Anda di halaman 1dari 10

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN.

. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Pengajian Am STPM 2013/2014

Penggal 2

Bahagian B ( Alih Bentuk Komunikasi Linear kepada Bukan Linear) Carta PAi : i. Jenis-jenis Carta Pai a) Pai Berbanding / Bandingan MALAYSIA : JUMLAH PERBELANJAAN BAGI PEMBANGUNAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI PADA 2001 HINGGA 2005 HINGGA 2010

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

b)

Pai Bertingkat MALAYSIA : JUMLAH PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS MALAYSIA (PDRM) MENGIKUT ETNIK DAN KELAYAKAN AKADEMIK BAGI PENGAMBILAN BARU YANG DILAPORKAN SEHINGGA TAHUN 2009.

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

c)

Pai Tunggal

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din ii Pemarkahan : a) Pengkelasan pemboleh ubah (PA) b) Kesesuaian teknik (KT) c) Ketepatan isi (KI) d) Kejelasan (KJ)

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

5 markah 5 markah 5 markah 5 markah 20 markah

Huraian aspek pemarkahan yang dinilai. a) Pemboleh ubah adalah merujuk kepada : semua pemboleh ubah yang perlu ditulis dalam bahan grafik maklumat yang tepat, tidak terkeluar daripada yang diberi dalam petikan. kKedudukan yang betul, misalnya tahun ditulis pada paksi X, bukannya pada paksi Y. paksi nilai, paksi tahun dan petunjuk. Catatan :

b)

Aspek teknikal adalah seperti yang berikut : Layout, iaitu grafik tersebut mestilah dilukiskan ditengah-tengah kertas graf, tidak terlalu ke atas, ke bawah, ke kiri atau ke kanan. Tajuk mestilah ditulis pada bahagian atas, tengah grafik dan mesti ditulis semuanya dalam huruf besar (UPPER CASE) atau huruf besar pada permulaan perkataan (Tittle Case) dan tidak perlu digariskan cadangan HURUF BESAR. Sumber mestilah dicatatkan dengan betul, iaitu pada bahagian bawah sebelah kanan grafik, sebaik-baiknya sebaris dengan baris akhir petunjuk. Petunjuk harus ditulis di bahagian bawah sebelah kiri grafik. Seelok-eloknya sebaris dengan pertemuan antara paksi X dengan Y. Lorekan atau warna yang dipilih haruslah sesuai dan jelas antara satu pemboleh ubah dengan yang lainnya. Lorekan bermaksud garisan pada graf/carta bukannya titik-titik, pangkah, bulatan, atau seumpamanya. Catatan :

c)

Ketepatan isi adalah seperti yang berikut : Ketepatan grafik yang dikemukakan, iaitu grafik yang menepati kehendak soalan. Ketepatan pengiraan. Ketepatan tandaan pada skala berdasarkan jumlah yang telah dikira dan kiraan pada skala. Ketepatan dan kesesuaian tajuk dengan kandungan maklumat. Catatan :

d)

Kejelasan pula merujuk kepada : Kejelasan grafik secara keseluruhan, iaitu secara impression grafik yag dilukis memperlihatkan maklumat yang terkandung dalam petikan yang diberi. Kejelasan catatan yang dibuat pada skala dan ukuran unit nilainya. Kejelasan pada garis-garis yang dilukis ataupun pewarnaan atau lorekan yang dibuat perlu jelas dan boleh dibezakan antara satu sama lain. Catatan :

iii.

Kesilapan / kelemahan pelajar ketika melukis carta pai : Salah media 9kesukaran untuk membezakan pai berbanding dengan pai bertingkat) Nilai sektor ; i. Tidak menulis nilai sektor (nilai peratus) ii. Salah nilai menulis nilai sudut sektor dalam pai iii. Menulis angka nilai bukaan sudut sebagai angka peratus Jumlah besar ; i. Salah jumlah besar ii. Tiada unit pada jumlah besar / salah unit Nisbah jejari ; i. Salah nisbah jejari ii. Tidak menulis nisbah jejari

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Kedudukan sektor pai dengan sektor yang dicatat pada petunjuk tidak sama. Tidak mencatat label Eksport pada kedua-dua pai berbanding. Menulis label yang salah atau terbalik. Menggunakan dua muka surat untuk dua bulatan atau mencatat informasi tambahan seperti nisbah jejari, petunjuk, dan sumber pada muka surat lain. Melukis media yang tidak sesuai dan tidak diminta oleh soalan seperti separa pai dan pai bertindih. Penggunaan teknik mewarna dan lorekan yang tidak sesuai dan sukar untuk menunjukkan perbandingan iv. Memahami kehendak soalan Carta Pai : Analisa perkataan selepas perkataan sediakan carta. Perkataan carta dalam soalan menunjukkan kehendak soalan ialah carta pai. Untuk menentukan jenis media carta pai bandingan / perbandingan atau pai bertingkat, pelajar perlu menganalisa perkataan selepas perkataan menunjukkan Pai Bandingan berfungsi untuk menunjukkan jumlah besar tidak sama dan sektor sama. Bagi mengenalpasti Pai Bandingan dalam soalan dilihat kepada perkataan menunjukkan perbandingan antara tahun, sektor atau import/eksport bagi tempoh satu tahun. Pai Bertingkat berfungsi menunjukkan jumlah besar sama dan sektor tidak sama. Bagi mengenal pasti Pai Bertingkat dalam soalan dilihat kepada perkataan menunjukkan pemboleh ubah yang berbeza bagi carta misalnya import/eksport, negara atau menunjukkan mesej focus A dan mesej focus B ada kaitan rapat. Catatan :

Disediakan oleh : Cikgu SEZALI DIN 1991 ~ 2013 14 Januari 2013 5.41 pm

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din Bahagian B
(20 markah)

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan Tubi 1 1.

STPM 2013/2014

Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan penduduk di kawasan bandar utama di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010. [ 20m ]

Bersesuaian dengan peningkatan penduduk negara, beberapa bandar utama dalam negara turut menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan penduduknya. Walaupun penduduk di bandar-bandar utama ini tidak seramai penduduk di bandar Shanghai, Tokyo ataupun Mexico City, namun bilangan penduduk di lapan buah bandar utama negara ini jelas menunjukkan trend positif bagi sesebuah negara yang bersaiz kecil seperti Malaysia. Petempatan penduduk bandar negara boleh dikesan daripada jumlah penduduk lapan buah bandar yang paling padat yang mencatatkan 4,775,812 orang pada tahun 2000 dan meningkat sebanyak 3,122,678 orang pada tahun 2010. Antara punca peningkatan yang banyak dalam bilangan penduduk bandar boleh dikaitkan dengan migrasi dari luar bandar ke bandar berpunca daripada faktor tolak dan tarik. Subang Jaya mendahului bandar lain sebagai bandar yang paling ramai penduduk dengan peningkatan yang begitu drastik daripada penduduk berjumlah 423,338 orang pada tahun 2000 kepada 1,553,589 orang sepuluh tahun kemudian. Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan yang sederhana dalam bilangan penduduk dengan penambahan sebanyak 177,811 orang daripada penduduk seramai 1,297,526 orang pada tahun 2000. Penduduk Klang dan Johor Bahru masing-masing seramai 631,676 orang dan 630,603 orang pada tahun 2000. Angka ini telah meningkat menjadi 1,113,851 orang dan 916,409 orang pada tahun 2010. Bandar Ampang Jaya, Ipoh dan Shah Alam merupakan bandar yang lebih kecil dengan penduduknya dalam lingkungan 600 ribu orang hingga lebih kurang 800 ribu orang pada tahun 2010. Penduduk Ampang Jaya seramai 475,253 orang pada tahun 2000. Angka ini melebihi bandar Shah Alam seramai 155,641 orang tetapi berkurangan seramai 98,788 orang kalau dibandingkan dengan bandar Ipoh. Pda tahun 2010, penduduk tiga bandar ini adalah seramai 804,901 orang untuk Ampang Jaya, 704,572 orang untuk Ipoh dan 671,282 orang untuk Shah Alam. Penduduk Kuching, ibu negeri Sarawak melengkapkan data tentang bilangan penduduk lapan bandar paling padat di Malaysia dalam jangka masa yang diliputi. Bilangan penduduk bandar akan terus meningkat bersesuaian dengan Dasar Urbanisasi Negara yang akan memperlihatkan peningkatan penduduk bandar di seluruh negara. (Disesuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2012)

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan Intensif 1 2.

STPM 2013/2014

Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada tahun 2011. [ 20m ]

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM39.5 bilion untuk membiayai sektor pendidikan dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini, bukan setakat dalam negara sahaja malahan turut diperluas ke luar negara. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan agensi utama kerajaan yang membiayai kos pendidikan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA telah mengeluarkan kos pembiayaan sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan mengikut negara-negara terpilih. Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-negara terpilih yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang ini berkurang sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-negara terpilih yang sama. Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan berjumlah RM1067.35 ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih. Negara india adalah antara negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang lebih rendah. Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan pendidikan perubatan yang hanya mencatat sebanyak RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk pelajar-pelajar ke India dalam bidang pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu berbanding bidang perubatan. Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah kos yang dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu. Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah 58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan diiktiraf oleh kerajaan khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing mencatat RM1382.20 ribu dan RM1354.10 ribu. Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang pergigian pada tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah mencatat lebih kurang 30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian. Jumlah yang ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah sebanyak RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%. Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia hanya berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di Australia dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi Indonesia sebanyak RM589.71 ribu. Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar negara ini terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan.

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012)

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan Intensif 2 3.

STPM 2013/2014

Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan calon yang mengikuti beberapa Program Pengajian Sains di Institusi Pengajian TInggi Awam (IPTA) yang terpilih bagi sesi 2009/2010. [ 20m ]

Setiap tahun universiti dan kolej universiti awam menerima kemasukan pelajar baru untuk sesi pengajian yang bermula bulan Julai. Seramai 39976 orang lulusan matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan kelulusan yang setaraf telah ditawarkan tempat di tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi Julai 2009/2010. Calon paling ramai ditempatkan dalam program Kejuruteraan Elektronik iaitu seramai 8748 orang. Manakala calon yang mengikuti program Kejuruteraan Mekanikal kurang sebanyak 307 orang daripada jumlah calon yang ditempatkan untuk program kejuruteraan Elektronik. Kemasukan pelajar ke program Kejuruteraan Kimia hanya 15.5 peratus daripada jumlah keseluruhan calon. Program perubatan mendapat tempat ketiga dalam senarai program yang terdapat di IPTA yang terpilih. Ramai pelajar daripada kaum Cina yang berminat dengan program ini. Jumlah mereka yang terlibat dalam program tersebut seramai 6676 calon. Program Farmasi semakin diminati oleh calon. Bilangan ini semakin bertamabh dari tahun ke tahun. Pada sesi ini, ia mencatat angka kepada 4845 orang. Program Pergigian hanya mengambil sebanyak 12.68 peratus daripada jumlah keseluruhan calon. Keseluruhan program ditawarkan kepada tujuh buah IPTA terpilih di seluruh negara bagi sesi 2009/2010. Penempatan pelajar di Universiti Malaya melebihi daripada universiti-universiti lain. Seramai 8115 orang ditempatkan di Universiti Malaya sementara Universiti Kebangsaan menempatkan pelajarnya seramai kurang 2.3 peratus berbanding dengan Universiti Malaya. Tempat ketiga paling ramai pelajar ialah di Universiti Islam Antarabangsa iaitu sebanyak 17.4 peratus daripada jumlah keseluruhan. Penempatan pelajar ke Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Putera Malaysia, masing-masing 15.2 peratus dan 11.9 peratus. Dua lagi universiti yang terpilih ialah Universiti Sains Malaysia iaitu 10.5 peratus dan selebihnya di Universiti Utara Malaysia. (Disesuaikan daripada Buku Perangkaan Laporan Ekonomi, 2009/2010)

______________________________________________________________________________________
AWAS !! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah tidak bermaruah dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta Terpelihara

Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din

Kerjasama : Pusat Tuisyen dan Latihan HR, Kangar / Changlun Pusat Tuisyen MIR MUTIARA (MMT), Alor Setar Pusat Tuisyen GENIUS, Jitra Pusat Tuisyen Minda Cemerlang, Pendang Pusat Tuisyen Kuala Nerang

Latihan Tubi 2 4.

STPM 2013/2014

Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan pendaftaran baru kenderaan persendirian mengikut jenis dan jumlah pendaftaran bulanan pada tahun 2006. [ 20m ]

Jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia sentiasa meningkat. Pada tahun 2006, sejumlah 971 513 unit kenderaan persendirian yang terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan telah didaftarkan. Perkembangan ini perlu diseimbangkan dengan perkembangan rangkaian dan sistem jalan raya. Kenderaan persendirian yang paling banyak didaftarkan pada tahun 2006 ialah motokar, iaitu sebanyak 458 294 unit. Hal ini disebabkan oleh peningkatan taraf hidup masyarakat. Motosikal merupakan kenderaan yang kedua popular selepas motokar dan bilangan yang didaftarkan kurang sebanyak 9543 unit berbanding dengan motokar. Pada tahun tersebut, pendaftaran kenderaan barang juga melebihi 30 000 unit, iaitu kurang sebanyak 413 074 unit berbanding dengan motosikal. Kemajuan dalam bidang pengangkutan awam telah mempengaruhi pendaftaran baru bas, teksi, kereta sewa, dan kenderaan lain. Pada tahun 2006, sebanyak 7051 unit teksi dan kereta sewa telah didaftarkan, iaitu kurang sebanyak 12 650 unit berbanding dengan kenderaan lain. Bas merupakan kenderaan yang paling sedikit didaftarkan pada tahun tersebut, iaitu sebanyak 2039 unit sahaja. Jumlah pendaftaran bagi pelbagai kenderaan persendirian telah melebihi 50 000 unit pada setiap bulan. Pada bulan Januari sahaja, jumlah yang didaftarkan adalah sebanyak 81 932 unit. Walau bagaimanapun, angka ini berkurang sebanyak 7313 unit pada bulan Februari. Pendaftaran kenderaan persendirian paling banyak diterima pada bulan Mac, iaitu meningkat sebanyak 20 994 unit kepada 95 613 unit, dan seterusnya berkurang sebanyak 14 244 unit pada bulan April. Pada bulan Mei, berlaku peningkatan kenderaan persendirian kepada 84 833 unit. Pada bulan Jun, sebanyak 80 491 unit kenderaan persendirian telah didaftarkan dan terus meningkat pada dua bulan berikutnya, iaitu pada bulan Julai dan Ogos, masing-masing sebanyak 82 056 unit dan 90 741 unit. Tiga bulan berikutnya jumlah pendaftaran turun berturut-turut, iaitu turun kepada 84 341 unit pada bulan September, turun sebanyak 11 740 unit pada bulan Oktober, dan turun lagi sebanyak 2218 unit pada bulan November. Walau bagaimanapun, bilangan kenderaan persendirian yang didaftarkan meningkat kembali pada bulan Disember, iaitu melebihi bilangan bagi bulan November sebanyak 2151 unit. (Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia 2007, Jabatan Perangkaan Malaysia)

10