Anda di halaman 1dari 4

Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama.

Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Contoh kata sendi ialah di, ke, dari, pada, kepada, daripada, dalam, akan, bagi, untuk, hingga, sampai, seperti, oleh, dengan, bagai, demi, tentang, sejak, terhadap, antara. Contoh Kesalahan Pertunjukan itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan. (salah) Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebab tidak mendapat kelulusan. (betul)

Analisis : Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Kata kerana yang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi oleh. Jadi gunakan frasa namasebab. Contoh Kesalahan Dia berlari daripada rumah ke kedai.(salah) Dia berlari dari rumah ke kedai. (betul)

Analisis : Kata sendi dari digunakan dalam hal yang ada hubungan dengan masa, tempat dan arah manakala kata sendi daripada digunakan untuk hal-hal yang lebih umum, seperti untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan dan menunjukkan keanggotaan. Contoh Kesalahan. Pinggan itu dihempaskannya kepada lantai. (salah) Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. (betul)

Analisis : Kata sendi ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit yang tidak bernyawa, sementara kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak kecuali masa. daripada 1. kata sendi nama utk menerangkan asal (sumber, bahan dll) sesuatu benda: Kain ini dibuat ~ benang sutera. kata sendi nama utk menyatakan perbandingan (perbezaan) antara dua benda atau lebih: Bunga ini lebih wangi ~ bunga itu. Bezakan haiwan jenis mamalia ~ haiwan jenis reptilia. kata sendi nama yg menyatakan maksud mencegah (melindungi, memisahkan dll): Dia menjauhkan diri ~ bahaya. Dia mencuba melarikan diri ~ rusuhan itu. kata sendi nama yg menunjukkan orang yg memberi (mengirim): Yati menerima sepucuk surat ~ ayahnya. kata sendi nama yg menunjukkan perubahan: Peratus kelulusan meningkat ~ 70% menjadi 85%. kata sendi nama yg menghubungkan sebahagian dgn keseluruhan: Dua orang ~ anaknya belajar di luar negeri. Faedahnya ialah separuh ~ keuntungan yg diperoleh. kata sendi nama yg bererti di: ~ bulan Januari; dlm ~ itu sementara (sambil) itu; kata sendi nama yg bererti terhadap: Bang Uda marah tak ~ Ida?

2.

3.

4.

5.

6.

pada

1.

2.

3.

dalam, menurut, mengikut: ~ fikirannya; ~ hatinya; ~ sangkanya; buat, bagi: ~nya dunia ini bukan tempat mencari kesusahan; sl akan, untuk: bab ~ menyatakan; dari, daripada: ~ bercerai mahulah mati; ~ jadi Komunis biarlah dia mati. kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. kata sendi nama yg menerangkan tempat bermulanya sesuatu (bergerak, bertolak, berasal dll): Saya berjalan kaki ~ Juaseh ke Kuala Pilah. Pukul berapa awak bertolak ~ rumah? kata sendi nama yg menerangkan permulaan sesuatu jangka waktu; sejak: Dia pergi ~ pagi hingga ke malam. Mereka belajar ~ pukul lapan hingga pukul sepuluh. sedari mula (sejak) dr; semenjak: ~ kecil lagi, dia sudah belajar berniaga. kata sendi nama atau kata depan yg menunjukkan tempat dll: Buku itu ada ~ atas meja, bukan ~ bawah kerusi. Dia tidak

4.

5. 6.

7.

8.

9.

dari

1.

2.

di

1.

ada ~ rumah ketika kami tiba. 2. dalam; pada: Terfikir satu idea ~ kepalanya. Wajah ibunya terbayang ~ matanya. Mn pada, kepada, akan, oleh, dari; datang ~ air datang dr sungai. kata sendi nama yg menyatakan sasaran (seseorang atau sesuatu): Dia mengirim surat ~ orang tuanya yg tinggal di Ipoh. Adik memberikan makanan itu ~ kucingnya. terhadap; akan: Tidak baik berbuat jahat ~ orang. (kata sendi nama) utk menunjukkan pembuat dlm ayat-ayat pasif: daerah yg ditawan ~ musuh; ditimbus ~ tanah longsor; sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. pada, bagi, untuk: tampak ~nya seorang tua berjalan di tengah-tengah sawahnya (ke) pada (yg menyatakan hubungan keluarga): ia pun sepupu juga ~ tuan; ia anak yg satu-satunya ~ pak cik saya dengan: pokok-pokok yg lebat ~ buah; dewan yg penuh sesak ~ orang ramai; ~ itu = ~ sebab itu = ~ yg demikian lantaran itu;

3.

kepada

1.

2.

oleh

1.

2.

3.

4.

5.