Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

Alhamduliillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dariNya, saya telahpun berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan sempurnanya. Pada awalnya agak sukar bagi saya untuk memahami tugas yang telah diberikan. Namun dengan adanya penjelasan dan perbincangan bersama En.Mukhtar bin Haji Darwish dan rakan-rakan, akhirnya dapat saya sempurnakan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Pelbagai pengalaman yang telah dilalui oleh saya dalam proses menyiapkan tugasan kali ini. Pada mulanya agak sukar bagi saya untuk menyempurnakan tugasan ini.Hal ini kerana, saya kukurangan maklumat yang lengkap yang berkaitan dengan tugasan

yang diberikan pada saya. Namun halangan itu dilalui oleh saya dengan mencari maklumat yang berkaitan di perpustakaan dan di laman-laman sesawang. Setelah mendapat maklumat yang banyak pula, timbul masalah lain yang menyebabkan saya keliru dengan maklumat-maklumat yang saya dapati terutamanya di laman sesawang. Maklumat yang saya dapat berbeza-beza antara satu sama lain. Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan yang lain saya dapat mengesahkan maklumat yang saya dapati dengan merujuk beberapa buku rujukan di perpustakaan. Kekangan masa merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh saya. Pengurusan masa amat penting dalam menyiapakan tugasan kali ini. Hal ini kerana tugasan yang diberikan perlu disiapkan pada tarikh yang ditetapkan dan perbincangan perlu

dilakukan bagi saya dan rakan-rakan yang lain berkongsi idea dan maklumat untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Di samping itu juga saya juga telah mengadakan koloborasi bersama kawan-kawan yang lain untuk membuat

perbincangan dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna bersama rakan-rakan yang lain dan komitmen daripada rakan-rakan yang lain dalam melontarkan idea-idea yang bernas melancarkan lagi perjalanan saya menyiapkan tugasan kali ini.

Bukan itu sahaja, dalam menyempurnakan tugasan kali ini juga banyak perkara dan pengetahuan yang baru saya dapat hasil daripada proses untuk menyiapkan tugasan

kali ini.

Antaranya saya dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang konsep

pendikakan yang sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu, konsep pendidikan menurut islam dan konsep pendidikan menurut barat. Sebelum ini saya tidak mengetahui

dengan lebih jelas tentang konsep pendidikan dan pengetahuan tentangnya juga amatlah cetek tetapi dengan menyiapkan tugasan kali ini Alhamdulillah saya dapat menghuraikan konsep pendidikan dengan lebih jelas. Selain itu, melalui tugasan kali ini juga saya dapat menambah ilmu serba sedikit tentang cabaran pendidikan dalam pembangunan nasional. Sebelum ini saya tidak mengetahui sebenarnya dalam pendidikan mempunyai cabaran-cabaran yang tertentu. Sebagai seorang bakal guru saya juga yakin dengan pendedahan yang saya dapat melalui proses untuk menyiapakan tugasan kali ini mampu membuka mata dan minda saya serba sedikit tentang cabaran yang dihadapi dalam dunia pendidikan. Tambahan pula, melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui serba sedikit tentang implikasi globalisasi kepada dunia pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum banyak implikasi globalisasi dalam dunia pendidikan antaranya , perkembangan ICT diperluaskan. Di Malaysia, boleh dikatakan setiap sekolah mempunyai makmal komputer masing-masing. Hal ini telah banyak membangunkan dunia pendidikan kearah yang lebih baik dan tahap kecekapan dapat ditingkatkan dalam bidang pengurusan. Oleh hal yang demikian,pelbagai perkembangan positif yang berlaku dalam dunia pendidikan impak daripada globalisasi dunia hari ini tetapi tidak kurangnya impak negatif yang melanda dunia pendidkan seperti peminggiran Bahasa Melayu berlaku di mana-mana pusat pengajian samada di peringkat sekolah mahupun di universiti. Secara rumusnya, beberapa aspek yang saya dapat pelajari ialah, konsep dan matlamat pendidikan Malaysia dan saya juga dapat mengaitkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dengan pelaksanaan dan

latihan perguruan. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui kod etika perguruan di Malaysia dan implikasinya. Selain itu saya juga dapat mengetahui trenda dan isu-isu semasa dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Kami amat bersyukur kehadrat illahi kerana memberikan kelancaran kepada kami dalam menyempurnakan tugasan kali ini. Kami mengucapakan jutaan terima kasih kepada mana-mana individu yang terlibat dalam menyempurnakan tugasan kali ini samada secara lansung atau tidak langsung. Kami menyusun jari nan sepuluh memohon ampun dan maaf kepada mereka yang terguris dalam proses

menyempurnakan tugasan ini. Akhir sekali, tugasan kali ini banyak melatih saya untuk mengadakan komunikasi yang berkesan antara satu sama lain agar segala idea yang ingin disampaikan kepada rakan-rakan yang lain mudah difahami dengan jelas dan tepat. Saya juga belajar sifat bantu-membantu, tolong menolong, menghormati pandangan antara satu sama lain dan belajar mengawal emosi sekiranya pandangan dan pendapat yang diketengahkan tidak diterima. Pelbagai pengalaman manis dan pahit kami rasai dalam menyempurnakan tugasan kali ini. Kami jadikan masalah yang dihadapi oleh kami dalam meyempurnakan tugasan kali ini sebagai pengajaran dan pedoman bagi kami agar tidak melakukan kesilapan lagi. Kesimpulanya, tugasan kali ini banyak melatih saya untuk menjadi seorang guru yang efisien, cekap dan komited dalam menyempurnakan segala tugasan yang diberikan walaupun menghadapi beribu halangan dan cabaran. "Budaya ilmu budaya kita"

Di sediakan oleh,

(AHMAD FAKHRURRAZI BIN CHE DAUD) 920309-03-5773 UNIT PRASEKOLAH (SK)

RUJUKAN
Buku Ab.Rahman Ab. Rashid,& Yap Kim Fatt.(2002). Bahasa Kebangsaan. Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Eddy Rosyadie. (2007). Juara Pentas : Panduan Penulisan Rencana yang Baik. Kuala Lumpur : PTS Millennia Sdn. Bhd. Mohd Baharuddin Otman,& Mohd Khairie Ahmad. (2007). Penulisan Ilmiah. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru: Bahasa Melayu II. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Abd Rahman Rashid, & Yap Kim Fatt. (1998). Bahasa Melayu Komunikasi III. Selangor Darul Ehsan : Longman. Shamsudin Wahab. (2008). Rencana Ilmiah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Siti Hajar Abdul Aziz. (2010). Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu 1. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Khairuddin Mohamad et. al (2010). Siri Pendidikan Guru : Bahasa Melayu Kontekstual. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Jurnal

Internet Prince Zulkarnain Farihin Al-Ivani. (2011). Rencana Ilmiah . Dicapai pada 11 Ogos 2012 daripada http://farihinzul1974.blogspot.com/2009/12/rencana-ilmiah-untuk-bacaan-anda.html Nooraziah Khalib. (2012). Penulisan Rencana. Dicapai pada 13 Ogos 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/53167524/27955810-PENULISAN-RENCANA

Rabiatul Adawiyah. (2004). Penulisan Rencana. Dicapai pada 15 Ogos 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/62350192/Penulisan-Rencana

Mohd Shafuan Zulkifli. (2010). Rencana. Dicapai pada 18 Ogos 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/38242889/Rencana

Utusan

Malaysia.

(2012). Rencana.

Dicapai pada

20

Ogos 2012 daripada

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana

Encik Seni. (2011). Penulisan Rencana. Dicapai pada 22 Ogos 2012 daripada
http://www.scribd.com/doc/27955810/PENULISAN-RENCANA

Cik Maharam bt Mamat.(2009). Contoh Kertas Kerja Cadangan. Dicapai pada 10 Ogos 1212 daripada http://maharamdotcom.blogspot.com/2009/07/contoh-kertas-kerja.html

Anda mungkin juga menyukai