Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN REFLEKTIF NAMA NO MATRIK : MOHD FAIZAL BIN ABU BAKAR :

Bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya saya telah dapat melaksanakan pengajaran mikro untuk menyempurnakan tugasan bagi subjek elektif Pendidikan Jasmani (PJM 3110). Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Puan Normar binti Ali dan rakan-rakan seperjuangan kerana banyak memberikan dorongan dan kerjasama yang baik sepanjang pengajaran mikro berlangsung. Saya bersama ahli kumpulan saya iaitu__________________telah memilih tajuk pergerakan asas bertunjangkan kemahiran iaitu kemahiran manipulasi alatan yang melibatkan melantun, melambung dan menyambut bola bagi Tahun 2. Bagi murid tahun 3, purata umur mereka adalah 8 tahun. Bilangan murid yang terlibat ialah 20 orang dan pengajaran mikro hanyalah dilakukan selama 30 minit sesuai dengan masa yang diperuntukkan untuk pendidikan jasmani di sekolah bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sebelum melakukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), saya telah memeriksa sama ada murid telah mempunyai pengalaman lampau dalam kemahiran menggolek atau pun tidak. Setelah melihat sukatan pelajaran bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani tahun satu, saya dapati mereka telah mempunyai asas kemahiran menggolek tetapi tidak di pelajari dengan lebih terperinci. Menurut Mok Soon Sang (1994), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik, Edward M. Anthony (1963). Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya. Di dalam pengajaran mikro yang dilaksanakan, kami telah menggunakan strategi kaedah demonstrasi. Menurut teori Piaget , kanak-kanak berusia 8 tahun masih

lagi berada dalam peringkat operasi konkrit di mana mereka masih bergantung kepada objek konkrit dan pembelajaran secara langsung. Oleh itu, saya dapati kaedah demonstrasi sangat sesuai digunakan kerana murid akan memerhati cara melakukan pergerakan kemahiran menggolek yang dilakukan oleh guru. Melalui kaedah ini murid akan lebih mudah untuk memahami dan dapat melakukan kemahiran yang diajar dengan betul dan teratur. Bukan itu sahaja, kami juga ada menggunakan strategi teknik latih tubi kepada para pelajar. Bagi menguasai satu-satu kemahiran, murid hendaklah melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang supaya ia dapat memperkukuh kemahiran yang diajar oleh guru. Bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, kami telah mengambil kira beberapa prinsip pengajaran sewaktu melakukan pengajaran mikro. Prinsip pertama ialah hanya mendedahkan satu kemahiran sahaja bagi satu sesi P&P. Hal ini adalah supaya pembelajaran tidak bercampur aduk dan murid hanya perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu pembelajaran sahaja. Prinsip kedua ialah masa yang dihadkan haruslah mencukupi dan sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Pembahagian masa yang bijak adalah sangat penting supaya objektif pembelajaran dapat dicapai dan sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.Prinsip yang seterusnya ialah guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk berlatih dan melakukan latih tubi. Latih tubi sangat penting supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan mudah. Permainan kecil juga bolehlah diadakan supaya murid lebih bermotivasi dan bersemangat untuk belajar. Prinsip yang terakhir ialah keselamatan murid haruslah diutamakan dalam

mengendalikan apa jua aktiviti. Guru haruslah mengambil kira kawasan dan peralatan adalah selamat untuk digunakan. Terdapat banyak kajian yang telah dibuat tentang stail pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mosston dan Ashworth telah mengenalpasti beberapa stail pengajaran berdasarkan pengurusan murid dan bagaimana topik ingin disampaikan. Stail perintah merupakan salah satu

stail pengajaran yang sering digunakan dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Menurut Mosston dan Ashworth (2002), guru berperanan membuat semua keputusan dalam stail perintah dan para murid harus menuruti semua keputusan yang dibuat. Namun begitu, menurut Teng Boon Tong (1984) ,stail perintah yang diperkenalkan dianggap terlalu formal dan lebih berpusat kepada guru berbanding kaedah lain yang lebih berpusat kepada murid. Pembelajaran masteri pula sangat penting supaya murid dapat menguasai satu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran yang seterusnya. Namun begitu, pembelajaran ini juga bergantung kepada masa yang mencukupi dan kemampuan murid sendiri untuk menerima pembelajaran yang diajar. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang telah di pilih, kami telah memilih untuk mengajar kemahiran menggolek kepada murid-murid. Terdapat tiga domain pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.Dalam aspek psikomotor, murid dapat melakukan kemahiran asas menggolek bola dengan betul. Dari aspek kognitif, murid dapat menyatakan lakuan yang betul semasa menggolek bola. Dari aspek afektif pula, murid harus menunjukkan kerjasama dalam kumpulan supaya aktiviti kumpulan dapat dilakukan dengan lancar. Dengan objektif pembelajaran ini, murid haruslah dapat melakukan ketiga-tiga objektif ini supaya hasil pembelajaran dapat dicapai di akhir pembelajaran. Semasa aktiviti memanaskan badan, kami telah memilih untuk melakukan aktiviti Bola Beracun dimana murid melakukan kaedah menggolek untuk menyingkirkan rakan dari pasukan lawan. Semasa aktiviti ini dilaksanakan, murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk memastikan kelancaran aktiviti. Kaedah pengajaran yang digunakan semasa aktiviti ini ialah kaedah demonstrasi oleh guru. Guru hendaklah melakukan demonstrasi terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti supaya murid akan lebih jelas tentang apa yang harus dilakukan. Setelah itu, guru haruslah memperkenalkan kemahiran yang akan diajar supaya murid tahu tentang apa yang akan dipelajarinya.

Pada

peringkat

perkembangan,

murid

diajar

dengan

kemahiran

menggolek dengan lebih terperinci. Pada peringkat ini, demonstrasi oleh guru sangat penting kerana murid akan menurut lakuan menggolek yang dilakukan oleh guru. Kaedah latih tubi hendaklah dilakukan supaya murid dapat menguasai kemahiran menggolek dengan mudah. Dalam pembelajaran masteri, aktiviti kemahiran haruslah diulang-ulang mengikut kemampuan murid pada ketika itu kepada murid. Guru haruslah menjadi fasilitator di mana jika ada murid yang masih tidak tahu melakukan kemahiran dengan betul, guru haruslah cepat-cepat memperbetulkan kesalahan ataupun melakukan demonstrasi sekali lagi. Peringkat ini juga bergantung kepada kemampuan murid, jika murid mampu melakukan kemahiran dalam masa yang singkat maka pembelajaran akan menjadi lebih mudah. Semasa permainan kecil pula, murid bermain permainan Bola Target di mana ia dapat meningkatkan kemahiran menggolek bola ke arah sasaran. Tujuan permainan kecil diadakan adalah supaya murid dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam bentuk permainan. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan supaya dua pasukan pemain dapat dibentuk untuk meningkatkan daya saing antara mereka. Guru haruslah memberitahu peraturan permainan terlebih dahulu sebelum memulakan permainan. Guru haruslah menerapkan nilai- nilai murni seperti bekerjasama dalam permainan. Murid haruslah bekerjasama dan bersepakat supaya mereka dapat memenangi permainan yang telah dilaksanakan. Bagi pasukan yang tidak berjaya, guru haruslah memberi kata-kata semangat supaya mereka tidak berasa cepat berputus asa pada masa akan datang. Sebagai penutup proses pengajaran dan pembelajaran, murid mestilah melakukan aktiviti menyejukkan badan di mana aktiviti ini dapat mengendurkan otot yang telah diregang ketika bermain. Ia juga penting untuk merehat dan memulihkan denyutan jantung. Semasa aktiviti ini dilakukan, murid haruslah berada dalam keadaan jarak yang selesa dan menghadap guru. Murid haruslah mengikut semua pergerakan yang dilakukan oleh guru. Stail pengajaran yang

dilakukan adalah lebih kepada teknik arahan atau perintah kerana murid haruslah menuruti pergerakan dan arahan guru. Kelebihan teknik ini ialah ia berfokus terhadap perkara yang ingin dipelajari dan tidak banyak peluang untuk terjadinya salah faham dan salah interpretasi. Kesimpulannya, kaedah dan strategi yang betul haruslah dipraktikkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran berkesan dapat dihasilkan. Guru juga haruslah sentiasa memainkan peranan dan tahu keperluan dan kemampuan murid supaya objektif pembelajaran dapat dicapai di akhir sesi pembelajaran. Melalui pengajaran mikro yang telah kami dilaksanakan, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dan kami akan berusaha untuk memperbaiki kesalahan tersebut di masa akan datang.