Anda di halaman 1dari 5

a. Solat Mendisplinkan Diri Seseorang. b. Solat Menjadikan Hidup Teratur dan sistematik. c. Solat Menjadikan Seseorang Rendah hati.

d. Solat Menjadikan Seseorang Semboh. e. Solat Menghalang Perbuatan Keji dan Munkar. f. Solat Memperoleh Kebahagiaan. g. Solat Menjadikan Ingatan Selalu Kepada Allah Taala h. Solat Mengikis Sifat tercela Memupuk Sifat Terpuji. i. Solat Mendatangkan Rezeki. j. Solat Mendapat Kemuliaan dan Membangunkan Martabat Manusia. k. Solat Memberi keyakinan Dalam Menentukan Pilihan. 1. Solat Memperkuhkan Keimanan. m. Solat Menumbuhkan Perpaduan dan Persaudaraan. Impak Ibadah Puasa Dalam Kehidupan Muslim: Di dalam ibadah puasa terdapat banyak impak yang boleh diperolehi antaranya a. Puasa Menyucikan Batin Manusia. b. Puasa Memelihara Kesihatan dan Penyembuhan Penyakit. c. Puasa Boleh mencapai kepada Taqwa. Impak Ibadah Zakat Dalam Kehidupan Muslim: Zakat adalah termasuk rukun Islam, di dalam al-Quran perintah zakat sering bersamaan dengan solat. Zakat adalah ibadah zahiriah yang mengandungi hikmah yang besar, di dalamnya terdapat keajaiban yang amat besar. Antara impak ibadah zakat dalam kehidupan seoarang Islam ialah: a. Zakat dapat membersihkan Harta. b. Zakat Boleh Menumbuhkan Rasa Syukur. c. Zakat Boleh Menyucikan Rohani. d. Zakat Sebagai Cara Menolong Orang Yang Lemah. e. Zakat Boleh Mencegah Timbulnya Kerawanan Sosial. f. Zakat Mendatangkan Keberkatan. Impak Ibadah Haji Dalam kehidupan Muslim: Pengertian ibadah haji ialah "Mengkasadkan Baitullah Al-Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat dengan syarat-syarat tertentu. " Ibadah Haji adalah rukun Islam yang kelima yang mempunya nilai-nilai yang istemewa, Antara impak yang dapat dilihat dari ibadah tersebut ialah: a. Haji Menjadikan Seseorang Sedia Untuk berkorban. b. Haji Memperkukuh jiwa Tauhid. c. Haji Mengingatkan Akan Kematian. d. Haji Mengikis Sifat Egois dan Sombong. e. Haji Mendorong Untuk Menteladani Perjuangan Para Nabi. (Mukhlas Asy-Syarkani: 2002: 27-55)

Impak Ibadah Dalam Kehidupan Muslim: Secara keseluruhan ibadah dalam Islam samaada ada ibadah khusus atau pun ibadah umum yang pastinya ia memberi kesan yang positif kepada din insan untuk kehidupan mereka untuk kehidupan individu, kehidupan bennasyarakat dan bemegara. Antara kesan atau impak ibadah itu sendiri ialah: a. Melahirkan Kesatuan Matlamat: Ibadah melahirkan kesatuan matlamat dalam kehidupan individu dan masyarakat. Melalui ibadah menjadikan mereka dapat memusatkan kepada Allah segala usaha amalan duniawi dan ukhrawi. la juga menjadikan asas perpaduan umat Islam kerana dalam menunaikan ibadah kepada Allah semua umat Islam dari seluruh pelusuk dunia melafazkan niat, gerak dan bacaan yang sama, malah menggunakan bacaan yang satu dalam bacaan al-Quran. (Che Kamaruddin: 1996) b. Membentuk Budaya Hidup Islam. Ibadah boleh mencorakkan budaya hidup seseorang muslim berdasarkan celupan Allah Taalah, kerana mereka sentiasa terikat dan patuh kepada hukum dan peraturan Allah Taalah. Dalam. Budaya yang membentuk keyakinan dalam segala aspek atau sudut kehidupan. Samaada dari sudut aqidah, ibadah, akhlak, keluarga dan yakin dengan masa depan Islam yang gemilang. Mereka yakin hanya sistem hidup Islam yang dapat menyelamat dan menyelesaikan mereka samaada dari sudut politik, ekonomi, social dan sebagainya. (Fathi Yakan:2000: 14-88) c. Mendidik Seseorang Berlaku Jujur: Ibadah menididik seseorang berlaku jujur. Pastinya ibadah itu memerlukan seseorang yang ikhlas yang tidak mengharapkan balasan dari manusia. Bukan mengharapkan pujian tetapi memenuhi tuntutan dan syarat-syarat sah seseuatu ibadah sekalipun tidak dilihat ataupun diperhatikan oleh makhluk kerana yakin hanya Allah Talah Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. d. Ditakuti Syaitan: Syaitan adalah makhluk Allah yang pada asalnya dekat dengan Allah, selalu berzikir kepada Allah sehingga ada riwayat syaitan atau ibus pada asalnya malaikat yang sujud bertahuntahun, sehingga ibus dekat sekali kepada Allah. Namun seperti diketahui ibus menjadi terkutuk setelah Adam a.s. dicipta Syaitan akhimya menjadi musuh utama manusia yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia kecuali orang yang ikhlas. Orang yang ikhlas dalam beribadah umpamanya mempunyai kekuatan dan kehebatan di atas syaitan. Firman Allah Taalah yang bermaksud: " Ibus berkata: "Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), dku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewenmgan. " (Surat Shah, ay at 82-83)

e. Selamat Dari Pengaruh Kejahatan Dan Kemaksiatan: Orang yang beribadah adalah orang yang ihklas. Orang yang ikhlas akan diselamatkan dari pengaruh kejahatan dan juga pengaruh kemaksiatan, hal ini dijelaskan oleh Allah Taalah FirmanNYa yang bermaksud: ". . . Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa. " (Surah Yusuf, ayat 24) (Mukhlas Asy-Syarkani: 2002:132-134) f. Menghasilkan Pekerjaan Yang Berkualiti jika sesuatu pekerjaan didasrkan kepada ibadah, maka kerja itu akan menghasilan pekerjaan yang berkuatliti, iaitu pekerjaan yang jauh dari kecurangan, pekerjaan yang jauh dari kemaksiatan dan juga jauh dari kemunkaran, dan sebaliknya mereka akan menghasilkan pekerjaan yang memberi kemanfaatan bagi umat manusia, pekerjaan yang mendatangkan kemaslahatan bagi seluruh alam ini. Sebagaimana tujuan dari Islam adalah sebagai rahmatan 111 Woww. (Mukhlas Asy-Syarkani: 2002: 5) g. Melahirkan Perasaan Bebas. Ibadah dapat melahirkan perasaan bebas dari sebarang perhambaan kepada yang lain daripada Allah Taalah. Seorang abid tidak mudah tunduk kepada segala perintah yang bercanggah dengan perintah Allah Taalah kerana diri danjiwanya telah diserahkan kepada mentaati Allah Taalah semata-mata. Iman dan keyakinannya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tindakan dan perlakuannya bukan kerana takut kepada makhluk tetapi sekima hidupnya adalah pengabdian diri kepada Tuhan Maha Berkuasa. h. Membentuk Akhlak dan Melatih jxwa Yang Murni. Ibadah dapat membentuk akhlak dan melatih jiwa yang mumi kerana orang- orang yang beribadah sentiasa melatih dirinya untuk tunduk dan patuh kepada segala perintah dan ingin mencari kereda Allah Taalah dalam semua aspek kehidupan. i. Melahirkan Masyarakat Yang Produkktif. Ibadah dapat membina masyarakat yang produktif lantaran ibadah dilaksanakan dalam semua aspek kehidupan seperti bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan k sebagainya. Manusia akan berusaha bersungguh untuk mencapai matlamat yang mumi lagi baik kerana semua aktiviti yang dilakukan tergolong di dalam ibadah dan ingin mendapat keredaan Allah Taalah. j. Mewujudkan Negara Yang Melaksanakan Ajaran Islam. Ibadah dapat melahirkan sebuah negara yang benar-benar melaksanakan hukum-hukum pentadbiran dan perundangan Islam. Keadaan ini hasil dari kesedaran, ketaatan, penghayatan Islam oleh pihak rakyat dan golongan pemerintah yang inginkan sistem hidup Islam yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah. (Che Kamaruddin: 1996:29-30) k. Mendapat Kebaikan Dunia dan Akhirat:

Segala perintah Allah Taalah kepada umat manusia, samaada individu atau masyarakat semuanya mengandungi hikmah. Semua perkara yang diperintahkan oleh Allah Taalah jika dikerjakan pasti mempunyai kebaikan kepada yang melakukan. Sebaliknya segala larangan Allah Taalah adalah perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesosakan atau keburukan kepada manusia. Segala perlakuan yang baik mempunyai nilai yang diberi ganjaran pahala yang sangat bergunan terutama untuk kehidupan di akhirat kelak ((Syeikh Ali:2005: 1) l. Mendapat PertolonganAIlah Taalah: Orang yang beribadah dengan ikhlas pastinya akan mendapat pertolongan Allah Taalah di atas perbuatannya. Maka Allah akan mencintainya dan juga menolongnya. Hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang meninggalkan dunia dengan ikias kerana Allah tanpa mempersekutukannya, mendidirkan solat dan membayar zakat, nescaya dia akan pergi dari dunia, di mana Allah sangat senang kepadanya. " Kesimpulan: Sesungguh Islam adalah agama yang sempuma kerana ia mencakupi segenap aspek kehidupan. Dalam Islam seluruh pekerjaan itu adalah dikira ibadah sekiranya memenuhi segala peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tidak seperti dalam kebanyakkan agama di dunia yang menganggap hanya penyembahan dalam bentuk ritual sahaja dikira ibadah, sedangkan pekerjaan- pekerjaan yang lain tidaklah dikira sebagai ibadah. Bagi ajaran Islam ibadah-ibadah yang dilakukan terutama ibadah khusus sebenamya tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia kerana impak atau kesan ibadah itu sangat besar kepada kehidupan seseorang muslim, samaada di dunia mahu pun akhirat. Sebenamya tidak timbul konsep 50% untuk dunia dan 50% untuk akhirat, kerana seluruh kehidupan ini bagi seorang muslim adalah untuk dunia dan akhirat kerana dunia ini adalah ibarat ladang tempat kita menanam atau bercucuk tanam dan akhiratlah tempat kita menuai dan mengutip hasil. Segala yang diperintahkan oleh Allah Taalah pastinya manfaatnya kepada manusia, bukan untuk Allah. Allah Taalah tidak akan rugi atau berkurang sedikitpun jika manusia memboikot Allah, sebaliknya yang akan rugi manusia sendiri. Oleh itu baik sekali sekiranya kita mengkaji dengan teliti dan mendapatkan hikmah dari ibadah yang diperihtahkan kepada kita untuk melakukannnya. Rujukan: Abdul Aziz Ismail, Rahsiah Ibadah Di sisi Allah s.w.t, Selangor, Progress Publishing, Cetakan Pertama, 2005. Che Kamaruddin Md Daud, Asas-asas Islam 11, Shah Alam, PPI, 1996. Fathi Yakan, Apa Erti Soya Menganut Islam, Kuala Lumpur, Pustaka Salam, 2000. Kamus Dewan Edisi Baru, Kuala Lumpur, 1996.

Mukhlas Asy-Syarkani, Kejaiban Ibadah :Membungkar Rahsia dan Hikmah Ibadah, Kuala Lumpur, Al-Hidayah Publisher, 2002. Syeikh Ali Ahmad Al-jarjawi, Hikmah Di Sebalik Ibadah, (Terj. ) Kuala Lumpur Darul Nukman, Cetakan Pertama, 2005.