Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Telekerja adalah satu pilihan cara bekerja yang moden dan mengalami
pembaharuan seiiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan
telekomunikasi (ICT) yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia. Telekerja
secara lebih jelas bermaksud, suatu kaedah kerja baru yang membawa kerja te
tempat pekerja (sama ada di rumah atau di pusat-pusat telekerja berhampiran)
berbanding keadaan biasa yang memerlukan pekerja melakukan sebaliknya.

Senario di Maktab Kerjasama Malaysia( MKM ) menunjukkan bahawa


amalan kerja secara telekerja telah dilaksanakan dengan begitu berkesan. Hal ini
dapat dibuktikan menerusi hasil pemerhatian saya sepanjang berada di Maktab
Kerjasama Malaysia. Saya telah dapati bahawa kebanyakan unit di maktab
tersebut menggunakan komputer, mesin faks, internet dan sebagainya untuk
menjalankan urusan berkenaan kerja mereka.

Bagi memantapkan amalan kerja secara telekerja di maktab tersebut,


Maktab Kerjasama Malaysia telah mewujudkan pelan strategik ICT bagi tempoh
2008 sehingga 2015 dengan pelbagai sistem ICT utama seperti Sistem Mios
(MKM Information Online System), Sistem ILMU (Integreted Library Management
Utilities), Sistem Perakaunan SAGA (Standard Accounting System for
Governmet Agencies), Sistem Aduan Pelanggan, Intranet, laman web MKM dan
kiosk MKM. Sistem yang diwujudkan ini bukan sahaja memberi manfaat yang
kepada para kakitangan MKM malah memberi kemudahan kepada para pelajar
dan pelanggan yang ingin berhubung terus dengan pihak MKM.

Justeru, melalui kajian yang sedang saya jalankan ini, ingin


diketengahkan permasalahan tentang, ‘Apakah faedah amalan kerja secara
telekerja dalam kalangan kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia?’
OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang akan saya jalankan adalah seperti berikut : -

• Untuk mengumpulkan maklumat mengenai amalan telekerja yang


diamalkan oleh kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia.
• Untuk menganalisa perhubungan antara amalan telekerja yang
dilaksanakan di Maktab Kerjasama Malaysia dengan kualiti kerja yang
dapat dicapai.
• Untuk mengenal pasti unit di Maktab Kerjasama Malaysia yang
melakukan tugasan secara telekerja.
• Untuk megenal pasti manfaat yang diperolehi kakitangan Maktab
Kerjasama Malaysia menerusi amalan kerja secara telekerja.
SAMPEL KAJIAN

Beberapa langkah yang telah saya lakukan bagi mendapatkan sampel kajian.

a) Untuk mendapatkan sampel kajian, borang soal selidik untuk temu bual
mengenai faedah amalan telekerja dalam kalangan kakitangan Maktab
Kerjasama Malaysia telah diedarkan kepada 10 orang kakitangan Maktab
Kerjasama Malaysia.

b) Tinjauan ke Unit Perkhidmatan Perpustakaan (UPP), Unit Kewangan dan


Akaun (UKA), Unit Perkhidmatan Domestik (UPD) dan tinjauan ke Pusat
Pendidikan Antarabangsa dan Pendidikan Tinggi bagi mendapatkan
pemerhatian yang lebih jelas mengenai amalan secara telekerja oleh
kakitangan unit-unit tersebut.

c) Saya juga telah melayari laman-laman web yang berkaitan dengan kajian
yang jalankan. Berikut merupakan senarai laman web : -

• http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1230&pub=Utu
san_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm

• http://www.jala.com/definitions.php

• http://www.ehomemakers.net/my/aboutus.php?id=17

• http://jtksm.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&i
d=192&Itemid=198

• http://www.mkm.edu.my/mkm/malay/index.php?option=com_content&t
ask=view&id=515&Itemid=254