Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Pertama-tamanya kami ingin mengucapkan Syukur Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami menyelesaikan tugasan Pengajaran Mikro (MZP 2203M) ini dengan penuh jayanya atas nikmatnikmat yang diberikan kepada kami tanpa henti. Tanpa redhaNya, tidak mungkin kami mampu menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun. Penghargaan ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana sentiasa menitipkan doa-doa untuk keberkatan kami di sini. Malah, mereka juga banyak menyokong kami dari segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan yang bermutu ini. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Rostam Bin Abdul Rahman Pensyarah Matapelajaran Muzik (MZP 2203M) yang kami sayangi, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Dengan izin Allah juga, beliau telah banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku walaupun kami terpaksa menganggu masa rehatnya. Beliau juga sering mengingatkan kami sekiranya kami alpa dan menegur kami dengan cara yang amat berhemah. Moga jasa baik beliau akan diganjari dengan kurniaan daripada Allah S.W.T yang tidak ternilai harganya. Kami juga mendedikasikan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga dalam bidang pendidikan. Justeru itu, haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang

sentiasa menyaingi peradaban zaman yang maha hebat ini. Tetapi adakalanya lebih berguna dari kesenangan yang terus-menerus”. . ”Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal. Sebelum kami mengundur diri.