Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN TENTANG KES PEMERDAGANGAN MANUSIA Masyarakat Malaysia perlu disedarkan bahawa isu pemerdagangan manusia tidak memilih

sama ada mangsa mereka wanita, lelaki mahupun kanak-kanak. Sebilangan besar daripada pendatang asing dari negara lain adalah mangsa pemerdagangan manusia. Menurut Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ali Rustam, perkembangan ekonomi dan kemakmuran negara ini menjadi daya tarikan utama kepada ramai warga asing sehingga membuka peluang kepada aktiviti pemerdagangan manusia. Kaum lelaki dijadikan buruh paksa manakala kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk aktiviti minta sedekah atau dijadikan sebagai anak angkat kepada pasangan yang tiada zuriat, katanya. PUNCA UTAMA Kes pemerdagangan orang adalah kerana kemiskinan. KESAN:KOS UNTUK MENAMPUNG PENDATANG ASING Penerangan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd -Bagaimanapun, kata beliau, perbelanjaan itu dapat dijimatkan jika kes pendakwaan dan penghantaran pulang mangsa dipercepatkan. -Mendatangkan kerugian YANG BESAR kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana hasil negara tidak digunakan untuk pembangunan negara sebaliknya, dibelanjakan kepada pendatang dari negara lain untuk menjaga kebajikan. -Purata perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai kos makan dan minum mangsa menelan belanja sebanyak RM350,000 -Menurutnya, kerajaan turut membelanjakan RM180,000 untuk membeli peralatan keperluan seperti ubat gigi, sikat dan sabun untuk mangsa yang ditempatkan di enam rumah perlindungan di seluruh

negara sepanjang tahun lalu sedangkan rakyat negara kita masih dibelenggu dengan kemiskinan. -Jelas beliau, purata setiap mangsa diperuntukkan RM17 sebagai kos makan dan minum sehari dan perkara itu adalah munasabah dari segi kemanusiaan. SIAPAKAH YANG SEPATUTNYA KITA BERI KEUTAMAAN? RAKYAT NEGARA KITA YANG MISKIN ATAUPUN MANGSAMANGSA TERSEBUT? LANGKAH MENGATASI PEMERDAGANGAN MANUSIA -Mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang melakukan jenayah tersebut. -Mempercepatkan proses kes pendakwaan dan penghantaran pulang mangsa dipercepatkan. -

UNDANG-UNDANG

Sindiket penyeludupan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke hari.Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengekang masalah ini dari terus membarahi masyarakat kini. Pada tanggal 28 Februari 2008, Akta Anti Penyeludupan Manusia ( AKTA ) 670 telah dikuatkuasakan, penggubalan akta tersebut mengambil kira protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau ringkasnya PBB bagi mencegah dan menghukum pelaku penyeludupan manusia terutama wanita dan kanak-kanak.Semua pihak haruslah bersamasama membantu pihak kerajaan dalam membendung permasalahan ini dan bukannya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja apabila mengetahui sebarang informasi mengenai sindiket penyeludupan manusia ini. Bak kata pujangga " mencegah lebih baik dari mengubati "

MEMBASMI MASALAH PERDAGANGAN MENUSIA MELALUI PENDIDIKAN


Pendidikan dibahagikan kepada dua jenis iaitu formal dan tidak formal. Pendidikan formal merupakan pendidikan persekolahan. Pihak sekolah perlulah menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dalam topik-topik yang berkaitan seperti penyayang.Dengan ini,pelajar-pelajar dapat mengetahui maklumat-maklumat tentang isu pemerdagangan manusia seperti menelefon 999 semasa ternampak kejadian pemerdagangan manusia berlaku. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pendidikan tidak formal dengan menyalurkan ajaran agama yan secukupnya dan memantaukan anak-anak mereka supaya mengurangkan risiko-risiko berlakunya aktiviti pemerdagangan manusia.

KERJASAMA DARIPADA BANYAK PIHAK


Kerjasama Antara Malaysia Dengan Negara-negara Luar Kerjasama dan komitmen semua pihak sangat diperlukan bagi membanteras dan membasmi jenayah penyeludupan manusia. Antara kerjasama yang boleh diusahakan ialah kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara luar terutama negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.Kerjasama ini melibatkan dalam perkongsian bijak seperti kekuatan teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Misalnya, Malaysia kini menggiatkan lagi jalinan kerjasama dengan Australia bagi bertukar-tukar dan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai