Ini menyukarkan hubungan komunikasi antara guru dan murid. Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan
menggunakan dengan menggunakan kaedah boneka dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan kajian tentang penggunaan boneka banyak dikaji oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu, menurut Selathurai Nadeson (1982),
menerangkan bahawa pepatung (puppet show) boleh digunakan untuk menerangkan atau menghuraikan sesuatu, memberi arahan, mengucapkan sesuatu yang lucu, bercerita, menyoal dan juga untuk mencipta situasi-situasi drama yang melibatkan kanak-kanak. Pepatung akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperkayakan dan menambahkan kemahiran bahasa dan juga memberi peluang untuk perkembangan kemahiran imaginatif.
Menurut Zaharatullaili (2006) telah menjalankan kajian mengenai penggunaan boneka telah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah. Boneka merupakan salah satu bahan bantu yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak terhadap pembelajaran kerana sifat semula jadi kanak-kanak itu yang sukakan boneka. Bermain dengan boneka dapat memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi masing-masing berdasarkan tahap kebolehan dan kemahiran mereka. yang berkesan dapat Kajian beliau mendapati teknik dalam
penggunaan
boneka
membantu
kanak-kanak
Menurut Azizah (1995), menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai cara belajar yang tersendiri. Mereka suka meneroka perkara-perkara baru yang menarik perhatian mereka. Perkara-perkara ini boleh merangsang pemikiran mereka. Mereka belajar dengan membuat learning by doing, aktiviti yang mereka sendiri lakukan sangat penting. Mereka suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling. Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang dewasa. Satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah bermain sambil belajar.
Sebagai rumusannya, penggunaan boneka dalam kajian ini ialah untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak berkomunikasi dengan lancar dan jelas. Penggunaan boneka ini adalah merangkumi kanak-kanak dan guru bercerita dengan menggunakan boneka. Kanak-kanak juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan yang di kemukakan kepadanya dan kanak-kanak berpeluang untuk bermain boneka bersama rakan-rakan.