Anda di halaman 1dari 7

KERTAS CADANGAN PROGRAM PENINGKATAN BAKAT 1MURID 1 SUKAN

PADA : 7 NOVEMBER 2012

TEMPAT : GELANGGGANG BADMINTON DAN DEWAN SK KUALA KEPIS

ANJURAN : UNIT KOKURIKULUM SK KUALA KEPIS

SASARAN : MURID TAHAP 2 ( TAHUN 4, 5 DAN 6 )

TEMA : SUKAN UNTUK SEMUA

1.0

Tajuk Program Peningkatan Bakat 1MURID 1 SUKAN

2.0

Tema Sukan untuk semua

3.0

Pengenalan Program 1Sukan 1Murid merupakan aktiviti untuk murid SK Kuala Kepis yang diadakan bermula tahun ini. Aktiviti ini bertujuan untuk membentuk perbadi dan sahsiah murid dan juga untuk mencungkil bakat murid dalam setiap aktiviti pertandingan mengikut sukan yang diperkenalkan dalam dasar 1M 1S. Ini sekaligus dapat menyediakan murid satu situasi bukan formal selain kurikulum. Aktiviti ini melibatkan semua murid Tahap 2 (4,5 dan 6).

4.0

Rasional Rasional utama Program 1Sukan 1Murid ini dijalankan adalah untuk memberi ruang kepada murid menunjukkan bakat dan juga kepimpinan menerusi sukan yang disertai. Melalui aktiviti ini juga murid dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, murid juga akan didedahkan dengan semangat berkolaborasi, tidak mudah putus asa dan berusaha untuk menang serta membentuk sahsiah kendiri yang positif.

5.0

Objektif Impak yang dijangka daripada aktiviti ini ialah : i. ii. iii. Mencungkil bakat murid dalam bersukan dan memahami tugas dalam organisasi. Membentuk personaliti murid yang mantap seperti mempunyai daya saing untuk menang, tidak mudah putus asa, bekerjasama dan bersungguh-sungguh. Melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi mencapai matlamat Falsafasah Pendidikan Kebangsaan .

6.0

Tempat, tarikh, hari dan masa Tempat Tarikh Hari Masa : Gelanggang Badminton dan Dewan SK Kuala Kepis : 7 November 2012 : Rabu : 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari

7.0

Ahli Jawatankuasa Rujuk Lampiran A

8.0

Aktiviti yang dijalankan Rujuk Lampiran B

9.0

Tentatif program Rujuk Lampiran C

10.0

Belanjawan Rujuk Lampiran D

11.0

Penutup Dengan adanya aktiviti Program 1Sukan 1Murid kebolehan dan potensi murid dalam bidang sukan dapat ditonjolkan. Ibu bapa juga akan dapat lebih memahami minat dan kebolehan anak-anak melalui aktiviti ini. Di samping itu, Program 1Sukan 1Murid ini juga akan dapat merapatkan hubungan antara guru-guru dan murid SK Kuala Kepis.

Lampiran A AJK Pelaksana : Semua AJK Ko Kurikulum SK Kuala Kepis. Lampiran B Aktiviti Murid Mengikut aktiviti yang telah dirancang dan ditetapkan oleh sukan masing-masing. Aktiviti Program 1Sukan 1Murid Sukan Badminton Sukan Ping Pong Lampiran C Tentatif Program Tarikh/ Masa 7 Nov 2012 7.30 pg 8.00 pg 10.15 pg 10.35 pg-11.30 pg 12.00 tgh Persiapan tempat Pertandingan Badminton dan Ping Pong Rehat Pertandingan akhir Penyampaian hadiah Aturcara Majlis

Lampiran D Perbelanjaan BIL `1 Badminton 2 3 Ping Pong Air mineral Single(6) RM 5.00 Beregu(12) RM 5.00 2 kotak RM 10.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 30.00 RM 60.00 RM 20.00 RM 200.00 Single(6) Beregu(12) RM 5.00 RM 5.00 RM 30.00 RM 60.00 BUTIRAN KERJA KUANTITI KADAR HARGA (RM) JUMLAH HARGA (RM)

Pembiayaan bagi melaksanakan Program 1Sukan 1Murid peringkat sekolah adalah daripada peruntukan I MURID 1 SUKAN.

Disediakan oleh, (Mohd Mustakim bin Ibrahim) Setiausaha 1 murid 1 Sukan, SK Kuala Kepis Disahkan oleh, ---------------------------------(Misran Bin Alimin) Guru Besar, SK Kuala Kepis

Disemak oleh, .. ( Abdul Rahman bin Yahaya) GPK Kokurikulum, SK Kuala Kepis

IRMAN BIN ILIAS SK GOMBAK (1), KM 8 JALAN GOMBAK, 53100 KUALA LUMPUR, SELANGOR DARUL EHSAN.

GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN GOMBAK (1), KM 8 JALAN GOMBAK, 53100 GOMBAK. SELANGOR DARUL EHSAN. Puan,

21 OKTOBER 2011

PER : MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK PERBELANJAAN PROGRAM 1SUKAN 1MURID Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki. Saya seperti nama dan beralamat di atas adalah setiausaha sukan bagi sekolah kebangsaan Gombak (1) 2. Tujuan saya mengirimkan surat ini adalah untuk memohon tuntutan perbelanjaan bagi urusan penyediaan makanan dan minuman murid bagi aktiviti kokurikulum bersempena dengan Program 1Sukan 1Murid yang akan diadakan pada : Tarikh : 9 November 2011 Hari : Rabu Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari 3. Untuk makluman pihak puan segala perbelanjaan tersebut yang berjumlah RM 724.70. Butiran lanjut untuk segala perbelanjaan telah saya lampirkan kertas kerja program bagi rujukan pihak puan. Sekian, terima kasih. Yang benar, ..................................... (IRMAN BIN ILIAS) I/C : 750331-03-5017

Anda mungkin juga menyukai