Anda di halaman 1dari 27

ABSTRAK

Projek yang ingin dibangunkan adalah satu alat bantu mangajar bagi subjek pemacu elektrik. Ianya berfungsi sebagai alat keluaran bagi litar pemacu yang akan direka bentuk oleh pengguna. Alat bantu mengajar ini terdiri daripada motor berserta pengekod, satu litar pengubah isyarat frekuensi ke isyarat voltan, serta paparan berbentuk voltmeter digital. Tujuan projek ini dibina ialah untuk membantu proses pengajaran serta pembelajaran sekaligus melahirkan para pelajar yang mempunyai daya kreatif untuk mencipta litar pemacuan. Untuk menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkesan, penggunaan alat bantu mangajar amatlah perlu khususnya dalam matapelajaran pemacu elektrik. Dalam subjek ini, para pelajar di ajar tentang jenis-jenis motor, alat-alat pemacu, dan lain-lain. Dengan bantuan alat bantu mengajar para pelajar berpeluang mengenali secara dekat jenis-jenis litar pemacu serta jenis-jenis motor. Tetapi itu semua tidak cukup jika para pelajar itu sendiri tidak berpeluang mencipta sendiri sistem berkenaan pemacu serta motor pacuannya. Dengan adanya alat bantu mengajar yang dibangunkan ini, para pelajar berpeluang merasai pengalaman membina litar pemacu. Para pelajar hanya perlu mencipta litar pemacu sahaja, manakala motor serta spesifikasi keluaran telahpun disediakan, berupa motor serta paparan nilai yang dikeluarkan oleh motor.

ABSTRACT

Project that had been constructed is an education aid for electric drive subject. It is functional as an output device, for an input that will be create by the user. This device includes a motor, a frequency-to-voltage converter, and a display. The purposes of this project are to help teaching and learning process and to create a creative and innovative thinking upon students. Purpose of trainer to create more effective and efficient teaching and learning procedure, using a trainer important especially in electric drive. In this subject, students have been teaching about types of motor, electrical drivers, and etc. Using a trainer student can recognize more clearly about types of drivers circuit and types of motor. But it's not enough for student if they can not create their own driver for a system. Within trainer that was build, students can have their own experience how to create and design their own drive circuit. They only need to design the drive circuit and the motor with output specification is available (motor with its output value in voltage display.

BAB I

PENGENALAN

1.0

Pengenalan

Projek yang akan dibangunkan merupakan alat bantu mengajar subjek pemacu elektrik. Alat ini merupakan bahagian keluaran bagi litar pemacu yang akan dibangunkan oleh pengguna. Dengan adanya projek ini, ia akan membantu pelajarpelajar supaya tidak lagi perlu memikirkan tentang pembinaan litar keluaran projek ini projek pemacu mereka dan hanya mengfokuskan tentang pembinaan litar pemacu.

1.1

Latar Belakang Kajian

Projek alat bantu mengajar untuk subjek pemacu elektrik merupakan projek kajian pembelajaran untuk subjek pemacu elektrik. Tujuan projek ini ialah untuk membina alat bantu mengajar. Dalam proses pembelajaran bagi pelajar kejuruteraan, alat

bantu mengajar seperti ini adalah merupakan salah satu dari strategi pembelajaran yang efektif. Sebagai contoh, pelajar kejuruteraan elektronik perlukan sesi makmal selepas sesi kuliah. Setelah mempelajari teori-teori yang berkenaan, mereka perlu memasuki sesi makmal untuk pemahaman tentang apa yang telah dipelajari. Dalam sesi makmal, mereka akan diperkenalkan dengan jenis-jenis litar, melakukan ujian-ujian litar, pengiraan, untuk dibandingkan dengan teori-teori yang telah dipelajari. Walaupun ia merupakan satu teknik pembelajaran yang baik, tetapi terdapat sedikit kekurangan, pelajar-pelajar seharusnya belajar membina sendiri litar-litar yang telah dipelajari. Dengan ini akan memberi kesan pembelajaran yang lebih efektif. Sehubungan dengan itu, apabila pelajar-pelajar membina sendiri litar pemacu, projek ini akan menghasilkan litar keluaran yang mengandungi pemacu voltan arus terus (AT) berserta pengubah pergerakan motor ke isyarat frekuensi, litar pengubah isyarat frekuensi ke isyarat voltan arus terus, serta alat pemapar nilai voltan yang terhasil dari motor tersebut.

1.2

Objektif

Objektif projek ini ialah membina alat bantu mangajar yang ringkas untuk subjek pemacu elektrik. Alat bantu mengajar yang akan dibina perlulah ringkas, bagi tujuan mudah dibawa oleh tenaga pengajar mahupun pelajar-pelajar. Alat bantu mengajar ini perlu mempunyai kaitan dengan subjek pemacu elektrik ini. Ini amat penting kerana ia berhubung dengan proses pembelajaran subjek tersebut. Di samping membangunkan projek ini, ia merupakan peluang untuk mengenali serta mempelajari subjek ini dengan lebih dekat, berkaitan aplikasi-aplikasi pemacuan

motor elektrik. Ia menambahkan ilmu serta pengalaman mengenai pemacu elektrik serta aplikasinya. Pembinaan projek ini ialah bagi menjadikan hasil projek ini dijadikan salah satu alat bantu mengajar altenatif selain yang sedia ada untuk sesi makmal subjek pemacu elektrik. Ini akan mempelbagaikan pilihan cara pembelajaran untuk pelajar-pelajar. Dalam perlaksanaan projek ini, kos merupakan satu isu yang amat penting. Alat bantu mengajar ini haruslah tidak mahal berbanding yang sedia ada. Oleh kerana ia merupakan alat bantu mengajar yang ringkas berbanding yang sedia ada, ia seharusnya lebih murah. Objektif terpenting projek ialah memastikan alat ini boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran subjek pemacu elektrik. Projek ini seharusnya digunakan pensyarah dan para tenaga pengajar dalam proses pengajaran mereka. Sebagai contoh dengan adanya alat ini, pensyarah boleh memberikan kerja kursus untuk membina litar pemacu untuk keluaran yang telah sedia ada. Dengan adanya alat ini juga, ia boleh digunakan oleh pelajar-pelajar dalam projek sarjana muda mereka. Mereka tidak perlu untuk membangunkan keluaran litar pemacu mereka lagi.

1.3

Skop Kajian

Bagi memastikan projek yang ingin dijalankan berjaya dilaksanakan. Saya telah mengenalpasti skop kerja yang diperlukan. Untuk proses membina alat bantu mengajar ini, saya membahagikan kepada tiga skop kerja iaitu;

Bahagian maklumat. Mempelajari maklumbalas pelajar-pelajar dan tenaga pengajar tentang alat bantu mangajar subjek pemacu elektrik yang digunakan pada masa sekarang. Mempelajari spesifikasi yang perlu ada pada sebuah alat bantu mangajar.

Bahagian perkakasan. Merekabentuk litar. Mempelajari jenis pemacu yang sesuai digunakan dalam projek ini. Mempelajari serta mereka bentuk litar pengubah isyarat frekuensi ke isyarat voltan arus terus. Memastikan alat bantu mengajar yang akan dibina tidak menggunakan kos yang mahal.

1.4

Struktur Penulisan Tesis

Bahagian - bahagian tesis adalah seperti berikut: Di dalam bab dua, perbincangan secara ilmiah tentang teori- teori alat-alat yang digunakan dalam projek ini. Di samping itu juga pemahaman tentang ciri - ciri dan keperluan projek ini juga dibincangkan. Bab tiga pula akan membincangkan tentang proses-proses yang telah diambil bagi membangunkan projek ini. Ini bagi memastikan hasil kerja dapat memenuhi

objektif yang telah ditetapkan. Satu carta alir disediakan bagi memastikan proses-proses pembinaan projek ini dijalankan secara teratur. Bab empat akan melihat dengan lebih jelas keputusan-keputusan yang telah diperolehi dalam analisis. Analisis- analisis bagi hasil projek ini merangkumi bentuk model, dan juga peralatan-peralatan serta komponen yang digunakan.serta contoh ujikaji yang dijalankan. Manakala bab terakhir akan membincangkan tentang hasil kerja yang dijalankan dan kesimpulan secara keseluruhan terhadap kajian yang telah dijalankan. Ia juga akan turut memuatkan cadangan terhadap masalah tersebut.

BAB I1

KAJIAN LATAR BELAKANG DAN KONSEP

2.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan tentang teori dan konsep projek secara menyeluruh. Tujuan perbincangan ini untuk menerangkan perspektif dan kaedah yang digunakan dalam pen ye1idikan yang lepas dan meninjau sejauh mana projek ini dihubungkaitkan dengan kajian serta teori yang sedia ada. Selain daripada itu, bab ini juga akan menunjukkan teori dan konsep yang telah digunakan dalarn menyelesaikan masalah projek. Kefahaman secara teori ini amat penting sebagai panduan dalam menjalankan sebarang kajian. Hasil sesuatu kajian itu tidak dapat dinilai jika tidak dibandingkan dengan teori.

2.2

Kajian Pemacu Elektrik Moden.

Dalam sistem pemacu elektrik moden, terdapat lima unsur utama seperti ditunjukkan pada rajah di bawah.(Rajah 2.2.a) beban mekanikal, motor, pengubah, punca kuasa, dan pengawal. Punca kuasa akan menyumbangkan tenaga kepada sistem pemacu. Pengubah akan menghubungkan motor dengan punca kuasa dan akan menyediakan motor dengan voltan boleh laras, arus, serta frekuensi. Pengawal akan memantau keseluruhan operasi sistem untuk menambahkan persembahan dan kestabilan sistem keseluruhannya.[2]

Punca kuasa (power source)

P engubah elekkonik (converter)

Beban me kanikal (mechanical load)

v
b

.
4

Pengawal (controller)

Rajah 2.2.a: Sistem Pemacu Elektrik Moden.[2]

Selalunya, jurutera rekaan tidak akan menyentuh unsur beban mekanikal dan unsur punca kuasa, dua unsur ini merupakan produk utama kilang serta punca kuasa pula berdasarkan punca kuasa yang sedia ada di kilang tersebut. Walaupun begitu, pereka biasanya boleh memilih tiga unsur lain dalam sistem pemacu (motor, pengubah, dan pengawal) [2]

Berbeza dengan projek ini, iaitu membangunkan unsur motor dan beban mekanikal serta paparan keluaran motor. Bahagian pemacu dan pengubah akan dibina pengguna. Hasil projek ini sebenarnya akan membantu pelajar untuk lebih kreatif serta berpengalaman membina litar pemacu serta pengubah bagi motor yang telah disediakan pada alat bantu mengajar ini.

23 .

Kajian Alat Bantu Mengajar Sedia Ada.

Pada masa sekarang, terdapat pebagai jenis alat bantu mengajar yang dibina untuk keperluan proses pengajaran kepada pelajar telah dibina dalam bentuk pendekatan kotak hitam (black-box). Alat-alat bantu mengajar menggunakan pendekatan ini, pelajar akan melaksanakan ujikaji dengan menggunakan separa binaan fungsi modul. Pendekatan ini biasa digunakan syarikat pengeluar alat-alat bantu mengajar bagi keperluan makmal sekadar untuk memudahkan kerja mereka serta meraih keuntungan tanpa memikirkan pendekatan yang terbaik untuk para pelajar. Ini akan mengundang kekurangan dalam proses pembelajaran, unit ini akan memesongkan pengetahuan pelajar. Kebiasaannya kelemahan menggunakan pendekatan ini ialah ia tidak boleh mendapat data dari dalam unit, ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk memahami sistem dalaman alat bantu mengajar tersebut.

Rajah 2.3.a: Contoh Alat Bantu Mengajar Pendekatan Kotak Biru

Alternatif yang digunakan ialah dengan menggunakan pendekatan kotak biru (blue box). Ia berbeza dengan kotak hitam. Bahagian dalaman alat bantu mengajar dapat dipelajari, ia juga memudahkan kefahaman tentang elemen-elemen asas alat bantu mengajar tersebut tanpa mengabaikannya. Pelajar akan mengfokuskan dalam merekabentuk sistem dan akhirnya pelajar akan boleh menggantikannya dengan pendekatan kotak biru dengan persamaan yang berasingan untuk memahami isu-isu rekaan litar yang ketara. Dalam sesi makmal elektronik kuasa, terdapat pelajar tahun akhir yang akan menggunakan kaedah kotak biru untuk memulakan pencarian nilai spesifikasi yang akhirnya membangunkan litar pada papan prototaip untuk proses awalan pembangunan litar.

2.2.1

Kawalan Kelajuan Menggunakan Modulasi Lebar Denyut (PWM).

PWM adalah satu teknik kawalan motor AT menggunakan denyut-denyut gelombang. Kelebaran denyut dikawal untuk menentukan kelajuan motor, semakin lebar denyut maka semakin laju putaran motor. Kelebaran denyut boleh dikawal dengan menggunakan perintang boleh laras, semakin rendah nilai rintangan semakin lebar

denyut dihasilkan. PWM dihasilkan oleh perbandingan gelombang segitiga dengan voltan AT seperti dalam rajah 2.2.la. Apabila aras voltan AT dilaras dengan melaras perintang boleh laras, kelebaran denyut PWM akan berubah.

Penjana gelombang tigasegi Peringkat voltan

PWM

Ton

4-d

I
I

I T

I
I

I I

Rajah 2.2: 1a : Penjanaan Modulasi Lebar Denyut (PWM)

Melalui denyut PWM, kelajuan motor dapat ditentukan dengan mengira kitar kerja dengan menggunakan formula berikut:

Kitar kerja = Ton

100%

Kelebihan Modulasi Lebar Denyut (PWM) [I].

Denyut yang terhasil berkadaran dengan voltan. Dapat menghasilkan daya kilas yang lebih pada motor berbanding kaedah lain. Dapat mengatasi rintangan dalaman motor dengan mudah. Semua kuasa pada bekalan kuasa dapat dihantar sepenuhnya kepada beban.

2.3

Jenis-Jenis Litar Pemacu

Litar pemacu mempunyai 2 bahagian itu rotor dan stator seperti rajah 2.10 di bawah. Stator berfungsi menyediakan medan magnet melalui arus elektrik dalam lilitan dan teras feromagnetik melalui magnet kekal. Stator tidak bergerak atau berputar Bahagian rotor pula akan berputar dalam bahagian stator. Dalam rotor mempunyai teras magnet dan lilitan yang membawa arus untuk menghasilkan medan magnet sendiri. Terdapat 2 jenis litar pemacu motor AT yang dipertimbangkan untuk projek ini iaitu:

i)

i i)

Litar motor pirau Litar motor

2.4

Jenis-jenis Pengekod

2.4.1

Pengekod Kenaikan Optik

Rajah 2.4.la: Pengekod Kenaikan Optik

Pengekod kenaikan optik adalah pengesan yang diletakkan secara sudut menentang menggunakan cahaya pancaran untuk mengesan pergerakan. Disebabkan pengekod ini boleh memberikan maklumat dengan hadlaju yang tinggi, ia dikhaskan pada kedudukan dan halaju sistem timbalbalik. Sebagai contoh, ia akan digunakan pada sistem pengawalan pergerakan, pencetak dan pemplot, peralatan pegangan bahan dan mesin kain. Sebilangan besar pengekod berputar optik terdiri daripada cakera kaca berserta bilangan ruang yang bertanda yang sama banyaknya, dan pengesan tanda yang dipasangkan di bahagian yang lain. Komponen-komponen dalam pengekod ini khas dipasang dengan rangka yang khas untuk melindungi pancaran cahaya dan peralatan elektronik daripada terkena habuk dan bahan-bahan lain yang boleh merosakkan pemancar cahaya dan alatnya yang sensitif. Apabila cakera berputar, tanda-tanda pada cakera tersebut akan bergilir-gilir membenarkan cahaya menembusinya, dengan ini ia akan menghasilkan isyarat denyutan. Bilangan denyutan dijana oleh pengekod per pusingan memberi arahan kepada pusingan pengekod. Keputusan pada pengekod dikhaskan daripada 1 isyarat pengekod per pusingan hingga beberapa ratus ribu isyarat pengekod per pusingan. Oleh kerana tanda-tanda pada cakera bertukar-tukar peranan untuk membenarkan pencahayaan, pengekod sentiasa akan menjana denyutan pada setiap kedudukan tandatanda tersebut selagi cakera itu berputar. Seterusnya, kedudukan objek boleh dikira dengan menyambungkan keluaran pengekod yang samada meningkat atau menurun setiap masa pengekod menjana denyutan. Nilai pada pembalas menyamai kedudukan tanda-tanda akan mengeluarkan nilai membahagikan nilai itu dengan bilangan perubahan pusingan pada masa tersebut. Ini bermaksud, jika pengekod rnenjana 10 denyutan per 1 perubahan pusingan, pengiraan resolusi kedudukan tanda-tanda mestilah tidak melebihi 1110 kali perubahan.

Untuk mengesan arah putaran dan meningkatkan kecekapan resolusi pengekod, pengesan kedua dipasang antara cakera dan pengesan-pengesan tanda. Dengan adanya dua pengesan tanda, ini akan menghasilkan dua isyarat denyutan secara sinusonidal, akan dijana setelah rod pengekod berubah kedudukan pada 90'. Signal yang terhasil akan samada dihantar secara terus kepada pengekod sebagai isyarat sinusonidal atau menghantarnya terlebih dahulu kepada pembanding untuk menghasilkan isyarat digital. Untuk meningkatkan resolusi pengekod pendekatan penyisipan digunakan kepada isyarat analog atau digital yang terhasil dari pengekod.hasil kepetusan penyisipan ialah peningkatan resolusi pengekod 2 hingga 25 kali ganda dari isyarat sebenar yang terhasil dari pengekod. Arah pergerakan boleh diketahui melalui setiap perubahan sudut yang boleh dikesan setiap kali isyarat bertibal balik ke atas atau ke bawah. Variasi untuk pengekod yang biasa digunakan ialah pengekod berongga. Pengekod ini dengan sendirinya terdapat pengekod di dalam motor tanpa memerlukan fungsi rod. Selain menggunakan perangkai pada rod untuk membaca kedudukan sudut motor, pengekod berongga ini juga dipasang pada rod itu sendiri untuk mengesan pergerakan motor itu. Dengan itu ia akan mengelakkan atau mengurangkan nilai resonan terhadap hasil bacaan kedudukan motor. Pengekod linar optik mengesan pergerakan linar. Ia menggantikan penggunaan cakera bertanda berskala bersamaan dengan luas ruang pada yang berselang. Skala pada pengekod ini boleh dibangunkan daripada kaca, besi, atau plastik. Tanda-tanda pada skala dibaca oleh pengesan bergeraklberputar yang mengandungi punca pencahayaan dan pengesan tandalgambar. Resolusi untuk pengesan jenis ini dikhususkan dalam unit jarak dan ia dibezakan melalui jarak antara satu tanda dengan tanda yang satu lagi. Pengekod ini juga biasanya mempunyai panjang beberapa sentimeter hingga beberapa ratus meter dan mempunyai resolusi serendah nilai micro atau rendah. Pengekod optik laser adalah salah satu lagi dari jenis pengekod yang mengekod pergerakan. Walaupun mempunyai cara pengiraan yang berbeza, ia mempunyai fungsi

P I .

Rajah 2.4.2b: Pengesan Pantulan Gambar

Menjana denyutan apabila pengesan menerima cahaya pantulan.

Rajah 2.4.2~: Pengesan Penghampiran

Menjana denyutan apabila pengesan mendekati objek berbentuk tanda yang bergerak samada objek tersebut mengeluarkan gelombang atau tidak, bergantung kepada jenis pengesan.

2.4.3 Interferometer

Laser interferometer digunakan untuk membaca perubahan kedudukan sesuatu objek. Laser interferometer menawarkan keputusan yang baik untuk membaca kedudukan memberi kecekapan sehingga 0.02 denyutan per pergerakan. laser

interferometer menggunakan panjang gelombang cahaya sebagai unit pengiraan dan rnenggunakan 3 komponen asas: Cahaya laser yang akan menyumbangkan pencahayaan secara cahaya terus. Optik yang akan meluruskan cahaya laser untuk membentuk pancaran antara muka. Peralatan elektronik yang akan mengesan perbezaan antara terdapat penerimaan cahaya laser atau tidak.

2.4.4 Pengesan Segitiga Laser

Rajah 2.4.4: Pengesan Segi Tiga Laser

Pengesan segitiga laser digunakan untuk membuat pembacaan nilai perubahan kedudukan secara tidak bersentuhan. Ruang penerimaan pantulan laser akan menerima pancaran dari laser. Cahaya laser yang dipantulkan dan difokuskan pada CCD. CCD akan mengesan cahaya itu berdasarkan titik pantulan tersebut dan dibezakan melalui sudut pantulan tersebut. Pengesan akan menghasikan voltan dan bentuk analog. ( keluaran biasa ialah -10V hingga +lOV) yang berkadar langsung dengan jarak sasaran cahaya dengan pengesan.

2.4.5

Pengesan Kekerasan Magnet

Radial MbOnttiC
, -

6eld
:

Stnsor

I
' l i :,
: .

:+
; ,

'

Ring magnet connected lo a mming objec~

Ii

+ %raw
Pulse

. : . ,

Rajah 2.4.5: Pengesan Kekerasan Magnet

Pengesan kekerasan magnet digunakan untuk mengesan perubahan kedudukan yang linear. Ia beropersi dengan menghantar gelombang magnet kepada magnet berbentuk cincin yang tetap. Denyutan gelombang magnet berjejari dipancarkan apabila denyutan aliran arus dihasikan pada liku-liku gelombang. Magnet tetap yang berbentuk cincin yang meluncur pada liku-liku gelombang, dipasang pada objek yang akan dikesan. Kemudian denyutan gelombang yang berjejari bercantum magnet tetap yang berbentuk cincin itu, tarikan itu menghasilkan tegangan, tekanan ini menghasilkan perambakan semula liku-liku gelombang kepada pengesan. Jarak dikira berdasarkan pada masa dari bermulanya pancaran gelombang hingga gelombang yang dirambakkan semula pada masa terjadinya tegangan.

Pengesan tarikan kabel terdiri dari 2 kali-kali dan kabel untuk mengira sudut seperti pengekod dan potentiometer. Pengiraan ~erubahan sudut digunakan untuk mengira jumlah pergerakan yang linear. Sebuah spring digunakan sebagai penstabil tegangan dan menggulung kali-kali semula. Apabila kali-kali tersebut dipasangkan pada potentiometer, nilai keluaran dalam bentuk isyarat analog akan mewakili kedudukan terkini kali-kali tersebut.

2.4.7

LVDT - Transformer Pembezaan Pembdehubah Linar

Rajah 2.4.7: LVDT

LVTD digunakan untuk mengira atau mengesan perubahan kedudukan yang


linears dan halaju pada satu objek. LVTD terdiri daripada shaf yang bergerak dan bilangan set gelungan. Dalam operasi normal, shaf akan dipasang pada 1 objek dan gelombang magnet akan terhasil dari gelungan dengan adanya arus AT pada gelungan pertama (primary). Apabila tiba di kedudukan ~ertengahan, flux yang terhasil di gelungan pertama akan dipasang-~asangkanbersamaan gegelung kedua (secondary). Pada masa ini, nilai perubahan voltan pada gelungan kedua adalah 0. Apabila shaf digerakkan dari kedudukan pertengahan, banyak lagi flux yang terhasil dari pasangan gelungan pertama dan kedua. Nilai perubahan voltan yang terhasil ialah positif atau

negatif. Dengan menggunakan keadaan polariti dan magnitud, kedudukan shaf dapat diketahui.

2.4.9 Tachometer

Tachometer digunakan untuk mengira halaju objek yang sedang bergerak. Ia beroperasi berdasarkan prinsip motor sebagai generator, menghasilkan nilai voltan yang berkadar langsung dengan sudut halaju pada shaf motor. Nilai pembolehubah yang berkadar langsung, K, yang akan menterjemahakan pergerakan mekanikal kepada voltan
( nilai biasa yang dikeluarkan 1 hingga 30 volt per 1000 RPM )

2.4.10 Pengubah Isyarat Frekuenci Ke Isyarat Voltan

Pengubah isyarat frekuensi ke isyarat voltan adalah alat yang digunakan untuk mengubah bentuk isyarat arus masukan berkadar langsung dengan isyarat voltan keluaran. Ia juga mengandungi penguat untuk isyarat pemproses dan perintangkapasitor (RC) untuk mengalihkan frekuensi yang beriak sendiri. Ia boleh menerima isyarat voltan arus ulang alik AU dan AT, frekuensi dan denyutan, dan isyarat-isyarat keluaran dari peralatan seperti pengekod, tachometer, pemasa, dan suis-suis. Peralatan dengan penapis sempurna membenarkan isyarat frekuensi untuk melaluinya sementara menguruskan tugas menapis. Peralatan yang mempunyai penapis isyarat rendah membenarkan isyarat yang bawah dari pengehad frekuensi untuk melaluinya sementara tidak membenarkan isyarat yang melampaui had tersebut. Ia juga boleh didapati bersama penapis boleh laras. Spesifikasi peralatan untuk pengubah isyarat frekuensi ke isyarat voltan mengandungi bilangan saluran analog dan bilangan saluran perubahan. Apabila satu

isyarat keluaran didapati, pengeluar produk ini biasanya menentukan nilai maximum keluaran saluran analog bersarnaan bilangan perubahan keluaran. Saluran perubahan yang mempunyai 2 masukan, menterjemahkan isyarat voltan dengan memprosesnya antara 2 masukan. Spesifikasi peralatan lain untuk pengubah ini termasuklah voltan keluaran, kecekapan, dan isyarat keluaran. Kecekapan, mewakili peratus daripara keseluruhan skala pengiraan, bergantung kepada faktor seperti isyarat linar, dan suhu. Pengubah ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Sebahagian diletakkan bersama litar bersepadu (IC), atau papan litar bercetak (PCB), yang dilekatkan atau di kenakan sekali bersama litar komputer. Ada yang juga diletakkan pada dinding, kabinet, atau panel. Pengubah ini juga digunakan dalam pelbagai aplikasi di dalam industri. Sebagai contoh, aplikasi pemantau sistem dalam kenderaan menggunakan pengubah ini untuk menilai tindak balas pencengkam clutch per masa, sistem penghawa dingin, sistem brek. Ianya juga digunakan dalam menganalisa corak pemanduan dan kelajuan enjin. Aplikasi lain adalah seperti penganalisa mesin dan pengawal. Dalam projek ini litar pengubah ini sesuai digunakan untuk mengubah isyarat yang dikeluarkan oleh motor(isyarat frekuensi analog) ke isyarat voltan. Litar asas bagi pengubah ini ditunjukkan di bawah mempunyai 13mVp-p, dan sedikit perlahan 0.6 saat,
) dengan kapasitor(CFILTER adalah 1 pF. jika menginginkan riakkan yang lebih sedikit,

masa tidak balas akan menjadi lebih perlahan. Jika inginkan tindak balas yang lebih tetapi riak akan meningkat dari faktor cepat senang untuk menurunkan nilai CFILTER, yang sama.

BAB I11

METADOLOGI

3.0

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan keseluruhan pembinaan projek ini, dari langkah awal sehingga akhir. Bentuk susunan model alat bantu mengajar yang akan dibina merupakan perkara penting untuk memastikan susunan komponen pada alat tersebut tersusun. Bentuk model memainkan peranan penting kepada projek merekabentuk model alat bantu mengajar ini. Selain bentuk, fungsi serta penggunaannya mestilah fleksibal. Bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, elemen-elemen ini hendaklah dititik beratkan.

3.1

Kaedah Untuk Perlaksanaan Alat Bantu Mengajar.

3.1.1

Carta Alir Bagi Perlaksanaan Projek

Bagi menjalankan projek ini, satu carta alir bagi urutan proses - proses telah disediakan. Dengan adanya carta alir ini, ianya memudahkan proses pembinaan alat bantu mengajar ini. Kerana fungsi cata alir ini adalah sebagai garis panduan yang akan diikuti. Carta alir 3. I . la, menunjukkan perjalanan proses pembinaan alat bantu mengajar ini. Untuk metodologi, terdapat beberapa langkah yang diambil dalam menyiapkan projek ini. Langkah-langkah tersebut ialah seperti ditunjukkan di sebelah.