Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN

KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET


KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME TAHAP / LEVEL NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT Y-050-1 PEKERJA LADANG PERTANIAN AGRICULTURAL FARM WORKER SATU (1) M 03 PEMBINAAN PARIT LADANG

01. 07

GALI PARIT LADANG

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES

BINA PARIT LADANG MENGGUNAKAN PITA PENGUKUR, KAYU PENANDA, TALI, PENGGALI, CANGKUL, SKOP TANAH, KERETA SORONG, PENIMBANG AIR DAN BENANG, PELAN LADANG DAN SPESIFIKASI PEMBINAAN PARIT SUPAYA PELAN PARIT LADANG DIRUJUK, KAWASAN LADANG DITANDA MENGIKUT PELAN, KAWASAN PARIT DIUKUR DAN DITANDA MENGIKUT PELAN, SPESIFIKASI KERJA DIRUJUK, PARIT LADANG DIGALI MENGIKUT SPESIFIKASI. Y-050-1 /M 03 / KP / 01 Muka : 1 Drp : 11

NO KOD / CODE NO.

NO. KOD PELAN LADANG 1.1

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

2 drp :

11

Definisi dan jenis pelan ladang Pelan ladang menunjukkan secara keseluruhan kawasan dari segi kedudukan jalan, sungai, parit, sempadan, bangunan, jambatan/titi dan lain-lain elemen yang terdapat di dalam kawasan ladang berkenaan.

Contoh Pelan ladang Jenis-jenis pelan ladang; i. ii. iii. iv. v. vi. 1.2 Pelan penggunaan tanah (siri tanah di ladang) Pelan kontour ladang Pelan tanaman ladang (plot tanaman) Pelan sistem perparitan Pelan jalan ladang Pelan binaan / infrastruktur ladang

Kegunaan pelan ladang Kegunaan pelan ladang adalah penting untuk kerja-kerja perancangan dan pelaksanaan projek pertanian yang dijalankan dari semasa ke semasa.

1.3

Petunjuk-petunjuk pelan ladang Petunjuk-petunjuk pelan ladang memberi panduan yang menerangkan sesuatu elemen yang terdapat di ladang. Pembacaan pelan berpandu kepada perkaraperkara yang terdapat di dalam pelan seperti skala / saiz ukuran, tunjuk arah mata angin, simbol (legend), label dan jenis bahan.

NO. KOD

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

3 drp :

11

2.0 SPESIFIKASI PEMBINAAN PARIT LADANG 2.1 Definisi spesifikasi pembinaan parit ladang Spesifikasi pembinaan parit ladang adalah satu keterangan berserta rajah yang menerangkan saiz ukuran kedalaman parit, lebar dasar parit, lebar permukaan parit, kecerunan tebing parit dan panjang parit yang hendak dibina. Jadual 1 menunjukkan spesifikasi pembinaan parit ladang yang lazimnya digunapakai. 2.2 Kegunaan spesifikasi pembinaan parit ladang Spesifikasi pembinaan parit ladang digunakan sebagai rujukan sebelum melakukan kerja-kerja pembinaan parit ladang.

Rajah 1 : Rekabentuk Parit Ladang Yang Di Syorkan

NO. KOD

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

4 drp :

11

Spesifikasi pembinaan parit ladang bergantung kepada jenis tanah. Jadual berikut adalah spesifikasi pembinaan parit ladang bagi jenis tanah lom berpasir, tanah lempong dan kelodak dan tanah organik (gambut). Jenis tanah Jarak di antara parit (m) 80 100 36.5 45.7 55 - 60 Lebar permukaan (m) 1.2 1.2 1.2 Dalam tebing (m) 0.90 0.75 1.2 Lebar dasar (m) 0.6 0.6 0.6 Kepadatan parit (m/ha) 100 125 216 273 167 - 181

1.

Lom berpasir Lempong dan kelodak Organik

2.

3.

Jadual 1 : Spesifikasi pembinaan parit ladang

NO. KOD

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

5 drp :

11

3.0 PERALATAN MENGGALI PARIT 3.1 Jenis peralatan menggali parit Peralatan yang digunakan di dalam kerja-kerja menggali parit adalah pita pengukur, kayu penanda, tali, penggali, cangkul, skop tanah, kereta sorong, penimbang air dan benang.

NO. KOD

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

6 drp :

11

3.2

Kegunaan alat gali parit a. Pita pengukur Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak dan saiz parit ladang yang hendak dibina berdasarkan kepada spesifikasi panjang parit yang dinyatakan. Kerja pengukuran hendaklah dimulakan dari satu punca yang dipilih. b. Kayu penanda Kayu penanda digunakan untuk menanda dan menegangkan tali di sepanjang jajaran parit yang hendak digali. c. Tali Tali digunakan untuk menanda jajaran parit ladang yang hendak dibina. Tali perlu diikat pada kedua-dua hujungnya dengan kayu pancang untuk menegangkan tali semasa kerja menanda jajaran parit ladang. Semasa melakukan kerja menanda jajaran parit ladang, pastikan tali tidak dibiarkan di atas tanah tapi direntang dengan kayu pancang sepanjang tanda parit yang hendak dibina. d. Penggali Penggali digunakan untuk membuat tanda jajaran parit ladang di atas tanah Ia juga di gunakan untuk memulakan kerja menggali parit ladang serta mengemaskan tebing parit ladang yang telah digali. e. Cangkul Cangkul digunakan untuk melonggarkan tanah yang hendak digali untuk membina parit ladang. Lebar permukaan, lebar dasar, kedalaman dan panjang parit ladang hendaklah mematuhi spesifikasi pembinaan parit ladang yang dinyatakan dan mengikut jajaran parit ladang yang telah ditanda. f. Skop tanah Skop tanah digunakan untuk mengaut serta membuang tanah yang telah dilonggarkan selepas dicangkul. g. Kereta sorong Kereta sorong digunakan untuk mengangkut keluar tanah yang telah digali dari kawasan kerja.

NO. KOD

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

7 drp :

11

h.

Penimbang air dan benang Alat penimbang air digunakan untuk mengukur kecerunan dasar parit supaya parit yang digali mampu menyalirkan keluar air yang berlebihan dari kawasan ladang dengan cepat. Benang digunakan sebagai rujukan kecerunan dasar parit yang hendak digali.

3.3

Selenggara alat gali parit a. Pita pengukur Setelah digunakan, pita pengukur hendaklah berkeadaan kering, dibersihkan dari kotoran dan seterusnya digulung semula ke dalam perumahnya. Pita pengukur ini hendaklah disimpan di tempat yang dikhaskan di dalam stor peralatan ladang. b. Kayu penanda Setelah digunakan kayu penanda hendaklah dicabut, dibersihkan dan dikeringkan. Ia disimpan di tempat yang dikhaskan di dalam stor peralatan ladang. c. Tali Setelah digunakan bersama-sama, tali perlu dibersihkan dari kotoran, berkeadaan kering dan digulung bersekali dengan kayu pancang yang telah diikat pada kedua-dua hujungnya. Tali ini perlu disimpan di tempat yang dikhaskan di dalam stor peralatan ladang. d. Penggali Setelah digunakan, tanah yang melekat pada penggali hendaklah dibersihkan dengan membasuh penggali dengan air, dikeringkan dan disimpan di tempat yang dikhaskan di dalam stor peralatan ladang.

e.

Cangkul Setelah digunakan, tanah yang melekat pada cangkul hendaklah dibersihkan dengan membasuh cangkul dengan air, dikeringkan dan disimpan di tempat yang dikhaskan di dalam stor peralatan ladang.

f.

Skop tanah

NO. KOD

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

8 drp :

11

Setelah digunakan, skop tanah hendaklah dibersihkan dengan membasuh menggunakan air, dikeringkan dan disimpan di tempat yang dikhaskan di dalam stor peralatan ladang.

g.

Kereta sorong Setelah digunakan kereta sorong hendaklah dibersihkan dengan membasuh menggunakan air, dikeringkan dan disimpan di tempat yang dikhaskan di dalam stor peralatan ladang.

h.

Penimbang air dan benang Setelah digunakan alat penimbang air dan benang hendaklah dibersihkan, dikeringkan dan disimpan di tempat yang dikhaskan di dalam stor peralatan ladang.

NO. KOD

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

9 drp :

11

4.0 PARIT LADANG 4.1 Jenis parit ladang Terdapat empat (4) jenis parit ladang iaitu ; a. b. c. d. Parit pengudaraan Parit ladang Parit sekunder Parit utama

Rajah berikut menunjukkan jenis-jenis parit ladang dan spesifikasi binaannya.

Ukuran bagi jenis-jenis parit di kawasan tanah liat (tidak bermasalah) 4.2 Kegunaan parit ladang a. Parit pengudaraan Parit pengudaraan dibina di antara barisan tanaman yang ditanam di kawasan ladang yang rata. Parit ini bertujuan untuk menyalirkan air yang berlebihan dari permukaan tanah di dalam kawasan ladang dan di zon perakaran tanaman. b. Parit ladang Parit ladang dibina disepanjang sempadan blok/petak/ladang untuk menerima air yang disalirkan oleh parit pengudaraan. Ia juga dibina

NO. KOD

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

10 drp :

11

merentangi lereng bukit dan dibahagian dalam teres untuk mengurangkan kesan hakisan ke atas tanah yang bercerun. Air ini akan disalurkan ke dalam parit sekunder. c. Parit sekunder Parit sekunder dibina untuk menerima air yang disalirkan oleh parit ladang. Air ini pula akan disalurkan ke dalam parit utama. d. Parit utama Parit utama digunakan untuk menerima air yang disalirkan oleh parit sekunder. Air ini pula akan disalurkan keluar ke dalam sungai. 4.3 Kepentingan parit ladang Kepentingan parit ladang adalah untuk ; a. Membuang air yang berlebihan dari permukaan tanah dan zon akar tanaman. b. Mengelakkan air bertakung di dalam kawasan ladang (banjir). c. Mengelakkan hakisan tanah di kawasan yang bercerun atau curam. 4.4 Teknik menggali parit Untuk membina parit ladang yang melibatkan kawasan ladang yang luas, kerjakerja membina parit ladang lazimnya dilakukan oleh kontraktor atau pengendali jentera terlatih dengan menggunakan jentera pengorek. Bagi kawasan ladang yang kecil di mana kegunaan jentera pengorek adalah tidak ekonomik atau di kawasan yang sukar dimasuki oleh jentera pengorek, kerja menggali parit boleh dilakukan secara manual. Teknik menggali parit boleh dirujuk kepada Kertas Kerja Y-050-1 (M03)

10

NO. KOD RUJUKAN 1.

Y-050-1 /M 03 / KP / 01

Muka :

11 drp :

11

Nota mata pelajaran Pengurusan Tanaman Semester I Institut Pertanian Semenanjung Malaysia Abu Bakar bin Haji Ahmad dll. (1994), Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah, Kuala Lumpur : Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Hamdan bin Ab. Manap (1992), Penggunaan jentera dalam kerja-kerja penyediaan kawasan untuk sayur-sayuran Nota Kursus Teknologi Penanaman Sayur-sayuran, Serdang : Cawangan Kejuruteraan Pertanian MARDI.

2. 3.

11

Anda mungkin juga menyukai