) tidak akan kami lupakan betul ( Ayat pasif )

22. berbagai / pelbagai / berbagai-bagai Perkataan berbagai bermaksud tandingan atau saingan. Perkataan pelbagai bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis Perkataan berbagai-bagai bermaksud berjenis-jenis Jadi disyorkan penggunaan perkataan pelbagai dalam kebanyakan hal dan dianggap lebih ekonomik.

23. mengandungi banyak protein / banyak mengandungi protein

mengandungi banyak protein salah mengandungi protein yang banyak betul banyak mengandungi protein - betul
24. penggunaan kata majmuk Kata majmuk mengandungi dua kata dasar atau dua morfem bebas atau lebih. Namun begitu terdapat beberapa kata majmuk yang utuh dan mantap dan dieja sabagai satu perkataan. Contohnya: antarabangsa sukacita kakitangan pesuruhjaya suruhanjaya matahari bumiputera dukacita kerjasama setiausaha tandatangan jawatankuasa beritahu sukarela warganegara tanggungjawab

BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI " Di manakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ?

Hukum Aneksi Persona Bahasa Melayu


Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ MSIA(Munsyi Dewan DBP) Salam bicara bersama Munsyi, Bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah Munsyi merenung seketika, teringatlah Munsyi akan beberapa peristiwa bahasa yang tidak dapat Munsyi lupakan. Namun begitu, pada kali ini Munsyi ingin berkongsi satu peristiwa yang Munsyi alami sendiri ketika bersama-sama pelajar asing dari luar negara yang begitu berminat belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu. Katanya " Dimanakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ? Tersentak juga Munsyi apabila mendengar soalan yang sedemikian apatah lagi pertanyaan itu datangnya daripada pelajar asing yang tidak Munsyi sangka-sangkakan tahu akan adanya hukum aneksi persona dalam bahasa Melayu. Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada beberapa hukum tatabahasa yang begitu penting dalam bidang sintaksis atau binaan ayat. Namun begitu terdapat dua hukum yang sering digunakan iaitu hukum DM ( diterangkan dan menerangkan) dan hukum aneksi persona. Hukum DM merujuk kepada frasa atau struktur sesuatu perkataan atau ayat iaitu 'diterangkan' mendahului 'menerangkan' Sebagai contohnya dalam frasa buku tebal, rumah panjang atau kereta besar. Kata adjektif atau kata sifat tebal, panjang atau besar yang menerangkan kata nama buku, rumah atau kereta tidak boleh didahulukan menjadi tebal buku, panjang rumah atau besar kereta seperti struktur bahasa Inggeris.

Hukum aneksi persona pula ialah hukum pembentukan frasa dengan kata kerja pasif yang tidak boleh dipisahkan atau disisipkan dengan sesuatu kata yang lain. Sebagai contohnya:

a. Buku itu kamu sudah baca ( x ) Buku itu sudah kamu baca. ( /) b. Alasan itu saya tidak dapat terima ( x ) Alasan itu tidak dapat saya terima ( / )
Dari segi hukum aneksi persona, dua patah kata iaitu kamu baca dan saya terima. merupakan bentuk paduan aneksi atau bentuk frasa yang terikat erat tidak boleh terpecah ikatannya oleh sebarang sisipan seperti sudah dalam ayat a. atau dapat dalam ayat b. Sekiranya ayat a. dan b. diterima sebagai ayat yang betul maka kita sudah melanggar hukum tatabahasa dan ayat tersebut juga tidak gramatis atau sempurna kerana ayat atau ujaran yang gramatis dan sempurna mestilah suatu binaan yang terjadi oleh sebab adanya susunan atau struktur tertentu yang menurut ketetapan yang dikenali sebagai sistem atau hukum bahasa. Di sinilah indahnya dan terpesonanya bahasa Melayu kerana tidak mengambil bulat-bulat struktur bahasa lain malah sederhana dalam mengambil kira aspek-aspek yang dapat meningkatkan lagi susunan dan struktur bahasa sehingga menjadi sistem atau hukum bahasa yang mantap, utuh dan berwibawa sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa sejagat. Diharapkan sidang pembaca dan pelajar tadi ( dari negara matahari terbit) faham dan bertambah faham dengan hukum aneksi persona dan terus terpesona dengan bahasa Melayu yang mempesonakan.

Nota: (Perkamusan) persona - istilah bahasa mempesona - menggoda, mengagumkan

Nyatakan dengan jelas perbezaan ayat-ayat di bawah ini. 1. Jalan itu tidak dapat dilalui kerana tanah runtuh. 2. Jalan itu tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh. "Kata bantu "boleh" bermakna "diizinkan atau dibenarkan". Kata bantu "dapat" bermaksud "berupaya atau berpotensi". Sekarang ini kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksud yang sama sehingga ketepatan makna terjejas. Misalnya tidak betul jika kita mengatakan: * Adik saya yang berumur tiga belas tahun "'boleh" memandu kereta, tetapi betul jika kita mengatakan: Adik saya yang berumur tiga belas tahun "dapat" memandu kereta.

26. penggunaan imbuhan menge- ( kata ekasuku) Terdapat banyak kata ekasuku (satu sukukata) dalam bahasa Melayu. Kesemua perkataan ini menerima imbuhan menge- Contohnya: cat - mengecat bukannya mencat cas - mengecas bukannya mencas bom - mengebom bukannya membom pos - mengepos bukannya mempos pin - mengepin bukannya menpin pam - mengepam bukannya mempam * terdapat 118 kata ekasuku dalam perkamusan bahasa Melayu yang aktif dan efektif digunakan secara meluas.

KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.
Kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu: (i). "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan. (ii). "Adalah" diisytiharkan bahawa hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu. (iii). Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu. Ayat-ayat yang salah di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: (i). Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan. (ii). Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya puasa jatuh pada han Rabu. (iii). Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu. Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan. Contoh: (i). Gadis yang pintar itu ialah anak Pak Ahmad. (ii). Pakaian yang dipakai oleh artis itu adalah terlalu mahal.

APAKAH PERBEZAANNYA ANTARA DI ANTARA DENGAN ANTARA,? A. Perkataan antara dapat berfungsi sebagai kata sendi nama. ...antara adik beradik ...antara sektor awam dengan sektor swasta ...antara mereka B. Perkataan antara yang menunjukkan arah atau kedudukan seperti atas, bawah, tengah, depan, belakang, luar,dalam, antara dan seumpamanya. Kata arah antara hanya dapat bergandingan dengan kata sendi nama dalam pembentukan frasanya. i. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. ii. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkat tiga. C. Frasa-frasa Johor Bahru dan Kota Bharu, tingkat dua dengan tingkat lima, Shahrul dengan Shahril , kedua-dua ibu bapanya, boleh mengikuti kata sendi nama antara di dalam ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: i. Antara Johor Bahru dengan Kota Bharu, banyak perbezaannya. ii. Antara tingkat dua dengan tingkat lima,tingkat lima lebih baik kedudukannya. iii. Banyak persamaannya antara Shahrul dengan Shahril. iv. Antara kedua-dua ibu bapanya sudah tidak ada persefahaman lagi.

D. Kata sendi nama antara yang biasanya diikuti oleh kata nama am tidak perlu diulang. Kesilapan yang selalu berlaku ialah kata nama am yang mengikutinya diulang. Contohnya:
SALAH

1. Hubungan politik, ekonomi, kebudayaan dan keagungan wujud di antara wilayah-wilayah ini terus berkekalan sehingga ke hari ini. 2. Di antara jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh USM pada sesi 2004/2005 ialah Bijak Cakna Bahasa. 3. Antara lagu-lagu persembahannya ialah Sayang-Sayang, Getaran Jiwa, Engkau Laksana Bulan...

BETUL 1. ...hubungan antara kedua-dua insan istimewa yang penuh bermakna. 2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya. 3. Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga...

F. kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh kata bilangan tentu (seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan seumpamanya.), kata bilangan tidak tentu (seperti beberapa, semua dan seumpamanya.), dan kata bilangan himpunan (seperti kedua-dua, keenam-enam, beratusratus, berjuta-juta dan seumpamanya').

SALAH 1. ...hubungan antara kedua insan istimewa yang penuh bermakna. 2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara keduanya. 3. Di antara ketiga patukan ini, patukan ketiga... BETUL 1. ...hubungan antara kedua-dua insan istimewa yang penuh bermakna. 2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya. 3. Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga...

G. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya:

1. Antaranya, kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa-apa yang ada, dengan apa-apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. ii. Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial yang melampau sehingga ada yang dibuang daripada parti.

iii. Antara kita, sememangnya banyak yang sama.

KESALAHAN UMUM TATABAHASA


1. HUKUM DM ( Diterangkan dan Menerangkan) Hukum ini mestilah dimulakan oleh inti yang bertindak sebagai unsur yang diterangkan manakala menerangkan bertindak sebagai penerang kepada inti. SALAH a. cili sos b. Jaya Klinik c. lain-lain hal BETUL

2. KATA PENGUAT
SALAH a. sangat tinggi sekali b. paling indah sekali c. amat menakutkan sekali d. terbesar sekali BETUL

3. KATA BILANGAN SALAH


1. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. 2. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

4. PENGGUNAAN di
SALAH a. diSarawak b. di makan BETUL

5. PENGGUNAAN ke SALAH
a. Imran mendapat tempat ke tiga b. Imran mendapat tempat ke 3 c. Kearah melahirkan masyarakat cakna.. d. Kedua ibu bapa saya telah tiada

BETUL

6.PENGGUNAAN adakah/ apakah

Adakah - untuk mendapat jawapan Ya atau Tidak Contoh ayat: Adakah benar cerita awak itu ? Adakah kamu sakit ? Apakah _ untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang khusus. Contoh ayat: Apakah nama haiwan dua alam ? Apakah benda di atas meja itu ?

7. PENGGUNAAN bukan / tidak bukan - diikuti oleh kata nama atau frasa nama sahaja Contoh ayat: Dia bukan adik saya : Lili bukan anak perempuan En. Ahmad tidak diikuti oleh frasa kerja dan frasa adjektif Contoh ayat: Saya tidak pergi ke kuliah hari ini. : Beg itu tidak berat

8. Pedalaman/ Pendalaman
pedalaman pendalaman

9. Penggunaan Kata Adjektif pada bentuk jamak


SALAH (a). Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka. (b). Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka.

10. Penggunaan kata sendi nama pada imbuhan ber___an


SALAH (a). Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan. (b). Bertanyakan tentang khabar berita di kampung.

11.
SALAH a. Hasil daripada kajian ini b. Akibat daripada peristiwa itu.. c. Ekoran daripada kejadian tersebut.. d. Susulan daripada penemuan itu.. e. Kesan daripada penyelidikan ini.. BETUL

BAHAGIAN B : MEMBETULKAN AYAT ( 30 MARKAH ) Arahan: Betulkan ayat-ayat yang berikut dari aspek imbuhan, ejaan kata dan struktur ayat.
1. Krisis ekonomi yang sedang Malaysia dan lain-lain negara Asia hadapi pada masa kini amat memeritkan sekali. Ini kerana pembangunan negara yang terlibat tersebut terbantut. Krisis ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara Malaysia dan negara Asia yang lain pada masa ini amat memeritkan. Hal ini kerana pembangunan negara yang terlibat turut terbantut. 2. Akibat daripada tabiat merokok yang kerap, masalah yang lebih serius seperti kanser paru-paru yang boleh membawa maut akan timbul. Sebagai akibat tabiat merokok yang kerap menyebabkan penyakit kanser paru-paru akan menjadi lebih serius atau membawa maut.

3. Sebagai seorang kanak-kanak saya amat takut sekali dengan mati terutama sekali bila memikirkan tentang ajal saya nanti, hinggakan ini menyebabkan saya mengigau di waktu tidur.
Sebagai kanak-kanak, saya amat takut mati terutamanya apabila saya memikirkan ajal hingga menyebabkan saya mengigau pada waktu malam. 4. Kita pernah kemukakan memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan Jun lalu dan kita telah rangka memorandum itu hasil daripada pandangan mereka yang pakar dalam ekonomi yang dibincangkan bersama.

Kita telah mengemukakan memorandum itu berdasarkan pandangan pakar ekonomi yang berbincang bersama-sama dan kita merangka memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan Jun lalu. 2/5

5. Perpindahan kampus USM Perak ke tapak baru itu dijangka membawa kepada banyak perubahan sosio-ekonomi di kawasan itu yang bersempadan dengan tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Pemindahan kampus USM Perak ke tapak baru itu dijangka menyebabkan perubahan sosioekonomi yang banyak di kawasan itu yang bersempadan dengan tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah

6. Keputusan yang kerajaan ambil untuk memindahkan pusat pentadbiran negara daripada ibukota Kuala Lumpur berpindah ke Putra Jaya akan secara automatiknya menjadikan Kuala Lumpur sebuah kotaraya yang mana akan hanya menumpukan kepada kegiatan-kegiatan dagangan semata-mata.
Keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk memindahkan pusat pentadbiran negara dari ibu kota Kuala Lumpur berpindah ke Putrajaya akan secara automatiknya menjadikan Kuala Lumpur sebuah kota raya yang hanya menumpukan kepada kegiatan dagangan semata-mata. 3/5

7. Mulai daripada sekarang kita tidak lagi akan menggunakan penyataan hujahan yang baik dan hujahan yang tidak baik sebaliknya kita memakai guna hujahan yang sah atau tidak sah. Bermula dari sekarang kita tidak lagi menggunakan penyataan hujahan yang baik dan hujahan yang tidak baik sebaliknya kita akan menggunakan hujahan yang sah atau tidak sah. 8. Anugerah skrin adalah merupakan anugerah yang terbaik sekali anjuran
akhbar Berita Harian dan TV3. Ianya dianugerahi kepada artis Malaysia yang berkebolehan cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua syarat-syarat yang di senaraikan.

Anugerah skrin merupakan anugerah yang terbaik anjuran Berita Harian dan TV3. Ia dianugerahkan kepada artis Malaysia yang berkebolehan cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua syarat yang disenaraikan

4/5

9. Kepimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat. Apa yang amat membimbangkan adalah masalah yang dihadapi golongan ini akan memberi impak ke atas keselamatan dan kemakmuran negara. Kepemimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Yang amat membimbangkan ialah masalah yang dihadapi oleh golongan ini akan memberikan impak/kesan terhadap keselamatan dan kemakmuran negara. 10. Mengikut penulis, ramai yang menyalah tanggapan erti globalisasi dimana mereka mengganggap seluruh dunia ini sebagai sebuah pasaran besar yang tidak bersempadan dan oleh kerana itu batasan politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran. Mengikut penulis, ramai memberikan tanggapan yang salah tentang erti globalisasi iaitu mereka menganggap seluruh dunia ini sebagai sebuah pasaran besar yang tidak bersempadan. Oleh sebab itu batasan politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran. 5/5

PILIH SALAH SATU PERKATAAN YANG BETUL


BIL. 1. 2. 3.

KATA ( A ) ekabahasa engkar e-mail

KATA ( B ) eka bahasa ingkar e-mel

JAWAPAN

RUJUKAN

4.
5. 6. 7.

dailog
delegasi deraf pada alaf

dialog
deligasi draf di alaf

8.
9. 10.

cahaya mata
catitan cendikiawan

cahayamata
catatan cendekiawan m/s : 1/9

BIL. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

KATA ( A ) baik pulih barangkali baucer beli-belah 1800 an acapkali ada pun algebra ambil alih adakala

KATA ( B ) baikpulih barang kali baucar beli belah 1800- an acap kali adapun aljebra ambil- alih ada kala

JAWAPAN

RUJUKAN

m/s : 2/9

BIL. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40.

KATA ( A ) faksimile fax fotostat gambar rajah gelak- ketawa gembleng gotong royong gunatanah gilang-gemilang gantirugi

KATA ( B ) faksimili faxs fotostet gambarajah gelak ketawa gembeleng gotong- royong guna tanah gilang gemilang ganti rugi

JAWAPAN

RUJUKAN

m/s : 3/9

BIL. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47.

KATA ( A ) hakmilik hamba Mu hapus kira hipotesis hirarki engkar ibubapa

KATA ( B ) hak milik hamba-Mu hapuskira hipotisis hierarki ingkar ibu bapa

JAWAPAN

RUJUKAN

48.
49. 50.

iktizam
insuran istirehat

iltizam
insurans istirahat m/s : 4/9

BIL. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60.

KATA ( A ) jana kuasa jawatan kuasa jeket jurukur justru juita kadangkala komersil karenah ke 2

KATA ( B ) janakuasa jawatankuasa jaket juruukur justeru juwita kadang kala komersial kerenah ke- 2

JAWAPAN

RUJUKAN

m/s : 5/9

BIL.
61. 62. 63.

KATA ( A )
lagi pun lalulintas bihun

KATA ( B )
lagipun lalu lintas mihun

JAWAPAN

RUJUKAN

64.
65. 66. 67. 68. 69. 70.

manfaat
mustika memperolehi mengkagumkan marhaen nasionalisme organisma

manafaat
mestika memperoleh mengagumkan marhain nasionalisma organisme m/s : 6/9

BIL. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80.

KATA ( A ) pantomim pasca merdeka rahmatnya raksasa ramah-tamah rebat rekabina reket sedia kala seyogia

KATA ( B ) pantomin pascamerdeka rahmat-Nya raksaksa ramah tamah rebet reka bina raket sediakala sayugia

JAWAPAN

RUJUKAN

m/s : 7/9

BIL. 81. 82. 83. 84. 85. 86. 87. 88. 89. 90.

KATA ( A ) tak berlampu tali temali tatanama tatasusila taugeh tauke ulang-alik urus setia usaha sama pakej

KATA ( B ) tidak berlampu tali temali tata nama tata susila tauge taukeh ulang alik urusetia usahasama pekej

JAWAPAN

RUJUKAN

m/s : 8/9

BIL. 91. 92. 93. 94. 95. 96. 97. 98. 99. 100.

KATA ( A ) ruang- niaga ramah- tamah sastria sandwic tata-tertib vokasional walaupun ke X Yang Dipertua zuhur

KATA ( B ) ruang niaga ramah tamah sateria sanwic tatatertib vokasyenal walau pun ke X Yang Di Pertua zohor

JAWAPAN

RUJUKAN

m/s : 9/9

Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Morfologi Bahasa Melayu Golongan Kata Bahasa Melayu Sintaksis Bahasa Melayu Pembentukan Ayat ( Ketebalan 582 muka surat ) PERMASALAHAN BAHASA a. Kesalahan bahasa b. Kesalahan ayat c. Kesalahan kata

Kamus Dewan Edisi ke 4 (2005) 82900 kata masukan (entri) 5848 kata masukan baru 1817 muka surat Cetakan pertama 1970