Anda di halaman 1dari 22

PRA 3104 PERKEMBANGAN BAHASA DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK


Click to edit Master subtitle style

DISEDIKAN OLEH : ANIS AFIQAH BINTI KAMARUDIN LIAHISMA TUSDIANA BINTI ISMAIL NOORDIANA BTE ASPAR NUR AISYAH BTE MOHD. YUSOF
1/15/13

1/15/13

PERKEMBANGAN FONOLOGI

Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat. Bayi akan mengeluarkan perkataan pertama pada usia 9 hingga 12 bulan. Pada usia setahun, kanak-kanak akan mengeluarkan satu perkataan bagi menerangkan objek yang dilihat serta menyampaikan hasratnya. Kanak-kanak mempelajari perkataan baru melalui proses fast-mapping, iaitu secara membandingkan perkataan baru dengan perkataan yang mereka sudah ketahui.

1/15/13

Perkembangan fonologi kanak-kanak adalah seperti berikut:


Umur Perkembangan Fonologi Baru lahir - 2 Menangis dan senyum Suka mendengar suara manusia bulan Bermain dengan bunyi vokal seperti aa-aa-aa-aa 2 - 4 bulan atau oo-oo-oo-oo Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal 6 - 9 bulan untuk menghasilkan suku kata seperti ma-ma-ma atau ba-ba-ba Mula menunjukkan gerak balas 9 - 12 bulan Mencantum suku kata dan menghasilkan perkataan pertama

1/15/13

Umur 1 - 11/2 tahun 11/2 - 2 tahun

Perkembangan Fonologi Menyebut perkataan (mengenal nama benda atau nama orang) Menyebut gabungan 2 perkataan (ayat mudah) melalui bahasa telegrafi (perkataan yang penting sahaja dan fonem, seperti ti kar untuk mak, saya nak roti bakar)

2 - 4 tahun

Menyebut gabungan 3 perkataan Menggunakan strategi sebutan untuk perkataan rumit (seperti didi untuk tv ataupun alan untuk jalan)

4 - 6 tahun

Menghasilkan gabungan 4 5 perkataan Sebutan bertambah baik Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu atau pantun yang mudah

1/15/13

PERKEMBANGAN MORFOLOGI & SINTAKSIS (PERKEMBANGAN TATABAHASA)

Perkembangan tatabahasa menggunakan peraturan sintaksis dan morfologi secara tepat dalam membentuk ayat. Perkembangan tatabahasa adalah penggunaan lebih daripada satu perkataan dalam satu ungkapan.

1/15/13

Terdapat dua fasa dalam perkembangan tatabahasa kanak-kanak, iaitu:


o

Pembentukan ayat mudah melalui kombinasi perkataan pertama. Perkembangan daripada ayat mudah kepada perbualan kompleks.

1/15/13

Pembentukan ayat mudah melalui kombinasi perkataan pertama.

Apabila bayi brusia 12 30 bulan, mereka mula mencantum perkataan pertama bagi membentuk ayat mudah. Perkataan tersebut terdiri daripada perkataan yang berkaitan dengan makanan (seperti susu), pakaian (seperti baju), permainan (seperti bola), binatang (seperti meow-meow) dan orang (seperti mama).

1/15/13

Pada peringkat awal ini, kanak-kanak sudah pandai mengaplikasikan peraturan tatabahasa dalam penggunaan ayat telegrafik yang terdiri daripada kombinasi 2 perkataan, misalnya nak lan (bermaksud saya nak jalan).

1/15/13

Perkembangan daripada ayat mudah kepada perbualan kompleks.

Kanak-kanak pada usia 3 6 tahun, dapat menggunakan kata sambung, ayat berlapis, soalan bertag ketika membentuk ayat. Mereka juga dapat membentuk ayat pasif seperti Pakcik dikejar lembu

1/15/13

Orang dewasa dapat meningkatkan penguasaan tatabahasa kanak-kanak dengan: Menambahkan ungkapan kanak-kanak dengan perkataan baru supaya menjadi lebih kompleks dan lengkap (misalnya baju adik cantik) kepada (baju adik cantik kerana adanya bunga merah dan kuning)

Membentuk semula atau mengubah ayat kanak-kanak supaya menjadi lebih tepat dan betul.

1/15/13

Perkembangan tatabahasa kanak-kanak adalah seperti berikut:

Umur 1 - 2 tahun

Perkembangan Tatabahasa Menyebut ayat mudah melalui gabungan 2 perkataan seperti sedap roti untuk sedapnya roti ini

2 - 3 tahun

Membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti Adik nak ikut Berupaya menggunakan kata nama, kata bilangan dan kata tempat dalam membentuk ayat.

1/15/13

Umur 4 - 6 tahun

Perkembangan Tatabahasa Menghasilkan ayat gabungan 3 6 perkataan seperti kucing putih itu kucing kesayangan adik Menggunakan: - kata sambung (kerana, sambil) - ayat berlapis (baju saya cantik dan berwarna hijau) - soalan bertag (aiskrim ini sedap, betul tak? - ayat pasif (bola ditendang oleh Ahmad) Menghasilkan cerita pendek

1/15/13

PERKEMBANGAN SEMANTIK
Semantik ialah kebolehan memahami makna perkataan yang diucapkan serta yang didengari. Penguasaan bahasa kanak-kanak akan bermula dengan memahami percakapan yang didengar diikuti pula dengan kebolehan bertutur.

1/15/13

Bayi menyerap bunyi bahasa yang didengari ketika mereka dalam kandungan sehingga mereka berusia kira-kira 10 bulan selepas kelahiran. Kanak-kanak pada usia 2 tahun dapat memahami maksud sesuatu perkataan. Pada usia 3 tahun, kanak-kanak akan dapat memahami maksud daripada soalan yang dikemukakan.

1/15/13

Perkembangan semantik kanak-kanak adalah seperti berikut:

Umur 6 - 12 bulan 1 11/2 tahun

Perkembangan Semantik Dapat memahami makna perkataan serta menunjuk objek yang dinamakan

Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan pada usia 1 tahun Perbendaharaan kata terdiri daripada orang (mama,papa) dan benda maujud (bola, buku) Memahami arahan mudah seperti tepuk tangan

1/15/13

Umur 2 - 3 tahun

Perkembangan Semantik Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan objek Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan (marah, gembira) atau sifat (comel, cantik) Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 perkataan) Dapat menamakan objek atau mengketagorikan sesuatu benda Berlaku cetusan perbendaharaan bahasa (10,000 perkataan pada hujung peringkat prasekolah) Memahami lawak jenaka dan metafora Memahami cerita lisan atau cerita dalam buku yang dibaca Memahami dan menghafal seni kata lagu atau puisi

4 - 6 tahun

1/15/13

PERKEMBANGAN PRAGMATIK

Selain daripada semantik, fonologi dan tatabahasa, kanak-kanak juga perlu mempelajari bahasa mengikut peraturan budaya ketika berkomunikasi. Bagi menyertai sesuatu perbualan, mereka mestilah pandai mengambil giliran semasa hendak memulakan perbualan. Mereka juga perlulah bijak mengemukakan pendapat mengikut tajuk yang dibualkan. Bijak menyampaikan mesej dengan jelas dan mengikut peraturan serta secara tertib.

1/15/13

Kanak-kanak perlu diberi didikan cara mengambil giliran semasa bercakap, memahami bahasa badan atau bahasa isyarat serta pandai memberi respon mengikut topik yang dibualkan. Perkembangan pragmatik bergantung pada kebudayaan masyarakat, iaitu di mana kanakkanak itu membesar.

1/15/13

Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara pragmatik berkembang seperti berikut:


Umur 1 - 2 tahun

Perkembangan Pragmatik Mula mengambil giliran dalam perbualan Dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah, seperti bye-bye atau terima kasih Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan yang kecil ketika bermain atau aktiviti di dalam kelas Berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian Dapat menggunakan daftar bahasa seperti selamat pagi

3 - 4 tahun

1/15/13

Umur 5 - 6 tahun

Perkembangan Pragmatik Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan yang besar Dapat menggunakan daftar bahasa seperti apa khabar atau "tolong secara berkesan mengikut keperluan Mula memberi komen dan meminta tindak balas Dapat bertanya kembali apabila disoal

1/15/13

Disediakan oleh:
Nama : 1. Anis Afiqah binti Kamarudin (890519-05-5292) 2. Liahisma Tusdiana binti Ismail (890519-05-5292) 3. Noordiana bte Aspar (891101-23-5098) 4. Nur Aisyah bte Mohd. Yusof (891229-23-5062) : PISMP Prasekolah 2 Ambilan Januari Perkembangan Bahasa dan

Unit 2009 Perkara : Pengajaran

Kanak- kanak (PRA 3104) Nama : Pn. Norshidah binti Abu Husin
Pensyarah 1/15/13

Anda mungkin juga menyukai