Anda di halaman 1dari 30

SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU

Pengenalan Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya dan betul sebutannya. Perancangan pembakuan sebutan baku adalah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka. .untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Dipetik daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Matlamat-matlamat pembakuan sebutan Bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan sebutan dalam Bahasa Melayu. Antara tujuannya termasuklah: i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam Bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua pengguna bahasa Melayu. iii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman Bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan dan laras bahas. iv. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur, dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.

Takrif sebutan baku bermaksud sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi. Urusan atau kegiatan formal termasuklah: i. Pengajaran dan pembelajaran formal di institusi pendidikan oleh pegawai pendidikan, pensyarah, guru dan pelajar.

ii.

Ucapan pada khalayak ramai seperti pidato, ceramah, syarahan, perbahasan, forum, pengumuman dan kuliah.

iii.

Komunikasi rasmi dan perbincangan di sektor awam seperti dalam mesyuarat rasmi, temuduga, wawancara dan ucapan dalam upacara rasmi.

iv.

Siaran melalui media elektronik ( radio, televisyen dan filem ) seperti pembacaan berita, penyampaian hebahan, ulasan dan pengacaraan sesuatu rancangan.

Pedoman Umum Ejaan dan Sebutan Baku Dasar sebutan baku berdasarkan ejaan iaitu sebutan menurut perlambangan huruf dan penyukuan kata serta fungsinya dalam ayat. Ciri-ciri sebutan Bahasa Melayu adalah seperti berikut: i. Sebutan huruf; Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi ( dalam Jawi ) hendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilai bunyi Bahasa Melayu yang dilambangkan. ii. Sebutan kata; Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata ( pola-pola suku kata ) sama ada kata dasar atau kata terbitan. iii. Intonasi; Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Kesemua ciri-ciri di atas wujud hasil daripada pembentukan kata-kata atau perkataan. Ianya terhasil daripada gabungan abjad yang terdiri daripada huruf vokal, huruf konsonan dan diftong.

Abjad Terdapat 26 abjad atau huruf yang wujud. Ia terdiri daripada: a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z. A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S, T, U, V, W, X, Y dan Z.

HURUF Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz Vokal

SEBUTAN e bi si di i ef ji ec ai je ke el em en o pi kiu ar es ti yu vi dabliu eks wai zek

PERKATAAN Anak Burung Cawan Darah Ekor Filem Gigi Hati Ibu Jam Kuda Lari Malam Nasi Orang Pintu Quran Rambut Sikat Tahu Ubi Vokal Wang Xenon Yuran zarah

Terdapat 5 huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u, tetapi terdapat 6 bunyi vokal daripada 5 huruf tersebut. Huruf a e taling e pepet i o u Huruf a e pepet e taling i o Bunyi [a] [] [e] [i] [o] [u] Di depan Api Emak Ela Itu Oleh Ejaan parang perang perang giling golong gulung Di tengah Tali Kena Petak Tidur Kota Sebutan [ pa.rang ] [ p.rang ] [ pe.rang ] [ gi.ling ] [ go.long ] [ gu.lung ] Di belakang Kita Sosiolisme Tauge Padi Pidato

u Konsonan

Ular

Kuda

Satu

Terdapat 26 huruf konsonan dalam tulisan bahasa melayu untuk melambangkan 25 bunyi konsonan. Selain itu,terdapat juga konsonan huruf gabungan iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy. Daripada huruf-huruf ini wujudlah bunyi konsonan. Antaranya adalah seperti di bawah : Huruf b c d f g gh h j Bunyi [b] [c] [d] [ ] [f] [g] [ gh ] [h] [ ] [j] [k] [ ] [ ] [q] [ kh ] [l] [m] [n] [ ng ] [ ny ] [p] [q] [r] [s] [ ] [ th ] [ sy ] [t] [ ] [v] [w] [x] [y] [z] Ejaan beban cacat dadah ramadan fajar gagap ghaip hodoh hadis jajah kaki kakak nikmat kadi khusus lalat mampu nanti nganga nyanyi papan qari rakam susu soleh sanawi syarat tatap tarikat visa wawasan xenon yayasan zaman Sebutan [ be.ban ] [ ca.cat ] [ da.dah ] [ ra.ma.dan ] [ fa.jar ] [ ga.gap ] [ ghaip ] [ ho.doh ] [ ha.dith ] [ ja.jah ] [ ka.ki ] [ ka.ka ] [ ni .mat ] [ ka.di ] [ khu.sus ] [ la.lat ] [ mam.pu ] [ nan.ti ] [ nag.nga ] [ nya.nyi ] [ pa.pan ] [ qa.ri ] [ ra.kam ] [ su.su ] [ so.lh ] [ tha.na.wi ] [ sya.rat ] [ ta.tap ] [ ta.ri.qat ] [ vi.sa ] [ wa.wa.san ] [ z.non ] [ ya.ya.san ] [ za.man ]

k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y

zalim mazhab

[ za.lim ] [ madh.hab ]

[ dh ]

Huruf b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x Y Z

Di depan Batu Cakap Dapur Fikir Guru Ghaib Hari Jalan Kami Khusus Langsat Makan Nama Angin Nyala Payung Quran Rasa Satu Syarat Tahu Vitamin Wanita Xenon Yakin Zaman

Di tengah Sabut Baca Budak Tafsir Tiga Maghrib Saham Hajat Paksa Akhir Bila Bumi Anak Nganga Banyak Tempat Wuquf Berat Besar Isytihar Mati Universiti Bawa Sayang Lazat

Di belakang adab Mac Abad Maaf Beg Mubaligh Buah Kolej Adik Tarikh Kesal Tilam Ikan Kuning Siap Buraq Biar Beras Quraisy Alat Lafaz

Perubahan Huruf Konsonan Lama kepada Baru Ada lima perubahan huruf konsonan daripada ejaan lama kepada ejaan Rumi baru seperti yang berikut: Huruf Ch Huruf C Contoh Chacat Mach Dh D Chuci Dharab Pemakaian cacat Mac cuci darab

Kadhi Dz Z Mudharat Dzalim Bedza Sh Sy Dzat Shaitan Sharat Th S Meshuarat Mithal Ithnin Bahath

kadi mudarat zalim beza zat syaitan syarat mesyuarat misal Isnin bahas

Penggunaan Tanda Koma di atas Dalam sistem ejaan baru, tanda koma di atas digugurkan mengikut cara yang berikut: i) Tanda koma di atas ( ), iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi ain ( ,)dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya: Lama alam Raii Maaf ii) Baru Alam rai maaf

Tanda koma di atas ( ), digunakan dengan huruf k jika membuka suku kata, Contohnya: Lama Mana Rayat Baru Makna rakyat

iii)

Tanda koma di atas ( ), iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi ain ( ,)dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya: Lama Soal Masaalah Baru Soal Masalah

iv)

Tanda koma di atas ( ), digunakan dengan huruf k jika menutup suku kata, Contohnya:

Lama Enche Dato Ruyah

Baru Encik Datuk Rukyah

Huruf Yang Diperkenalkan Daripada 26 huruf konsonan dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v, x. i) Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf jawi qaf ( )untuk mengeja kata istilah agama atau kata mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: Quran, Qadak dan Qadar, Wukuf

ii)

Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris dan bahasabahasa asing yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya: Vitamin Revolusi Vokal Novel Universiti

iii)

Huruf ve yang hadir di akhir ditukar menjadi f. Contohnya: Active Passive Negative aktif pasif negatif

v)

Huruf x hanya digunakan pada pamgkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. contohnya: Xeromorph Xenon Xanthate xeromorf xenon xantat

Diftong Bunyi diftong adalah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Terdapat tiga jenis bunyi diftong iaitu [ oi ]. Bunyi [ ai ] dilafazkan dengan bunyi [ ai ] pada semua kedudukan. Ejaan baiduri hairan Sebutan [ bai.du.ri ] [ hai.ran ] [ ai ], [ au ] dan

Bunyi [ au ] dilafazkan dengan bunyi [ au ] pada semua kedudukan. Ejaan saudara kemarau Sebutan [ sau.da.ra ] [ ke.ma.rau ]

Bunyi [ oi ] dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan bunyi [ Oi ], bagi kaat-kata jati dalam Bahasa Melayu. Ejaan sepoi kaloi Diftong Ai Au Oi Di depan Aising Aurat Oisium Sebutan [ se.poi ] [ ka.loi ] Di tengah Ghairah Saudara Boikot Di belakang Lambai Surau Amboi

Sistem Keselarasan Huruf Vokal Dalam sistem keselarasan vokal, vokal bererti sistem atau aturan mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal ini berlaku mengikut syarat yang berikut: i) ii) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.

iii)

Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Pola Keselarasan Vokal Keselarasan vokal ialah sebutan bagi kata dasar suku kata atau lebih dengan suku kata akhir tertutup adalah menurut pola-pola sistem keselarasan vokal. Terdapat 18 pola keselarasan vokal seperti berikut: Pola [ai] [au] [ei] [eu] [ii] [iu] [ui] [uu] [aa] [ea] [a] [] [o] [ia] [oa] [o] [oo] [ua] Ejaan balik basuh lebih telur sisih tidur tulis tunduk balak semak semak leher telo kilang borang boleh obor tumpang Sebutan [ ba.lik ] [ ba.suh ] [ le.bih ] [ te.lur ] [ si.sih ] [ ti.dur ] [ tu.lis ] [ tun.duk ] [ ba.lak ] [ se.mak ] [ s.mak ] [ l.hr ] [ t.lo ] [ ki.lang ] [ bo.rang ] [ bo.leh ] [ o.bor ] [ tum.pang ]

Ejaan Kata Pinjaman Kata-kata yang ada dalam Bahasa Melayu juga terbentuk daripada penyerapan atau pinjaman dari bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris, Arab dan banyak lagi. Kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain didasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki supaya setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi ejaan kata pinjaman antaranya ialah dari aspek penyesuaian huruf, bentuk ejaan tampak atau bentuk visual dan kekecualian bagi ejaan yang sudah lama.

1.

Penyesuaian Huruf Ejaan bagi kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan Bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan Bahasa Melayu. Terdapat banyak kata pinjaman daripada penyesuaian huruf antaranya:

Perubahan Huruf Bahasa Inggeris Abstract Aerograph Automatic Classic Cylinder Dialect System Quality Bahasa Melayu abstrak aerograf automatik klasik silinder dialek sistem kualiti Bahasa Inggeris a ae au c, cc c ia e q Bahasa Melayu a ac au k s ia e k

2.

Bentuk Ejaan Tampak atau Bentuk Visual.

Terdapat juga Sistem Ejaan Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual. Ini bermaksud ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja mengikut tampak, ia hampir sama dengan ejaan yang ditetapkan. Antaranya : Bahasa Inggeris Atom Bonus Block Cartoon Image Regime Structure Technology Zoology Bahasa Melayu atom bonus blok kartun imej rejim struktur teknologi zoologi

3.

Kekecualian bagi ejaan yang sudah lama. Di samping itu juga, Sistem Ejaan Bahasa Melayu membenarkan beberapa pengecualian daripada peraturan yang ditetapkan. Kekecualian ini diberikan kepada perkataanperkataan Inggeris atau asing yang sudah lama digunakan dalam Bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan yang sudah sebati pemakaiannya dalam Bahasa Melayu. Termasuklah: Bahasa Inggeris Class Club custom Driver Glass Grant pension Plan Stamp Bahasa Melayu kelas kelab kastam drebar gelas geran pencen pelan setem

Selain daripada aspek-aspek di atas, dalam sistem ejaan dan sebutan kata pinjaman juga dipengaruhi oleh nilai bunyinya. Antaranya :

i.

Vokal a dilafazkan dengan bunyi [ a ] bukan bunyi [ e ], [ ], [ E ], [ i ] dan sebagainya.

Ejaan Album Popular

Sebutan [ al.bum ] [ po.pu.lar ]

ii.

Vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [ ] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan bunyi pepet [ e ] atau boleh dilafazkan [ E ] bagi kata ekosuku seperti dalam bahasa sumber. Ejaan Generasi Teori Sebutan [ g.ne.ra.si ] [ to.ri ]

iii.

Vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [ e ] juga pada semua kedudukan terbuka atau tertutup. Ejaan Artikel Sistem Sebutan [ ar.ti.kel ] [ sis.tem ]

Vokal e pepet ini termasuklah bagi huruf e di akhir bentuk isme dan bentuk ase. Ejaan sosialisme lipase iv. Sebutan [ so.sia.lisme ] [ li.pa.se ]

Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] juga pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong. Ejaan dinamo idea Sebutan [ di.na.mo ] [ i.dea ]

v.

Vokal o dilafazkan dengan bunyi [ o ] atau boleh [ O ] bagi kata ekosuku. Ejaan akordion Sebutan [ a.kor.dion ]

bom vi.

[ bom ]

Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] juga pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong atau bunyi [ yu ]. Ejaan indusrti kurikulum Sebutan [ in.dus.tri ] [ ku.ri.ku.lum ]

vii.

Diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ ai ] dan bukan denagn bunyi [ ] atau seumpamanya pada semua kedudukan kata. Ejaan aileron aising Sebutan [ ai.le.ron ] [ ai.sing ]

viii.

Diftong au dilafazkan bengan bunyi [ au ] dan bukan dengan bunyi [ o ] atau [ O ] pada semua kedudukan kata. Ejaan audit automatik Sebutan [ au.dit ] [ au.to.ma.tik ]

ix.

Diftong oi dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ Oi ]. Ejaan konvoi koboi Sebutan [ kon.voi ] [ ko.boi ]

x.

Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi bunyi vokal tunggal dalam Bahasa Melayu. Ejaan diesel protein Sebutan [ di.sel ] [ pro.tin ]

xi.

Konsonan g dilafazkan dengan bunyi [ g ] dan bukan [ j ]. Ejaan agenda geologi Sebutan [ a.gn.da ] [ go.lo.gi ]

xii.

Konsonan x dilafazkan dengan bunyi [ z ]. Ejaan xenon xerofit Sebutan [ z.non ] [ z.ro.fit ]

xiii.

Huruf gugusan konsonan awal kata atau awal suku dilafazkan sepenuhnya. Ejaan ambulans sains Sebutan [ am.bu.lans ] [ sains ]

xiv.

Huruf konsonan yang dilafazkan dalam bentuk bunyi yang lemah atau dihilangkan ialah unsur gugusan konsonan akhir dalam rangkap yang lain seperti Ejaan standard konsert Sebutan [ stan.dad ] [ kon.set ] -rd, -rm, -rt dan lm.

xv.

Gugusan konsonan awal yang tidak dibunyikan salah satu unsurnya dalam bahasa sumber dilafazkan dengan dua cara iaitu : Ejaan knot psikologi Sebutan [ knot ] / [ knot ] atau [ not ] / [ nOt ] [ pai.ko.lo.gi ] atau [ si.ko.lo.gi ]

Selain bahasa Inggeris, penyerapan kata daripada bahasa Arab juga ditekankan. Ini kerana kebanyakkan kata dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab. Kata pinjaman ini dieja seperti ejaan asal dalam bahasa Arab. Kata pinjaman ini mempunyai peraturan sebutan seperti : i. ii. tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata Melayu jati. menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

Ejaan sahabat kubur

Sebutan [ sa.ha.bat ] [ ku.bur ]

Ada juga kata pinjaman itu asalnya bermula dengan bunyi [ ain ], boleh dilafazkan dengan dua cara : i. ii. Ejaan alam ulama sebutan menurut bunyi yang sudah terserap. sebutan yang mengekalkan bunyi [ ain ] Sebutan [ a.lam ] atau [ a.lam ] [ u.la.ma ] atau [ u.la.ma ]

Terdapat juga kata pinjaman ini mempunyai kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja iaitu melahirkan bunyi ain. Ejaan saat kaedah Sebutan [ sa. at ] [ ka. e.dah ]

Kata pinjaman yang memiliki huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan : i. ii. Ejaan rakyat iklan bunyi hentian glottis. bunyi geseran rongga tekak bersuara [ ].

Sebutan [ ra .yat ] atau [ ra .yat ] [ i .lan ] atau [ i .lan ]

Kata pinjaman yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam kata bahasa sumber. Ejaan kadi tawaf Sebutan [ qa.di ] [ ta.waf ]

Terdapat juga kata pinjaman yang mempunyai kata yang berakhir dengan huruf ta marbutah, ejaan Jawi dilafazkan dengan berdasarkan huruf t atau h yang telah ditetapkan dalam ejaan Rumi. Ejaan hijrah sunah Sebutan [ hij.rah ] [ sun.nah ]

Selain itu, istilah agama Islam yang ditulis atau dieja menurut kaedah tranliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dilafazkan menurut bunyi asal. Ini juga merupakan kata pinjaman daripada bahasa Arab. Ejaan Hadith qunut Sebutan [ ha.dith ] [ qu.nut ]

Penulisan Kata Sendi Kata sendi nama ( kata depan ) di dan ke sama dengan kata sendi nama yang lain dituliskan terpisah daripada semua jenis kata yang ada selepasnya. Lazimnya ada empat jenis kata selepas kata sendi iaitu: i. kata sendi di dan ke dipisahkan daripada kata nama yang menunjukkan arah atau mengenai arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya. Contoh: Mereka berjalan ke utara. ii. kata sendi di dan ke dipisahkan daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya. Contoh: Di hutan itulah dia mencari rotan. iii. kata sendi di dan ke dipisahkan daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah, bagi kata bantu tempat dan kata nama umum. Contoh: Hujan malam tadi di empat kawasan sahaja. iv. kata sendi di dan ke dipisahkan daripada kata nama tempat atau nama khas yang lain yang ada selepasnya. Contoh: Peniaga itu menetap di Kuching sebelum berpindah ke Sandakan.

Penulisan Kata Ganti Singkat Terdapat empat jenis kata ganti singkat dalam Bahasa Melayu iaitu kau, ku, mu dan nya. Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang ada di belakangnya. Contoh penggunaan kata ganti singkat kau dan ku. kauambil kuambil kaulihat kulihat Selain itu, kata ganti singkat ku, mu dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada didepannya. Contoh penggunaan kata ganti singkat ku, mu dan nya. cintaku cintamu kepadaku kepadamu cintanya kepadanya

Catatan : Kata ganti singkat ku, mu dan nya sebagai kata ganti bagi nama Tuhan menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda sempang ( - ). Contoh : Bimbinglah hamba-Mu, ya Tuhanku.

Penulisan Partikel Terdapat empat jenis partikel dalam Bahasa Melayu iaitu -lah, -kah, -tah dan -pun. Partikel -lah, -kah dan -tah yang mempunyai tanda sempang dalam ejaan Rumi ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya: Adalah

tolonglah bilatah apakah Terdapat dua cara menulis partikel pun. Antaranya ialah : i. Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada disampingnya. Contoh: Apa-apa pun yang dimakannya, ia tetap kurus. ii. Ada beberapa perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun sekalipun bagaimanapun meskipun

Penulisan Kata Ganda Kata ganda atau kata ulang dalam sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang ( - ) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Ini termasuk: i. kata ganda semua anai-anai hati-hati labah-labah ii. kata ganda jamak jawatan-jawatan botol-botol unit-unit

iii.

kata ganda berentak kucar-kacir serba-serbi serta-merta

Catatan: Apabila kata ganda berentak ini dijadikan bentuk dasar yang mendapat apitan, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap digunakan. Contoh: dikucar-kacirkan memporak-perandakan

iv.

kata ganda berimbuhan

anak-anakan berjalan-jalan bersiri-siri zaman-berzaman Catatan: Apabila kata ganda berentak dijadikan bentuk dasar yang mendapat apitan, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap digunakan. Contoh: dikucar-kacirkan, memporak-perandakan v. Penggandaan berentak bebas anak-pinak saudara-mara lintang-pukang vi. Penggandaan bebas: penggandaan ini tidak banyak dalam bahasa Melayu ulang-alik simpang-siur ipar-duai porak-peranda patah-riuk

Penulisan Kata Majmuk Kata majmuk terdiri daripada dua atau lebih perkataan yang dirangkaikan dan membawa maksud tertentu. Ejaannya terpisah dan tidak dibenarkan sebarang penyisipan di tengahnya. Kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga bentuk. Antaranya:

i)

Kata majmuk rangkai kata bebas gambar rajah jalan raya lalu lintas bandar raya

Selain itu, gelaran juga tergolong dalam kata majmuk ini. perdana menteri menteri besar setiausahan politik ii) Kata majmuk istilah khusus telefon dail terus batu kapur cari gali iii) Kata majmuk kiasan tumbuh rusuh buah tangan Bentuk kata majmuk yang dieja bercantum (mantap). Contohnya: antarabangsa jawatankuasa olahraga sukarela tanggungjawab peribadi dinihari dukacita apabila darihal bagaimana beritahu kakitangan matahari suruhanjaya warganegara peribahasa perikemanusiaan kepada manakala barangkali apakala bumiputera kerjasama setiausaha tandatangan pesuruhjaya hulubalang sukacita daripada padahal kadangkala walhal

Penggandaan kata majmuk. Jika kata majmuk dieja bercantum, penggandaannya dibuat secara keseluruhan. Contohnya : pesuruhjaya-pesuruhjaya tandatangan-tandatangan

setiausaha-setiausaha Pengimbuhan kata majmuk boleh dilakukan dengan 2 cara: i) kata majmuk yang menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja tetapi ejaannya tetap terpisah campur aduk ambil alih daya serap ii) bercampur aduk - mengambil alih daya serapan

Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, ejaannya bercantum: campur aduk - mencampuradukkan satu padu - menyatupadukan

Penggunaan Tanda Sempang ( - ) Antara penggunaan tanda sempang: Tanda sempang digunakan untuk menulis semula jenis kata ulangan gunung-ganang kemerah-merahan sia-sia selambat-lambatnya ii. Tanda sempang digunakan untuk memisahkan suku kata yang tercerai oleh penggantian baris. Contoh: menangguhkan penyelenggaraan projek. menagguhkan penyelenggaraan projek. Catatan: Tanda sempang diletakkan pada baris atas bukannya pada baris bawah. iii. Tanda sempang digunakan untuk memperjelaskan ungkapan. Contoh: ber-evolusi dengan ber-revolusi

iv.

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama. Seperti awalan anti, pro, sub, sosio dan sebagainya sesuatu kata-kata. Contoh: anti-Rusia hamba-Nya pro-Malaysia se-Malaysia

v.

Tanda sempang digunkan untuk merangkaikan ke dengan angka bagi penulisan nombor ordinal. Contoh: Ke-12 (kedua belas) Ke-100 (keseratus) Ke-1000 (keseribu) Catatan: Nombor ordinal pertama sehingga ke sebelas tidak harus ditulis dengan angka.

vi.

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran an. Contoh: Tahun 80-an (tahun lapan puluhan) Tahun 90-an (tahun sembilan puluhan)

vii.

Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan di antara kata-kata pada rantai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah. Contoh: Alat pandang-dengar

viii.

Untuk memisahkan angka yang berbeza fungsi. Contoh: 082-442488 013-8727577

ix.

Untuk kata ganda Contoh: beribu-ribu kanak-kanak

x. xi.

Menandakan Penulisan Dalam Transliterasi Huruf Arab-Rumi Contoh: Al-Quran Al-Mulk Al-Baqarah menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan contoh: M-a-l-a-m bukan m-a-l-a-n-g T-o-n-t-o-n bukan t-u-n-t-u-n

xii.

Menunjukkan Pertuturan Yang Tidak Lancar Contoh: s-s-saya nak m-m-makan

Ejaan Dalam Peristilahan Penulisan Istilah adalah kata atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. i. Tataistilah dan Tatanama Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah. Tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu. ii. Istilah dan Kata Umum Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Kata umum boleh menjadi istilah, contoh: tenaga tenaga atom iii. Morfem dan Proses Peristilahan Morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam bahasa yang mengandungi makna. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah bahasa Melayu ialah pengimbuhan, penggandaan dan penggabungan. i. Kata akar iaitu kata yang belum mendapat imbuhan. Contohnya: serap, asid, algebra, sistem ii. Imbuhan dan Pengimbuhan iaitu morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Contoh: Ber- (berinteraksi), -an (hasilan), peN- -an (pemprosesan) iii. Penggandaan iaitu ulangan kata dasar sama ada sebahagian (rambut rerambut) atau seluruh (kacang kacang-kacang) untuk membentuk istilah.

iv. Gabungan iaitu cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Contoh: tandatangan, setiausaha, warganegara, bumiputera. Penyerapan Istilah Asing i. ii. iii. Sesuai makna. Lebih singkat daripada terjemahan Bahasa Melayu. Istilah asing yang diserap itu mempermudah penyelarasan, sekiranya istilah Bahasa Melayunya mempunyai sinonim.

Istilah Asing Yang Sudah Lazim Istilah yang sudah lama digunakan hendaklah terus dipakai untuk menjauhkan kekacauan. Contoh: campaign kempen dengue denggi pension pencen Ejaan Istilah Asing Yang Tetap Sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam Bahasa Melayu dengan syarat diberikan garis bawah atau dicetak miring. Bona fide Esprit de corps Fait accompli

Unsur dan Proses Tatabahasa Dalam Peristilahan i. ii. iii. iv. Penggunaan Kata Akar / Bebas Proses Pengimbuhan Proses Penggandaan Proses Penggabungan

Penggunaan Kata Akar / Dasar Istilah dapat dibentuk daripada kata akar. Contoh: gaya, sudut, kaji, volt, asid.

Proses Pengimbuhan Istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya. Kata Dasar/Akar Tani usaha Pelaku/Alat petani pengusaha Hal/Keadaan/tempat Pertanian perusahaan

Proses Penggandaan Mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan atau kejamakan. Contoh: kacang kacang-kacang jari jejari

rumput rerumput

Proses Penggabungan Dapat ditulis ikut tiga cara: 1. 2. 3. Kumpulan yang terpisah. Contoh : meja tulis, model linear, ketua pengarah Kumpulan yang menggunakan tanda hubung jika dirasa pelu menegaskan pengertian di antara dua unsurnya. Contoh: dua-sendi, mesin-kira tangan Kumpulan yang dirangkaikan menjadi satu kerana sudah mantap. Contoh: warganegara, olahraga, jawatankuasa

Penterjemahan Istilah baru dapat dibentuk dengan menterjemahkan istilah asing. Contoh: balanced budget anggaran berimbang triangle segi tiga Asas penterjemahan adalah tidak selalu dapat diperoleh istilah yang bersesuaian secara satulawan-satu, yang penting ketepatan makna dan bukan makna harfiahnya. Contoh: circular network surat pekeliling rangkaian (bukan perkeliling) (bukan kerja jaring)

Sinonim dan Kesinoniman Sinonim ialah dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama, tetapi berlainan bentuknya. Istilah yang diutamakan Istilah yang diizinkan Sinonim dalam istilah asing Istilah asing berdekatan

i.

Istilah yang diutamakan baku. Jadi bentuk sinonim yang tidak baku akan diketepikan dalam penggunaan. Contoh: Geografi ilmu alam (dihindari) Mikro renik (dihindari)

Dicipta paling sesuai dengan prinsip peristilahan dan dianjurkan penggunaannya sebagai istilah

nitrogen zat lemas (dihindari)

ii.

Istilah yang diizinkan Contoh:

Istilah yang timbul dalam bentuk istilah asing di samping yang sudah ada dalam bahasa melayu. Absorb Relative Frequency serap, absorb relatif, bandingan frequensi, kekerapan

iii. Sinonim dalam Istilah Asing Istilah asing yang benar-benar sinonim diterjemahkan dengan satu istilah sahaja dalam Bahasa Melayu. Contoh: Characteristic feature ciri

iv. Istilah Asing Berdekatan Sekumpulan istilah asing yang hampir-hampir sama, tetapi digunakan menurut konteks atau laras yang berlainan hendaklah sedapat-dapatnya diterjemahkan dengan istilah yang berlainan. Contoh: law undang-undang syarat

condition order

perintah

v.

Homonim dan Kehomoniman daripada homograf dan homofon.

Kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Ia terdiri Homograf: Bentuk kata yang sama ejaan tetapi lain sebutan. Contoh: perak (logam) : perak (terpinga-pinga) semak (kaji) : semak (kusut) Homofon: Bentuk kata yang sama sebutan tetapi berlainan ejaan. Contoh: golongan (kumpulan) gulungan (benda yang dilipat hingga berbentuk bulat pinggang)

vi. Hiponim dan Kehiponim Kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain yang lebih luas, iaitu superordinatnya. Contoh: mawar, melati, cempaka di mana masing-masing mempunyai makna yang terangkum dalam bunga, iaitu superordinatnya. Dalam terjemahan, istilah superordinat tidak boleh diterjemahkan dengan salah satu hiponimnya. Contoh: liquid cecair bukan air, minyak

Insect serangga bukan lipas, semut

vii. Kepoliseman Kata yang mempunyai banyak makna yang berbeza-beza, tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya. Contoh: a) b) head head gate fuse to fuse kepala (orang) pintu air atas fius berpadu, melebur, melakur.

BMK SISTEM EJAAN DAN SEBUTAN BAKU

Nama Ahli Kumpulan

: Sarlina binti Aji Wajaha bin Jabai Crispin Tan Phong Leng Abdullal Parihi b Mokhtar Safinah binti Saffie Bibiana Thien Yen Mee

Opsyen Pensyarah Tarikh

: IMM 1105 : Puan Nor Alizah : 8 Mac 2005

Rujukan

1.

Nama Buku Penulis / Penyusun

: Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu : Ismail B. Dahaman

2.

Nama Buku

: Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi Sebutan Jawi, Jilid 1 A - K

Penulius / Penyusun : Ismail B. Dahaman dan Manshoor B. Hj. Ahmad

3.

Nama Buku Penulis / Penyusun

: Strategi Bahasa Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan : Md. Saidin Ahmad Ishak dan Mohd. Saleeh Rahamad

4.

Nama Buku Penulis / Penyusun

: Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar : Prof. Abdullah Hassan

5.

Nama Buku Penulis / Penyusun

: Bahasa Kebangsaan, 1999 : Ab. Rahman Ab. Rashid dan Yap Kin Fatt

6.

Nama Buku Penulis / Penysusun

: Menguasai Bahasa Melayu Tinggi : Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood

Anda mungkin juga menyukai