Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN FORUM REMAJA 2009

Nama Sekolah Alamat :............................................................ :........................................................... :........................................................... No. Telefon No. Faks E-mel Bahagian Tajuk Forum :............................................................ :........................................................... :........................................................... :............................................................ :...........................................................

Tandatangan Pengetua Nama

: :

Cap Rasmi

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT PENDIDIKAN BAHAGIAN/NEGERI Diterima pada : ..

Cap Rasmi

Tandatangan Pegawai: Nama Pegawai :

HADIAH
Peringkat Negeri Piala Pusingan JOHAN - Piala Pusingan - Piala Iringan - Wang tunai RM150.00 seorang - Sijil NAIB JOHAN - Piala Iringan - Wang tunai RM130.00 seorang - Sijil KETIGA - Piala Iringan - Wang tunai RM110.00 seorang - Buku terbitan DBP - Sijil PENGERUSI - Piala Iringan TERBAIK - Wang Tunai RM100.00 FORUM AHLI FORUM - Piala Iringan TERBAIK - Wang Tunai RM100.00 Peringkat Kebangsaan JOHAN - Piala Pusingan - Piala Iringan dan Plak

Peserta Pertama/Pengerusi Nama Tarikh Lahir Tingkatan No. K.P. Minat Peserta Kedua Nama Tarikh Lahir Tingkatan No. K.P. Minat Peserta Ketiga Nama Tarikh Lahir Tingkatan No. K.P. Minat Peserta Keempat Nama Tarikh Lahir Tingkatan No. K.P. Minat :.. :.. :.. :.. :.. Lekatkan gambar berukuran pasport Lekatkan gambar berukuran pasport :.. :.. :.. :.. :.. Lekatkan gambar berukuran pasport :.. :.. :.. :.. :.. Lekatkan gambar berukuran pasport :.. :.. :.. :.. :. Lekatkan gambar berukuran pasport

- Wang tunai RM600.00 seorang


NAIB JOHAN KETIGA PENGERUSI TERBAIK AHLI FORUM TERBAIK Sijil Wang tunai RM500.00 seorang Piala Iringan dan Plak Sijil Wang tunai RM400.00 seorang Piala Iringan dan Plak Sijil Wang tunai RM300.00 Sijil dan Plak Wang tunai RM300.00 Sijil dan Plak

Jabatan Pendidikan Bahagian (Wakil Bahagian) hendaklah menghantarkan semua maklumat tentang jumlah sekolah yang bertanding dan jadual pertandingan peringkat bahagian masing-masing kepada pihak Urus Setia Induk dengan menggunakan alamat di bawah selewat-lewatnya dua minggu sebelum satu-satu pertandingan diadakan. Pertandingan pada peringkat bahagian mestilah berakhir sebelum 1 Mei 2009. Setiausaha, Jawatankuasa Induk Forum Remaja 2009, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak, Peti Surat 1390, 93728 Kuching, Sarawak. (Pn. Dyg. Norazan Kartini Pengiran Hj. Zain) Nombor telefon: 082-444711 Nombor Faks: 082-444707 Alamat e-mel: norazan@dbp.gov.my

PERINGATAN

Peserta Kelima/Simpanan Nama :.. Tarikh Lahir :.. Tingkatan :.. No. K.P. :.. Minat :..

Saya mengesahkan bahawa pelajar yang disenaraikan di atas ialah pelajar sekolah ini dan mereka layak dan akan menyertai Pertandingan Forum Remaja 2009 dari awal hingga akhir.

EMAJA FORUM

PERTANDINGAN

Jabatan Pelajaran Negeri. Dewan Bahasa dan Pustaka Kerajaan Negeri Sarawak Anjuran:

PERTANDINGAN FORUM REMAJA 2009 PRAWACANA Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun 1988 telah disusuli pengumuman Menteri Pendidikan bahawa sebutan baku mula digunakan di sekolah. Yang tersirat dalam pengumuman itu ialah hasrat untuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam dalam sistem pendidikan negara, terutama dalam aspek sebutan baku di kalangan pelajar. Untuk mencapai hasrat ini dengan sempurna, para pelajar amat perlu didedahkan kepada penggunaan bahasa baku, dan sudah semestinya pelbagai peluang serta wadah senantiasa disediakan untuk kalangan ini mendampingi dan menguasai bahasa baku. Maka, sebagai suatu langkah untuk menggalakkan pelaksanaan dan penggunaan bahasa baku ini, Dewan Bahasa dan Pustaka, Persatuan Linguistik Malaysia, Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat, dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Pertandingan Forum Remaja. MATLAMAT Forum Remaja ini bertujuan mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku di kalangan pelajar sekolah, dan akhirnya melahirkan satu model penggunaan bahasa baku yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya. Pertandingan ini merupakan gelanggang untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan berhujah dan mengungkapkan buah fikiran dalam Bahasa Melayu dengan baik dan berkesan. KONSEP PERTANDINGAN DAN CARA MENGENDALIKANNYA Pada peringkat negeri, Forum Remaja diadakan dalam dua peringkat, iaitu daerah dan negeri bagi semua negeri di Semenanjung Malaysia. Di Sarawak pula, pertandingan ini diadakan mengikut peringkat bahagian, dan negeri manakala di Sabah pula pertandingan diadakan mengikut peringkat daerah, bahagian dan negeri. Sebanyak 15 pasukan yang mewakili setiap negeri di seluruh negara akan bertanding pada peringkat separuh akhir kebangsaan, dan 4 pasukan terbaik akan dipilih untuk bertanding pada pertandingan peringkat akhir kebangsaan. Forum Remaja ini hendaklah dikendalikan dan dipersembahkan dalam bentuk perbincangan. Para peserta hendaklah berbincang dalam kumpulan. Mereka akan membincangkan dan mengupas tajuk-tajuk yang telah ditetapkan. Penilaian akan dibuat dari segi isi, bahasa, penyampaian dan pengendalian forum. Aspek yang diutamakan ialah penggunaan bahasa baku dan bukannya unsur-unsur pementasan. Perbincangan dalam bentuk forum hendaklah dipersembahkan satu per satu. Setiap pasukan akan dinilai dari segi prestasi kumpulan. Pasukan yang memperlihatkan prestasi terbaik, di samping markah terbaik dianggap pemenang pada satu-satu peringkat pertandingan. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN AKHIR Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan bagi tahun ini dijangka akan diadakan pada 8 11 Jun 2009 di Perak. PENAJA Di samping peruntukan tahunan daripada DBP, Forum Remaja mendapat tajaan utama daripada Pusat Pungutan Zakat dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di samping Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB). Manakala penaja utama bagi Forum Remaja Peringkat Negeri Sarawak ialah Kerajaan Negeri Sarawak dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). SYARAT-SYARAT UMUM Pertandingan Forum Remaja ini terbuka kepada semua sekolah menengah atas, termasuk semua sekolah asrama penuh, teknik/vokasional dan agama di bawah kawalan langsung Kementerian Pendidikan Malaysia, dan juga semua sekolah menengah atas tajaan Kerajaan-kerajaan Negeri (sekolah-sekolah agama) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara. Hanya pelajar tingkatan empat, lima dan enam sahaja dibenarkan menyertai pertandingan ini. Penyertaan hendaklah menggunakan borang rasmi yang disediakan dan setiap pasukan akan mewakili sekolah masing-masing. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Setiausaha Jawatankuasa Induk Forum Remaja Peringkat Negeri Sarawak..

PESERTA Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 3 orang ahli forum, seorang pengerusi dan seorang ahli forum simpanan. Pertukaran peserta tidak dibenarkan pada saat-saat akhir, kecuali ada sebab-sebab yang diputuskan munasabah oleh Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak dibenarkan membuat lakonan, seperti melakonkan watak sebagai Tan Sri, Datuk, Profesor, Doktor dan sebagainya. Peserta juga tidak dibenarkan melakonkan watak sebenar seperti nama-nama tokoh dan kenamaan politik dan sebagainya yang wujud ketika ini. TAJUK Setiap pasukan yang bertanding di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan dibenarkan membina tajuk masing-masing berpandukan skop yang telah ditetapkan. Tajuk yang dibina juga hendaklah menjurus kepada isu semasa serta tidak terlalu luas skopnya. Skop yang dipilih masih berkisar tentang Politik, Sosial, Budaya, Ekonomi, Pendidikan, Alam Sekitar, Bahasa dan Sastera, serta Sains dan Teknologi. Tajuk yang dibina mestilah merentas nilai agama, nilai murni, akhlak, perpaduan, sejarah, dan kemahiran berfikir. Tajuk yang telah siap dibina hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Induk Forum Remaja (DBP) atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk disaring dan hanya satu tajuk sahaja yang akan diluluskan untuk dipertandingkan. Setiap pasukan yang berjaya ke peringkat negeri/kebangsaan akan diberi tajuk yang lain dengan menggunakan kaedah cabutan undi. seperti yang digunakan di peringkat bahagian/zon. Skop tajuk forum adalah seperti yang berikut: Politik: i. Negara demokrasi memberikan kebebasan bersuara kepada rakyatnya ii. Kedaulatan undang-undang menjamin keamanan dan kesejahteraan iii. Semangat patriotisme mesti kita miliki demi masa depan negara iv. Sistem politik Malaysia memantapkan perpaduan rakyat Sosial: i. Gejala lepak dan rempit merugikan semua pihak ii. Kemahiran sosial membina kekuatan diri seseorang iii. Keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar dan remaja: di mana penyelesaiannya iv. Semangat kejiranan membendung gejala buruk dalam masyarakat v. Kebebasan media massa menimbulkan polemik perlu dihadkan vi. Kesihatan rakyat tanggungjawab kerajaan vii. Kebanjiran pekerja asing meningkatkan masalah sosial viii. Keselamatan negara tanggungjawab bersama ix. Rakyat sihat negara sejahtera x. Sistem pengangkutan awam yang cekap menjanakan pembangunan negara Budaya: i. Budaya memantapkan integrasi kaum dan perpaduan ii. Budaya rumah terbuka menyemarakkan perpaduan masyarakar pelbagai kaum iii. Kebanjiran filem asing lebih banyak membawa keburukan iv. Membaca membuka cakerwala v. Pelancongan desa mempromosikan kebudayaan negara. Ekonomi: i. Pelancongan menjanakan kepesatan ekonomi dan pembangunan negara ii. Siswazah kini terlalu memilih kerja iii. Pelan pembangunan ekonomi iv. Perdagangan dan perindustrian teras kemajuan negara v. Malaysia sebagai hab makanan halal dunia vi. Kemajuan biotenologi memacu kecemerlangan industri asas negara vii. Industri kecil dan sederhana penggerak ekonomi desa viii. Kenaikan harga barang meningkatkan inflasi Pendidikan: i. Sekolah bersih dan selamat melahirkan pelajar yang sihat dan ceria

Penaja Utama:

ii. iii. iv. v. vi. vii.

Budaya membaca menjanakan kecemerlangan ilmu pengetahuan Sistem pendidikan negara menjulang kecemerlangan ilmu pengetahuan Persekitaran kondusif pemangkin kecemerlangan pelajar Komunikasi berkesan membentuk personaliti seseorang Kepentingan pendidikan agama dan moral Mata pelajaran sejarah berkesan membina semangat patriotisme dan jati diri pelajar viii. Kemerosotan disiplin pelajar memberikan kesan terhadap generasi pelapis ix. Sekolah sukan melahirkan atlit berilmu x. Sistem pendidikan negara berjaya melahirkan modal insan kelas pertama Alam Sekitar: i. Pencemaran alam sekitar berpunca daripada sikap manusia sendiri ii. Masalah banjir kilat: punca dan cara mengatasinya iii. Kepesatan pembangunan membawa kesan negatif kepada alam sekitar iv. Bencana alam: sediakan payung sebelum hujan Bahasa dan Sastera: i. Bahasa Melayu bahasa ilmu ii. Bahasa dan Sastera mencerminkan citra masyarakat dan budaya bangsa iii. genda memperkasakan bahasa Melayu tanggungjawab bersama iv. Bahasa rijak: sekerat belut, sekerat ular v. Bahasa Melayu selepas 50 tahun merdeka vi. Bahasa Melayu dan sastera di pentas dunia Sains dan Teknologi: i. Perkembangan sains dan teknologi berasaskan pertanian memacu kecemerlangan ekonomi ii. Pembangunan teknologi maklumat memudahkan kehidupan iii. Internet: baik dan buruknya dalam kalangan pelajar Tajuk yang sama akan dipertandingkan ke pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan. TEMPOH MASA Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Selepas itu, ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding dan ketiga-tiga ahli forum mestilah menjawab soalan tersebut untuk mendapat markah bonus penuh. Masa yang diberikan untuk tujuan dalam pertandingan peringkat bahagian/zon adalah selama 3 minit. Jumlah masa keseluruhan ialah 23 minit. Namun, peruntukan masa untuk menjawab soalan hakim dalam pertandingan peringkat negeri/kebangsaan ialah 5 minit dan jumlah masa keseluruhan ialah 25 minit. PAKAIAN Pakaian yang digunakan hendaklah pakaian seragam sekolah masingmasing atau pakaian kebangsaan. ISU-ISU SENSITIF Isu-isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan dan sentimen agama, politik, kaum, tokoh tertentu dan orang perseorangan tidak dibenarkan sama sekali. Setiap peserta dibenarkan mencelah sewaktu berforum tetapi janganlah sampai mengganggu kelancaran perjalanan forum. KEPUTUSAN PANEL HAKIM Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa, misalnya apabila berlaku putus bekalan elektrik, berlaku gangguan sistem siar raya, peserta pitam dan sebagainya ketika pertandingan. Keputusan untuk johan, naib johan, tempat ketiga (2 pasukan), pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik akan diputuskan dengan menggunakan sistem juri. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai