Anda di halaman 1dari 4

Pembangunan lebih banyak mengorbankan Alam sekitar daripada membawa kebaikan.

PART 1 Pengenalan Bismillah HirrahmanirrahimTerima kasih ahli pengerusi Encik Zurairah dan Assalamualaikum Warahmatullah kepada ahli Pencadang Encik Nissa dan hadirin semuanya. Sebelum kita berhujah lebih banyak lagi,mari kita sama mengimbas kembali akan pengertian pembangunan ini. Pembangunan ialah perihal membangun iaitu proses membangun yang mencapai kemajuan dan perkembangan di dalam sesuatu hal. Pembangunan ini merangkumi segala aspek iaitu pembangunan ekonomi, pembangunan sosio budaya, bangunan, sains & tekonologi, pendidikan dan sebagainya. Sejajar dengan alam globalisasi ini, kita telah mengalami Transformasi dengan banyak meninggalkan tradisi kita sendiri kerana arus kemodenan telah mengaburi mata kita disebabkan oleh pelbagai pembangunan yang memberikan kesenangan kepada kita. Pembangunan ini menyediakan keperluan dan kemudahan kepada sesebuah negara untuk meningkat maju kerana ia sejajar dan berkait rapat dengan pertumbuhan EKONOMI. Kita tidak patut 100% mengharapkan akan Minyak dan Gas sahaja. Kita tidak tahu apa akan terjadi 50 tahun akan datang, adakah Minyak dan Gas masih menjadi sumber kita atau tidak. Oleh itu, kita perlulah bersadia serta selalu membangun lebih banyak pembangunan untuk strategi menaikkan ekonomi negara. Ini adalah sejajar dengan wawasan 2035 iaitu; 1. Rakyat yg berpendidikan tinggi dan berjaya- untuk memenuhi kehendak ekonomi yang sentiasa berubah. Dengan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa akan menjadikan rakyat Brunei sama taraf dengan bangsa lain dan tidak akan ketinggalan. 2. Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi- membina rumah bagi kemudahan rakyat, kestabilan politik, serta pemedulian terhadap alam sekitar. 3. Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan- Perlu ada pertumbuhan ekonomi yang menyediakan peluang pekerjaan di sektor awam/swasta. Ada produk tersendiri dengan menggunakan teknologi yang canggih.

Jika kita lihat, Pembangunan ini amat berkait rapat dengan alam sekitar. Ini adalah kerana alam sekitar lah yang akan menentukan sama ada generasi akan datang boleh ditanggung atau tidak. Dengan itu, kerajaan KDYMM telah menerapkan Pembangunan Seimbang agar negara kita tidak akan memusnahkan lebih banyak hutan2 dan segala kehijauan di Brunei ini. PART 2 Isi tentang Pembangunan Seperti yang kita tahu, pembangunan memang banyak membawa kebaikan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini terbukti apabila jabatan kami, Perancangan Ekonomi telah mengkaji bahawa KDNK Brunei telah naik meningkat hasil daripada industry Minyak&Gas dan juga pembangunan yang telah menarik ramai pelancong ke Brunei. Dengan penyaluran matawang asing telah menaikkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Dengan pembangunan ini juga membuatkan kita negeri yang ke-5 terkaya di dunia. Begitu juga dengan negeri jiran kita iaitu Singapore telah menjadi negeri ke-3 terkaya. Jika kita kaji dengan adanya pembangunan yang berleluasa maka tidak mustahil kita boleh mengejar Singapore. Tambahan negara kita ini dikenali sebagai negara Eko-pelancongan. Jika kita mahu menarik ramai pelancong untuk datang ke Brunei, maka perlulah kita mengadakan pelbagai pembangunan dari segi; 1. Bangunan untuk pusat membeli belah bagi yang suka shopping dan more entertainment. Sebagai contoh; The Mall, Cinema, Bowling, Arcade etc. Namun jika kita ingin melonjak naik lagi ekonomi itu, kita ikutlah seperti Singapura. Walaupun ia sebuah negara kecil dan ianya sudah menjadi negara ke-3 terkaya yang KDNK nya $56,694. Ini adalah disebabkan oleh beberapa pembangunan seperti Marina Bay, World Sentosa, pelbagai Hotel, Calsberg Sky tower, DHL Balloon dan banyak lagi yang menarik banyak pelancong. begitu juga import eksport barangan elektronik dan perubatan. 2. Hutan Rekreasi dibangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti tandas, tempat mandi, BBQ dan sebagainya dan ini memberi kesenangan kepada kita dan para pelancong. 3. Pembangunan Hotel atau resort seperti Empire untuk berehat dan menikmati suasana Brunei.

4. Pembangunan Industri. Eg; Minyak dan Gas yang menggunakan pelbagai sains & Teknologi yang canggih untuk mencari dan menggali. Dengan ini akan meningkatkan lagi import eksport ke luar negeri. Begitu juga dengan pembangunan Industri Beras Laila yang mempunyai nilai komersial. 5. Pembangunan jalan raya merupakan kemudahan kita untuk pengangkutan membawa pelancong ke sana ke mari. Walaupun, Brunei ini sedang membangun namun kerajaan tidak lupa akan kemahuan KDYMM akan pembangunan seimbang agar kita selari dengan arus kemodenan. Langkah-Langkah Brunei dalam pembangunan seimbang Negara kita ini terkenal dengan hutan tropika yang kehijauan dan Kerajaan telah membahagikan hutan itu kepada 5 kategori; Hutan Perlindungan, Hutan pengeluaran, Hutan Taman Negara, Hutan Pemeliharaan & Hutan Rekreasi. Ini bermaksud bahawa, kerajaan telah membahagikan akan hutan yang dapat ditebang untuk pembangunan dan yang tidak dapat ditebang. Selain itu, Kementrian Pembangunan dan Sumber2 utama telah melaksanakan pembangunan yang seimbang yang mana di Brunei ini, pembangunan dan penebangan hutan2 adalah telah ditetapkan oleh kerajaan. Ia sejajar dengan RKN 6 menyatakan bahawa setiap pokok yang ditebang akan ditanam balik. Segala kayu rotan, kayan dan buluh akan dijual dan di eksport keluar negara. Pembangunan Eko-Taman seperti Bandar Seri Begawan kini dikenali sebagai Bandar dalam Taman. Oleh kerana keunikkan nama dan tempat ini, maka akan banyak lah pelancong datang ke Brunei. Pembangunan dari segi pendidikan juga amat penting bagi menjana ekonomi negara, ini sejajar dengan tema RKN 10 iaitu dengan pengetahuan dan Innovasi akan meningkatkan produktiviti iaitu dari segi industri dan kilang2 bertambah. Seterusnya mempercepatkan pertumbuhan ekonomi apabila ianya diimport dan dieksport. Brunei juga menggunakan pembangunan berdaya tahan yang mesra alam yang mana tapak2 perindustrian telah ditetapkan. (tiada penebangan sesuka hati). Seperti; Sg Liang Industrial Park, Pulau Muara Besar, Kg Telisai, Tapak Perindustrian Tanah Jambu dan banyak lagi yg

mempunyai strategic untuk meningkatkan ekonomi negara dengan kelengkapan infrastruktur bagi merealisasikan wawasan 2035 Brunei. PART 3 Kesimpulan Menurut pendapat saya, pembangunan itu adalah amat penting bagi sesebuah negara. Pembangunan memberi kesenangan hidup sejajar dengan sifat kita yang tahu senang. Tanpa adanya pembangunan kita tidak akan maju dan akan tinggal jauh dibelakang berbanding negara lain dan mungkin kita akan menjadi seperti Katak di bawah Tempurong. Walau bagaimanapun, alam sekitar juga amat penting untuk kita hidup. Oleh itu, kita perlu lah mengadakan pembangunan yang seimbang sejajar dengan hasrat KDYMM agar negara kita ini membangun dan tiada masalah dalam alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai