Anda di halaman 1dari 1

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami: SKSB:02/06/001 Jld 1/(01) Tarikh : 8 Januari 2013 Ketua Balai, Balai Polis Desa Jaya 51200, Desa Jaya KUALA LUMPUR (U/P:Ketua Balai Polis Pejabat Polis Desa Jaya) Tuan, MEMOHON BANTUAN KAWALAN LALU LINTAS UNTUK KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. 2. Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh akan mengadakan kejohanan tersebut mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 18 Januari 2012 Hari : Jumaat Masa : 9.30 pagi hingga 11.30 pagi Tempat: Padang SK Sungai Buloh dan sekitar komuniti Kg Melayu Sg Buloh Bil Peserta: 549 orang Bil Pegawai: 118 orang 3. Sehubungan dengan itu, sebagai persediaan satu latihan penuh akan diadakan seperti berikut Tarikh : 18 Januari 2012 Hari : Jumaat Masa : 9.30 pagi hingga 11.30 pagi Tempat: Padang SK Sungai Buloh dan sekitar komuniti Kg Melayu Sg Buloh Bil Peserta: 549 orang Bil Pegawai: 118 orang 4. Oleh itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat memberi perhatian dan kerjasama untuk membantu kami Mengawal lalu lintas semasa kejohanan berlangsung. Bersama ini disertakan lampiran aturcara dan pelan jalan raya untuk perhatian tuan. Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ...................................................... ( LIM SIEW BIAN) Guru Besar, SK. Sungai Buloh s.k i. PIBG

Anda mungkin juga menyukai