Anda di halaman 1dari 1

Selesema Burung.

Penyakit selesema burung pernah mengemparkan dunia, malah rakyat Malaysia juga tidak terkecuali berisiko terkena penyakit ini. Bagaimana penyakit ini boleh merebak dan siapakah antara yang berisiko untuk terkena penyakit ini? Ikuti beberapa fakta di bawah:

Siapa yang berisiko? Mereka yang bekerja di ladang ternakan ayam, itik burung yang berkemungkinan telah dijangkiti. Mereka yang mempunyai kontek terus dengan haiwan yang dijangkiti. Mereka yang mengendalikan pemusnahan ayam, itik, burung yang berpenyakit. Virus juga boleh didapati pada kulit telur yang tercemar najis haiwan ternakan seperti yang disebutkan.

Cara perlindungan terbaik. Amalkan cara penternakan haiwan yang selamat seperti menggunakan penutup mulut dan hidung, sarung tangan, apron dan but. Selalu membasuh tangan dengan air yang bersih setiap kali selepas mengendalikan haiwan ternakan. Amalkan lain-lain peraturan kawalan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan. Bagi yang ingin melawat negara yang dilanda wabak selesema burung, setakat ini pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak membuat sebarang sekatan untuk melawan untuk melawat ke negara-negara yang terlibat. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan supaya tidak melawat ladang ternakan ayam, itik, burung atau pasar basah di negara tersebut. Pengendalian daging ayam atau produknya yang dijual di pasaran yang telah dibersihkan dan dimasak dengan sempurna adalah selamat. Semua produk tersebut termasuk telur perlu dimasak sebelum dimakan. Jadi, tidak perlulah anda menggelakkan diri daripada makanan kesukaan anda ini.

Anda mungkin juga menyukai