Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 2 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN TAHUN 4

ARAHA N:

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D. Antaranya ada SATU sahaja jawapan yang paling betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu.

Soalan 1 hingga soalan 5 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Busu meletakkan motosikalnya di hadapan warung Jais. Dia meluru masuk sambil menjinjing sebuah bungkusan. Mukanya merah dan matanya liar mencari Jais. Timah, mana Jais? tanya Busu dengan suara keras dan garang. Dia di belakang membasuh pinggan-mangkuk. Kenapa Encik Busu? Nampaknya marah sangat, kata Timah dengan lembut. Memang aku marah. Jais tipu aku. Aku minta lima keping roti canai, di beri tiga keping saja. Bayarannya, dia ambil tiga ringgit untuk lima keping, kata Busu dengan keras. Mendengar suara Busu yang kuat itu Jais datang ke depan warungnya.Apa halnya Busu? Bila pula aku tipu kau? Sekarang, kau tak mengaku pula, kata Busu. Timah menceritakan masalahnya. Jais menepuk-nepuk kepalanya. Busu, aku minta maaf. Bungkusan yang kau bawa balik itu Pak Kassim yang punya. Dia minta tiga keping roti canai tadi. Agaknya, Pak Kassim dapat bungkusan kau. Tunggu sekejap, aku buat lagi dua keping, kata Jais. Timah, buatkan teh secawan untuk Busu, kata Jais.Minum dulu, Busu. Bumi manalah tak ditimpa oleh hujan, Busu? Maafkan aku, sambung Jais sambil memasak roti canai itu. Baiklah Jais. Buat roti itu cepat-cepat. Anak-anak aku lapar itu, kata Busu dengan suara yang agak lembut. Dia kelihatan tenang tetapi masih agak masam mukanya. 1. Busu ialah seorang yang .... A. berani B. cepat marah C. degil D. sukar dipujuk 2. Siapakah pembantu warung Jais? A. Pak Kassim B. Busu C. Anak-anak busu D. Timah

3. Berapakah harga sekeping roti canai yang dijual oleh Jais? A. 40 sen sekeping B. 50 sen sekeping C. 60 sen sekeping D. 70 sen sekeping 4. Apakah maksud perkataan meluru masuk dalam petikan di atas? A. Masuk dengan garang B. Berjalan dengan pantas C. Masuk dengan diam-diam D. Berjalan dengan perlahan 5. Apakah maksud Bumi manalah tak ditimpa oleh hujan ? A. Tiap-tiap orang akan membuat kesalahan. B. Semua tempat mesti kena hujan C. Orang marah boleh dipujuk D. Tiap-tiap orang ada perasaan marah Soalan 6 hingga soalan 10 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-solaan yang berikutnya. Zaimah Mohd Amin, 32 Jalan Mesra, Taman Harapan, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. 2 Jun 2002 Menemui sahabatku Mary Tan yang berada di Taiping semoga dalam keadaan sihat. Mary, Sudah setahun setengah Mary berpindah ke Taiping dan selama itulah kita tidak berjumpa. Baru-baru ini, pada 31 Mei saya cuba untuk berjumpa dengan Mary. Walau bagaimanapun, usaha saya tidak berhasil. Pada hari itu saya mengikut kakak saya ke Taiping untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kakak saya, di Changkat Jering. Selepas majlis itu, sebelum kami balik ke Ipoh, kami telah mencari rumah Mary. Malangnya, apabila kami sampai di rumah Mary, rumah Mary berkunci dan tidak ada sesiapa dirumah. Saya bertanya dengan jiran Mary, Encik Menon, dan dia beritahu saya bahawa Mary ke Pulau Pangkor bersama dengan keluarga Mary. Dengan perasaan hampa, saya dan kakak saya terus pulang ke Ipoh. Saya berharap kita akan berjumpa tidak lama lagi. Jika Mary datang ke Ipoh, silalah ke rumah saya. Tentu kita mempunyai banyak cerita untuk diperkatakan. Bercerita dalam surat begini tidak begitu seronok. Sekian buat kali ini dan terimalah salam sejahtera daripada saya. Yang benar,

Zaimah M. Amin
2

6. Di manakah Zaimah tinggal? A. Di Pulau Pangkor B. Di Changkat Jering C. Di Taiping D. Di Ipoh 7. Apakah tujuan utama Zaimah pergi ke Taiping? A. Untuk menemui Mary B. Untuk bercuti bersama kakaknya C. Untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kakaknya D. Untuk mengajak Mary supaya datang ke rumahnya di Ipoh 8. Siapakah Encik Menon? A. Kawan Zaimah B. Kakak Zaimah C. Kawan Mary D. Jiran Mary 9. Walau bagaimanapun, usaha saya tidak berhasil. Apakah usaha yang tidak berhasil itu? A. Percubaan Zaimah untuk menemui Mary B. Percutian Mary di Pulau Pangkor C. Perpindahan Mary ke Taiping D. Jemputan Zaimah kepada Mary 10.Daripada kandungan surat di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa Mary dan Zaimah ...... A. belum pernah bertemu lagi B. tidak pernah berhubung melalui surat C. selalu berhubung melalui surat D. selalu bertemu Solaan 11 hingga soalan 15. Baca atur cara di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut. Tarik Masa h 8 Julai 8 pagi 1 tengah hari 2 petang 3 petang Perkara Pendaftaran kategori laut di Dewan Melawati, Kuala Selangor. Taklimat peserta laut oleh wakil pihak polis dan penganjur di Dewan Melawati. Peserta kategori laut menaiki bot dari jeti Kuala Selangor. Upacara pelepasan rasmi kategori laut di muara Sungai Selangor.

9 Julai 6 pagi 8 pagi 2 petang 2.30 petang 2.35 petang

Pendaftaran peserta pantai di Pantai Bagan Pasir, Tanjung Karang. Pertandingan pantai dimulakan. Pertandingan pantai tamat Ketibaan YAB Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar. Ucapan alu-aluan oleh Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn. Bhd, Datuk Ahmad Rejal Arbee. Ucapan YAB Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Abu Hassan Omar. Penyampaian hadiah. Vip melawat pameran ikan. Jamuan ringan. Bersurai.

3 petang 4 petang 4.15 petang 4.45 petang

11.Atur cara ini berkaitan dengan...... A. Pertandingan pantai di Kuala Selangor B. Pendaftaran peserta pertandingan pantai C. Lawatan Menteri Besar Selangor ke Kuala Selangor D. Pertandingan pantai di Dewan Melawati 12.Siapakah A. Pihak B. Pihak C. Pihak D. Pihak yang menyampaikan taklimat peserta laut? penganjur peserta polis VIP

13.Berapa lamakah peserta kategori pantai beradu nasib mereka? A. 2 jam B. 6 jam C. 7 jam D. 10 jam 14.Memancing ialah aktiviti masa lapang tetapi mungkin menjadi.... A. kerja harian semua pemancing B. pekerjaan utama semua pemancing C. kerja turun-temurun semua pemancing D. sumber pendapatan sampingan sesetengah pemancing.

15.Antara perkara-perkara berikut adalah atur cara yang dinyatakan, kecuali ... A. Upacara pelepasan rasmi kategori laut B. Pendaftaran peserta pantai di Pantai Bagan Pasir C. Bermalam di Dewan Melawati D. Penyampaian hadiah Soalan 16 hingga soalan 20. Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikut. Tanam cili tanam selasih, Dijual pada orang kota; Antara kotor dan bersih, Bersih pasti pilihan kita. Pelihara kambing dan biri-biri, Lepas di padang tidak berpagar; Pertama jaga kebersihan diri, Agar diri segak dan segar. Pokok kelapa disambar lintar, Tinggallah batang tegak sasa; Kedua jaga kebersihan sekitar, Agar hidup sihat selesa. Burung pungguk terbang malam, Mencari makanan hingga fajar; Ketiga jaga kebersihan alam, Agar pemandangan indah segar. Pergi ke hutan bawa bekalan, Hendak memburu haiwan rusa; Keempat jaga kebersihan fikiran, Agar hubungan damai sentiasa. 16.Tajuk yang paling sesuai bagi pantun di atas ialah.... A. Hidup Sihat B. Alam Sekitar C. Menjaga Kebersihan D. Kebersihan Fikiran 17.Apakah tujuan kita menjaga kebersihan kawasan sekitar? A. Supaya hidup kita sihat dan selesa B. Supaya diri kita cantik dan sihat C. Supaya perhubungan kita aman dan damai D. Supaya fikiran kita menjadi bersih

18.Kenapakah burung pungguk terbang malam? 5

A. B. C. D.

Menjaga kebersihan alam Mencari makanan Memburu rusa Pemandangan indah pada waktu malam

19. Perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan segak ialah ... A. kacak B. cantik C. indah D. permai 20.Penulis mencadangkan supaya menjaga kebersihan hendaklah bermula dengan.... A. kebersihan fikiran B. kebersihan kawasan sekitar C. kebersihan diri D. kebersihan alam Soalan 21 hingga soalan 25. Isi tempat kosong yang bernombor dengan perkataan yang sesuai. Pemelihara ikan amat suka __________( 21 ) ___________ ikan kelisa. Mereka __________( 22 ) _________ ikan ini kerana rupanya yang cantik. Sisiknya yang besar dan berkilat _____________( 23 ) _________ amat menarik di dalam akuarium. Itulah sebabnya, orang sanggup _______________( 24 ) ________ harga yang mahal bagi seekor ikan kelisa. Kadang-kadang, orang __________( 25 ) _____ ikan kelisa dengan harga RM 2,000 seekor.

21. A. mendidik B. memelihara 22. A. mengasingkan B. membandingkan 23. A. nampak B. lihat 6 C. perhati D. tengok C. membezakan D. memilih C. menjaga D. mengasuh

24. A. membeli B. menawar 25. A. memborong B. berbelanja C. membeli D. membayar C. membayar D. berbelanja

Soalan 26 hingga soalan 27 Isikan tempat-tempat kosong kata sendi nama yang sesuai. 26. Johari menulis sepucuk surat __________ sahabat penanya yang berada di Kuching , Sarawak. A. pada C. dari B. daripada D. kepada 27. Jarak ___________ rumah Salmi ___________ sekolahnya ialah 3 kilometer. A. daripada , ke B. dari , ke C. pada , ke D. di , ke Soalan 28 hingga Soalan 29 Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan kata perintah yang berikut. 28. _______________ bising. Peperiksaan UPSR sedang berjalan. A. Tolong C. Sila B. Jangan D. Minta 29. Encik, ___________ tolong tunjukkan saya jalan ke Pejabat Pos. A. minta C. tolong B. sila D. jangan Soalan 30 hingga Soalan 33 Lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan berganda yang sesuai. 30. Rumah di kawasan itu ____________ bentuknya. A. baik-baik B. baru-baru C. cantik-cantik D. teguh-teguh 31. Orang ramai ____________ pergi ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun 2002 . A. berjalan-jalan B. berduyun-duyun C. berebut-rebut D. bersama-sama 7

32. Dollah berlari ____________ dikejar lembu jantan mengamuk. A. mundar-mandir B. huru-hara C. hiruk pikuk D. lintang pukang 33. ____________ akan mengeluarkan cahaya pada waktu malam. A. Kekura C. Kekunang B. Jejentik D. Pepijat Soalan 34 hingga Soalan 37 Pilih penjodoh bilangan yang sesuai bagi ayat-ayat di bawah. 34. Kakak memotong se _________ roti dengan sebilah pisau. A. ketul C. potong B. buku D. bungkus 35. Emak membeli se _________ anggur di pasar malam. A. berkas C. tangkai B. gugus D. kuntum 36. Lima __________ jagung manis itu dijual dengan harga RM 3.00. A. tongkol C. pucuk B. rumpun D. tangkai 37. Se _________ buluh hidup subur di tepi parit itu. A. longgok C. rumpun B. biji D. jambak Soalan 38 hingga Soalan 41 Isikan tempat kosong dalam ayat berikut dengan kata hubung yang sesuai. 38. Hussin tidak bermain hoki hari itu __________ kakinya luka terkena kaca. A. tetapi C. hingga B. jika D. kerana 39. Shafik hendak pergi berkelah ___________ ibunya tidak mengizinkan. A. dan C. tetapi B. jika D. kecuali 40. Pak Mail menanam pisang dan jagung ___________ menunggu pokok getahnya besar. A. dan C. hingga B. sementara D. jika 41. _____________ badannya kecil, dia amat pantas berlari. A. Sekiranya C. Kalau B. Agar D. Walaupun 8

Soalan 42 hingga Soalan 44 Lengkapkan ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai. 42. Mereka sekeluarga pergi ____________ di Pulau Perhentian selama seminggu. A. makan angin C. ambil angin B. khabar angin D. naik angin 43. Tempat pertama tentu ____________ Tina kerana dia pandai melukis. A. lepas tangan C. dalam tangan B. alas tangan D. bekas tangan 44. Akhirnya Mak Cik Bedah tidak membeli apa-apa di gedung pakaian itu kerana dia ___________. A. putih mata C. rabun mata B. rambang mata D. gelap mata Soalan 45 hingga Soalan 46 Pilih perkataan yang seerti dengan perkataan yang bergaris dalam ayatayat di bawah . 45. Pengetahuannya cetek kerana dia kurang membaca. A. tidak dalam C. luas B. banyak D. besar 46. Pak Karim akan pergi ke laut menangkap ikan jika cuaca cerah. A. berseri C. bahagia B. terang D. gelap Soalan 47 hingga Soalan 48 Pilih perkataan yang berlawan dengan perkataan bergaris. 47. Suasana di stadium menjadi gamat apabila pasukan mereka berjaya menjaringkan gol. A. sunyi , gagal C. diam , tewas B. sepi , menang D. tenang , gagal 48. Para penentang yang menderhaka terhadap Sultan Melaka telah diberkas. A. sekutu , setia B. seteru , bernaung C. pemberontak , taat D. penyokong , taat

Soalan 49 hingga 50 Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul. 49. A. Wah ! Cantiknya baju itu? kata kakak saya. B. Wah cantiknya ! baju itu , kata kakak saya. C. Wah cantiknya baju itu ! kata kakak saya. D. Wah, cantiknya baju itu kata kakak saya. 50. A. Saya tinggal di No. 20, Jalan Hilir, Ipoh Perak. B. Saya tinggal di No. 20, Jalan Hilir, Ipoh Perak. C. Saya tinggal di No. 20, Jalan Hilir, Ipoh, Perak. D. Saya tinggal , di no 20, Jalan Hilir, Ipoh, Perak.

Disediakan oleh , ______________________ Guru BM Tahun 4 Disahkan oleh, _____________________

( PN. MAZNAH BT YUSOF )

Disemak oleh, _______________________ K. Panitia BM

( EN. RAZMI B. CHE ROSE )

10

Anda mungkin juga menyukai