Anda di halaman 1dari 29

Perkembangan Fizikal: Kanak-kanak

(0-2 tahun)

Merupakan suatu proses yang berterusan (dari rahim-dewasa). Perkembangan setiap manusia adalah sama, cuma berlaku pada masa yang berbeza-beza. Tindak balas primitif ( seperti di bawah ) akan hilang apabila pergerakan sukarela (bebas) berkembang;
1.
2. 3.

KELUAR

4.

Tindak balas @ Refleks Moros. Tindak balas Genggaman. Tindak balas Berjalan. Tindak balas Menghisap.

1
2

IMPLIKASI

Tindak balas @ Refleks Moros.


Biasanya berlaku kpd bayi normal & bayi pramatang. Tidak boleh dilakukan oleh bayi yang terlampau kecil (lahir awal bulan). Tindak balas ini akan hilang apabila bayi berusia 3 @ 4 bulan Kaedah:

Letakkan bayi di atas lengan dengan kepalanya di atas kedua-dua tapak tangan. Kemudian, kepala bayi dilepaskan. Bayi akan mendepakan kedua-dua tangannya.

Tindak balas:

Tindak balas Genggaman.

Berlaku apabila tapak tangan bayi dirangsang dengan sesuatu objek. Akan hilang apabila usianya mencapai 2 @ 3 bulan. Kaedah:

Letakkan satu objek kecil sekecil tapak tangan bayi di atas tapak tangannya. Bayi akan bertindak menggenggam objek tersebut dengan kuat mengikut umur & latihan.

Tindak balas:

Tindak balas Berjalan & Melangkah.

Dirangsang apabila tulang tibia di hadapan kaki didekatkan kepada bucu meja. Akan hilang apabila bayi berusia 5 atau 6 bulan. Kedua-dua tindak balas ini berlaku serentak. Kaedah:

Memegang bayi sambil meletakkan badannya supaya kakinya menghampiri meja. Memegang bayi di atas meja sambil menggerakkannya ke hadapan dan ke belakang seumpama sedang berjalan. Bayi akan mengangkat kaki kedua-dua belah atau sebelah sebagai permulaan refleks melangkah sebelum dapat berjalan.

Tindak balas:

Tindak balas Menghisap.

Berlaku pada bayi yang normal & bayi pramatang. Ketiadaan refleks ini menunjukkan kecatatan bayi tersebut. Kaedah:

Letakkan jari di tepi bibir bayi.

Tindak balas:

Bayi akan menunjukkan aksi menghisap seperti memuncungkan mulut dan juga menggerakkan lidah.

Tindak balas Primitif:


USIA KEBOLEHAN

6 -duduk dgn sokongan kedua-dua bulan belah tangan. -berdiri sambil dipegang. -merangkak. -mengekori pergerakan ibu bapa, menggenggam menggunakan keseluruhan tangan. -suka memasukkan objek ke dalam mulut. -memegang botol susu. -mesra walau dgn orang asing.

9 bulan -duduk tanpa sokongan. -cuba merangkak & berdiri dgn kewujudan sokongan. -suka mencapai benda/objek di tempat tinggi. -menyebut dua suku kata yang sama (mama,pa-pa). -melambai & menunjukkan ekspresi muka. -mula mengecam muka orang yang dikenali. -bangun dari baring dgn stabil. -pandai menunjuk menggunakan jari telunjuk. -fahami arahan gerakan mudah dari orang dikenali(ayah minta barang yang dipegang). -minum menggunakan cawan & meletakkannya semula.

15 bulan

-mula berjalan beberapa langkah tanpa bantuan. -merangkak ke tempat yang tinggi (tangga). -mula menunjukkan minat terhadap benda yang berwarna-warni spt buku warna. -sudah mula menyebut 2-6 patah perkataan harian walaupun memahami lebih banyak. -memberitahu ibu (tukar lampin basah, menggunakan sudu semasa makan ). -mencampakkan objek yang dipegang ke lantai.

Perkembangan Fizikal: Kanakkanak

(0-2 tahun)

Terdapat 7 bahagian pertumbuhan fizikal kanakkanak:1.

2.
3. 4. 5. 6. 7.

Berat badan. Ketinggian tubuh. Lilitan kepala & lengan. Nisbah badan:kaki. Kandungan lemak badan. Pertumbuhan gigi. Rangka tulang.

1) Berat badan:

Selepas kelahiran, berat bayi tersebut akan 510% berat ketika lahir (kehilangan cecair dr tubuhnya & penyesuaian kpd persekitaran). Walaubagaimanapun beratnya akan meningkat 10 hari kemudian. Pertambahan berat berlaku dgn cepat. Kebanyakannya akan bertambah 1kg pada akhir bulan pertama (paling cepat). Slps ini, kadar pertumbuhan kembali perlahan. Ketika 5 bulan; berat bayi adlh 2 kali ganda berat semasa lahir. 1 tahun; berat 3 kali ganda ketika lahir. 2 tahun; berat 4 kali ganda berat kelahiran. Perkembangan lain; 6 bulan pertama:-pertumbuhan otot. 6-12 bulan:-perkembangan pergerakan. 2-3 tahun: pertumbuhan berat paling sedikit.

2) Ketinggian badan:

Semasa lahir; biasanya 50 sm (20 inci) iaitu 2/3 dari dewasa. 5 bulan; bertambah 30% dari panjang lahir. 1 tahun; bertambah 25 sm (10 inci) iaitu 50% dr panjang kelahiran. 2 tahun; pertumbuhan semakin sedikit (1112.5 sm) @ 24% tinggi kelahiran. Kebanyakan kanak-kanak 2 tahun sudah mempunyai separuh ketinggian dewasanya kelak.

3) Lilitan kepala & lengan:a)

Lilitan kepala;
Kelahiran: saiz kepala mencapai 2/3 saiz kepala orang dewasa. Ukur lilit kapala bayi semasa lahir = 30-38 sm (12-15 inci). 6 bulan: 42.5 sm (17 inci). 1 tahun@1/4 pnjg tubuh: 45 sm (18 inci). 2 tahun: 48 sm (19 inci). Peningkatan lilitan berlaku semasa 26 bulan seiring perkembangan otak. Kepala bayi yg baru lahir lebih besar badannya disebabkan oleh perkembangan otak yg pesat semasa pralahir (pembentukan sel neuron). Lilitan kepala yang kecil mungkin disebabkan pertumbuhan otak yg kurang memuaskan semasa kecil.

b)

Lilitan lengan;
Pengukuran ini ditumpukan kepada bhg pertengahan lengan atas menggunakan pita ukur kain@plastik. Awal kelahiran: lilitan purata 11sm berkembang kpd 16sm. Lilitan antara 16-17sm kekal dr 1 tahun hingga 5 tahun. Bergantung pada penerimaan zat yg baik & mencukupi. 12.5-13.5 sm = kekurangan zat yang sederhana. -80% jangkaan normal (12.5 sm) = kekurangan yg teruk.

4) Nisbah badan:kaki :Adalah perbandingan pertumbuhan fizikal badan & kaki kanak-kanak. Perubahan nisbah kaki pada ketinggian penuh:
i. ii. iii.

Pralahir- 1:4 Lahir- 1:3 Dewasa- 1:2

Hal ini membuktikan bahawa semasa awal bayi, kaki bayi lebih pendek dari badannya. Hal ini menjadi semakin stabil apabila kita meningkat dewasa.

5) Kandungan lemak badan:

Meningkat sebelum lahir & terus meningkat selepas lahir. Memuncak pada usia 9 bulan. 1 tahun shgga pertengahan kanak-kanak, mereka akan semakin kurus (lemak berkurangan). Semasa lahir, lemak pada kanak-kanak perempuan lebih banyak berbanding pada lelaki. Otot pula akan bertambah dgn pesat pada peringkat remaja. Bentuk badan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 3 bahagian jika mengambil kira faktor lemak & otot:
1) 2) 3)

Bentuk Ektomorf Bentuk Mesomorf Bentuk Endomorf

Ektomorf: Saiz

tubuh badan kecil, kurus dan tinggi. Kadar perkembangan fizikal agak lambat manakala kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjang.

Mesomorf: Saiz

tubuh badan pejal dan berisi. Penambahan otot, berat badan dan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap peringkat umur.

Endomorf: Tubuh

badan lebih bulat dan montel. Badan mengandungi lebih banyak lemak.

6) Pertumbuhan gigi:Manusia mempunyai 2 set pertumbuhan gigi seumur hidupnya iaitu:


a)

b)

Set pertama (20 batang) = -gigi susu @ gigi sementara @ gigi bayi. Set kedua (32 batang) = -gigi kekal @ gigi dewasa.

Gigi set pertama akan gugur dari masa ke semasa bergantung kepada faktor tertentu serta akan diganti oleh set ke-2. Biasanya bayi dilahirkan tanpa gigi.

Berikut adalah urutan pertumbuhan gigi kanak-kanak:


1. 2. 3.

Gigi kacip(memotong): tumbuh dalam tempoh 6-12 bulan. Geraham pertama(mengunyah): 12-16 bulan. Gigi taring: 16-20 bulan klik sini untuk simulasi

Semasa gigi pertama tumbuh, kanakkanak tersebut akan mengeluarkan air liur yang banyak. Biasanya gigi mula tumbuh semasa kanak-kanak tersebut mula mengunyah pejal @ makanan keras. Pada akhir tatih, jumlah gigi susu yang lengkap (20 batang) sudah dipunyai oleh kanak-kanak tersebut (boleh mengunyah seperti orang dewasa). Setelah itu, penanggalan gigi susu pula akan berlaku dalam masa prasekolah (7 tahun) hingga peringkat kanak-kanak (12 tahun).

Simulasi model pertumbuhan gigi:


6-8 bulan 6-10 bulan 10-12 bulan 12-15 bulan

Gigi kacip

Gigi geraham

Gigi taring

12-16 bulan

15-18 bulan

16-20 bulan

20-26 bulan

7) Rangka tulang:

Pertumbuhan ini terjadi dalam 3 cara:


a) b) c)

Pertambahan saiz tulang. Pengerasan tulang (osifikasi). Perubahan jumlah tulang.

Pertambahan saiz tulang:


Amat ketara di bahagian tulang panjang (kaki/lengan). Ia akan memanjang, menebal dan membesar secara tetap spnjg zaman kanak-kanak. Pembesaran rangka:
Pembesaran kaki dan tangan Pembesaran pinggul
Pembesaran dada Pemanjangan badan Pembsaran bahu

Perumbuhan ini akan terhenti apabila hujung tulang mengeras pada akhir remaja.

Pengerasan tulang (osifikasi):


Bagi bayi, sesetengah tulang masih rawan & semua tulangnya masih lembut (kandungan air tinggi). Tulang kalsium akan menggantikan tulang lembut kpd tulang keras. Pengerasan (osifikasi) ini bermula sblm lahir & berterusan hgga bayi menjadi matang. Pada waktu ini, bayi @ kanak-kanak amat memerlukan zat (kalsium, fosforus & vitamin) yang mencukupi. Proses ini amat penting bagi membolehkan kita berdiri di atas 2 kaki dgn stabil. Semasa di dalam uterus, tulang belakang berbentuk C, manakala slps lahir ia membentuk huruf S setelah kita membaring di atas permukaan rata, mengangkat kepala dan sebagainya.

Jumlah tulang:
Perubahan pada jumlah tulang bergantung kepada fungsinya. Bahagian yang mengalami pertambahan paling ketara ialah bhg tangan, pergelangan tangan, kaki (yang memerlukan banyak pergerakan halus) dan juga pergelangan kaki. Sbg contoh: 3 tulang semasa usia 1 tahun akan berubah 9 tulang apabila dewasa kelak. Tengkorak manusia pula akan mengalami pengurangan bilangan tulang.

Bayi umpamanya mempunyai beberapa tulang tengkorak yang dipisahkan oleh ruang ubun-ubun@fontanel & akan bercantum apabila semakin membesar nanti. Fontanel;bahagian lembut pada kepala yg diliputi lapisan berserabut dan berfungsi semasa kelahiran iaitu membolehkan kepala bayi melembut semasa melalui saluran serviks. Ia akan mula mengeras pada usia kanak-kanak mencapai 2 tahun. Apabila kanak-kanak sudah mencapai akhil baligh, tulang yang terpisah oleh fontanel tersebut bersatu menjadi tengkorak yang sempurna.

IMPLIKASI PERKEMBANGAN FIZIKAL:

Kalat (1999): ia merupakan ilmu yang cuba memahami kenapa individu bertingkah laku sedemikian. Oleh itu, ilmu ini dapat membuatkan guru memahami kenapa pelajar berkelakuan sedemikian seterusnya menyesuaikan dengan kaedah. Membolehkan guru mengenal pasti murid yang lemah seterusnya menumpukannya dengan kaedah yang seharusnya.

Guru boleh menjalankan ujian mudah apabila mengetahui masalah murid seterusnya memanipulasikan Proses P&P. Guru dapat memberitahu kepada ibubapa tentang masalah pelajar tersebut dan meminta mereka memenuhi segala keperluan yang mungkin bagi seorang pelajar.