Anda di halaman 1dari 27

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

UNIT 6

ATURCARA KONTRAK
Objektif am: : Mengetahui dan memahami kontrak dari segi prinsip menurut Akta Kontrak, perhubungan dengan tawaran, jenis-jenisnya, ciri, keperluan, kebaikan dan keburukannya, perbezaan di antara subkontrak dinamakan dan pembekal dinamakan, perbezaan di antara kontraktor kecil dan kontraktor kecil dinamakan serta jenis-jenis borang kontrak setara. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Objektif khusus:

Mentakrifkan kontrak dari segi kontrak binaan. Mengenalpasti prinsip-prinsip kontrak yang sah di sisi undang-undang menurut Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974). Menerangkan perhubungan secara am di antara kontrak dan tawaran. Menerangkan dan membezakan jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan keburukan perolehan (procurement). Mentakrifkan Sub kontraktor Domestik, Sub Kontraktor Dinamakan dan Pembekal Dinamakan. Membezakan antara Sub kontraktor Domestik dan Sub Kontraktor Dinamakan. Menerangkan jenis-jenis borang Kontrak Setara yang biasa digunakan untuk kerja di Jabatan Kerja Raya.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

INPUT 6A

6.0

Pengenalan

Sebelum ini anda telah mempelajari Aturcara Tawaran pada unit 5. Setelah mendapat gambaran yang terang dan jelas dari unit tersebut, anda tentu akan mudah memahami hubungan di antara tawaran dan kontrak yang akan dipelajari nanti. Di dalam industri binaan, tanpa tawaran maka tidak akan wujud kontrak. Di sini menunjukkan kontrak amat penting bagi memastikan peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat, kontraktor juga hendaklah menyiapkan kerjanya dengan sempurna tanpa menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta rekabentuk seperti mana yang dikehendaki oleh pemilik . Ia juga mestilah

menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak pemilik pula hendaklahlah memberikan segala butiran beserta keterangan yang jelas bagi memudahkan pihak kontraktor memahami apakah yang dikehendaki serta harga tawarannya.

6.1

Takrif Kontrak Kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain.

Manakala dari segi binaan, kontrak adalah satu perjanjian yang mengikat antara dua pihak iaitu kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Pihak kontraktor akan melaksanakan kerja sehingga sempurna dan pihak pemilik akan bertanggungjawab untuk membuat bayaran terhadap kerja tersebut. Ia dibuat secara bertulis dengan menggunakan borang yang sah.
NOOR LIDA KHADIJAH MURNI JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

6.2

Prinsip prinsip Kontrak Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) terdapat beberapa prinsip kontrak yang perlu diketahui dalam pengertian kontrak yang sebenarnya. Antaranya termasuklah : 6.2.1 Tawaran Mengikut Akta kontrak 1950 (Semakan 1974) Seksyen 2 (A), tawaran ialah seseorang itu membuat cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu dengan tujuan mendapat persetujuan dari pihak yang tersebut.

6.2.2

Penerimaan Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) Seksyen 2 (B), penerimaan ialah apabila cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang diterima dan diperkenankan oleh pihak yang menerima cadangan itu dengan tidak dikenakan syarat syarat yang tertentu. Penerimaan bersyarat tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang kontrak. diterima menjadi janji Sesuatu cadangan apabila

6.2.3

Balasan Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang menerima tawaran. Tindakan penerimaan tawaran biasanya

dilakukan sama ada secara lisan, bertulis ataupun secara perbuatan.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

6.2.4

Niat Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara keduadua belah pihak yang berkenaan secara jujur, ikhlas serta amanah dan tidak melanggari serta mematuhi segala syarat yang dikenakan dalam perjanjian kontrak.

6.2.5

Persetujuan yang sah dari segi undang-undang Segala perjanjian di antara pihak pencadang dan pihak penerima hendaklah tidak menyalahi undang-undang kerajaan di mana kontrak dijalinkan. Perjanjian yang menyalahi undang-undang

kerajaan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974).

6.2.6

Ikatan kontrak boleh dilaksanakan Sebelum sesuatu kontrak dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak yang terlibat hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa ikatan perjanjian nanti tidak terlalu membebankan mana-mana pihak sehingga boleh membawa masalah kepada sebahagian atau keduadua belah pihak.

6.2.7

Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak Kecacatan bermaksud, rekod atau prestasi pada masa lalu. Kelalaian kerja, tidak menepati perjanjian, melebihi tempoh had masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi adalah sebahagian daripada kecacatan yang dimaksudkan itu.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

6.3

Perhubungan Kontrak dan Tawaran Tawaran adalah merupakan satu atur cara untuk menjemput kontraktorkontraktor bagi menghargakan tawaran yang dikemukakan oleh pihak pemilik. Dokumen yang digunakan dipanggil sebagai Dokumen Tawaran. Apabila harga tawaran tersebut telah dipersetujui di antara pihak pemilik dan kontraktor maka ikatan kontrak akan dijalinkan dengan menandatangani satu dokumen lengkap yang dipanggil sebagai Dokumen Kontrak. Dokumen ini bertujuan untuk menerangkan tanggung jawab setiap pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut.

Adakah cara kita berjabat tangan ini dinamakan kontrak?

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

6.4

Jenis, Ciri, Keperluan, kebaikan dan keburukan perolehan (Procurement) Kontrak adalah perlu kerana memandangkan saiz dan kerumitan pengendalian bangunan-bangunan moden masa kini melibatkan pakar-pakar dan kontraktor kecil. Berbagai-bagai jenis kontrak digunakan dalam industri pembinaan. Di antaranya ialah :

6.4.1

Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti. Merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan dan segala butiran kerja dan kuantiti ditentukan dalam dokumen tender sebelum tender dipelawa. Penender yang menyertai tender akan menentukan harga untuk butir-butir kerja yang terkandung dalam Dokumen Tender. Senarai Kuantiti ini mengandungi beberapa pecahan jumlah harga tender untuk setiap elemen bangunan seperti dinding luar, dinding dalam, kerangka, tingkap, pintu, tangga, bumbung dan lain-lain.

Kebaikan : i. Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang kerja masing-masing apabila menggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti.

ii.

Kadar harga yang terkandung di dalam dokumen kontrak akan menjadikan asas untuk menilai bayaraan kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dan menilai perubahan kerja.

iii.

Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk mengira kuantiti bagi membeli bahan binaan.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

iv.

Kontraktor juga dapat menentukan sebutharga dari sub kontraktor.

v.

Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak.

Kelemahan : i. Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan dan senarai kuantiti. ii. Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masaa yang cukup untuk menyediakan dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

6.4.2

Kontrak Harga Gumpal Berdasarkan Lukisan, spesifikasi dan Jadual kadar harga. Di dalam kontrak ini, kontraktor dikehendaki melaksanakan kerja untuk setiap elemen dengan sejumlah wang yang telah ditentukan jumlahnya (seperti yang telah ditender). Bagi kontrak ini, penender tidak dibekalkan senarai kuantiti tetapi dibekalkan jadual kadar harga piawai yang disertakan bersama dalam dokumen tender. Butiran kerja terkandung di dalaam pelan dan bahan serta cara kerja diperihalkan di dalam spesifikasi tetapi senarai kuantiti tidak dibekalkan. Jadual kadar harga akan digunakan sebagai asas untuk menilai bayaran kemajuan kerja yang telah disiapkan dan juga untuk menilai perubahan kerja. Jika perubahan kerja (Variation Order) yang wujud tidak disenaraikan di dalam jadual kadar harga, Jurukur Bahan akan berunding dengan kontraktor untuk menyetujui satu kadar harga yang sesuai.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

6.4.3

Kontrak Turnkey Dasar kontrak Turnkey ialah seluruh tanggungjawab terletak kepada pihak kontraktor bermula dari peringkat perancangan , mereka bentuk pembinaan dan pengawasan sehingga kepada penyudahan projek dengan masa yang telah ditetapkan dan harga yang dipersetujui. Terdapat 2 faktor kenapa kontrak Turnkey diperkenalkan : i. ii. keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu pemilik kekurangan kumpulan pakar.

Kebaikan : i. Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari awal hingga akhir. i. Penglibatan kontraktor di peringkat awal dapat menjayakan projek itu lebih berkesan. Kontraktor dapat memberikan pandangan serta pendapatnya secara sepenuhnya berkaitan projek pembinaan. i. Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-hal yang berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.

Keburukan: i. Harga bagi sesuatu projek adalah tinggi jika dibandingkan dengan ii. ystem tradisional.

Boleh menjejaskan penglibatan perunding-perunding tempatan di mana kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik perunding-perundingnya sendiri.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

iii.

Kontraktor Bumiputera dan tempatan tidak mampu bersaing untuk mengambil bahagian kerana ia digunakan bagi projek yang harga dan pengurusan yang tinggi.

6.4.4

Kontrak Harga Tambah (Cost Reimbursement) Kontrak Cost Reimbursement dikenali juga sebagai Kontrak Cost Plus. Kontrak ini bermaksud pembayaran semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kontraktor. Ini termasuklah kos bahan, loji dan buruh yang dipanggil sebagai Wang Kos Prima dan ditambah dengan pembayaran (fee) untuk menampung keuntungan dan perbelanjaan pengurusan (overhead). Sesuai untuk projek-projek yang rumit dan perlu disiapkan segera.

Perbelanjaan pengurusan termasuklah : Gaji pengurus Sewa pejabat Alatan/kelengkapan pejabat Bil-bil seperti elektrik, telefon, air dan sebagainya Insuran-insuran Cukai-cukai Faedah bank Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 10

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

Kontrak jenis ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu : a) Wang Kos Prima + Yuran Tetap. Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar dan ditambah dengan kos pengurusan dan keuntungan yang telah ditetapkan. Kos pengurusan dan keuntungan mesti

telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor sama ada secara tender atau perundingan.

Adakah anda keliru? Jangan risau, sila rujuk Jadual 6.1 di bawah.

CONTOH 1

Kontrak WKP + Yuran Tetap 1. Kos Buruh 2. Kos Bahan 3. Kos Kerja Sub Kontraktor 4. Kos Alat Jentera & Loji Tambah Yuran yang ditetapkan

RM 39000 59000 10000 2000

RM

110000 15000

Kos Projek

125000

Jadual 6.1 : Wang Kos prima + Yuran Tetap

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 11

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

b)

Wang Kos Prima + Peratus Yuran . Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar dan ditambah dengan kos pengurusan dan keuntungan mengikut peratus yang telah ditetapkan. Kos Pengurusan dan keuntungan mesti telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor. Peratus yuran dikira dari jumlah kos pembinaan sebenar. Semakin banyak perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pemilik untuk WKP maka kontraktor akan mendapat imbuhan yang lebih tinggi. Bagi mendapatkan penerangan yang jelas , anda boleh rujuk Jadual 6.2 di bawah.
CONTOH 2

Kontrak WKP + Peratus Yuran 1. Kos Buruh Tambah 25 %

RM 40000 10000

RM

50000

2. Kos Bahan Tambah 10%

60000 6000 66000

3. Kos Kerja Sub Kontraktor Tambah 5 %

10000 500 10500

4. Kos alat jentera & loji Tambah 10 %

2000 200 2200

Kos Projek

128700

Jadual 6.2 : wang kos prima + peratus yuran


NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 12

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

c)

Wang Kos Prima + Yuran Sasaran. Untuk kontrak jenis ini kos sasaran (target cost) bagi sesuatu pembinaan mestilah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor. Mempunyai factor insentif kepada kontraktor bagi menggalakkan penjimatan kos pengurusan dan keuntungan akan diberi kepada kontraktor sekiranya kos pembinaan sebenar kurang daripada kos sasaran asal. Sebaliknya kontraktor akan dikenakan denda/potongan sejumlah wang yang patut diterima jika kos pembinaan melebihi kos sasaran. Dengan cara ini kontraktor mempunyai inisiatif untuk menjimatkan kos pembinaan dan mempercepatkan penyiapan projek bagi mendapatkan bonus. Beberapa perkara penting yang mesti dipersetujui dalam kontrak jenis ini ialah : Jumlah kos sasaran Bonus atau denda yang perlu dibayar Kualiti kerja yang perlu dicapai

Pengiraan bagi kontrak ini lebih komplek. Sila teliti betul-betul Jadual 6.3 dan Jadual 6.4 pada halaman sebelah.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 13

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

CONTOH 3

Kontrak WKP + Kos Sasaran (Kos Sasaran RM 110,000) 1. Kos Buruh 2. Kos Bahan 3. Kos Kerja Sub Kontraktor 4. Kos alat jentera & loji Yuran yang dirunding Tambah 20% ke atas RM2000 (RM 110,000 RM 108,000) Kos Projek 123400 RM 38000 58000 10000 2000 15000 400 15400 108000 RM

Jadual 6.3 : Wang Kos Prima + Kos Sasaran


CONTOH 4

Kontrak WKP + Kos Sasaran (Kos sasaran RM 110,000) 1. Kos Buruh 2. Kos bahan 3. Kos kerja Sub Kontraktor 4. Kos alat jentera & Loji Yuran yang dirunding Kurang 20% ke atas RM1000 (RM 110000 RM 111000) Kos Projek 125600 (-) RM 41000 58000 10000 2000 15000 200 14800 111000 RM

Jadual 6.4 : Wang Kos Prima + Kos Sasaran

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 14

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

AKTIVITI 6A

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum meneruskan input yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas di halaman berikutnya. 6.1 Mengapakah kontrak binaan penting di dalam Industri binaan ?

6.2

Senaraikan prinsip-prinsip kontrak menurut Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974).

6.3

Kontrak dan Tawaran mempunyai hubungan yang rapat. Terangkan dengan jelas perhubungan tersebut.

6.4

Kontrak jumlah gumpal yang berdasarkan Senarai Kuantiti selalu digunakan. Walaupun ia mempunyai berbagai kebaikan, namun terdapat juga kelemahannya. Nyatakan kelemahan tersebut.

6.5

Terangkan DUA (2) faktor mengapa Kontrak Turnkey diperkenalkan.

6.6

Berdasarkan data-data yang diberi di bawah, kirakan Kos Projek bagi Kontrak Cost Reimbursement :

a)

Wang Kos Prima + Yuran Tetap (Rujuk Jadual 6.1 )

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 15

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

1. 2. 3. 4.

Kos Buruh Kos Bahan Kos kerja Sub-kontraktor Kos Alat Jentera + Loji Yuran ditetapkan

RM 45000 RM 53000 RM 12000 RM 3000

RM 10000

b)

Wang Kos Prima + Peratus Yuran (Rujuk Jadual 11.2)

1.

Kos Buruh Tambah 25 %

RM 30000

2.

Kos Bahan Tambah 10 %

RM 50000

3.

Kos kerja Sub Kontraktor Tambah 5 %

RM 15000

4.

Kos Alat jentera & Loji Tambah 10 %

RM 3000

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 16

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

MAKLUMBALAS 6A

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam Aktiviti 6A 6.1 Kontrak binaan penting kerana ia merupakan satu perjanjian yang mengikat antara kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja di mana Pihak kontraktor mesti melaksanakan kerja sehingga sempurna dan pihak pemilik akan bertanggungjawab untuk membuat bayaran terhadap kerja tersebut.

6.2

Prinsip-prinsip Kontrak ialah : 6.2.1 6.2.2 6.2.3 6.2.4 6.2.5 Tawaran Penerimaan Balasan Niat Persetujuan yang sah dari segi undang-undang

6.2..6 Ikatan kontrak boleh dilaksanakan 6.2.7 Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak

6.3

Kontrak dan tawaran mempunyai hubungan yang rapat kerana setelah tawaran kontraktor menerusi Dokumen Tawaran disetuju terima oleh pihak pemilik maka satu ikatan kontrak akan dijalinkan selepas itu dengan menandatangani Dokumen Kontrak.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 17

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

6.4

a)

Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

b)

Kontrak ini memerlukan masa yang cukup untuk menyediaka dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

6.5

a) b)

Keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu. Pemilik kekurangan kumpulan pakar.

6.6

1.

Kos Projek RM 123000

2.

Kos Projek RM 118300

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 18

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

ANDA HAMPIR MENCAPAI KEJAYAAN. BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB SOALAN-SOALAN PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH. SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH. RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN SEBELAH.

SOALAN 1

Setiap perlaksanaan untuk projek pembinaan mesti ada ikatan kontrak di antara pemilik dan kontraktor. Terangkan mengapakah proses ini mesti dilaksanakan.

SOALAN 2

Jelaskan mengapakah terdapat banyak jenis kontrak tersebut di dalam industri pembinaan.

SEMOGA BERJAYA

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 19

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

SUDAH MENCUBA ? SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DI BAWAH. JAWAPAN 1 Jika tiada ikatan kontrak di antara kontraktor dan pihak pemilik beberapa kemungkinan akan berlaku iaitu : i) Kontraktor tidak akan menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. ii) Kontraktor akan menggunakan bahan binaan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. iii) Kontraktor tidak menjalankan kerja dengan sempurna. iv) Pihak pemilik tidak membuat pembayaran mengikut kemajuan kerja.

JAWAPAN 2 Jenis-jenis kontrak ialah : i) Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti. ii) Kontrak harga gumpal berdasarkan lukisan, spesifikasi dan jadual kadar harga iii) Kontrak Turnkey iv) Kontrak Cost Reimbersement Terdapat banyak jenis kontrak kerana ia dibuat berdasarkan kesesuai jenis - jenis binaan yang dijalankan.

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA TELAH MENJAWAB DENGAN BETUL

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 20

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

INPUT 6B

6.5

Pengenalan

Anda tentu telah mengetahui dengan jelas siapa itu kontraktor dari pembelajaran unit-unit yang telah lepas. Syabas diucapkan. Kontraktor memainkan peranan yang amat besar di dalam membina dan menyiapkan sesuatu projek pembinaan mengikut kehendak atau syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam Dokumen Kontrak.. Walaubagaimanapun kontraktor terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kontraktor Utama, Sub kontraktor Domestik dan Sub kontraktor Dinamakan.

6.6

Takrif

6.6.1

Sub kontraktor Domestik Ialah orang/syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak kontraktor utama bagi sesuatu penyiapan kerja.. Dipilih sendiri oleh kontraktor utama. Kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah memasang jubin lantai & dinding, kerja simen, kerja konkrit dan sebagainya

6.6.2

Sub kontraktor Dinamakan Ialah orang/syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak kontraktor utama bagi menyiapkan sesuatu kerja. Biasa diambil untuk menjalankan kerja-kerja khas yang memerlukan kepakaram seperti kerja cerucuk, pemasangan elektrik, system penyamanan udara, lif dan sebagainya.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 21

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK Pembayaran untuk kerja-kerja yang telah siap adalah dibuat oleh pemilik secara terus kepada Sub kontraktor dinamakan.

6.6.3

Pembekal Dinamakan Dilantik oleh pemilik/P.P untuk membekalkan bahan dan barangbarang binaan kepada kontraktor utama dalam sesuatu projek. Mengikat kontrak dengan kontraktor utama Biasa dilantik di atas sebab-sebab : Pemilik mungkin tidak dapat membuat keputusan bagi sesetengah kerja iaitu kerja kemasan dan sebagainya Perubahan jenis barangan di pasaran seperti kelengkapan elektrik, kertas hiasan dinding dan sebagainya Pembekal dapat memastikan bekalan bahan/barang ada dalam pasaran dan kerja dapat disiapkan mengikut jadual Pembekal biasanya dapat menentukan hanya barangan bermutu sahaja yang digunakan.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 22

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

6.7

Perbezaan di antara Sub Kontraktor Domestik dan Sub Kontraktor Dinamakan Sub Kontraktor Domestik Tiada ikatan kontrak secara rasmi Bayaran diperolehi bergantung kepada kontraktor utama Kontraktor utama Melalui kontraktor utama Sub Kontraktor Dinamakan Ada ikatan kontrak secara rasmi Bayaran diperolehi berdasarkan kerja yang telah disiapkan pemilik/P.P Dibayar terus oleh pemilik

Tanggungjawab kontraktor utama Bayaran kemajuan kerja

Perlantikan Hak kontraktor utama ke atas tuntutan bayaran

6.8

Jenis-jenis Borang kontrak Setara Borang kontrak Setara yang biasa digunakan oleh Jabatan Kerja Raya ialah JKR 203 Sem.10/83 dan JKR 203A Sem. 10/83

Anda akan memperolehi huraian yang lebih terperinci tentang fasal fasal yang terkandung di dalam Borang Kontrak Setara pada Unit 12

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 23

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

AKTIVITI 6B

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum meneruskan input yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas di halaman berikutnya.

6.1

Mengapakah sub kontraktor dinamakan diperlukan di dalam industri pembinaan ?

6.2

Senaraikan jenis-jenis borang yang biasa digunakan oleh Jabatan Kerja Raya bagi semua kontrak kerajaan.

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 24

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

MAKLUMBALAS 6B

PERHATIAN

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 6B.

6.1

Sub kontraktor Dinamakan diperlukan di dalam industri pembinaan kerana ia dilantik oleh kontraktor utama untuk menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan kepakaran. Borang yang digunakan ialah Borang Kontrak Setara JKR 203 Sem.10/83 dan JKR 203A Sem. 10/83.

6.2

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 25

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

ANDA HAMPIR MENCAPAI KEJAYAAN. BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB SOALAN-SOALAN PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH. SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH. RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN SEBELAH.

SOALAN 1

Huraikan perbezaan di antara sub kontraktor domestik dan sub kontraktor dinamakan dari sudut tanggungjawab kontraktor utama.

SOALAN 2

Anda ditugaskan untuk mendapatkan Borang Kontrak Setara yang digunakan oleh Jabatan kerja Raya untuk kegunaan pembelajaran bagi unit yang akan datang.

SEMOGA BERJAYA

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 26

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

SUDAH MENCUBA SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DI BAWAH.

JAWAPAN 1

Sub kontraktor Domestik dipilih sendiri oleh kontraktor utama dan ikatan kontrak di antara keduanya secara tidak rasmi di atas persetujuan P.P manakala sub kontraktor dinamakan dilantik oleh pemilik atau Pegawai Penguasa dan ikatan kotrak dengan kontrak utama adalah secara rasmi.

JAWAPAN 2 Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pelajar.

TAHNIAH DAN SYABAS SEKIRANYA ANDA TELAH MENJAWAB DENGAN BETUL DAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT YANG DITUGASKAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS

C 2006/UNIT 6/ 27

ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN ATURCARA KONTRAK

Hubungan di antara tawaran dan kontrak boleh dirumuskan seperti rajah di bawah

PERJANJIAN

ATURCA RA TAWARAN

ATURCARA KONTRAK

PERUNDINGAN

PERTANDINGAN

HARGA GUMPALAN

BERDASAR SENARAI KUANTITI

COST REIMBURSEMENT

TURNKEY

SENARAI PENUH

TAWARAN 2 PERINGKAT

PENENTUAN, JADUAL HARGA DAN LUKISAN

TERBUKA

TERPILIH

WANG KOS PRIMA + YURAN

WANG KOS PRIMA + SASARAN YURAN

WANG KOS PRIMA + PERATUS YURAN

NOOR LIDA KHADIJAH MURNI

JKA, POLISAS