Anda di halaman 1dari 5

HBML3103_MEI10/SMP/MHAA

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN

Markah

1.

Jelaskan dengan ringkas konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS: (i) (ii) Penyepaduan ilmu Penyepaduan bahan pengajaran (4)

2.

Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa objektif. Jelaskan EMPAT objektif KOMSAS dalam pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah. (4)

3.

Nyatakan DUA perbezaan antara pengajaran komponen sastera dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah. (4)

4.

Terangkan secara ringkas kaedah analisis struktural dan berikan DUA ciri utama kaedah tersebut. (4)

5.

Berikan DUA perbezaan antara kaedah global dengan kaedah eklektik dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu. (4)

(Jumlah: 20)

HBML3103_MEI10/SMP/MHAA

BAHAGIAN B

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Abdul Aziz Abdul Talib (1996), menjelaskan bahawa tugas seseorang guru itu sebenarnya ialah mengajar dan menguji.

Berdasarkan pernyataan di atas:

(a)

Terangkan TIGA objektif utama seseorang guru menguji kemahiran bahasa. (6)

(b)

Terangkan TIGA kekuatan ujian objektif sebagai alat ukur pengujian dalam kemahiran bahasa. (6)

(c)

Terangkan EMPAT keperluan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dalam penyediaan sesuatu ujian yang melibatkan kemahiran bahasa. (8) (Jumlah: 20)

2.

Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar khususnya melibatkan kemahiran menulis.

(a)

Jelaskan TIGA ciri teks sastera yang sesuai dan wajar digunakan untuk mengajarkan aktiviti menulis. (6)

(b)

Jelaskan EMPAT tujuan penggunaan bahan sastera dalam mengajarkan kemahiran menulis. (8)

HBML3103_MEI10/SMP/MHAA

(c)

Hasilkan SATU aktiviti penulisan berasaskan bahan sastera yang digunakan dalam pembelajaran bahasa. (6) (Jumlah: 20)

3.

Penggunaan bahan sastera dalam pembelajaran bahasa antara lain untuk memperkukuh penguasaan sistem bahasa.

Berdasarkan pernyataan di atas:

(a)

Jelaskan DUA konsep sistem bahasa dalam konteks pembelajaran bahasa. (4)

(b)

Jelaskan aspek sistem bahasa dengan mengemukakan DUA contoh yang sesuai. (8)

(c)

Jelaskan EMPAT masalah yang dihadapi dalam mengajarkan sistem bahasa menggunakan bahan sastera. (8) (Jumlah: 20)

4.

Pembelajaran bahasa tidak hanya memberi tumpuan kepada penggunaan bahan yang bersifat konvensional tetapi mempelbagai guna bahan lain. (Arbaie Sujud: 2010)

Berdasarkan pernyataan di atas:

(a)

Terangkan TIGA prinsip pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa. (6)

(b)

Terangkan TIGA kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam sesuatu pembelajaran KOMSAS. (6)

HBML3103_MEI10/SMP/MHAA

(c)

Hasilkan SATU aktiviti yang menggunakan bahan sastera bagi menguasai kemahiran bahasa. (8) (Jumlah: 20)

5.

Pemilihan bahan kesusasteraan untuk pengajaran bahasa, sama ada di peringkat rendah atau menengah perlu dibuat berdasarkan perspektif bahan dan prinsip pemilihan bahan itu sendiri. (Kamarudin Husin, 1998)

Berdasarkan pernyataan di atas:

(a)

Terangkan EMPAT sumber bahan yang sesuai dijadikan bahan pengajaran bahasa Malaysia. (4)

(b)

Terangkan TIGA perspektif penilaian yang boleh digunakan sebagai panduan memilih bahan. (6)

(c)

Terangkan LIMA rasional pemilihan bahan kesusasteraan sebagai bahan pengajaran bahasa. ( 10 ) (Jumlah: 20)

HBML3103_MEI10/SMP/MHAA

BAHAGIAN C

ARAHAN

Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

SOALAN

Markah

1.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teknik ialah strategi untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangkan. Guru sewajarnya mengetahui teknik yang terbaik yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. (Nadzeri Isa: 2008)

Berdasarkan pernyataan di atas, hasilkan SATU rancangan pengajaran yang menerapkan teknik atau strategi pengajaran tertentu untuk mencapai objektif yang ditetapkan. (Jumlah: 20)

2.

Bahan sastera mampu memberikan kelainan dan nafas baru dalam iklim pembelajaran bahasa sekiranya guru benar-benar memahami dan menghayati fungsinya. (Ramli Isin: 2007)

Berdasarkan pernyataan di atas, hasilkan SATU rancangan pengajaran untuk mata pelajaran bahasa Melayu yang menggunakan bahan sastera yang dapat menimbulkan kelainan dalam pembelajaran bahasa. (Jumlah: 20)

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai