Anda di halaman 1dari 1

Kanser merupakan klasifikasi penyakit yang merujuk kepada keadaan sel yang membesar secara luar kawalan, pencerobohan

dan pemusnahan tisu biologi. Terdapat beberapa faktor menyebabkan penyakit kanser. Faktor pertama yang menyebabkan penyakit kanser ialah amalan pemakanan yang tidak sihat. Makanan kini banyak mengandungi bahan tambahan yang tidak sihat seperti pengawet, pewarna dan juga perisa. Bahan tambahan ini akan merosakkan sel badan kita dan menyebabkan pertumbuhan sel kanser. Contohnya, makanan yang mempunyai pengawet yang lebih daripada standard akan menyebabkan penyakit kanser perut. Pencemaran alam sekitar turut menyebabkan penyakit kanser. Kemajuan pelbagai sektor ekonomi dan pertambahan penduduk menyebabkan pencemaran berlaku. Contohnya, kilang dan kenderaan banyak mengeluarkan asap beracun dan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Asap-asap beracun ini boleh menipiskan lapisan ozon. Apabila lapisan ozon menjadi nipis, sinaran ultraungu akan sampai terus ke bumi. Sinaran ultraungu boleh merosakkan sel badan kita dan menyebabkan kanser kulit. Faktor yang seterusnya ialah faktor genetik. Seperti yang kita tahu, banyak penyakit dapat diwarisi oleh generasi akan datang daripada ibu bapa mereka. Penyakit kanser turut akan diturunkan kepada anak melalui pemindahan gen. Contohnya, kanser payudara mempunyai kebarangkalian tinggi akan diturun kepada anak perempuan jikalau ibu ataupun nenek moyang yang pernah menghidap kanser ini. Kajian telah menunjukkan kebarangkalian mereka yang akan menghidap kanser payudara ialah tiga kali daripada perempuan lain yang tidak mempunyai sejarah profil penyakit kanser. Selain itu, faktor radiasi juga salah satu faktor yang menyebabkan penyakit kanser. Banyak stesen janakuasa yang menggunakan tenaga nuklear dibinakan. Radiasi yang dibebaskan dari stesen janakuasa akan memusnahkan sel badan manusia secara maya dan menyebabkan mutasi gen berlaku dan seterusnya penyakit kanser akan muncul. Pancaran radiasi alat elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba dan mesin pengimbas juga boleh menyebabkan penyakit kanser sekiranya seseorang itu terdedah dengan radiasi dalam tempoh yang lama. Kesimpulannya, penyakit kanser perlu dikenal pasti dengan cepat supaya rawatan awal boleh diambil. Kita harus menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat agar risiko menghidap penyakit kanser dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai