Anda di halaman 1dari 27

1.

DEFINISI SEKSUALITI Seksualiti adalah aspek yang normal dalam proses perkembangan setiap

remaja. Seksualiti adalah proses sepanjang hayat bermula dari kelahiran sehingga akhir hayat. Setiap individu adalah makhluk seksual. Seksualiti setiap individu dibentuk oleh nilai kendiri yang dipengaruhi oleh keluarga, rakan, media, agama, budaya, persekitaran dan undang-undang masyarakat. Seksualiti bukan sekadar hubungan seks tetapi ia meliputi perasaan, emosi, pemikiran, tingkah laku sebagai seorang wanita atau lelaki, identiti seksual dan orientasi seksual. Ia juga berkaitan dengan peranan dan identiti gender, imej diri, luahan perasaan kasih sayang dan keintiman kepada individu yang kita pilih serta kesejahteraan kesihatan seksual dan reproduktif yang menyeluruh.

2.0

TANGGUNGJAWAB SEKSUAL

6 Prinsip Tanggungjawab Seksual : Mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, agama, budaya dan masyarakat. Mendapatkan maklumat serta pendidikan seks yang jelas dan tepat. Melindungi diri dan pasangan daripada penderaan emosi, mental, fizikal dan seksual. Tidak menunjuk kuasa atau mengawal perhubungan. Menilai kebolehan diri serta mengawal diri semasa membuat keputusan mengenai aktiviti seksual. Menghormati hak dan keselamatan pasangan anda. Sentiasa menjadikan perhubungan yang harmoni dan saling menghormati. Berkomunikasi dengan terang & jujur. Berkompromi bila perlu dan mengaku salah jika sepatutnya. Mendapatkan bantuan dari ibu bapa, guru atau pihak yang

menyediakan perkhidmatan sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan seksualiti. 3.0 PENGETAHUAN TENTANG SEKSUAL

Remaja yang sihat perlu mengenali diri sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa/ahli keluarga, rakan dan komuniti. 3.1 Diri anda sendiri

Adalah penting anda menghargai tubuh badan anda :


Memahami perubahan normal pada tubuh. Mengamalkan kebersihan diri yang baik. Mengelak tingkahlaku berisiko :
o o o

Merokok Mengambil dadah dan alkohol Seks sebelum berkahwin

Menerima tubuh anda seadanya. Elak daripada mempunyai harapan terlalu tinggi (contohnya badan seperti peragawati).
o o o o o

Ketahui nilai diri anda Timbang tara perlakuan yang betul dan salah Pilih untuk melakukan perbuatan baik Waspada terhadap kesan atau akibat perlakuan anda Fahami bahawa tindakan anda mungkin menyakiti diri anda atau orang lain

Waspada terhadap pengaruh yang tidak baik yang ada di sekeliling anda. (Contoh : rakan sebaya, internet, wayang gambar dan majalah)

Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan dengan nilai hidup anda

Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai

Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum kahwin.

Ketahui akibat daripada perhubungan seksual. Lihat Kehamilan Remaja & Jangkitan Seksual.

Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan budaya masyarakat sekeliling.

Fahami dan terima identiti jantina anda. Fahami orientasi seksual anda. Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza. Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai

3.2 Ibubapa dan ahli keluarga anda


Berkomunikasi dengan berkesan. Tahu peranan dan tanggungjawab anda Bertindak dengan bijak Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan batas-batas pergaulan

Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain.

Ibubapa anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :


o o o o

Terima dan hargai mereka seadanya Dengar pandangan mereka Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka Berbincang secara terbuka dan berkompromi

3.3 Rakan anda


Berkomunikasi dengan berkesan Hargai pendapat dan nilai hidup rakan anda Mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan. Lihat Bulatan Perhubungan.

Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya atau diperdaya Pelajari cara menangani tekanan rakan sebaya secara positif.

3.4 Komuniti anda

Selain daripada anda, keluarga dan rakan-rakan, anda juga sebahagian daripada lingkungan komuniti yang lebih besar, termasuk :
o o o o o

Guru Pemimpin Sahabat handai Saudara-mara Ahli agama

Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap ahli komuniti. 4

Berkomunikasi dengan berkesan. Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain. Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda. Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.

4.0

MENGAMAL CARA HIDUP SIHAT Kempen Cara Hidup Sihat telah dilancarkan oleh Y.B Menteri Kesihatan

Y.B Dato' Lee Kim Sai pada 25 Mei 1991. Bermulalah satu era baru dalam pelaksanaan program pendidikan kesihatan di Malaysia. Tema Kempen Cara Hidup Sihat 1991 "Cintailah JANTUNG Anda". Fokus utama diberikan kepada aspek- aspek penggalakkan senaman, pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengikut keperluan, memberhentikan tabiat seperti merokok serta aspek tekanan emosi. Penyakit kardiovaskular merupakan salah satu punca utama kematian yang dilaporkan di hospital-hospital kerajaan. Pada dasarnya penyakit kardiovaskular berhubungkait dengan kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh darah, jantung ataupun kedua-duanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud penyempitan pada pembuluh darah nadi.Di antara faktor risiko yang berkaitan dengan kejadian penyakit kardiovaskular adalah seperti:

Merokok Tekanan Darah Tinggi Pemakanan yang tidak baik / berat badan berlebihan Kurang aktif / tidak bersenam secara berkala Tekanan

Berdasarkan kepada faktor-faktor risiko ini, maka adalah disarankan cara yang terbaik bagi mencegah penyakit ini ialah mengamalkan cara hidup yang sihat seperti berikut;

Jangan merokok jika belum pernah merokok dan berhenti jika telah merokok.

Mengamalkan cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan. Capai dan kekalkan berat badan yang unggul melalui kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif.

Bersabar dan tenang dalam menjalani kehidupan boleh mengelakkan tekanan

4.1

Sihat Sepanjang Hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :

Makan secara sihat Tidak merokok Lakukan aktiviti fizikal Belajar menangani stress

Faedah cara hidup sihat :


Meningkatkan status kesihatan anda Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.

Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan..

4.1.1 Makan Secara Sihat Pupuk amalan secara sihat bersama keluarga

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi Sarapan pagi memberikan anda tenaga dan nutrien untuk membolehkan anda berfungsi sepanjang hari

Pastikan ahli keluarga anda makan mengikut waktunya Makan snek bila perlu. Pilihlah snek yang mengandungi kandungan lemak, gula dan garam yang rendah

Makan bersama boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga makan secara sihat Ketika menyediakan hidangan keluarga, ambil perhatian terhadap

keperluan pemakanan semua ahli keluarga terutama yang muda, yang tua dan juga mereka yang mempunyai keperluan pemakanan khas Gunakan garis panduan makan secara sihat :

Nikmati pelbagai jenis makanan Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti-aktiviti fizikal Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolestrol, garam dan gula Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari Sedia, hidangan dan makan makanan yang bersih dan selamat Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam)

Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.

4.1.2 Tidak Merokok Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angin ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik). Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:

Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok Yakinkan diri Buat nota peringatan Katakan pada diri anda Aku bukan perokok Tumpukan pada hari ini Sentiasa berfikiran positif Dapatkan sokongan Lawan keinginan untuk merokok Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT) Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:

Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok :


o o o o o

Melengahkan-lengah Minum banyak air Menarik nafas panjang Membuat sesuatu Menjauhkan diri dari tempat orang merokok 8

o o o o o

Mengunyah sesuatu Membasuh tangan Mandi dengan kerap Melakukan senaman regangan Memohon doa

4.1.3 Aktiviti Fizikal Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal

Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari: tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)

Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Kebanyakkan kita terlalu sibuk untuk bersenam. Walau bagaimanapun kita masih boleh menikmati cara hidup sihat yang cergas dengan mengamalkan petua-petua berikut :-

Semasa perjalanan ke tempat kerja

Sekiranya menggunakan lif, keluarlah 2 tingkat lebih awal dan seterusnya gunakan tangga

Turun LRT/bas satu perhentian lebih awal dan seterusnya ke pejabat Sekiranya anda memandu ke pejabat, bersenamlah 15 minit sebelum ke pejabat

Semasa di pejabat

Lakukan senaman ringan atau regangan selepas lama bekerja Lagihkan penggunaan tangga dan kurangkan penggunaan lif Lakukan senaman di waktu rehat semasa menghadiri mesyuarat panjang Libatkan rakan sekerja untuk sesi bersenam waktu rehat tengah hari

Semasa di rumah

Lakukan regangan atau senaman ringan semasa menonton televisyen Ikut serta anak-anak anda ke taman permainan dan bersenam selepas waktu bekerja

Berkebun adalah sejenis aktiviti fizikal yang baik

Semasa membeli- belah

Letakkan kereta jauh sedikit dari tempat membeli belah kerana berjalan kaki ke tempat tersebut merupakan satu bentuk senaman yang baik untuk anda Bersenamlah secara tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 - 30 minit setiap kali.

10

4.1.4 Tangani Stres Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan. Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

Menyedari yang anda sedang marah Katakan: Saya sedang marah! Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap Kenal pasti kenapa anda marah Cuba dengar penjelasan orang lain Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan

Membiasakan diri memaafkan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:


Berfikir secara positif Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan Belajar menyukai diri sendiri Belajar bertenang Adakan hobi Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah Dapatkan tidur yang cukup Dapatkan teman untuk meluahkan masalah

11

Bersifat tegas/asertif Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

5.0 5.1

Perkembangan Fizikal Diri Remaja Definisi Remaja Adolescence atau 'remaja' itu berasal daripada perkataan Latin iaitu "adolescere" yang bermaksud "membesar" atau "membesar menjadi matang" (Rogers, 1981). Dari sini menunjukkan zaman remaja itu merupakan suatu proses dan bukannya satu jangkamasa. Proses yang dimaksudkan di sini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Zaman remaja ini dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Definisi remaja ini banyak diperkatakan oleh ahli psikologi dan ada di antaranya mendefinisikan remaja sebagai suatu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup. Manakala menurut Kamus Dewan ( Edisi Tiga ) remaja merupakan mulai dewasa, sudah akhil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sedang melalui proses inginkan'cinta'. Persoalan yang sering dikaitkan dengan pencarian identiti adalah merupakan persoalan utama bagi remaja. Persoalan "Siapakah saya?", "Apakah bidang kerjaya yang sesuai dengan saya?", dan sebagainya yang membawa maksud identiti apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain.

12

5.2 Perkembangan Fizikal Zaman remaja adalah tempoh yang mana seorang individu dikelilingi oleh isu-isu seksual, iaitu keupayaan mengalami ataupun melahirkan perasaan seks. Perubahan kematangan seks dan perubahan hormon yang terlibat adalah asas bagi kematangan seks seorang remaja. Zaman remaja adalah masa mempelajari seks dengan tujuan mencari suatu identiti seks peribadi. Pada peringkat usia ini remaja mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi mengenai misteri alam seks. Pada peringkat ini remaja memikirkan sama ada mereka mempunyai daya tarikan seks, adakah perkembangan mereka berterusan, adakah mereka akan dicintai oleh seseorang dan adakah normal apabila mereka melakukan hubungan seks. Kebanyakan remaja akhirnya menunjukkan perkembangan seksual yang matang tetapi terdapat jangka masa yang mana hadirnya perasaan kekeliruan dan perasaan mudah dilukai sepanjang kehidupan seksual mereka. Mengikut seorang ahli psikologi Stanley Hall (1904) zaman remaja ialah jangka masa seseorang itu mengalami berbagai cabaran dan tekanan ( storm and stress ). Ini bermaksud remaja yang mengalami perubahan fizikal, intelek serta emosi dan terpaksa berhadapan dengan berbagai konflik di dalam dirinya dan juga masyarakat. Perkembangan fizikal remaja perlu diketahui bagi membantu memahami tentang sesetengah remaja yang lambat atau cepat dalam perkembangan mereka dan apakah kesan-kesan disebaliknya. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. 5.2.1 Kematangan Biologi Pada awal alam keremajaan, remaja selalunya sibuk menyesuaikan diri dengan pertumbuhan yang berlaku pada tubuhnya. Kesedaran ke atas 13

kejantinaan diri semakin bertambah. Ini sudah pasti memberi kesan kepada imej tubuh serta konsep kendiri. Pada usia beginilah dia terlalu prihatin dengan keadaan tubuhnya. Dia sering membezakan dirinya dengan rakan sebaya yang lain. Remaja yang cepat matang mempunyai beberapa kelebihan apabila dibandingkan dengan yang lambat matang. Mereka terlebih dahulu mengambil tempat dalam masyarakat remaja sementara mereka yang lambat matang perlu bersaing daripada sudut fizikal dan sosial bagi mendapat tempat yang istimewa dalam kelompok remaja. 5.2.2 Tingkah Laku Heteroseksual Remaja zaman dahulu mempunyai sikap yang berbeza ke atas pelbagai aspek seksual berbanding dengan remaja zaman sekarang, terutamanya remaja perempuan. Sebuah kajian ke atas kelompok pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat di antara tahun 1900 dengan tahun 1980 menunjukkan peratusan orang muda yang melakukan hubungan seks meningkat; dan kadar pelajar perempuan yang melakukan hubungan seks meningkat lebih cepat dibandingkan dengan pelajar lelaki. Remaja perempuan belajar mengaitkan seks dengan cinta. Beberapa buah kajian di Barat menunjukkan bahawa cinta adalah faktor utama ramai remaja perempuan melakukan hubungan seks. Keinginan berkahwin dengan pasangan mereka juga wujud di kalangan pelajar wanita tetapi kurang bagi pelajar lelaki. Faktor-faktor lain adalah seperti desakan teman lelaki, perasaan ingin tahu dan keinginan seks yang tidak berkaitan dengan cinta. 5.2.3 Akil Baligh Di akhir zaman kanak-kanak, satu siri perubahan biologi dan psikologi akan berlaku yang membawa mereka ke alam remaja. Alam remaja akan membawa mereka ke dalam kematangan sama ada dari segi fizikal, dan pemikiran mereka turut berubah serta turut berperanan dalam masyarakat. Baligh adalah merupakan perubahan biologi yang menandakan permulaan remaja. Ianya bermula apabila tahap hormon yang memasuki

14

saluran darah meningkat ekoran respon kepada isyarat daripada bahagian otak iaitu hipotalamus. Apabila tahap pertumbuhan hormon bertambah dalam badan, lonjakan pertumbuhan kanak-kanak dengan tiba-tiba akan berlaku. Lonjakan ini merupakan tanda yang nyata tentang permulaan akhil baligh. Apabila ini berlaku perkara yang paling ketara semasa baligh adalah merupakan perkembangan permatangan seksual iaitu kebolehan pembiakan. Bagi remaja lelaki perubahan yang akan berlaku ialah suara menjadi garau, misai dan janggut mula tumbuh, bahu dan dada menjadi bidang, jerawat mula tumbuh, mengalami mimpi yang menghairahkan sehingga mengeluarkan air mani serta zakar dan buah zakar mula membesar. Pengalaman inilah menunjukkan remaja lelaki telah akil baligh. Bagi remaja perempuan pula perubahan yang akan dialami seperti buah dada (payu dara) mula membesar, bulu tumbuh di celah ketiak dan bahagian ari-ari, Punggung melebar menunjukkan ciri-ciri kewanitaan, jerawat mula tumbuh, mula didatangi haid, suara mungkin berubah dari suara keanak-anakan kepada suara yang lebih matang. 5.2.4 Pertumbuhan dan perubahan fizikal

Pada zaman remaja, fizikal remaja mengalami perubahan yang ketara dan tiba-tiba. Sifat seksual kedua seperti bulu badan, pertambahan lemak badan, perkembangan otot, dan kematangan organ seksual akan menimbul dalam perubahan fizikal remaja.

Ada perubahan wujud bersama pada lelaki dan perempuan, iaitu saiz badan, peningkatan kekuatan tenaga dan stamina. Tetapi kebanyakan perubahan adalah spesifik antara seks. Akil baligh merujuk kepada pencapaian kematangan seksual pada lelaki dan perempuan. Tanda permulaan akil baligh perempuan merujuk kepada waktu haid yang pertama, manakala bagi lelaki pula merujuk kepada pancaran air mani.

15

Perubahan akil baligh selalunya didahului oleh pertambahan lemak badan, ada remaja awal menjadi gemuk dan pendek pada masa ini. Kedua-dua lelaki dan perempuan mempunyai lemak dalam tempat dada. Lemak di dada perempuan akan kekal, manakala lelaki pula tidak, ia hanya satu peringkat perkembangan sahaja. Perubahan akil baligh bagi remaja awal ialah peningkatan besar dalam ketinggian.

Saiz otot dan tulang mula berkembang. Lemak yang berlebihan di badan lelaki akan hilang, manakala Lemak di badan perempuan akan kekal pada bahagian tertentu.Pada zaman remaja awal, bahagian badan yang berbeza berkembang dengan kadar yang tinggi. Perkembangan fizikal remaja ini akan selesai dalam 10 tahun bermula daripada permulaan akil baligh. Untuk mencapai saiz badan dewasa, kaki dan tangan mereka semakin janggal panjang. Seterusnya kelebaran badan berkembang. Perkembangan cepat tersebut akan mengakibatkan remaja berasa

Selain itu, badan dan kulit remaja akan bermula mengeluarkan banyak minyak, akibatnya badan mereka akan mengeluarkan bau. Perubahan fizikal tersebut adalah dikawal oleh hormon, bahan biokimia yang dirembeskan dengan bilangan yang sangat kurang oleh kelenjar endokrin. Hormon mempengaruhi pertumbuhan remaja sejak zaman fetal hingga sekarang, bilangan pengeluaran hormon semakin bertambah pada akil baligh.

Hormon lelaki dan hormon perempuan muncul dalam kedua-dua seks, tetapi lelaki mempunya hormon bernama androgens yang lebih banyak, dan hormon yang terpenting, testoterone berbanding dengan perempuan, manakala perempuan pula mempunyai hormon dipanggil estrogen dan progesterone yang lebih banyak berbanding dengan lelaki (Tanner, 1978).

16

Setiap hormon mempengaruhi satu set sasaran atau reseptor yang tertentu. Contohnya rembesan testosterone menyebabkan zakar bertumbuh, bahu menjadi semakin lebar, bulu bertumbuh di tempat kemaluan dan di muka. Sebaliknya, estrogen menyebabkan uterus dan dada bertumbuh dan pinggung menjadi semakin lebar.

Sel dalam tempat sasaran mempunyai keupayaan untuk bertindakbalas dengan hormon tertentu yang mengedar dalam darah tetapi tidak bertindakbalas terhadap yang lain. Contohnya, uterus bertindakbalas secara terpilih terhadap estrogen dan progesterone. Sel sasaran adalah sangat peka terhadap kuantiti hormon dan sangat kecil, walaupun hormon muncul dalam bilangan yang begitu kurang seperti mengesan seketul gula yang larut dalam satu kolam renang (Tanner, 1978)

Kelenjar endokrin merembes hormon yang kompleks dan halus, kerja penyenggaraan ini dijalankan oleh 2 tempat otak: hypothalamus dan pituitary. Hypothalamus adalah bahagian otak yang memulakan proses pertumbuhan dan pembiakan sejak zaman remaja. Pituitari terletak dibawah bahagian otak, ia mengeluarkan beberapa jenis hormon, termasuk hormon pertumbuhan, iaitu hormon yang mengawal seluruh pertumbuhan badan, dan beberapa hormon tropi kedua.

Hormon tropi ini merangsang fungsi beberapa kelenjar, termasuklah kelenjar seks, iaitu testis dalam badan lelaki dan ovari dalam badan perempuan. Kelenjar seks mempunyai 2 fungsi: mengeluarkan sperma atau ovum dan merembeskan androgens atau estrogens. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari dan kelenjar seks mempunyai pengaruh emosi terhadap fizikal remaja

Kematangan

seksual

pada

lelaki.

Selepas

pertumbuhan

secara

menyembur, perubahan major biologikal kedua ialah pembanguan sistem pembiakan. Pada lelaki, tanda pertama akil baligh ialah pertumbuhan

17

testis dan skrotum secara pecut. Lebih kurang 1 tahun selepas pertumbuhan ini bermula, zakar mengalami pertumbuhan secara menyembur. Antara 2 perkara ini, bulu pubik mula muncul, tetapi ia tidak mencapai pertumbuhan sepenuhnya sehingga selepas penyelesaian perkembangan kemaluan.

Sejak tempoh ini, perkembangan saiz jantung dan paru-paru juga berlaku. Berpunca daripada kelakuan hormon seks lelaki, testosterone, lelaki juga membangun lebih banyak sel darah merah berbanding dengan perempuan. Pengeluaran sel darah merah yang luas ini adalah salah satu faktor menyatakan keupayaan olahraga remaja lelaki mengatasi remaja perempuan. Pancutan air mani pertama akan berlaku pada awal umur 11 tahun atau lewat umur 16 tahun. Pancutan pertama selalunya wujud pada tempoh pertumbuhan lelaki yang cepat dan mungkin datang sejak pelancapan atau mimpi lembap. Pancutan pertama ini biasanya tidak mempunyai cukup air mani untuk subur (Money, 1980).

Selain itu, pertumbuhan yang lain ialah suara garau yang janggal. Suara betul-betul berubah mengambil tempat berelavif lewat dalam rangkaian perubahan akil baligh, dan dalam kebanyakan lelaki berlaku terlalu perlahan untuk menjadi kepentingan sebagai batu tanda jarak pertumbuhan. (Tanner, 1978)

Kematangan seksual perempuan Dalam perempuan, dada bertunas adalah biasanya tetapi bukan selalunya sebagai tanda pertama akil baligh bermula. Perkembangan uterus dan vagina adalah serentak dengan pembesaran labia dan kelentit.Waktu haid pertama, adalah berkemungkinan besar menandakan peringkat perubahan perempuan, sebenarnya berlaku lewat dalam rangkaian, selepas puncak pertumbuhan secara menyembur.

18

Waktu haid pertama mungkin berlaku pada awal umur 9 atau lewat umur 16 ; purata perempuan Amerika Syarikat ialah 12 . Dalam bahagian dunia lain, waktu haid pertama berlaku lebih lewat berbanding dengan Amerika Syarikat. Contohnya, purata perempuan Czechoslovakian menghadapi haid pertama pada umur 14 tahun, purata di antara Kikuyu of Kenya ialah umur 16 tahun, dan untuk Bindi of New Guinea ialah umur 18 tahun (Power, Hauser, & Kilner, 1989). Waktu haid pertama biasanya berlaku semasa dia hampir mencapai ketinggian dewasanya dan semasa dia diuruskan untuk menyimpan jumlah minimum lemak badan. Bagi purata ketinggian perempuan, tanda ini biasanya berlaku semasa beratnya mencapai lebih kurang 100 pound (Frisch, 1988).

Perubahan dalam perempuan Perkembangan dada Pertumbuhan bulu kemaluan Pertumbuhan bulu di bawah ketiak Pertumbuhan badan Waktu haid pertama Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.

Perubahan

dalam

lelaki

Pertumbuhan

testis

dan

scrotal

sac

Pertumbuhan bulu kemaluan Pertumbuhan bulu di bawah ketiak dan muka Pertumbuhan badan Pertumbuhan zakar Perubahan suara Pancutan air mani yang pertama Pertambahan pengeluaran minyak dan peluh yang dihasilkan oleh kelenjar.

Imej badan dan penyesuaian. Ahli sosiologi memanggil remaja sebagai kumpulan pinggiran (marginal group), iaitu satu kumpulan antara budaya atau budaya dominan yang pinggir bahawa biasanya menunjukkan keperluan intensified disahkan. Remaja boleh menjadi tidak sabar terhadap penyimpangan dengan ekstrim.

Media

massa

menghasilkan

kecenderungan

remaja

terhadap

ketidaksabaran oleh imej menarik stereotaip pasaran, riang remaja tanpa

19

pimpes, janggal, pendakap, atau masalah berat. Sebab banyak remaja adalah sensitif dengan ekstrim terhadap kemunculan fizikal dan menggunakan banyak masa untuk memeriksa mereka sendiri di hadapan cermin, ketidaksamaan antara imej sendiri mereka yang kurang sempurna dengan kilap unggul yang mereka nampak dalam media sering menghasilkan kesangsian sendiri dan kebimbingan.Sejak imej badan berhubungan sangan dekat dengan masa kematangan, banyak kajian telah menerangkan kesan kematangan awal atau lewat.

Prihatin remaja terhadap imej badan. Sejak zaman kanak-kanak pertengahan, kanak-kanak menjadi sedar terhadap jenis badan dan unggul yang beza, dan mereka dapat idea jelas saksama terhadap jenis badan, kadar, dan teknik mereka. Tetapi dalam remaja, ada peperiksaan rapi terhadap penerimaan jenis badan. Dalam masyarakat kita, ada orang muda menakluk mereka sendiri kepada pengehadan makanan dengan bersungguh, sementara itu memulakan dengan usaha ke atas keras regimen kesihatan fizikal dan latihan tenaga, contohnya mengangkat berat, olahraga, atau menari. Biasanya, kebanyakan lelaki lebih menumpukan prihatin mereka terhadap kekuatan fizikal bahawa mereka boleh menggunakannya ke atas persekitaran (Lerner, Orlos, & Knapp, 1976). Jadi, ketinggian dan otot adalah penting terhadap mereka.

Sebaliknya, perempuan sangat bimbang mereka menjadi terlalu gemuk atau terlalu tinggi. Mereka menumpukan prihatin terhadap berat, di samping itu, sebab mereka prihatin terhadap penerimaan sosial. Keputusannya, banyak remaja perempuan yang normal, walaupun kurus, mereka berasa mereka gemuk dan cuba untuk menghilangkan berat badan mereka. Apabila mereka terlalu ekstrim, prihatin terhadap berat ini boleh mendatangkan anorexia nervosa atau bulimia.Ketinggian, berat dan wajah adalah sumber prihatin kepada remaja. Lebih kurang 2/3 remaja harap mereka sendiri akan mempunyai satu atau banyak bahagian pertukaran fizikal (Peterson & Taylor, 1980). Bilangan kesedaran sendiri 20

terhadap badan seseorang menyusut pada remaja akhir. Menurut satu kajian, kepuasan terhadap imej badan perempuan pada umur 13 tahun dan lelaki pada umur 15 tahun adalah paling rendah.

Selepas

umur

tersebut,

kepuasannya

meningkat

dengan

ketara.

Keseluruhannya, dalam umur antara 11 tahun dan 18 tahun, kepuasan imej badan perempuan lebih rendah daripada lelaki (Rauste-von Wright, 1989).Terdapat perbezaan yang menarik dalam perubahan remaja perempuan dan lelaki yang ingin buat terhadap badan mereka.

Perempuan mahu perubahan spesifik: saya hendak buat telinga saya dalam keadaan tertentu atau Saya hendak buat dahi saya lebih rendah. Lelaki juga tidak puas tetapi kurang tepat. Seorang lelaki tipikal mungkin berkata: Saya ingin mendapat rupa yang handsome dan tidak gemuk. Saya ingin mendapat rambut hitam berombak. Saya hendak tukar seluruh rupa fizikal jadi saya akan menjadi handsome, dengan bentuk tubuh yang baik. Kedua-dua perempuan dan lelaki bimbang terhadap kulit mereka. Setengah kalangan remaja berkata mereka prihatin terhadap pimples dan blackheads.

Kematangan awal dan lewat. Walaupun banyak remaja mempunyai sikap positif dengan patutnya terhadap kadar kematangan mereka sendiri (Pelletz, 1995), kematangan awal dan lewat mendatangkan masalah, terutamanya bagi lelaki kematangan lewat. Lantaran daripada perempuan matang, dengan puratanya, 2 tahun lebih awal daripada lelaki, jadi lelaki kematangan lewat adalah orang yang paling lewat mencapai akil baligh dan paling lewat untuk mengalami pertumbuhan secara pecut.

Oleh itu, dia adalah paling kecil dan kurang otot berbanding dengan rakan sama umur dia, dia mengalami kelemahan dalam sukan. Kanak-kanak dan dewasa berkecenderungan menganggap kanak yang lebih kecil sebagai kanak yang lebih muda, jadi, orang yang mengalami kematangan

21

lewat mempunyai status sosial yang lebih rendah di kalangan rakan dia dan dipandang sebagai kurang kecekapan oleh dewasa (Brackbill & Nevill, 1981).

Kadang-kalanya persepsi ini menjadi ramalan kepenuhan sendiri, dan lelaki kematangan lewat akan memberikan reaksi dengan pergantungan kebudak-budakan dan tingkah laku tidak matang. Dalam kes lain, dia mungkin bantah dan menjadi sangat aggresif. Setidak-tidaknya, lelaki kematangan lewat mempunyai kesusahan penyesuaian yang lebih banyak berbanding dengan lelaki kematangan awal. Lelaki kematangan awal bercenderungan menambahkan semua jenis sosial dan faedah olahraga di kalangan rakannya.

Daripada zaman pertengahan kanak-kanak, lelaki kematangan awal lebih suka menjadi pemimpin rakan kumpulan mereka (Weisfeld & Billings, 1988). Jika kematangan awal adalah aset kepada remaja lelaki, jadi ia juga menjadi rahmat kepada perempuan. Dalam perempuan, faedah awalnya terlekat pada kematangan lewat. Perempuan kematangan lewat mungkin mula matang pada masa yang sama dengan rakan lelaki dia. Dia lebih popular dalam golongan rakan dia berbanding dengan perempuan kematangan awal. Perempuan kematangan awal, lebih tinggi, dan lebih matang berbanding dengan rakan lelaki dia. Akibatnya, dia kurang mempunyai peluang untuk berbincang dengan rakan dia bahawa perubahan fizikal dan emosi yang dia alami.

Tetapi, sebaliknya perempuan kematangan awal kerap berasa lebih tertarik, mereka lebih popular dengan lelaki yang lebih besar, dan mereka keluar untuk pertemuan sosial lebih kerap berbanding dengan rakan yang mengalami kematangan lewat (Blyth, Bulcroft, & Simmons, 1981).

5.2.5 Isu Berkaitan Dengan Remaja

22

Pada masa ini kita dapati ramai anak-anak remaja yang menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di Bandar dan sebagainya. Sesetengahnya ada yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan haram dan kegiatan perlacuran. Terdapat juga remaja yang terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini mereka selalu menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan seterusnya percintaan dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang sumbang dan bersalahan di sisi agama. Ada juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.

5.2.6 Masalah di kalangan remaja Masalah remaja lari daripada rumah bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan demi membendung gejala ini dari berleluasa. Kebanyakkan remaja yang lari dari rumah mengikut kajian Polis Bukit Aman (November 1992/1993) ialah berumur di antara 14- 18 tahun. Faktor-faktor yang menyebabkan anak-anak remaja lari dari rumah: 1) terasa malu dengan keluarga kerana sesuatu kegagalan. 2) Krisis dengan keluarga. Sesetengah keluarga ingin mengawal pergerakan dan pergaulan anak-anak. 3) Tidak dapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa sewaktu kecil.

23

4) Remaja mengalami tekanan jiwa kerana gagal memenuhi kehendak ibu bapa terhadap pencapaian pelajaran. 5) Rosak akhlak dan pernah menjadi mengsa rogol. 6) Degil dan tidak mendengar nasihat yang berguna daripada ibu bapa. Oleh itu ramai yang merajuk dan membawa diri. 7) Kemiskinan keluarga menyebabkan ramai yang mencari peluang pekerjaan di Bandar. 8) Terpengaruh dengan pujuk rayu teman. 9) Ditipu dengan ejen sosial yang berpura-pura untuk mendapatkan pekerjaan. 10) Sengaja ingin mendapatkan keseronokan dan kebebasan kehidupan di Bandar. Bagaimanapun terdapat juga para remaja yang pandai menjaga diri dan sanggup bekerja setimpal dengan kelulusan mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mencegah berlakunya masalah ini dari berleluasa. 5.2.7 Cara-cara Melayani dan Mengatasi Pergolakan Jiwa Remaja Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak remaja. Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa remaja dan sering menariki hati mereka.

24

Ibu bapa dan guru perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing remaja. Anak remaja yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu. Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepad anak remaja tetapi sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai dengan mental mereka. Wujudkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka.

5.2.8 Seksualiti Remaja Pertumbuhan intelelektual, moral serta spiritual biasanya diiringi dengan kemunculan seksualiti mereka. Sarrel dan Sarrel (1979) menamakan konsep ini sebagai sexual unfolding. Remaja membentuk identifikasi seksual dan meningkatkan keupayaan terhadap kematangan emosi dan seksual:

1) Perubahan peringkat pada tubuh badan 2) Kemampuan untuk mengatasi atau mengubah perasan bersalah, kebimbangan zaman kanak-kanak terhadap pemikiran dan tingkah laku sosial. 3) Peleraian satu iktan emosi yang utama dengan ibu bapa atau penjaga 4)Belajar mengenai keseronokan erotik atau rasa berahi dan ketidakselesaannya

25

serta mampu membincangkan soal ini dengan teman-teman. 5) Penyelesaian konflik dan kekeliruan mengenai orientasi seksual. 6) Peningkatan sebagai seorang yang berkemampuan seksual dan kedudukan seks dalam kehidupan. 7) Ke arah tanggungjawab terhadap pasangan ,diri, dan masyarakat 8) Peningkatan keupayaan dalam bentuk kasih sayang . 5.2.9 Hubungan Seks Luar Nikah Pengalaman pertama remaja biasanya dipenuhi dengan perasaan cemas, takut dan kerisauan. Hal ini kadang-kadang terbawa sehingga ke peringkat pertengahan dan akhir remaja. Dalam kajian tahun 1980 Zelnick dan Kantner melaporkan bahawa lebih daripada 50% remaja Amerika syarikat pernah melakukan hubungan seks. Secara puratanya di sekitar usia 16 tahun. Tidak menjadi sesuatu yang luar biasa untuk mendapati remaja berusia 13 dan 14 tahun aktif secara seksual dalam melakukan hubungan kelamin.Satu perkara yang tidak dapat dielakkan apabila remaja menggunakan kegiatan seksual sebagai cara untuk menarik perhatian masyarakat atau ibu bapa. Penyakit pindahan seksual juga dikenali dengan nama panggilan singkatan STD .Amerika, gonorea lebih biasa dihadapi oleh golongan remaja belasan tahun daripada kelompok kelas pertengahan. Siflis pula ebih ketara di kalangan remaja daripada kelompok rendah.Usia jangkitan paling tinggi ialah kepada mereka yang berusia antara 15-24 tahun.

26

5.2.10 Beberapa Masalah Berkaitan Remaja Para remaja dikatakan menghadapi masalah menerima bentuk tubuhnya yang baru. Disamping masalah psikologikal ini, para remaja juga menghadapi masalah-masalah yang berbentuk fisiologikal yang perlu mereka atasi sendiri. Bagi remaja wanita, haid adalah sesuatu proses yang normal tetapi seringkali menyebabkan ketidakselesaan pada mereka. Kadangkala ia berlaku dengan diiringi oleh perasaan seperti kemurungan, keletihan, kelesuan dan kemarahan. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh remaja ialah masalah berat badan. Masalah ini terjadi dalam dua bentuk, pertama ialah keadaan badan yang gemuk dan kedua, keadaan badan yang terlalu kurus. Bagi remaja yang tidak dapat mengawal kehendak makanan, mereka akan menghadapi masalah Bulimia. Beberapa masalah kecil sentiasa menjadi tumpuan kepada remaja. Ketumbuhan jerawat sering berlaku di zaman remaja dan mereka amat sensitif akan perkara ini. Jerawat merupakan sesuatu yang menghodohkan rupa mereka dan perkara ini sering di perbesar-besarkan.

27

Anda mungkin juga menyukai