Anda di halaman 1dari 3

: : Bolehkah Tuhan Menjadi Manusia?

: :
Oleh: Dr Zakir Naik Soalan

Apa yang perlu saya buat adalah menyediakan manual arahan, saya tidak perlu menjadi VCR untuk mengetahui baik dan buruk tentang VCR. Saya akan menulis arahan: Jika hendak menonton video, masukkan kaset dan tekan butang Play. Jika hendak mempercepatkan tayangan tekan butan FF (Fast Forward). Jangan jatuhkan dari tempat tinggi, jika tidak ia rosak. Jangan biarkan terkena pada air, jika tidak ia rosak. Saya menulis manual arahan tersebut yang menyenaraikan pelbagai arahan yang perlu dan tidak perlu untuk mesin itu.

Bukankah Tuhan itu Maha Kuasa dan berkuasa untuk melakukan apa sahaja; termasuklah menjadi manusia? Justeru, bolehkah Tuhan menjadi manusia atau sebaliknya? Penjelasan Pendirian dan pandangan ini wujud disebabkan terdapat sesetengah manusia percaya bahawa, Tuhan Yang Maha Kuasa, tidak dapat menyedari dan menyelami kelemahan dan perasaan manusia melainkan Tuhan sendiri turun ke bumi sebagai manusia bagi menetapkan peraturanperaturan untuk umat manusia. Pemikiran logik yang mengelirukan ini, telah menipu berjuta-juta manusia yang tidak terkira banyaknya sepanjang zaman. Marilah sama-sama kita menganalisis hujah ini dan melihat samada ianya mempunyai alasan yang kukuh atau sebaliknya. 1. Pencipta menyediakan manual arahan (buku panduan)

Sebagaimana Tuhan kita, Allah swt Yang Maha Pencipta juga tidak perlu untuk menjadi manusia untuk mengetahui apa yang baik dan buruk terhadap manusia. Tuhan memilih untuk menyediakan buku panduan kepada manusia. Buku panduan yang terakhir dan penutup bagi umat manusia ini adalah Kitab Suci Al-Quran. Perintah-perintah serta Larangan-larangan telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Allah (swt) tidak perlu datang sendiri untuk memberikan manual arahan. Dia memilih seorang lelaki dari kalangan manusia untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan beliau di peringkat yang lebih tinggi melalui pengantar bahasa wahyu. Lelaki terpilih sedemikian adalah dipanggil Rasul dan Nabi Allah.

Katakan saya mengeluarkan perakam kaset video (VCR/Video Cassette Recorder ). Adakah saya perlu menjadi VCR untuk mengetahui apa yang baik atau apa yang buruk bagi VCR?

bicaramohdaziz.blogspot.com

2. Tuhan & manusia; dua entiti yang sangat berbeza Tuhan dan manusia merupakan dua entiti yang amat berbeza. Kerana perbezaan ini, kita tidak mungkin dapat menerima hakikat adanya Tuhan-Manusia. Kita hanya dapat menerima sama ada ia adalah Tuhan atau manusia. Mustahil Tuhan dan manusia berlaku serentak. Ini kerana Tuhan dan manusia memiliki kualiti yang sangat berbeza; a. Tuhan adalah abadi (kekal dan tidak mati); sebaliknya manusia pasti akan mati. Mustahil bagi manusia akan kekal. Justeru, adakah logik adanya manusia yang abadi (kekal) dan boleh mati pada masa yang sama? b. Tuhan tidak ada permulaan dan pengakhiran; sebaliknya manusia ada permulaan. Bolehkah wujud manusia yang ada permulaan dan tidak ada permulaan pada masa yang sama? c. Tuhan tidak makan; sebaliknya manusia tidak boleh hidup tanpa makanan. Kitab suci AlQuran di dalam surah Al-Anam surah ke 6 ayat ke 14 menyebut: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) Pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Dia pula yang memberi makan dan tidak diberi makan.. [Al-Quran 6:14]

Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.. [Al-Quran 2:255] 3. Tuhan tidak akan melakukan perkara yang bukan bersifat ketuhanan Oleh kerana Tuhan merupakan sumber bagi Keadilan, Kasih Sayang dan Kebenaran, maka sifat-sifat kejahatan adalah tidak layak bagi Tuhan. Tuhan tidak melakukan perkara-perkara yang bukan bersifat ketuhanan. Justeru, kita tidak boleh membayangkan bahawa Tuhan berbohong, berlaku tidak adil (zalim), melakukan kesilapan, atau mempunyai sebarang kelemahan seperti manusia. a. Tuhan tidak berlaku zalim Tuhan boleh bertindak melakukan ketidakadilan (zalim) jika Dia memilih untuk melakukan perkara tersebut, tetapi Tuhan tidak akan melakukannya kerana ketidakadilan merupakan perkara yang bukan bersifat ketuhanan. AlQuran menyatakan dalam Surah An-Nisa ayat ke 40: Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (berlaku tidak adil terhadap seseorang) sekalipun seberat zarah. Dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar [Al-Quran 4:40] Tuhan boleh untuk berlaku tidak adil (zalim) jika Dia mahu, tetapi sekiranya Tuhan berlaku tidak adil maka Ia tidak layak menjadi Tuhan. b. Tuhan tidak melakukan kesilapan

d. Tuhan tidak tidur dan mengantuk; sebaliknya manusia perlu kepada rehat dan tidur. Kitab suci Al-Quran di dalam surah Al-Baqarah surah ke 2 ayat ke 255 menyebut:

Tuhan boleh untuk melakukan kesilapan jika Dia mahu. Tetapi Tuhan tidak akan melakukan kesilapan, kerana melakukan kesilapan adalah bukan sifat atau perbuatan bagi Tuhan.

bicaramohdaziz.blogspot.com

Tuhanku tidak akan salah (silap) ... [Al-Quran 20:52] Sekiranya Tuhan melakukan kesilapan, maka Dia tidak layak menjadi Tuhan. c. Tuhan tidak lupa Tuhan boleh lupa jika Dia mahu berbuat demikian. Tetapi Tuhan tidak akan lupa tentang apa sahaja kerana perbuatan lupa merupakan bukan sifat bagi Tuhan. Mesej yang sama di dalam Al-Quran yang menyebut: ..Tuhanku tidak akan salah (silap) dan tidak (pula) lupa [Al-Quran 20:52] 4. Tuhan hanya melakukan perbuatan (perkara) yang bersifat Ketuhanan sahaja Konsep Ketuhanan dalam Islam adalah Tuhan Maha Kuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Al-Quran menyatakan di dalam beberapa ayat, antaranya [Al-Quran 2:106; 2:109; 2:284; 3:29; 16:77; dan 35:1] Sesungguhnya Allah Maha Kuasa ke atas tiaptiap sesuatu [Al-Quran 2:106; 2:109; 2:284; 3:29; 16:77; dan 35:1] Selanjutnya, Al-Quran menyatakan di dalam Surah Al-Buruj ayat ke 16: Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya [Al-Quran 85:16]

Kita mesti ingat bahawa Allah swt hanya berkehendak atau berkeinginan melakukan perkara yang bersifat ketuhanan sahaja dan bukan perkara yang tidak bersifat ketuhanan. 5. Kesimpulan Justeru, secara logik menyembah Tuhan dalam bentuk manusia adalah satu kesilapan, oleh itu ianya perlu ditegah dalam apa jua bentuk dan cara sekalipun. Sebab itulah Al-Quran telah memberi tentangan kepada semua bentuk Anthropomorphism[1]. Kitab suci Al-Quran menyatakan di dalam Surah As-Syuraa ayat ke 11 yang bermaksud: .. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat [Al-Quran 42:11] La ilaha illa Llah (tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah)

Terjemahan: Mohd Aziz Sumber: YouTube

[1] Anthropomorphism ialah kepercayaan; Tuhan boleh menjadi manusia

bicaramohdaziz.blogspot.com