Anda di halaman 1dari 34

BOLA TAMPAR

SEJARAH BOLA TAMPAR


Pada tahun 1895, William C.Morgan, Pengarah YMCA di Holyoke, Massachusettes,telah mencipta satu permainan yang digelar sebagai usaha untuk memenuhu keperluan ahli perniagaan setempat yang mendapati bahawa permainan bola keranjang terlalu memenatkan. Nama asal permainan ini ialah minoneete dan kemudian digantikan dengan nama Volleyball oleh Dr.A.Halstead pada tahun 1896. Sejak diperkenalkan, permainan bola tampar terus menjadi satu permainan rekreasi yang popular. Bagaimanapun, peraturan rasmi yang pertama hanya diperkenalkan pada tahun 1916. Antara perubahan teknikal dan perkembangan yang penting yang berlaku dalam permainan bola tampar adalah seperti berikut:-

1900 - Sistem skor 21 poin diamalkan. 1912 - Sistem bergilir (rotation) diperkenalkan.

1916 - Undang-undang pemainan diterbitkan.


1917 - Sistem skor 15 poin diamalkan. 1918 - Bilangan pemain ditetapkan 6 orang sebelah dan tinggi tiang jaring ditetapkan pada ketinggian 2.4 meter. 1921 - Garis tengah diwujudkan dalam gelanggang bola tampar. 1922 - Sentuhan tiga kali diperkenalkan. 1923 - Saiz gelanggang 9 meter x 18 meter dipiawaikan dan kekal sehingga masa kini. 1947 - IVBF (International Volleyball Federation) iaitu Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa ditubuhkan di Paris untuk mengawal permainan bola tampar. 1949 - Kejohanan bola tampar sedunia untuk lelaki buat kali pertama diadakan di Prague. 1964 -Permainan bola tampar (lelaki dan perempuan) menjadi salah satu acara sukan dalam Olimpik di Sukan Olimpik di Tokyo. Semasa perkembangan permainan ini, banyak perubahan telah berlaku. Status permainan ini telah bertukar daripada bercirikan rekreasi kepada bentuk pertandingan yang memenatkan.

PERATURAN ASAS BOLA TAMPAR


BOLA DALAM (BALL IN)
Bola adalah dalam, apabila ia menyentuh lantai gelanggang bermain,termasuk garisan sempadannya.

BOLA KELUAR (BALL OUT)


Bola adalah keluar apabila:

Sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan gelanggang. Ia menyentuh sesuatu bahan di luar gelanggang,siling atau orang diluar gelanggang bermain. Ia menyentuh antena,tali,tiang atau bahagian jaring yang berada di luar antena atau penjalur tepi Ia berjaya melintasi satah tegak jaring (vertical plane of the net) dengan keseluruhan atau sebahagian bola berada diluar ruang lintasan.

ALATAN DAN KELENGKAPAN


Kawasan Permainan

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.Dimenesi Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri

berukuran18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurangkurangnya 7m dari permukaan permainan. Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurangkurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnya hendaklah sekurangkurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan. Permukaan Permainan Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata. Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB.

Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain di atas permukaan yang kasar atau licin.
Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah .Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yang berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan

Peralatan pakaian dan kasut Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan. Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk satu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna kasut mestilah seragam untuk sesuatu pasukan tetapi jenama boleh berbeza warna. Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpa tumit. Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum. Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan belakang. Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi dan mempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.Lebarnya jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurangkurangnya 2cm.

Bola

Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya. Warna : Seragam dan cerah Ukur lilit : 65-67 cm Berat : 260-280 gram Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm2 Pertukaran Yang Dibenarkan Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi yang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Di gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual pertandingan mesti menukar jersinya.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR MENYANGGA SERVIS DAN HANTARAN BOLA MENGUMPAN MEREJAM MENGADANG

MENYANGGA Teknik-teknik Menyangga: Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari. Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain. Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke hadapan. Kaki dijarakkan denga sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut dibengkokkan untuk menerima hantaran. Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran sebelum bermain bola. Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum. Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola. Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil. Kendurkan bahagian atas tubuh. Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan baik oleh ahli pasukan yang lain

KEMAHIRAN SERVIS DAN HANTARAN


Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorang pemain yang memegang giliran untuk melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah: (a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.
(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

Servis bawah tangan (underhand)

Servis atas kepala (overhead)

HANTARAN

KEMAHIRAN MENGUMPAN

1. Umpan Kedepan Pengumpan menempatkan posisi badan dibawah dan agak dibelakang arah gerak bola, kedua telapak tangan dan jari membentuk bulatan lingkaran telah siap didepan atas muka dahi. Jenis-jenis Umpan. a. Umpan Normal/Open. Bola segera diumpan keatas dengan kekuatan dorongan lengan, jari dan pergelangan tangan serta ayunan kaki. Usahakan bola parabol keatas net dengan ketinggian lebih dari 2m dari tepi atas net. Bola berada diantara smasher dan pengumpan sejajar net dengan jarak dari net 20cm 50cm. b. Umpan Semi. Perkenaan bola tepat diatas dahi segaris dengan sumbu badan, dimana umpan dilakukan dengan gerak keatas depan, ketinggian bola diatas tepi net antara diatas 1m s/d 2m. Penentuan kualitas parabol dan jalannya bola tergantung kekuatan jari, pergelangan tangan dan lengan. Timing pemberian umpan semi dilakukan bila smasher telah kelihatan bergerak maju awalan dengan jarak 1m dari pengumpan. c. Umpan Straight/Kamboja. Parabol bola antara 0.5m s/d 1.5m dari tepi atas net. Dorongan bola lebih dominan dibandingkan dengan gerak keatas untuk parabol bola, Bola diatas net meluncur agak cepat dengan jarak 20cm 50cm dari net, dimana akhir parabol bola terletak diatas garis samping lapangan. Begitu bola datang segera dipantulkan kedepan atas dengan cepat, setelah pengumpan melihat smasher telah berawalan merapat dengan net diluar garis samping lapngan. Timing pemberian umpan harus tepat, yaitu saat bola telah didepan atas dahi dan smasher telah siap mengambil awalan.

d. Umpan Quick. Teknik umpan ini memerlukan ketinggian bola 50cm s/d 1m dari tepi atas net. Timing pemberian bola saat smasher telah melayang keatas didepan pengumpan siap untuk memukul bola, biasanya pasing bola datang, tunggu sebentar sampai smasher meloncat untuk menunggu bola diatas net. Gerakan utama dalam umpan pendek ini adalah kekuatan jari dan pergelangan pengumpan, perkenaan tangan terhadap bola sama dengan pelaksanaan umpan semi. Arah umpan parabol vertical disebut quick A, sedangkan parabol straight disebut quick B. 2. Umpan Kebelakang Pengumpan menempatkan posisi badan dibawah bola, badan agak dicondongkan kebelakang sedikit. Gerak jari & pergelangan tangan lebih aktif, terutama ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah, lengan segaris dengan kecondongan badan bagian atas saat pelaksanaan umpan. Pandangan kebelakang sedikit untuk melihat jalannya bola kearah belakang. Jenis umpan kebelakang sama dengan umpan kedepan.

KEMAHIRAN MEREJAM(SEMSY) Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang.Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah Ke dalam gelanggang pihak lawan. Rejam berdiri
a) Tidak ada run-up b) Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat. c) Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan ke belakang dan ke atas. d) Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di belakangbahu untuk merejam bola. e) Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan. f) Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan terbuka atau menadahkan tangan. g) Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola turun.

Merejam

Rejam sambil berlari (running spike)

Cara-cara merejam. 1) Posisi bersedia a) Berat badan diagihkan dengan seimbang. b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku. c) Bengkokkan lutut. d) Bahagian tubuh badan mengendur. e) Bahu ke hadapan. f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter. 2) Pergerakkan a) Bergerak ke arah bola. Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan tangan kanan. c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola. d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk melakukan lompatan. f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang boleh. g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat badan. h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.

3) Kontak a) Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola. b) Kontak bola dengan hujung tangan.Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan tapak tangan dan jari-jari melindungi bola. c) Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike atau menadah tangan untuk mendapatkan kuasa. Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan. 4) Daratan. a) Mendarat di atas jari b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan. Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan.

Butir-butiran untuk merejam

Mendekati jaring dari jarak dua hingga tiga meter. Pada langkah akhir yang panjang,badan diturunkan dan sediakan lengan untuk memukul. Buaikan tumit-tumit ke belakang pada hujung penujuan. Lonjak daripada kedua-dua belah kaki. Mengayun kedua-dua lengan ke atas dengan kuat pada masa lonjakan. Pastikan kedua-dua bahu menghadap ke jaring. Tarik lengan memukul ke belakang dengan siku ke depan. Pergelangan tangan harus terkunci (locked) dan tangan harus terbuka. Memukul bola setinggi-tingginya di depan bahu tangan memukul. Tangan memukul meliputi bola dengan ikut lajak oleh pergelangan tangan. Jangan menyentuh jaring. Menuju kepada perletakan daripada kuasa.

KEMAHIRAN MENGADANG

Lazimnya tindakan mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan. (a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke atas. (b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak lawan. Jenis Block 1. Block Bola Open Blocker bergerak mendekati lawan yang akan melakukan spike, posisi tangan berada didepan dada. Blocker melompat setelah spiker lawan melakukan lompatan, sebelum melompat posisi badan direndahkan dengan menekuk lutut kemudian blocker melompat setinggi mungkin dengan arah lompatan vertical. 2. Block Bola Semi Blocker bergerak mendekati lawan yang akan melakukan spike, posisi kedua tangan dinaikkan berada diatas depan kepala. Blocker tetap melompat setelah spiker lawan melakukan lompatan, sebelum melompat posisi badan direndahkan dengan menekuk lutut kemudian blocker melompat setinggi mungkin dengan arah lompatan vertical.

3. Block Bola Quick Blocker bergerak mendekati lawan yang akan melakukan spike, posisi kedua diluruskan. Blocker melompat bersamaan dengan spiker lawan, sebelum posisi badan direndahkan dengan menekuk lutut tidak terlalu dalam kemudian blocker melompat setinggi mungkin dengan arah lompatan vertical. Yang perlu mendapat perhatian dari seorang blocker adalah : Perhatikan gaya pasing receiver lawan, kemana bola itu diarahkan Perhatikan terus jalannya bola dan perhatikan pula gaya pengumpan lawan terutama mata dan gerakaannya, jangan bergerak sebelum bola lepas dari tanganNpengumpan.. o Lihat body language spiker lawan, kearah mana spiker itu bergerak. o Posisi tangan atau jari waktu bergerak tidak boleh berada dibawah pinggang, agar gerak tangan cepat mencapai titik block. o Side step (Block 2 step) dilakukan untuk block jarak dekat, sedangkan Cross step (Block 3 step) digunakan untuk block jarak yang cukup jauh. Blocker harus dilatih dengan melompat beberapa kali disatu tempat, agar mempunyai reaksi yang baik, bergerak secara cepat dan pandai membaca gerak.

SEKIAN Soalan???....