Anda di halaman 1dari 11

Nawawi B.

Subandi

Bagaimana
Berselawat Ke Atas
Nabi Shallallahu
Alaihi wa Sallam?
http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Blog: Fiqh-sunnah
2/11/2010

Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi?


http://fiqh-sunnah.blogspot.com
Download (PDF)
Definisi dan Perintah (Saranan) Supaya Berselawat Ke Atas Nabi:
Allah berfirman:


Terjemahan: Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi.
Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan
ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Surah al-Ahzaab, 33: 56)
Imam al-Bukhari (rahimahullah) berkata:


{
}

Terjemahan: Abul Aliyah (rahimahullah) berkata: Selawat Allah (ke atas Nabi-Nya)
maksudnya adalah pujian yang Allah berikan kepada Nabi di hadapan para
malaikat, manakala selawat para malaikat (kepada Nabi Shallallahu alaihi wa
Sallam) adalah doa (untuk beliau Shallallahu alaihi wa Sallam).
Ibnu Abbas berkata: Maksud dari lafaz Yushalluna adalah:
Allah dan para malaikat-Nya memberkahi Nabi. (Rujuk: al-Bukhari, Shohih alBukhari, 14/483)
Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (rahimahullah) berkata:
Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com






Terjemahan: al-Hulaimi berkata di dalam Kitab asy-Syuab (Syuabul Iman):
Makna selawat kepada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam adalah pengagungan
terhadap beliau. Maka, apabila kita mengucapkan:
Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad:
Maksudnya adalah agungkanlah beliau dan muliakanlah beliau di dunia dengan
meninggikan namanya, memenangkan agamanya, dan mengekalkan syariatnya.
Muliakanlah
beliau
di
akhirat
dengan
melipat-gandakan
pahalanya,
mengizinkannya untuk memberi syafaat kepada umatnya, serta menampakkan
fadhilatnya dengan memberikannya al-Maqam al-Mahmud (kedudukan dan
tempat yang terpuji).
Dan atas sebab inilah, Allah berfirman (maksudnya):
Berselawatlah kamu ke atasnya... bermakna:
Mohonlah kepada Rabb kamu untuk mengagungkan dan memuliakan beliau. (Rujuk:
Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 11/156)
Contoh-contoh Lafaz Selawat Ke Atas Nabi Yang Sahih Daripada Sunnah:
Berikut adalah beberapa contoh lafaz/kaifiyat selawat sebagaimana yang
ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam kepada para sahabat
berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih.
Dari sini, dapat kita lihat bahawasanya beginilah sewajarnya kita
melafazkan/mengungkapkan kata-kata selawat ke atas Nabi Shallallahu alaihi wa
Sallam, dan bukan dengan lafaz-lafaz selawat yang lain, yang tidak pernah
diajarkan oleh Nabi dan tidak pernah mendapat jaminan dari Nabi Shallallahu
alaihi wa Sallam.
Maka, ambillah selawat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi. Kerana, apabila
para sahabat hendak berselawat, mereka terlebih dahulu bertanya kepada nabi
tentang bagaimana (kaifiyat) selawat tersebut. Maka, kita sebagai orang yang
terkemudian, cukuplah dengan mengikuti. Kerana, jika kita mahu mereka-cipta
bentuk-bentuk selawat yang lain, sesungguhnya kita tidak pernah bertanyakan
Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com

sendiri kepada Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam (sebagaimana para sahabat telah
bertanya), adakah selawat yang kita reka-cipta tersebut diterima?
1 - Dari Kaab B. Ujrah radhiyallahu anhu, beliau berkata:
Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau,
tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?
Rasulullah pun menjelaskan Katakanlah:














Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas
Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaai, Sunan an-Nasaai, 5/63, no. 1272. Disahihkan
oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaai, no. 1289.
Atau:






Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke
atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim,
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 2/303, no. 445, dengan
katanya: Hasan Sahih. Disahihkan juga oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan atTirmidzi, 1/483, no. 483.
Atau:

Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com



Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim, sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan
ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas
Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 37/64, no. 17409. Syaikh Syuaib
al-Arnauth: Isnadnya Sahih di atas syarat al-Bukhari dan Muslim. Ibnu Majah, Sunan
Ibnu Majah, 3/151, no. 894. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu
Majah, 1/149, no. 737.
Atau:







Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim dan ke atas
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah,
berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana
Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 11/156, no. 3119.
2 Berkata Zaid B. Kharijah:
Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, beliau pun bersabda:
Berselawatlah ke atasku dan bersungguh-sungguhlahlah di dalam berdoa dan
katakanlah:





Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga
Muhammad.
Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaai, 5/67, no. 1275. Disahihkan oleh Syaikh alAlbani, Shohih Sunan an-Nasaai, 3/436, no. 1292.
3 Dari Abi Masoud al-Anshari, beliau berkata:
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam datang kepada kami yang mana kami
sedang berada di dalam majlis Saad B. Ubadah. Kemudian Basyir B. Saad
bertanya kepada beliau (Rasulullah):
Allah telah memerintahkan kepada kami untuk berselawat kepadamu wahai
Rasulullah, jadi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?
(Kata Abi Masoud): Maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam diam sehingga
kami merasa lebih baik sekiranya beliau (Basyir B. Saad) tidak bertanya kepada
Rasulullah. Kemudian Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
Katakanlah:




Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga
Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan
berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima yang
Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya
Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 2/373, no. 613. An-Nasaai, Sunan
an-Nasaai, 5/57, no. 1268.
Atau:














Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga
Muhammad sebagaimana yang Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan
berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaima Engkau
Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com

telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau


Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa, 2/230, no. 573. 2/21, no. 358. Ibnu
Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/287, no. 1958. Tahqiq Syaikh Syuaib al-Arnauth:
Isnadnya Sahih. An-Nasaai, Sunan an-Nasaai, 1/381, no. 1208.
4 - Dari Amr B. Sulaim az-Zuraqi
Beliau berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Humaid as-Saidi radhiyallahu
anhu. Bahawasanya mereka (para sahabat) bertanya:
Wahai Rasulullah, bagaimana (caranya) kami berselawat ke atas-mu? Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam pun menjawab:
Katakanlah:










Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteri
beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke
atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan isteri-isteri beliau
serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga
Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Malik, Muwaththa, 2/20, no. 357. Ahmad, Musnad Ahmad,
no. 23600. Shohih al-Bukhari, 11/155, no. 3118. 19/445, no. 5883.
Atau:












Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan kepada isteri-isteri
beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke
atas Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau serta
keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim di
seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, 3/152, no. 895. Disahihkan oleh Syaikh alAlbani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 738.
Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Atau:



Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri
beliau serta keturunannya (zuriatnya), sebagaimana Engkau telah berselawat ke
atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri
beliau serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas
keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 2/375, no. 615.
5 Dari Abi Masoud Uqbah Amr, beliau berkata:
Telah datang seorang lelaki sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah Shallallahu
alaihi wa Sallam dan kami (para sahabat) pada masa itu sedang berada di sisinya
(sisi Rasulullah). Lalu lelaki tersebut bertanya:
Wahai Rasulullah, bahawa Salam ke atas kamu telah kami ketahui, tetapi
bagaimanakah (caranya) kami berselawat ke atas kamu apabila kami berselawat
(kepadamu) di dalam solat kami Shallallahu alaika?
Abi Masoud berkata:
Rasulullah kemudian diam, sehingga kami merasa lebih baik sekiranya lelaki
tersebut tidak bertanya kepada Rasulullah.
Kemudian Rasulullah bersabda:
Apabila kamu berselawat kepadaku, maka katakanlah (ucapkanlah):













Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan ke
atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atas
Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad
Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Nabi yang ummi dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah
memberkahi ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau
Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Shohih Ibnu Hibban, 5/289, no. 1959. AlBaihaqi, Sunan ash-Shoghir, 1/396, no. 353. Imam ad-Daruquthni menjelaskan:
Isnadnya hasan muttashil (hasan dan bersambung) di dalam Sunannya, 1/354, Bab:
45, no. 2. Dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam al-Jami ash-Shoghir, 1/68,
no. 672.
Atau:












Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad Nabi yang ummi dan ke
atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberi selawat ke atas
Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berkahilah ke atas Nabi Muhammad
Nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim dan ke
atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 28/304, no. 17072. Dinilai Sahih
oleh Syaikh Syuaib al-Arnauth.
6 Dari Abi Said al-Khudri, beliau berkata:
Kami (para sahabat) bertanya:
Wahai Rasulullah, ini adalah mengucapkan salam kepada kamu (taslim) kami telah
mengetahuinya, tetapi bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu?
Rasulullah pun bersabda:
Katakanlah (ucapkanlah):











Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan RasulMu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas
Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah
memberkahi ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com

Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 19/442, no. 5881.











Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan RasulMu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim. Dan
berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana
Engkau telah memberkahi ke atas Ibrahim.
Atau dengan:



Terjemahan: ... sebagaimana Engkau telah memberkahi ke atas keluarga Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 14/485, no. 4424.
Atau:











Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan RasulMu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas
Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke
atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 3/47, no. 11451. Isnadnya sahih
di atas syarat imam Muslim, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh Syuaib alArnauth.
Atau:











Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan RasulMu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas
Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com

10

Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah


memberkahi ke atas Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 3/150, no. 893. Disahihkan
oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan Ibnu Majah, 1/149, no. 736.
Atau:










Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad hamba-Mu dan RasulMu, sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas Ibrahim. Dan berkahilah ke atas
Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkahi ke
atas Ibrahim.
Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaai, Sunan an-Nasaai, 5/69, no. 1276. Disahihkan
oleh Syaikh al-Albani, 3/437, no. 1293.
7 Dari Abi Hurairah:
Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kami berselawat ke atas engkau?
Beliau (Rasulullah) bersabda: Ucapkanlah:













Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas keluarga
Muhammad. Dan berkahilah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad
sebagaimana Engkau telah memberikan selawat dan keberkahan ke atas Ibrahim
dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.
Rujukan: ath-Thahawi, al-Musykilul Athaar, 3/75. An-Nasaai, Amalul Yaum wal
Lailah, 1/159, no. 47. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani. Dinukil dari: al-Albani,
Ashlu Sifati Sholatin Nabi, 3/926-927.
Wallahu alam...

Nawawi B. Subandi | http://fiqh-sunnah.blogspot.com

11

Anda mungkin juga menyukai